Pages

Showing posts with label Aku Yang Merantau. Show all posts
Showing posts with label Aku Yang Merantau. Show all posts

Sunday, May 02, 2010

.: Mari Kita Sober Sebentar:.

[Lullaby by Zee Avi]

Haih.
Tah hape hape aku buat barang 2 hari aku dah cuti ni kan? Pemalasnya Ya Rabbi! Dari semalam bukan buat apa pun, berlingkar atas katil, bersungguh sungguh nak habiskan buku Should we Tell the President oleh pakcik Jeffery Archer. Sampaikan nak makan pun malas. Mandi? Ha mandi je rajin sebab aku pun tak suka badan melekit weh! Yang lelain takmo komen. Dah namanya malas kan? Ish ish ish. Sebbaik mak aku kat KL, kalau tak harus kena beberapa das tembakan mulut. Hehehe...pepehal saya sayang mama saya! (mood rindu nih)

Okeh. 
Cukup pasal kemalasan diri sendiri. Aku dah ingat akulah perempuan malang yang bershoping sesuka hati di bawah pengaruh iklan dan musim pakaian baru masuk dan nafsu meningkatkan koleksi lens lomo dan filem lomo dan konon mahu cantik maka terbeli alat mekap yang mahal. Ni semua sebab kesian kat perempuan sales yang cantik tetapi mengandung dan pandai memujuk (iman ini lemah). 

At the end of the day, duet gaji recycle balik kepada kad plastik. Jadinya, makcik ni tak dapatlah ber enjoice. Ha. Ha. Ha. Untuk menambahkan garam ke atas luka ini, claim perjalanan pula dilambatkan oleh orang orang tertentu disebabkan malas mahu berkomunikasi. Dibiarkan saja borang claim yang dibuat sejak awal bulan 4 dulu di bawah lampiran kertas lain di tray "masuk". Terbaik! Dan dan aku bising, baru nak tunjuk ooo kena isi borang ni...oooo bil ini kena kepil. Tahulah organisasi tu baru diubahsuai, orang terdahulu tu kan dah dibrief? Aduh. Panas memang panas. Tapi panas tak selesaikan apa apa. Ketuk sorang sorang baru berjalan. Mintak mahaplah ye kalau mulut ini membebel. Tahan jelah telinga anda itu. 

Pulak tu dapat berita, aku tak dapat penempatan KKP sebab aku tak cukup fit dan jelita. Maklumlah, nak main badminton kat sini, kena ada darah Iban. Baru diorang nak ajak kau main. Tak pun, sebab dah takde orang, baru diajaknya kau. Bagos. Maka, skil aku yang dulu masa kat Sirim dah karat habis dan aku pun pancit dalam kadar luarbiasa cepatnya. Sedih. Tapi aku redha, aku memang tak fit. Aku fat (tapi Mak Tan dulu lagi mantop badan beliaw tapi beliaw lebih fit dari aku, walaupun umur dah 55 tahun! Sekadar swim 10 lap non stop tu beliaw tadehal hokeh! ---so sebenanya aku mmg tak fit sejak azali)

Kendian, laptop pula membuat perangai mengadanya. Kerana sedikit mengong disebabkan IE8, maka ada orang yang sangat pandai cuba menginstall kembali XP (ye, aku pakai XP lagi) dan segalanya jadi mengong sehingga terpaksa direformat dua kali. Ye. 2 kambeng kali.

Jadi, aku ingat aku malang. Malang sangat sampai mood aku merudum piuuuunggg jatuh gaung. Oh sedih. 

Sambil bosan menunggu orang genius itu dengan laptopku maka aku pun lepak pantry buat pandai kopi panas dan merenung keluar mencongak congak macam macam. Tetiba kan, terpandang seseorang berpakaian putih duduk menyelongkar plastik sampah hitam di belakang KFC.

Aku dok tenyeh mata. 
Ini antu ke apa ni? Kenapa beliau selongkar plastik sampah?
Lepas tu kan... aku tengok dia dok keluarkan ayam goreng KFC wok! 
pastukan, dia dok asingkan ayam ayam tu (aku rasa haruslah tinggal tulang temulang kan?) dan masukkan ke dalam plastik lain. Itulah yang dibuatnya dok selongkar sampai 2 plastik besar. Dah habis tu, dia dok carik kat tong sampah lain. Maklumlah belakang ofis tu, punya banyaklah tong sampah kan? Dah habis selongkar dan asing, dia tunggu pulak restoran restoran lain punya sampah. 

Aku terus terasa macam ada orang tampar aku kiri dan kanan. Aku sibuk fikir pasal aku, tapi aku tak nampak orang lain nak makan sampai sanggup selongkar sampah! (T____T) ohh! sedihnya. 

Dan aku punyalah bangang, baru terfkir nak ambik gamba..

Tengah selongkar tong sampah


Tengah selongkar sampah


Tengah selongkar tong sampah lain

Tulah dia hasil pencarian sisa ayam yang mahu dibawa pulang. Untuk makanan anak-anak beliau kah?

Oh! 
Aku menjadi sangat sober untuk ini semua.
Aku fikir aku malang.
Tapi aku best sebenarnya. Aku masih boleh menaip blog sambil menonton astro dan minum air oren twister.

Tapi entah entah aku memang malang sebab aku tak bersyukur dgn Allah?
Aku diberi banyak benda olehNya.. Kerjaya yang best, boyfriend yang sangat memahami dan menyayangi aku walaupun aku mereng, emo dan gila (tak masuk lagi gemuk dan malas), ada mama dan abah yg best, famili agak mereng lah kengkadang tapi itulah warna warni hidup aku. 

Takpe.
Yang penting aku dah sober. 

-_______-"




Tuesday, September 15, 2009

+Double Combo+

Adoyai...
Di ketika ini, perut terasa seperti dilanda twister ala ala dalam mesin basuh! Bukan sahaja mesin basuh, malahan tandas seperti memanggil manggil saya untuk menjadi penunggu pula.
Haih! Semalam, kepedihan perut terasa seperti terhiris pisau yang tajam dari dalam. Nasib ada En. Modjo Dean yang memujuk dan menemankan saya ketika saya sakit. Walau jauh beribu batu, dia tetap ada di sisi kerana risau. Dipaksanya diri ini ke klinik sungguhpun diri sudah berjalan membongkok dan tidak terdaya. Alhamdulillah ubat Conotil dan ubat angin yang perlu dikunyah itu banyak membantu. 
Malamnya, En.Modjo temankan saya tidur dalam kesakitan dan tangisan. Manja? Iya. Memang dia manjakan saya. Tadi baru sahaja dia telefon dan balik awal kerana risaukan saya lagi. Dia kata, tak perlulah ke hotel untuk Majlis Iftar bersama pelanggan saya tu. Tapi saya katakan padanya, saya perlu ada sebagai hos dan penting untuk kita bina rapport dengan diorang. lagi pula syarikat saya akan keluarkan survey tentang mutu perkhidmatan syarikat dan saya juga sebagai Pengurus Akaun mereka. 
Hendak tak hendak terpaksalah pergi juga. En. Modjo dah pesan jangan makan pedas dan banyakkan sayur dan buah. Jangan lupa minum banyak banyak katanya. Sayangnya dia pada saya. Padahal sebelum ini pun dia pun ada sakit yang sama. Selalunya dia sakit dulu dan baru disusuli saya. Hmmm...
Okaylah. Dah nak bersiap nak gosok baju kurung yang baru dibeli di Shah Alam hari tu. Baju kurung cotton joks. Tak perlulah nak vogue de vass sakit sakit begini. Yang penting kerjasama tunjuk muka, solat dan balik lah. Ada alasan mahu pulang awal disebabkan penyakit double combo ini.
Till then...semoga perut tidak membuat hal hal pelik. Aminn...

Thursday, September 10, 2009

.:Tahun Yang Lain Dari Sebelumnya:.

Waaah~@!

Lama gila aku tak berblog enh? Mesti ada stalker yang nak tahu apa yang aku busy sangat lately kan? Tak busy pun, cuma malas nak blog joks. Sebab makcik selalu lepak kat FB maen Sorority dan "jumpa" kengkawan kat sana. Lagipun, tak ada perkembangan yang best pun. Kot ada pasal kerja yang sangat lah busynya sejak menjadik Region Coordinator kat sini. Tapi aku still belajar lagi lah. Bukan senang nak handle otai otai kat sini. Tak pesal kang kena sembur (tapi aku cakap mekasih dan cakap lah, aku bukan ahlong Bukit Beruntung, aku cuma nak tolong joks). Padan muka dorang. Terus tak terjawab emel berhabuk inggeris busuk aku tuh!

Bulan pose ni, takde satu hari kat Kuching pun yang makcik keluar gi PaRam. Makcik dah berpatah arang dah nak beli beli PaRam kat sini. Amatlah bosan, sempit, sesak dan makanan pun not up to my Semenanjung tastebuds. Kalau teringin nak makan authentic Sarawak food, tak payahlah gi PaRam. Pegi je kedai or restoren dorang yang selalu ada tuh. Lagi bagos (tapi aku malas lah nak kua gi membeli hahaha). Jadinya, banyak gak makanan yang aku masak sendiri seperti Tomyam Campur, Mihun Goreng Pedas, Bubur Nasik Bersup Ayam, Popia Goreng inti udang, Spaghetti Goreng, Mee Keju, Cekodok Udang, Sambal Daging. 

