Pages

Showing posts with label Cool Lyrics. Show all posts
Showing posts with label Cool Lyrics. Show all posts

Sunday, April 11, 2010

A Gift,Fidelity & Hope



He gave me you for a reason. And it was never coincidental. 


and with one way for hoping for the best 

and through Allah we seek help, and for Him our only hope and dreams..The ONLY one that I sought for. For me to be finally yours


Thank you for loving me
Nothing Else, Nothing less, Nothing More

3:42 - 3:47 <3
i so wish to do that...

Saturday, February 06, 2010

Kepala di atas Kaki oleh Makcik Alanis Morissette




Aku takde pilihan tapi terpakse dengar kau


kau dah cakap kes kau banyak kali


Aku dah pikir dah

kau layan aku cam puteri 
aku tak biase la suka camtu
Kau tanya aku, cemana hari aku

Kau dah pun menang walaupun aku cenggini
dan jangan pasang alarm lak kalau aku jatuh tergolek kepala atas kaki
Jangan terkezut kalau aku chenta kau utk apa yg kau seadanya
Aku takbleh tolong aaa
Semuanya salah kau

Chenta kau tu tebal dan telan aku seluruhnya
Kau sangat berani dari apa yang aku puji kau
Tu bukan omong kosong

Kau dah pun menang walaupun aku cenggini
dan jangan pasang alarm lak kalau aku jatuh tergolek kepala atas kaki
Jangan terkezut kalau aku chenta kau utk apa yg kau seadanya
Aku takbleh tolong aaa
Semuanya salah kau

Kau tu pelaksana benda2 tanpa syarat
kau tahan napas dan pintu utk aku
Mekasih la sbb kesobaran kau

Kaulah pendengar terbaek yg aku penah jumpa
Kau kawan baek aku
kawan baek dengan banyak kebaikan
Apesal la aku lembab sangat!

Aku tak penah rasa sehat macam ni selama ni
Aku tak penah nak pun apa apa yang rasional
Aku dah sedar dah sekang
Aku dah sedar dah sekang

Kau dah pun menang walaupun aku cenggini
dan jangan pasang alarm lak kalau aku jatuh tergolek kepala atas kaki
Jangan terkezut kalau aku chenta kau utk apa yg kau seadanya
Aku takbleh tolong aaa
Semuanya salah kau



Thursday, January 07, 2010

Ayahandaku: Seorang Terbilang




Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Abah,
Tidak semua punya ayah
yang ada separuh dari kehebatan sepertimu
Mungkin ada yang coba, cuma mampu jatuh terjelepuk malu
Abah seorang ayah terbilang, tahukah itu?

Kerana itulah di hari lahirmu ini,
Kan kupastikan yang Abah tahu,
Abahlah idolaku sepanjang masa
kekagumanku padamu ikhlas
dan aku sayang sesungguhnya sayang
dan perasaan itu tidak pernah terhenti,
malah semakin berkembang,
bertambah sayang, semakin gemilang

Moga cintaku ini melayarkan Abah
ke taman syurga
bersama bonda selama lama

Moga kasihku ini menjadi bekal
untuk terangi alam Abah yang satu lagi

dan moga sayangku ini
abadi, untuk bakal suamiku nanti
Idola Ayah yang bertakhta di hati.... 



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

translasi terbalik dan digodek balik mengikut hati aku yang emosi mendak
Karya asal - Karl and Joanna Fuchs, "Top Notch Father"
sbb otak aku lemau. 

Sunday, July 12, 2009

PMS SPLURGING~@!

(Listening to Beyonce :DIVA~)




Pictures speak for thyself.

This happened only once in a blue moon. I promise myself this. I can't be splurging like mad every month, right? That's loony!

Why I did what I did, you ask?

Simply because that was a safer way for me to de-stress and that I won't be harming animals nor human along in the process. It was just a way to vent my anger in a non-thinking pre-auto action. You go there and BAM! See what you like, try it once and toot toot toot by using that evil gold again! Gotcha some new spanking clothes~@! Yay!

Well, anyho, just to please myself, I bought all these stuff as my size are expanding in all dimensions, X, Y and Z. Enuff said. Also due to my parents strict guidelines on how I wear my clothes. Well, somehow deep inside I still believe I'm still young. Duh! Bad idea huh?

I was in a big appetite to splurge like nobody's business. At first I intended to pick up the white pants that I bought last Wednesday that they've altered. THAT's ALL. Swear to God. But then, you see my gatal eyes went wandering all over the place and saw the dress, the casual khaki, another black workpants, and to emulate Adek's jacket with a hood that looks so cool, I bought one bluish color too. So I'm a hip hop lady like Ciara? Hoh! Not in a million years. ( I so envy her beautiful athletic bod)

So, instead of one pants that was already being altered to my pendekness height, I sent another 2 to be picked up in two more days!! (which is today, Sunday)

Okay. I thought that was it and already held my car keys, the parking ticket and a one ringgit note when...

When my other favorite retail store has just opened across my other favourite retail store! Oh! So it expanded from a smaller store to a bigger ones! Oh! Yes. I did remember receiving text message from them saying that the first 100 members will get a free mug! If I go there, it would be an early bird, right? No harm in window shopping right?

Right.

I saw a gorgeous georgette chiffon pleated halter neck blouse to go with one charcoal gray cardigan. Also, I remembered my white jacket and white pants. To make a mix and match wardrobe, my eyes caught a beautiful sight of a ruffled chiffon sleeveless.

While waiting for a fitting room to be emptied, I even advised an ah-soh that the purple dress looked okay on her. Provided that she should accessorized with a big belt to hide that errr.. flab and add more zest to it with a jacket or a cardigan. She was so happy she went along with my suggestion~@!

I paid and the people