Hehehe gambar? Ada ni ha lam fon lagik. Nanti lah makcik upload. Makcik masak tu, bagi kat jiran bujang kebuluran kat blok sebelah. Sian lak tgk, malam2 mintak kowt ada makanan lebih. Haih! Kan senang kowt korang ada dapur ke apa. Bodo bodo pun leh masak megi ke goreng telur ke apa. Haih!

Anyho, hentah kenapa tah, tahun ni aku rasa, aku bakal menyambut Raya Bujang terakhir aku (kalau diizinkan Allah). Tapi kalau tak menjadik, itu tandanya, Allah dah rancang sesuatu yang lebih baik kan? Bukan pesimistik, cuma aku suka jadik realis. Modjo kesayangan aku memang makin sayang kat aku. Makin kronik lagi ada kowt? Dalam sehari aku tak mesej kang dia kata tak ingat kat dia ke? Tu baru mesej, belum call lagik. Aku tahu, ada manusia kat luar sana yang still tak percayakan Modjo. Tapi ada aku kesah ke? Bukan Modjo nak kawen ngan dorang dan bukan luak pun duit dorang nak sponsor majlis kawen aku kan? Kotlah kalau takut sangat aku jatuh gedebuk sekali lagi cam tahun2 sebelum ni, ada ke dorang kasik semangat untuk aku bangkit balik? TIDAK! Ada ke dorang teman aku upkan balik semangat aku? TIDAK! Ada ke dorang gi pukul mamat mamat yang tinggalkan aku tu? TIDAK!

So ada aku kesah?

Yang penting kerjasama aku tak jadik hilang akal, hilang iman dan bunuh diri. Watpe nak sedih2 kalau sesuatu tu tak jadik? Fikir jokslah Allah nak kita dapat yang lebih baik. Sebab akal kita ni pendek. Tak luas macam ilmu Allah Taala. So kita fikir benda tu buruk, tapi sebenarnya ubat bagi jiwa kita. Kita je tak tawu. Hmmm...

Anyho, aritu En Modjo sangat sukakan sambal daging mama style yang haku tapaukan untuk dia. Macam biasa, Adik akan jadik posmen karat kitorang. Hehehehe. Masalah cinta zaman dulu dulu nak wat cemana. Tak pakai la MMS ke 3G ke mende. Takde maknenya nak dating dating dehhh. Dia rindu sangat, dia gi sekodeng aku, dok main nyuruk2. Padan muka dia sebab makin dia rindu lagi ada. Pastu, yang aku heran, tempat paling besar dan sebuk pun dia leh nampak aku. Cemana enh? Teroris betol Encik Modjo. Mata dia mata burung helang agaknya.

Yang paling best, aku dah tak rasa geram dia wat camtu. Aku rilek joks. Sebab aku taw, makin lama makin teruja dia nak gi jumpa mama + abah. Bagoslah kan? Itu pun tujuan aku pun. Pakkal kaki dia patah masuk besi. Kalau tak dah lama dia jumpa ayahbondaku. Knowing a perfectionist like he is, hmmmm harus everything perfect. Sebuk dok tanya aku, cemana agaknya kalau first time kita jumpa enh? Aku cakap lah, aku akan jadik clumsy giler dan tak berani nak tengok dia eye to eye. Mesti butterfly terebang terebang di dalam perut. Kalau boleh aku nak suruk belakang dinding sebab malu giler ngan dia. Huuuuuu

InsyaAllah, Encik Modjo akan terus meningkatkan kekomfidenan diri dia untuk jumpa orangtua aku dan seterusnya jumpa aku. Kesian dia dok kompol kompol duet untuk tujuan murni tu. Maklum, dok jaga adik2 yang masih tak habis skolah (kat uni daaaa). Hmmm..cepatlah wahai adik Ena dan adik Ejam woits! Achik kamu nak kawen ngan KakChik ni woits! (Teringat dia nyanyi2 lagu Oh! Mama saya mau kawennnnn - hmmmm).

Ye. Ye. Dia yang tak sabar sangat mo kawen. Aku cakap, aku dah kata dah, aku nak sempoi joks. Yang penting akad nikahnya SAH! Walimah tu wat la ala kad(ar) joks. Bagi joks lah air kotak ngan nasi tapau lam bekas plastik. Senang. Yang penting pasca nikahnya. Lainlah kan kot famili kaya raya. Nak sponsor itu dan ini. Kalau dah famili biasa macam famili aku ni, aku + Modjo sendiri kena usahakan. Malu la wei sumer nak mintak itu ini. Buang la tebiat generasi subsidi itu. Baru bermakna perkahwinan itu ala sederhana joks. Yang termampu. Aku tak kesah pun hantaran Encik Modjo RM2 ribu. Sebab nilai dia sebagai suami aku lebih tinggi dari RM20ribu sekalipun. Tak ternilai hokeh sebab dia sudi amik aku jadi isterinya (insyaAllah, amin). Ada aku kesah mulut Cik Temah kata apa? Orang jemput datang kenduri kahwin untuk mendoakan pasangan tu hidup penuh rahmah dan mawaddah. Ini tak first thing tengok khemah ada ekon ke tak, ada Ferrero Rocher ke ganti telur, ada pelamin shantek bunga2 lily ke apa...huh! Melayu Sungguh! Pffftttt~@!


So berbalik kepada topik asal aku. Hahahaha... Raya tahun ni memang laen dari sebelumnya kerana ecewah cam nak masuk pertandingan slogan puleyk.

Sebab

1. Aku buat baju kurung + kebaya pakai kain lama tak buat baju dok joks lam lemari tuh ha

2. Aku beli kueh feveret aku joks spt Samperit, Suji, tart nenas tradisional, kek lapis sawak dan CUPPACAKE Ghaye~@! Woohoooo First time wok, aku order Cuppacake Ghaye. Sebab aku tiru En Modjo nak bawak balik kampung dia. So aku pun terorder sekali tok Mama aku tu.

3. Aku belikan baju tok adik aku Piko. Taro taknak sudeyh. Hehehehe 

4. Aku belikan Mama handbag style dia suka - selimpang. First time wok!

5. Aku akan distribute duet ghaye yang tak seberapanya sbb kazen mazen dan anak2 sedara sepupu aku ghamei wei!!! Nasiblah kalau korang dpt sikit kan? Yang penting ni first time wok!

6. Baju kurung aku sedondon ngan En Modjo kaler biru huyeh huyeh!

7. Aku plan nak buat surprise kodok masa Ghaye tahun ni. Apa dia? Hentah aku tak pk lagik. Muahahaha

Haih! Sebaik aku dah excelkan sumer BURN LIST Expenditures haku. Hmmm... Tak leh lelebih bajet weh. Aku nak kawen! Aku nak kawen! Berjimat cermatlah untuk kawen anda. Aku pun dah namakan tabung tu, Tabung Kawen! Hek hek hek.

Jangan mara aaaaa~@!

Sunday, July 12, 2009

PMS SPLURGING~@!

(Listening to Beyonce :DIVA~)




Pictures speak for thyself.

This happened only once in a blue moon. I promise myself this. I can't be splurging like mad every month, right? That's loony!

Why I did what I did, you ask?

Simply because that was a safer way for me to de-stress and that I won't be harming animals nor human along in the process. It was just a way to vent my anger in a non-thinking pre-auto action. You go there and BAM! See what you like, try it once and toot toot toot by using that evil gold again! Gotcha some new spanking clothes~@! Yay!

Well, anyho, just to please myself, I bought all these stuff as my size are expanding in all dimensions, X, Y and Z. Enuff said. Also due to my parents strict guidelines on how I wear my clothes. Well, somehow deep inside I still believe I'm still young. Duh! Bad idea huh?

I was in a big appetite to splurge like nobody's business. At first I intended to pick up the white pants that I bought last Wednesday that they've altered. THAT's ALL. Swear to God. But then, you see my gatal eyes went wandering all over the place and saw the dress, the casual khaki, another black workpants, and to emulate Adek's jacket with a hood that looks so cool, I bought one bluish color too. So I'm a hip hop lady like Ciara? Hoh! Not in a million years. ( I so envy her beautiful athletic bod)

So, instead of one pants that was already being altered to my pendekness height, I sent another 2 to be picked up in two more days!! (which is today, Sunday)

Okay. I thought that was it and already held my car keys, the parking ticket and a one ringgit note when...

When my other favorite retail store has just opened across my other favourite retail store! Oh! So it expanded from a smaller store to a bigger ones! Oh! Yes. I did remember receiving text message from them saying that the first 100 members will get a free mug! If I go there, it would be an early bird, right? No harm in window shopping right?

Right.

I saw a gorgeous georgette chiffon pleated halter neck blouse to go with one charcoal gray cardigan. Also, I remembered my white jacket and white pants. To make a mix and match wardrobe, my eyes caught a beautiful sight of a ruffled chiffon sleeveless.

While waiting for a fitting room to be emptied, I even advised an ah-soh that the purple dress looked okay on her. Provided that she should accessorized with a big belt to hide that errr.. flab and add more zest to it with a jacket or a cardigan. She was so happy she went along with my suggestion~@!

I paid and the people there was so nice to give me the free mug! (yeay.) Maybe prolly to me being a personal shopper for that ah-soh lady.

I walked with pride with my two huge shopping bags inside another anchor store there. It was my hunting day after all. An investment that needed done as my size aren't XS anymore. That was so long dead and gone. I intended to buy a thick black socks as it goes well with major shoes I wear. (That remind me to dispose some "new" shoes that doesn't fit me comfortably - the Primaveras and some wuteva shoes)

Yeah right! My notty eyes caught two gorgeous bags to complement my shoes and my lepak style whenever I go out with Adek, my sis or any of my cousins. I called it the lepak weekend look. It can also be worn with proper clothing to the office.

So two handbags for yours truly plus another three pairs of black stockings.

( I just remembered, I also splurged on my kitchen supplies with all that indulgence thingy plus cropping my hair like a funky Jap gal - Gah! That went down the ditch as soon as I put my tudung on!)

Yep.
It's me on PMS alright!


Inside the bags...tra lalalala~@!


So since I have a very sensitive skin and due to a hygienic freak that I am, I washed em all this morning. Woot~@! Feeling a brand new Chee already~@! lalalala...

So. There. Did I enjoice splurging? Of course! But not until I heard what Modjo had to say about this. Still not regretting though. Cos I have my own reasons and you know what? Because of the craziness that spurned in 48 hours, both of us got what we want for an answer.

*smile*
Will blog about it if I want to. Till then, I love my weekend just lepaking and do the usual thing at home.

p/s: Modjo just checked out from his physiotherapy from 1130am, kept complaining how painful the session was. Hmm.. The man that I love with me + him as drama queens. Lalalala~@! Love him so much...

Thursday, June 25, 2009

H1N1: Yeh Yeh~@! Dpt Cuti Tanpa Rekod~@!

Wahlauwehh...

Daripada aku kena saman RM10 hebu hengget, elok aku dok dendiam kan?
Maklumlah takut aku jadik cam Zombie Kampung Pisang puleyk. Dok syok syok sebarkan virus kat jiran depan umah aku yg evil tuh (nantik aku ceta apa dorang dah buat)

Weehuuuu~@! Syoknya dapat kuarantin cenggini (or so I think!)

Mari baca kat sini:-

PUTRAJAYA: The Health Ministry has urged all employers to allow seven days’ unrecorded leave for staff placed under quarantine for Influenza A (H1N1) or going into self-quarantine after visiting Australia, Mexico, the Philippines or the United States.

Its minister Datuk Seri Liow Tiong Lai said the quarantine measure was aimed reducing the chance of the infection spreading to others, and employers should allow the unrecorded leave for the sake of “public safety and national security.”

Selanjutnya baca kat SINI enh.

H1N1: 10 things About Self Quarantine

Mari Tengok Dr Ismail Membebel Pasal Self Quarantine




So..no shopping aye?
Kawen pun tak bleh enh? Adoyaii...
Deym. I'm bored to stick!

Wednesday, June 24, 2009

H1N1 Hari Kedua: Bosannya!

Hari kedua.

Aku bohsan amat.
Keje keje keje jugeyk.
Bukak bukak bukak emel jugeyk.
Tipon tipon tipon bunyik.
Dvd Dvd Dvd jugeyk.
lama lama aku boring.

Kacau Modjo.
Kacau Modjo lagik
Kacau Modjo tanpa jemu.

Haih! Aku nak kua beli barang sendirik.
Tapi Jabatan Kesihatan tak kasik.
Jadinya, aku terpaksa menunggu driver Jabatan Kesihatan untuk membelikan barang barang aku.

Nak buat cemana?
Aku kena kuarantin. (Tidak boleh pegi mana mana - Bak kata Dr Ismail kat TV3)
Haih!

Bosan! Tak boleh jumpa rakan bahkan sedara mara (sibbaik famili semua di KL)
Aku sebatang kera kat Kuching nih.
Guna topeng muka dan amalkan kebersihan diri (malasnya nak mandi lahaiii)
Pantau status demam setiap 4 jam (terlajak kadang sebab bangun lambat!)
HOH!

Tuesday, June 23, 2009

Aku dan Perintah Berkurung H1N1

Rombongan Biohazard H1N1 (kan best kalau rombongan minang Modjo instead :(

Wahlauwehhh~@!

Gilers hokeh.
Tak sangka betul aku beberapa jam tadi tatkala aku menerima panggilan daripada seseorang yang sangat peramah macam kengkawan lama gitu.

'Halooo Cik Taichee..'
' iye...'
'Cik Taichee kat mana ni?'
' saya kat ofis la. Ni number ofis'
'Saya En Sobri memanggil dari Jabatan Kesihatan. Hari tu cik ada datang Kuching naik MH2504 kan?'
'Iye..kenapa?'
'Cik ni di Kuching lagi atau di KL?'
'di Kuching..'
'Camni cik, cik dikehendaki pulang segera dan terpaksa dikuarantin di rumah.'
'Haaa? Kenapa?'
'Sebab cik ada direct contact dengan pelajar yang kena H1N1. Kerusi cik 15A kan? Dia duduk depan cik aje.'
'Ya Allah...ye ke?' Terasa aku sangat cuak masa ini. Depan aku je budak tu. Read More Here
'Tapi jangan risau. Saya cuma nak alamat penuh cik di Kuching dan nombor handphone cik'

Maka aku pun bagilah lepas dia bagi verification dia orang Jabatan Kesihatan (takut gak Stalker yang HUtang aku RM20 ribu tu serang umah aku kat sini- nak kena pasang cctv lah)

'Ok. Cik kena balik sekarang. Nanti orang Jabatan Kesihatan akan ke rumah cik buat pemeriksaan lanjut'

Fuh! Aku macam terkesima la jugak kan? Apa punya kes lah dari 19hb tuhari sampai sekang dah bape ramai orang aku ada direct contact. Salah seorang darinya ialah Big Boss aku dari KL dan yang lelain ialah bebudak ofis.

Aku bagitau Mr T yang aku kena balik sebab kuarantin. Bertutup mulut staff aku yang dah berumur ni tentang keadaan aku. Terus dia panggil Ferdie, boss dia merangkap ofismate aku. Aku pun explain la kan. 'Ah! Sudah.. I dahlah jumpa u sejak hari Sabtu tuhari nak amik keta. Pastu kita sesama dengan GM lagi, boss lagi...'

Aku nak buat apa? Aku senyum jek la. Aku kata, 'Baik u, Nel & Mr T gi cek kat klinik. Kot ada pape.' Yang kelakar nye kan? Si Ferdie yang jarang wat lawak tu, bleh kunun kunun nak lari pecut tinggalkan opis sbb aku suspected H1N1. Peh! Macam ceta Zombie lak aku rasa (aku baru terkena gigitan zombie). Terpaksalah aku hantar Out Of Office punya ayat tak bleh blah - kena kuarantin til Friday and then, hantar sms kat Boss aku dan Manager-in-Charge kat Sawak ni.

So itulah nye. H1N1 katanya. Aku pun bagitau Mama dulu papehal. Baru je nak hepi hepi joyah joyah sebab Mama, Abah & Taro nak datang Kuching melawat aku. Aku cakap, InsyaAllah aku hokeh. Mama suh baca doa tolak penyakit berat and mama doakan aku dari jauh. Risau betul mama. Pastu baru aku call my shayg Modjo. Mcm biasakla dia suke buat Terkezut Zorro (terkejut yang agak cool la - dengar bom kat belakang pun leh sambung main pedangtapi buat muka pekebendealahtu). Sebab apa? Sebab dia tau aku tak demam. Simptom pun dia tau takde (mana taknya, dalam sehari berejam call kan?).

Tapi aku rasa aku sehat jek ni. Selsema ni, biasalaa aku kan ada allergik hidung ala sinusitis? Batuk ni pun biasala, aku minum ais je mesti batuk (smalam minum Ribena Sprite Laici yang lazat). Demam? Errr.. hokeh.

Pastu, aku punya cuakla lepas org spital call aku kata dah on the way nak sampai umah. So aku pun cepat2 mengemaskan apa yg semak dimata dulu. Hebat! Less than 10 minit ruang tamu umah spanking clean, bebeh! (sebab aku sidai baju salu dekat ngan balkoni).

Sesampainya rombongan minang dari Modjo Sepital tu, dorang dah pakai mask siap siap. Nasib tak pakai sut Biohazard. Aku pun cuak dah ni. MenTAKUTkan hokeh! Tapi kan, yang buat aku nak tergelak apa tau?

'Awak ni stewardess dalam flight MH2504 tuh enh?'
Haloooo~@! Aku kan pakai tudung ni. Baju plak baju opis. Badan plak gumuk cam anak badak. Ape kes mo jadik stewardess? Adoyaiii statement tak bleh blah betol hokeh! Tapi aku cakap la, tak. Aku penumpang.

So aku sengaja pasang Tv dok tayang Wanita Hari Ini pasal Bujang Terlajak (Peh! Perli aku nampak Tv enh?). Bukak sliding door and pintu dapur kasik ventilation best sikit. Sorang nurse tu, suh aku isikan IC aku dan sain borang Home Observation and Surveillance Order for Contacts of Pandemic Influenza (PI) under Section 15(1) The Prevention and Control of Infectious Diseases Act 1988.

Panjang berkajang bapak

Panjang takkkkk?
Hahahaha... Lepas sain borang ni, aku diminta meletakkan termometer di bawah ketiak. Sebab ada jantan lam umah, makanya aku pun masuk bilik dalam 3 minit untuk cek suhu aku. Ada ke patot lagi katanya, 'awak ni student enh?' Like, haloooo...IC aku tu tak nampak ke? Aku dah tua cenggini, haruskah jadik student lagik? Adoyaiiii statement kedua yang tak boleh blah hari ini. Aku senyum jelah. Aku cakap tak, aku keja dengan *tooottt* dan kat *toooot* (tak boleh expose nanti ada Org Gila Stalker sebuk carik aku kang- ala kalau dia tau pun, lagi bagos. Boleh aku bagitau polis)

So.
Lepas dok nasihat begini begitu, aku pun cakap ngan dorang aku nak amek gamba sebab ni kejadian unik yang pernah berlaku kat aku sepanjang aku hidup. Dorang senyum pun tak nampak gigi sebab pakai mask tuh. Then dorang tinggalkan aku dengan borang 4 Hourly Temparature Chart dan sebatang termometer untuk aku cek sendiri. Adoyaiiii! Ingat leh lek lek. Tapi tak ada maknanyaaa....Aku kena jadik dr and nurse diri sendiri. Pfffttt~@! Di samping itu, aku kena pakai mask if aku order McD Delivery atau jiran (merangkap bebudak bujang opis) aku bawakan makanan. Don't be khuatir banyak gilers stock mask dorang bekalkan untuk haku.

Inilah dia gomen given termometer..yay~@! Free wokkkk~@!


Suhu pada jam 1230pm


Mask. Free jugeyk wokkkk~@!

Begitulah adanya, kengkawan sekalian. Janganlah jeles pada diriku yang mendapat cuti rehat daripada Gomen selama seminggu bersenang senang di rumah sendirik. Boleh bangun lambat atas katil sendiri, tengok TV sampai lebam, bertenet sampai pensan dan memakai sebarang je lam umah ni. Takyah pk nak gosok baju pe, kasut pe nak pakai. Makan pun tak menjadik soal sebab aku baru je stock up tuhari sebelum bagi Greenie kat Ferdie.

Huwaaa... (?)
Heaven ke HELL?

Nota perasan: Aku dah rasa a bit panas la. Kepala dah pening pening. Mata dah pedih pedih...Adakah?

Takpe. Kang jam 430 pm kang aku cek suhu badan kang.

Friday, June 19, 2009

Where is Me?

Missing in action Chee.

Hehehe..
Chak u ollz~@!

If you've been wondering where I was for the past weeks, well I was busy to & fro Kch-KL lately for my (insyaAllah) upgrading of my position. Its a requirement that all of us here kena fulfill. So, alang alang aku kena buat job lebih mencabar starting July, aku mintakler Boss kowtim kan for my trainings kasik abes. So pernah aku siang dari KL, overnight kat Kuching tapi keesokkannya balik KL balik. Sampai Modjo kata, ek eleee ape kes la! (Dia jeles la tu). Ni pun baru balik dari Melaka untuk training. Balik Melaka sempat berposing ngan Jiji + adik (sori gambau tak boleh diletak - sukati aku lah kan?)

So itula nye, starting May full swing ke Jun. So bila ada life, maka blog ini pun semakin bersawang dan berhabuk. Hehehe..normal la kan?

So maybe u ollz nak tau enh, cemana aku ngan Modjo? Well, so far ada perkembangan yg positif.

1. Pernah satu hari yg indah nak tgk wayang ceta Terminator Salvation ngan adik. Aku tak kata pun kat Modjo aku nak tgk ceta apa. Tp dia tau la aku kat Cineleisure. Little that adik & I know that dia dok skodeng and beli tiket movie yg sama ngan we olls. Nak dijadikan ceta kan..aku rasa aku ternampak dia dok sengih sengih kat adik dengan senyum dia yg chomel tu. Tp yg herannya adik tak pasan dia. Bila aku cakap baju kaler begini dan begitu rambutnya, badannya cenggini cenggitu, maka Modjo pun mengesahkan dia mmg ada kat sana. Cheyh. Itu pun nak rahsia. Last last kantoi sendirik! (Aku tak pulak tego dia, sbb masa tu aku konfius).

My Modjo Shayg

Modjo orgnya tinggi dan cerah (juga chomel). Aku rasa aku takat telinga dia je. And err.. badan dia sedap sedap gitu (pelukkable). Bak kata hanty tentang kejadian ini, "itu namanya dating jarak jauh" Adoyai. Pe punya dating tah, tak janji pe pe pon~@! Rasa macam baru nak blaja bercinte je. Tak pernah pulak selama umur aku ni, aku experience cinta yang sebegini. If ada orang kata What Are You Taichee? 15? Hehehe..I couldn't agree more. Sebab ini macam betul betul first love aku yang aku tak pernah ada!

2. Disebabkan telah terkantoi oleh aku, maka Modjo pun dah berani tunjukkan video dia main gitar akustik dia + nyanyi lagu Halo versi dia utk aku menandakan itu adalah dia terlatest. Hehehe..dan dia sgt shomel~@! (kunun malu malu nak tgk vid, sbb dia kata, mmg dia dok imagine ada org tgk dia - tah papetah!) Masa tgk vid ni kat opis, aku dok "OMG! OMG!" Sbb keshomelan dia itus.

3. Aku tak sabo nak balik KL lagi. Bukan sebab nak dating ngan dia. Ohhh maap makcik pakcik sekalian kerana menghampakan anda. Ni bukan cinta biasa dok dating mating. Selagi dia tak jumpa mama & abah, selagi tu aku tanak jumpa dia face to face. Sebab tu la jugak aku n adik rapat. Cuma aku rasa hidup aku penuh kat Kuching KL. Ada Mama/ Abah/ Taro <---susah nak kaco dia, ada famili lain, member member - and last but not least, aku rasa aku dekat bangat ngan Modjo tershentaku. 4. Disebabkan Modjo tak dapat jumpa aku lagi, makanya aku heret adik sebagai wakil achik dia untuk jumpa kazen mazen, jumpa nenek + hanty, jumpa member, hehehe and adik was ok about it sebab aku treat dia mmg cam adik aku pun. Tu pasalla sekang Modjo sudeyh jeles. Dah la kami dilahirkan sama hospital, perangai ketomboian lebih kureng sama, sama poyo, cuma adik ni senyap la. Dia cuma akan bukak mulut cerita bila dia dah selesa ngan orang. 5. Tadi Modjo kata, adik nak datang Kuching. Boleh Modjo tak kasik? Cheyh. Dengan adik sendirik nak jeles. Cemana nih? Sapa suh dia lambat no? 6. Oh yeh. Sejak domenjak ni, aku + kazen mazen dah kembali cam zaman kekanak dulu. Makin rapat + suka lepak sesama. Tengok wayang + makan (tapi takleh wat selalu la, kopak haku). 7. Apa aku tau, mama + abah sedang rindu bangat kat seseorang. Tp entahla, mungkin sebab aku ada kowt? Cuba aku dissappear? Aku rasa, terubat rindu mama + abah. I hate it when I was proven right. Please prove that I'm wrong. Sekian.

Kesimpulannya:
Modjo ada cara sendiri. Tak gelojoh. Tak kecow. Cool je. And cara dia dok suruh aku rapat dengan adik sebagai wakil dia tu nampak dia benar benar ikhlas. Aku pun boleh korek rahsia Modjo. Sejarah dia. Cemana dia. (at the same time, adik pun ceta pasal aku kat Modjo kan?) Nak tau dia tinggal kat mana pun boleh. Tapi aku tak buat je sebab aku nak Modjo sendiri tunjukkan aku. If dia ni tak betul punya manusia, dah lama duit aku kena kikis cam jejantan laen dan aku takkan di expose pada pihak keluarga dia (takut kantoi ngan bini). Kalau ada lagi org yg skeptik dan takut aku masuk gaung cam dulu, well. Wamakaru wamakarallah. Wallahukhairul maakirin. Jodoh kat tgn Allah. Aku sekadar berdoa biarlah Modjo lelaki permanent yang bertapa kat hati aku yg sunyi ni. Biarlah dia jadi suami aku dgn izinNya. Aku rasa tak lama lagi je tu. InsyaAllah. Nak buat dia jeles lagi... Kasik percepat. Lalalala~@!Doakan la enh! Aku sendirik tak sabo nak jumpa cinta hati aku yg sorang tuh!

Adoi mak kawenkan aku~@! Hahahah <---aku dah wajibul ghunnah kawen dah pown. Haruslaaa

p/s: Aku dah malas berblog. Bak kata mama, ada banyak lagi benda berpekdah boleh dibuat. Seperti mengingati keluarga, menolong mak abah kat rumah (ni pun aku termiss). Adoyai. Sakit gak pale. Baik aku tido sambil tunggu Modjo balik ni (ecewah mcm yo yo ow je)

Tuesday, May 19, 2009

FUWAHHHLAWEEEHHH

{Listening to Halo by Beyonce}

Heheh...
(dah berhabuk bersawang blog haku nih enh? Malasnya nak hapdet!)
Nak cakap lagi sekali!

FUWAHHHLAWEEEHHH

Terbaekkk wokkk~@! <----Tah pape tah bahasa bebudak sekang.

Tapi aku pun terikut sama.

Aku sangat happy berada di KL sejak 6hb-17hb. Sebab bebudak opis aku kat Sawak ni dok dilly dallying on meeting kat KL, so terpaksa aku mengguna pakai tiket Burfday Celeb aku on the 14th untuk ditukar ke 11th. Jadinya, Dari KL, aku balik Kuching pada 10hb semata mata nak jetsetting tido kat Kuching untuk aku kembali semula ke KL esok paginya jam 12. Boleh gitu? Terbaekkk wokkkk~@!

Bukan hape, dari 6-10hb aku berada di KL untuk:

1. Training Legal aku (so sesapa jgn mess ngan haku)
2. Cuti cuti jenjalan menghabeskan masa ngan Piko & D3katian sistas.

Tony Roma's Fab Ribs~@!


Deliciously Yummy Tony Roma's Fried Mushrooms

3. Celebrate Mother's Day Mama - Modjo sponsor Cuppacake! Betapa sweetnya bakal hasbenku ini (aminnn insyaAllah). Mama sangat happy dapat cuppacake itu, siap nak amik gambar! Pastu, abah lead baca doa selamat tok mama.

Cuppacake yg disponsor dan dipilih sendiri oleh my Modjo <3

It was supposed to be pink lilies~@! Ini untuk Datin Seri Nenek drpd Puan Seri Intan

4. Melepak ngan bakal sedara, adik Modjo ;) Hehehe... ini sangat penting ye!

Atas faktor peribadi, gambar ini ditopo kan. Me & Adek kat kedai spek Great Eastern Mall. Ini outing ketiga kami :)

5. Aku terasa sangat dekat ngan Modjo tercinta (dia yang ajar aku tentang pentingnya hubungan kekeluargaan dari segi apa yang dia praktis, ni aku yang observed bukan dia bagitau pown). Aku dah pass kat dia handmade Pop-up Card (ingat tak projek tertangguh aku penah blog dulu?) + cuppacake dia + hati unta Mama belikan tok dia + kek Lapis Sawak Chunky Choc n Masam Manis dia + Chenta dia heheheh... lalalalala~@! Shayangnye haku kat orang tua Modjo itu.




Mencik! Aku lupe mo sain ini kad! Mencik tak beli kad cream banyak banyak! Mencik!

Lepas itu, 11-14hb:

1. Aku ada Sales Meet satu department turun. GM aku make a point it was a very engaging meeting. Dia komited turun padang bagi ilmu dan pointers yang patut we all take note. Dept aku ni memang serious biz, tapi bebudaknya cam happy go lucky sentiasa. Cam ni la baru hero geng!

1b) Masa we all gi main boling suka suka itu, aku adalah pemegang highest score perempuan. Hehehehe... AND dorang decided buat "surprise" burfday celebration kat tempat boling itu kepada semua May Babies~@! Ohhh terharunya...tapi aku malu jugeykla...sebab haku dah TUA, KEREPOT, Nak Mampos tapi tak kawen kawen lagi...Hahahaha~@! Thank you Mr. SD + Planning Unit yg sangat sangat lah thoughtfulnya... (yelah buat Sales Meet dekat ngan time burfday haku plak tu)

Bebudak yang bertolak tolakan meniup lilin. (tatau nape masa ni aku terasa lonely sangat sangat altho I was not alone?)

Bukan senang nak kalahkan bebudak laki, hokeh~@! Siap suh maen laju lagi...:p



2. Aku nak selebet burfday aku di Penang ngan Ziyyad, Dilot & Anas & Taro. So aku angkut dak Taro naek Penang, harapannya dia bawak Blackie, tapi masalahnya, dia ni tak bawak spek pulak (alasan dia laaa). Taro awal awal dah belikan aku selendang purple yang best gilers. Thank you hadik! I love you!

3. Modjo dah pass hadiah burfday aku as usual to Adik. Malam tu, dia nyanyi happy burfday tok haku dengan sangat romantiknya + siap doakan lagih. Sanggup dia yang letih gila bangun ngantuk ngantuk nyanyi tok haku enh? (padahal dari tadi gayut dia takmo hang up, nak tunggu jam 12:01 jugeyk)

4. 15hb itself aku naek Kedah tengok adik bongsu aku, Piko pulak. Sian dia kan? Tak pernah dok berjauhan dari famili. Rupenya, dia gak yang mintak gi sana. Kunun terbaek la tempat itu. Abah yang tau aku nak naek Penang, suh aku naek Kedah passkan karpet tebal anak bongsu dia hehehehe.. Padahal mama rileks je.

5. Aku siap melencong ke Alor Setar bawak Ziyyad ngan mamanya jenjalan sambil makan laksa Kedah yang besa besa jek. Saje je ngada nak tengok tempat lama ku itu.

6. Balik Penang dulu hantar Ziyyad & Dilot, baru aku rempit balik ke KL. Alaa takdehal la setakat 3 jam perjalanan tu. Aku rasa aku terkena speed trap malam, sebab nampak cam ada lampu biru blinking kat atas tower polis kat Perak (tak ingat kat mana). Ada ka patut polis ni keja malam malam? Siang dah ahhh... (NOTA UNTUK Taro, tolong cek Blackie ada kine ke tidak, supaya saya boleh bayar saman SEBELUM En. SB tau yek!)

7. Modjo terkena sakit tekak melampau dan batuk yang kesian sangat aku dengar. KOHOK KOHOK KOHOK.! Adeyh...mamat tu bukan reti nak pantang. Maen belasah je makan. Dah tau tenggorok tu sakit lagi mau makan sambal + minyak + minum ais. Terbaek betul! Hoh! Geram makcik!

8. Jumpa lagi D3katian gals, mek mek fabulous kat umah emak Cik Flyer. Cik Sweetie siap belikan aku hadiah yang amat amat amat aku suke! Cuppacakes + handbag...woooo~@! Best gilers! Cik Flyer kata nak bagi aku voucher spa 2 jam kat The Curve. Tapi kena gi ngan dia. FUWAHHHLAWEEEHHHH~@! I loike~@! Cik Mag pulak bagi aku eyeliner yg seswai dipakai ngan tudung kaler biru.

9. SD card Pentax haku hilang masa kelam kabut kat item no 10 kat bawah itu. Tapi aku dah komplen kat Modjo. Hehehe...Modjo nak belikan baru...yeeehaaa~@! Andre andre~@! (Lenkali nak hint la...Bie: Taro dapat Acer Aspire kecik tu free~@! Tu lappie idaman I..(hint! hint!)

10. Aku kelam kabot naek AirASUCKS sebab dia kata aku sengaja tukar time balik aku dari jam 5 petang ke jam 7 pagi.

Padahal aku cuma tukar dari 14 Mei ke 11Mei.

Hilang hakal ke apa? Aku NAK BALIK ke jam 7 PAGI masa 17 Mei tu? Pastu, dahlah tak bleh compensate, aku kena pulak pegi beli sendirik kat kaunter AirASUCKS tu kat KL Sentral, giliran ke 90 lebih... HILANG HAKAL KE? Jam dah kol 330pm (dari kua umah + tunggu giliran jam 1 lebih) baru aku rempit balik umah and rushing balik ke Kch untuk flight AirASUCKS jam 640 ptg. BOOOOO~@!

Hentahla. Aku dah MENYAMPAH dengan AirASUCKS ni. Memang betul-betul style Bas Ekspress Cap Hayam je aku rase.

Lenkali aku naek MAS aje! Lantaklaa bayar lebih tapi HATI PUASSSSSS + SELESA + Flight Attendant yang sopan dan pro-aktif, bottomless juice, hot food, Lebih berat bagasi, benti kat KLIA instead of LCCT cam Pudu tuh. HOH! (alaaa sekang tak bnyk beza pun harga sbb AirASUCKS ada hidden cost lagih...menyampah hokeh! Sama je pown in the end rega dorang...beli je tiket MAS awal awal sudeyh)

Pepehal pown:

Aku nak balik ke Tanah Tumpah Darahku Malaysia balik; kali ni naek MAS!
Aku dah sourgrape ngan AirASUCKS makan duit aku banyak kali dekat seribu dah habes in one return flight KCH-KUL-KCH.


KL: Aku datang~@!
Yeahhhoooo~@!

Sunday, May 03, 2009

List dan Tok Nenek List!

{sambil dengar Spiderman 3 dan layan mesej Modjo}

Memandangkan hari yang aku tunggu selama sebulan lebih semakin dekat, makanya aku sungguh teruja nak buat dan nak hapdet list. Maklumlah kan.. Apa lagi aku nak buat kat sini sorang sorang dok jauh dari famili dan yg terchenta. Keja plak sumer dah settle. So.. marilah!

Dulu punya list:

Work thingy

1. Buat SWOT Analisis untuk customer aku di Kuching Setel!
2. Buat claim (peh! mati aku kalau tak claim cepat nih...banyak dah pakai duit) Dah! Besok submit mintak Boss sain hari tu jugeyk. Kalau tak sampai bila lah mo tunggu dia balik dari KL..Aku dah kering dah ni sebab banyak pakai duit. huhuhu~@!
3. Tengok trend customer sepanjang minggu aku "hilang" dah buat dah!
4. Streamline balik kerja aku travelling satu Sarawak ni.
5. Kena hantar email kat MTSG sebab aku ni komfem ke pegi training neh? Sonyap jok? Kalau dapat pegi training nak plan balik awal. Bolehla makcik berjumpa yang tersayang dan terchenta (family first, boyfriend later) dah cek! Mencik!

Others:

1. Bayar bil bil bulanan DONE!
2. Ambik baju kat laundry DONE!
3. Basuh baju travelling aku
4. Buat kad untuk exBoss aku di KK. Sebab we all sesama Taurus babies BELI SUDEYH! Cepat lagi hahaha
5. Lawat Fredie sebab dapat baby gal baru semalam (Taurus lagi! Dia laki bini pun Taurus!) Aku belikan dia baby gal punya benda alah kat kepala tu, suka betul bini Fredie. Baju pompan pun byk kiut2 kan?

LIST BARU!

Ni untuk barang yang perlu dibawa ke KL

1. Kek lapis Sawak tok maklang + maklong (sbb aku rasa belum penah belikan dorang). Pastu tambah tok umah x 3 (taro je sebijik), nenek + hanty = share 1, tok Modjo + adik2 dia= 2 pcs. Altogether: 8 ketul! Humangaii...berat beg nih tapi takpe naik MAS pown. Takyah bayar sebuk sebuk cam AirAsia!

2. Baju baju shantek nak

a) Dipakai masa naek flight sbb masa turun bakal kazen ipo nak amek kat KLIA. So kena pakai shantek shantek maa... (Note to self: kena make over jugeyk! Sila pakai ctc lens yeh!)

b) Dipakai tok pegi course Legal yang mandom tuh. Maklumlah, manalah tau Modjo boleh anytime nak turun jumpa haku. So kena lah ready although dia tak janji kan? Dia tu kan suka surprisekan orang? Biar prepare awal, jangan menyesal tak sudeyh.

c) Dipakai kowtlah dia nak datang rumah jumpa mama & abah kan? So far takleh janji apapa pun. Sebab as usual, kena tunggu dan lihat. Aku juga bukan seorang yang suka paksa orang. Taulah dia apa dia kena buat, kan?

d) Manalah tau kowt dah lepas jumpa mama & abah dia nak ajak makan kat Auntie Anne ke, bawak jumpa makcik pakcik dia ke? Kan? Takpe, jgn terlalu wishful thinking, tapi tak salah buat preparation awal.

3. All the chargers - fon dan camera.

4. Make over kits - complete set

5. Extra contact lenses, sebab makcik kan dah rabun. Nak pakai spek macam nerd. Hahaha..Sukatilah!

Yang lelaen tu rasanya biasalah..

SEBELUM HAKU PEGI KL, AKU KENA

1. Siapkan monthly report dulu
2. Siapkan streamline kerja masa travelling
3. Go thru customer files, hapdet and gegarkan mana perlu
4. Review balik apa yang aku buat minggu lepas, maybe dah patut hapdet.
5. Cek balik emel planning. Aku kena tukat flight ticket lagi kowt? Huhuhu urgent nih!

Oklah. Baru nak mandi nih. Hahahah~@!
Habes cuti 3 hari haku kan? Tak sesia pun sebab banyak gak mission accomplished altho agak slow and steady. Aku bangga apa aku dah buat, siap leh layan tido malas lagi!

Lalalala~@!

TINDAKAN NEKAD!

{tgh chill dan bergembira sambil mendengar lagu lagu rancak}


HOH!

Puas hatiku dari semenjak semalam, nasib baik aku bangun pagi buto untuk perasan parking spot kat depan ni dah kosong. Ape lagik..muka semonyeh bangun tido, aku grab kunci Greenie and tak tunggu panas terus park dengan gembirenya! Ye. Aku nyanyi lalalala sepanjang kua umah, bawak Greenie and parking sampai masuk umah... Lalalala~@!


Hoh! Pedulik la ko owner rumah depan ni ke, ape kes plak dorang ni nak giler koser nak amik parking covered sampai TIGA? Aku nak satu weh!

Sekang dah masuk 2 hari Greenie berumah bawah bumbung. Besok Isnin sampai la aku balik ke Kuching semula (sampai 17hb), aku tak akan bawak Greenie. Bukan nak gaduh. If that orang tua guna tektik kotor dok parking unmoved old haggard Honda dia kat undesignated bays which are not his and dok ganti keta laen nak "cover" 2 parking bay tu (macam maen cop cop lah) so aku pun boleh laa... Dah dapat 2 tu kira okeylah, tapi TIGA?? TIGA HOKEH! Thats it laa...selfish! Padahal tak sepatotnya dia parking depan. Aku ngan makcik pakcik umah atas aku pun ada hak jugeyk kan? Aku je sorang yg berani menyatakan hasrat sebab jiran tetangga yang laen kat sumer baik and malas nak gadow cam haku. Aku ni memang pantang dibuli!

So let his words eat him too. First Come First Serve Basis. Haa...memang! Hamek ko!
Inilah apa yang aku plan masa aku "mengalah" tuhari. Aku ingat apa orang buat kat aku, especially bila kita cakap leklok, dia balas dengan kata kata maki. Ingat aku tak boleh ke maki? Tapi aku dah banyak cool. Sibbaik ada Modjo + komen2 korang dulu. Banyak aku dah chill dah. Mekasih la buat aku hepi + gelak tak hingat.

Bukanlah bermakna aku nak hangin tak tentu pasal beb. Bukan aku takmo "act" like an adult beb. Kalau aku tak act like an adult, definitely mamat ni punya keta aku tebuk dinding tayar dia depan belakang kat all 3 cars yg dia ada. Ada aku kesah? Aku cool pe. Aku dah biarkan si Greenie berpanas berhujan seminggu. Aku cool pun.

Aku sedar aku ni Muslim. Aku guna debat ala Nabi pun tuhari. Nampak je aku block keta pakcik tu, tapi sekejap je pown! As if aku nak biar 24 jam. Korang hingat aku gile? Kalau dia takmo mengalah, aku ok je. Tapi janganlah marah kan, kalau aku pun guna pendekatan First Come First Serve Basis dia.

Muahahahaha.... Eat this, old man!

Sempat gak masak spageti goreng sebab dah lama tak makan! Nah Pakcik merempan! Aku bagi makan nih...dijamin halal dan toyyib


pssst:
Aku tulis ni macam aku ganas je bunyiknye kan?
Tapi snonye aku banyak bagi peluang kat orang. Kalau dah 3 kali pun dia fail, that's it!
Samalah prinsipal aku pada boipren2 ku sebelum ni. (Dan aku harap tak gunakan acid test ni pada Modjo, so far Modjo flying colours)

No more Ms Goodie Two Shoes me. Let me Taichee je...

Anyho,
Aku amat rindu mamat ni...mengalahkan rindu aku pada Modjo..Hehehe

My beloved baby nephew Ziyyad...kenapekah kamu ini sangat adorable, comel, muka cangka sangat? Adeyh!

Long Weekend & Aku

{Betapa aku cemburu aku tidak ada di KL mo jumpa Ziyyad kesayangan!}

Semalam Jumaat.

Aku bangun awal sebab Modjo call. Hehehe..kalau tak harus aku berlingkar atas katil lagi. Entah hapelah aku buat agaknya, sebab dah musim malas kan? Aku takde mood nak buat apa apa hatta makan sekalipun.

Jadinya, aku cuma habiskan masa dengar lagu kat fab sound systemku dan baca buku yang dari dulu tak habis habis. Bila Modjo call lagi masa tengahari tanya aku buat apa, aku kata aku tengah baring baring bermalas malasan sedangkan dia nak hantar keta gi cuci. Macam macam Modjo buat semalam sedangkan aku tak bergerak gerak. Bila dah lama fikir baru aku teringat, jeans baru aku yang tengah dialter tak ambik lagi kat Spring. Adeyh. Malas gila nak keluar. Kalau ada Modjo kan best, boleh dia bawak aku ke sana sini.

Alang alang mo kua, biarlah buat make over sikit. Friday nite kan? Pfft! So aku keluar pakai yellow polo shirt + baju HRC kat luar sambil pakai heels Nose yg 4 inci itu. Saja! Suka lah nak melawa sekali sekala di waktu malas. Alang alang malas masak dinner (at least masa lunch aku masak mee suah + fishball + sayur - siap ajak ajak ayam kat Modjo nak suapkan dia thru the phone) aku order apple crumble tak berapa sedap kat Setabak + Hot Mocha feveretku.

Kelepak kelepuk, balik umah je Modjo ajak lawan Word Challenge over FB, as usual, aku akan kalah gedebek! Susah tol aku nak menang. Gedebak gedebuk fast forward, malam tadi aku tidurkan dia lagi dengan bebelan dan repekan aku. Tak tau lah bila dia tidur tu sebab dia tak berdengkur. Aku tau aku dok cakap sorang sorang.

Hari ni pulak,
Aku bangun pagi dan berkobar kobar nak menyiapkan projek aku. Gambar dah ambik tapi takmo upload lagi. Nanti dah handover pada sidia baru aku post gambar. Hehehe...penat tau aku buat! Sampai lenguh lenguh tangan.

Aku pun sibuk kemaskan rumah untuk ditinggalkan dalam jangkamasa yang lama. Nak packing sikit sikit and Modjo call aku around 10ish. Kununnya dia bangun awal. Awal la sangat! Katanya nak bershoping ngan adik adik kat OU + Ikea. Peh! Sungguh jeles. Sibuk pulak mesej haku time aku nak merehatkan mata (aku tau he misses me that time).

Ni sekang tgh tunggu dia abeskan keje..
So aku plak tengah update blog sambil tengok Shallow Hal. Baru je dia hantar mesej tadi nak tau aku nak on9 ke or nak call je terus.

Rasanya dia nak on9 nih.
Till laters..ciou!

Clocked: 141am: Sunday

Sunday, April 26, 2009

.:TRAINING or NOT?:.

Huh!

Sabar jelah aku.

Bila tengok date on Social Etiquette Training yang supposed to be held on May 4th, rupanya ditunda ke 26 ke 27 tah? Hampeh.

So tinggallah training on the 7th yang paling boring on Law & Contract. Social Etiquette tu training cemana nak bersosial + makan. Sebab tu lah best. Hahahaha~@!

So.
tak dapeyk pulang awal. tak rezki lagi.
tak apa.

Nak tau tak apa rasanya hidup sorang jauh dari org?
"adik angkat" aku dak yati dah abandoned aku sbb dia ada kengkawan yg lebih mantaps more to her age (25). Kat opis sekang dia dah naik pangkat jadi clerk apetah langsung tak menegur aku. Hmmm... Selalu gak aku cakap ngan dia, "Wah! Ti...sejak naik level ni, ko langsung tak bertegur aku. Sibuk sangat ke? Ajak aku keluar/jumpa pun tidak dah sekang"

Jawapan dia: Aku memang dah janji dengan diorang blablablabla..

HOH! Alasan!
Mengingatkan aku pada seorang dua manusia yang tak pegang pada janji. Nak jumpa, dah janji sekian sekian. Last last left me high and dry. Dulu macam ngam gila, rapat ngan aku, last last kononnya aku dahberubah langsung abandoned aku. Hoh!

So imagine.

Apa perasaan korang, dok sorang, takde kawan perempuan?
Aku malas la nak keluar ngan kawan lelaki. Kang apa pulak kan? Malas!!
Rindu itu haruslah maksima pada famili, kawan dan yang terchenta kan?

Kalau tak percaya meh sini datang ganti tempat aku.
Nak makan pun takde moodlah!

Rasa nak tendang semua benda kat umah nih!

Saturday, April 25, 2009

Mahu Pulang!

{Tengah dengar semua lagu aku dan dia}

Jam dah menunjukkan pukul 8:23am.
Lepas Subuh tadi sampai sekarang aku tidak dapat tidur memikirkan betapa bestnya mahu pulang (kan best kalau pulang ke pelukan pangkuan Modjo, tapi dia masih belum suamiku lagi).

Di waktu begini, Modjo sedang enak dibuai mimpi kan aku jauh di atas katil empuknya di KL. Kesian kat dia dah berturut turut tidur subuh, pastu pegi kerja lagi. Teringat malam tadi betapa manjanya Modjoku meminta aku tidurkan dia! Halo! Kamu semua yang otak pengotor! Bukan tidur sebegitu hokeh!

{Lagu Sempurna + ID muka sayang yang paling baru}

Hai sayang!
Hehehehe...
Sayang dah penat enh?
Haah..i dah ngantuk la
Pegilah tidur sayang..
Sayang, you dah lama tak nyanyikan tuk i
Alaa...sore i buruk la sayang!
Alaa...please...i nak u nyanyikan lagu tuk i bagi tidur..
Em...hahahah~@! Alaa..lagu pe ye?
Tak kesahla lagu pe pon...nak dengar sore u
Ni sore i la nih...
Alaa..
Hisk! Kenapalah boiprenku ini sangat manja enh? Jap I gi minum air jap sayang...
Ok..
Uhuk uhuk... okey here goes...
(Maka aku pun nyanyikanlah dia lagu Kaulah Segalanya + Antara Anyir dan Jakarta and lastly Eternal Flames, semua versi pendek pendek til chorus jek)

Sungguh sungguh aku nyanyi sampai pejam pejam mata gitu, nak dapat feel kunun. (Kalau depan dia aku nyanyi sungguh aku akan gelak gelak punya)

Sayang?
Saaaayanggg....
Heloo...

Hmm.. betul tidur ke sayang aku nih..langsung tak berbunyik
Dah komfem agak lama gitu sebab aku takut aku hang up begitu sahaja.. makanya aku pun cakap selow selow gitu,

sayang..selamat tidur enh
Good night my sayang, sleep tight and sweet dreams
Have a good rest ok?
I'm gonna hang up now
I love you loads
*toot* (dicensored untuk kebaikan bersama, hahahahha!)

Takpelah. Aku tidak mahu mengganggu Modjoku. Selalunya dia akan tidur balik lepas Subuh sampai la tengahari. By that time,aku dah sampai Kuching insyaAllah, baru aku akan telefon dia (selalunya dia yang fon/msg bila dah bangun).

Flight aku jam 1125. Jap lagi nak ambik bubble bath sambil baca buku Flirt in Cars. Dah plan dah this weekend nak buat apa. Peh! Bukan cuti lepak malas lagi dah! Aku dah buat tu semua dengan Piko. Memandangkan Boss baru dah bergiat aktif kini dan memandangkan banyak acara kerja aku kena buat minggu depan maka aku kena buat list.

Work thingy

1. Buat SWOT Analisis untuk customer aku di Kuching Setel!
2. Buat claim (peh! mati aku kalau tak claim cepat nih...banyak dah pakai duit)
3. Tengok trend customer sepanjang minggu aku "hilang" dah buat dah!
4. Streamline balik kerja aku travelling satu Sarawak ni.
5. Kena hantar email kat MTSG sebab aku ni komfem ke pegi training neh? Sonyap jok? Kalau dapat pegi training nak plan balik awal. Bolehla makcik berjumpa yang tersayang dan terchenta (family first, boyfriend later) dah cek! Mencik!

Others:

1. Bayar bil bulanan
2. Ambik baju kat laundry DONE!
3. Basuh baju travelling aku
4. Buat kad untuk exBoss aku di KK. Sebab we all sesama Taurus babies BELI SUDEYH! Cepat lagi hahaha
5. Lawat Fredie sebab dapat baby gal baru semalam (Taurus lagi! Dia laki bini pun Taurus!)

Lagi satukan...

Aku banyak sangat terserempak nombor feveret aku, 5 dari Kuching-Miri-Bintulu-Sibu.
Hmm...

Oklah nak mandi bubble bath dulu, bersiap siap nak balik ke Kuching.
Aku rindu la..

Tuesday, April 21, 2009

CERITA YANG HARUBIRU

{AMARAN: BLOG ENTRI KALI INI AMAT POYO DAN EMO. SEBAB SUKATI AKULAH, AKU YANG EMPUNYA BLOG!!}

Salaam semua~@!

Ini disampaikan berita jam 3 petang, saya Taichee melaporkan dari Bilik Hotel di Miri dalam keadaan gundah lagi gulana. (Tapi masih bertenang lagi)

Pagi tadi sekitar jam 7 pagi, Taichee yang anda kenali sebagai seorang yang ceria dan cool telah mulai menggelabah disebabkan kesalahan membajet kewangannya sendiri. Ini kerana kebanyakan duit tunainya telah pun digunapakai sepanjang 10 hari secara bas express Rapid bersama adik bongsu kesayangan.

Oleh kerana otaknya sangat cepat berputar pada Bulan Lima (atau Mei) makanya segala tarikh pada bulan April ini suka dibawa kehadapan bagi mempercepatkan tarikh penting "Hari itu Dalam Sejarah". Tanpa usul periksa dan suka bersikap santai, Taichee pun bergembira berjalan ke mesin ATMnya untuk mengeluarkan duit meneroka kawasan Sarawak atas urusan kerja. mahu tahukah berita selanjutnya?



{Iklan Sebentar: Iklan ini ditaja oleh Syntium 3000 5W40: Pelincir premium untuk pengguna Volkswagen Golf R32}
Berita selanjutnya
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Makanya apabila Taichee melihat pada paparan skrin ATM itu alangkah hampanya duit gajinya yang dibajet masuk pada hari ini masih tidak kelihatan. Adakah kerana syarikat aku lambat masukkan gaji (tidak mungkin) atau mungkin disebabkan LHDN? Kemungkinan ini bermain dimindaku daripada KIA sehinggalah aku naik kapal terbang. Disebabkan tidur aku yang sangat mahal, disepanjang perjalanan aku hanya mampu terlentok kepala ke depan, ke kiri dan kekanan akibat tertidur dengan sedapnya. Sehinggakan aku malas mahu layan pramugari MAS yang sebuk tak nampakkah aku tertidur kepenatan ni?

Sesampai sahaja di Miri airport, aku cuba lagi untuk mengeluarkan duit dari Mesin ATM. Alangkah kecewanya aku ia masih belum dimasukkan. Lantas aku pun menelefon Kak Lenny sama ada gaji sudah masuk ataupun belum.

'Aiee...Cik Chee, gaji kita masuk 23 hb nak? Bukan hari tok!"
{pig Latin translation: Aiee Cik Chee, gaji kita kan masuk 23hb? Bukan hari ni!}

Maka aku pun seolah olah mahu ketawa sambil menangis hiba! Komfiden je aku ingat gaji masuk hari ni. Tengok purse tinggal bape kerat duit merah. Mana cukup beb nak cover sampai besok? Teksi lagi, makan lagi.

Okay. Aku pun bertenang sambil menelefon Piko. In fact sumer orang aku telefon sekadar nak bawak bawak bertendang. Tapi kan, waktu dan saat itulah sumer orang akan tidak mengangkat telefon hatta menjawab sms aku. Maklum baru jam 8 pagi. Jadinya aku cuba telefon staf aku di Miri ini. Adakah patut dia jawab begini:

"Saya baru saja nampak emel u Cik Chee. Baru saya tahu you sampai pagi ni"
Kan I dah sms?
"Tulah henfon saya pulak tak dapat tengok mesej. Ada rosak sikit..baru nak hantar hari ni!"
Tapi semalam saya ada call you tak jawab?
"Itulah semalam saya sibuk buat macam macam hal!"
Okay. Boleh la ambik I sekarang, I tunggu.
"Oh! tayar saya pancit pulak depan opis ni. Masa nilah dia nak pancit!"
"Macam nilah apa kata you duduk sana dulu. Kejap lagi lepas buat tayar saya datang ambik?"
Okaylah nak buat cemana (aku pun takde cash nak ke sana sini sinun!
"Kita call je nanti"
Okay (bunyi macam orang merajuk dah ni!)

Peh!
Tensi gilak aku bah!

Jadinya, aku pun termenung keseorangan di kerusi meja tepi mesin ATM, berhadapan dengan sebuah kedai yang membawakan bau yang lazat. Krooong krooong~@! Perutku berbunyi bunyi.
Ah sudah! Cash tak cukup, perut lapar. Aku lihat sekeliling airport Miri. Oh! Ada Starbucks. Pedulikan aku kalau aku beli kat sana buat masa ini. Darurat punya kes. I'm damn hungry and cashless. So aku order Hot Mocha with Vanilla & Cream + Chicken Finger Sandwiches. Semua sekali RM21.90. Aku keluarkan kad plastik aku. Time time begini, kad plastik ini penyelamat nyawa. Mat saleh hensem (rasa cam gay) kat belakang aku tersengih sengih (helleh, aku taulah aku takde cash, ko sengih pesal? sebab harga ni RM20 je ye?)

Sambil menunggu staf aku datang, aku telefon Piko untuk update berita terkini. Aku katakan padanya aku ada meminta tolong Effi, tapi lagi kena perli lagi ada. Takde mood la mau dengar budak membebel tak kena tempat. Mau tolong ok, mau bising get lost! Lagi hilang mood aku kang. Malas aku mo cerita. Piko update aku yang Pakcik Azam, suami Mak Itam aku meninggal semalam tengahari kerana menghidap kanser toraks ke apa. Innalillahiwainna ilaihi rojiunnn.. (Alfatihah untuk arwah pakcik Azamku)

Terkedu.
Sungguh.
Tak cukup lagi ke berita kurang enak yang aku dengar?
Aku pesan pada Piko untuk melawat famili Mak Itam dan menyampaikan salam takziah aku dari Miri. Sekurang kurangnya wakil mama dan abahku. Piko masih menunggu Effi untuk pergi bersama sebagai anak dan famili yang bertanggungjawab.

Aku mesej sahabat baikku yang kebetulan bekerja di Miri. Tapi aku boleh katakan padanya sambil gelak gelak. Mengaku akan kesilapan bodoh aku. Aku harap dia boleh bantu aku ringankan masalah ini sementara 23hb. Aduh! Malu beb. Mana mo letak muka? Tapi dia juga sahabat masa susah dan senang. Sudah 14 tahun kami dah cukup kenal dengan perangai dan diri memasing. Aku kata aku masih mandiri, cuma tinggal berjumpa dengannya saja petang ini. Dia pun kata mahu sangat berjumpa denganku untuk meluah rasa. Haaa elok sangatlah tuh.
Tiba tiba segala kopi dan rotiku rasakan hambar. Termenung aku agak lama sehinggalah si Jeremy sampai. Tersengih sengih mamat ni sambut aku. Hendak je aku hempuk kepala dia. Tapi aku balas dengan senyuman kelat sahaja.

(What else could go wrong today?)

{AMARAN: BAHASA SARAWAK/ PIG LATIN mengikut tafsiran kamu TIDAK AKAN DIALIH BAHASA SEBAB AKU MALAS}

Sesampai di tempat customer, aku ingat mereka bermasalah. Dipendekkan cerita, aku dan Jeremy yang malu sendiri. Rupanya masalah itu berpunca atas sikap ketidak professionalan pemandu pemandu dan sidak depo di daerah Miri ini. Benar benar sidak madah sama kamek sebab produk sik apat diatur bah! Ada jak problem sik ada lam sistem la tek, kena nanayak sidak driver la mun nya mauk anta ke sitok. Peh! Panas telinga aku dengar. Ada pulak tu bukti bukti yang aku tengok dengan kepala hangguk aku sendiri! Makanya aku pun snap snap gambo sebagai bahan bukti CSI ke 23.

So lepas dah gededak gedebuk dan dah malu yang amat melampau, makanya aku suruh Jeremy bawak aku dan customer makan di hotel (obviously la cash tak ada!). Jeremy ni pun bawalah kami ke Grand Palace makan kat Coffee House nya. Peh! Tempat ni ada kelas. Korang tau tak apa kami order?

Aku: Mihun Tomyam
Customer 1/ Pekerja: Nasi ayam hainanese
Customer 2/ GM: COD Steak

Tapi si Jeremy ini, sungguhpun dia tahu aku order apa, dan aku takde cash boleh dia order

COD STEAK JUGAK!!!!
OMG!!!

Ini orang memang tak belajar social etiquette ke apa. Even customer aku yg GM pun berhemah nak order nasi ayam je memula tapi lepas aku kata it's ok you can order anything you want its on me, baru dia nak order Cod Steak itu. Peh! Panas lagi hati aku ni. Tapi takpe. Kena pasang Poker Face, barulah namanya Exec Cabuk yang Cool Gilers.

So, lepas makan dan pujuk customer ini kami pun balik dengan harga makanan RM179. Aku gunakan kad plastik saja. Aku minta Jeremy hantar aku ke hotel sambil mencari cari di manakah IC aku untuk cek-in hotel. Puas aku selongkar bag laptop Samsonite bodo itu. Tidak kelihatan. Malahan, boarding pass aku pagi itu juga tidak ada. Aku sudah pun punya instinct tentang IC aku ini sejak semasa boarding pagi tadi di Kuching lagi. Tapi oleh kerana aku terlalu penat, aku buat bodo dan menyimpan IC aku beserta boarding pass aku dalam kocek seluar MNG aku sahaja. Aku tahu poket seluar bodoh MNG ini tidak begitu dalam. Tetapi disebabkan kebanyakan baju dan seluar aku di dobi yang tutup jam 6(yang komfem aku tak sempat ambik) maka aku pakai saja seluar yang ada (ye. aku pakai seluar. so?).

JEREMY! OMG! i think i've lost my IC
Cuba u cek betul betul
betul la nih!!!
Cuba ingat balik mana u letak
InsyaAllah la, last i nampak sebelum board my flight. I put in my pocket. Sekarang dah takde.
Oh!
Mana balai polis paling dekat sini?
Ala tu dekat Grand Palace sana saja.
U boleh hantar i kah?
Camni, I lagi mau ambik anak. U cek in dulu la
Cemana nak cek in kalau takde IC (bunyi aku sudah annoy)
Kalau macam tu, u duduk opis saja lah
Cheh. Takpelah i try cek in pakai driving license.
Ok! Bye!

Kurang asam punya staff. Geram aku. Next time ko punya PPA, aku takmo sokong. Hahahaha! Evil laugh!!

Aku text Niza lagi. Mengatakan aku memang sudah menjadi orang bodoh dan pening. Niza suruh aku rest dulu kat bilik. Petang karang dia akan bawa aku ke balai polis. INI BARU MENOLONG, BUKAN AH LONG BUKIT BERUNTUNG! aku tak perlukan bebelan. Aku tak mahu diignore. Tapi aku mahu penyelesaian. Aku rasa lega sikit (banyak sebenarnya!) Bertuah punya sahabat seperti KayBe. Sayang dia.

Jadi sekarang aku di bilik, sambung buat kerja. Tulis report. Ingat mahu tido. Tapi mana mungkin boleh tido jika hati aku tertanya tanya begini. Banyak sangat kejadian berturut turut sampai aku pening. Hahaha... Modjo pun ada mesej aku tapi aku kata, aku akan update dia malam ni lepas KayBe bawak aku makan. Aku tau dia tengah risaukan aku. Tapi aku tak mahu dia pening siang siang. Kang malam malam kang baru best. Boleh dengar dia pujuk aku.
Hehehehe...

Ujian betul aku hari ini ye?
Tapi aku kena sobar. Ni baru sikit. Apa sangatlah banding dengan sahabat aku di USA sana yang stuck takde passport dan uang mahu balik ke Malaysia? Kecik je ni.

{update: Modjo baru je kol tadi ni ha jam 4:03pm. dia bengang nape aku tak bagi tau dia awal awal, boleh dia bank in duit sebab risau aku tak makan and stuck nak ke mana mana. So Modjo pulak dah merajuk ni haa....adeyh!}

Huhu.
Sekian. Berita harubiru ini dibawakan khas oleh

1. MAS
2. Starbucks
3. Tayar Michelin
4. Coffee House Grand Palace
5. Kredit Kad Emas

berita ini ditulis semenjak jam 2:50 petang berakhir sejam kendiannya....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails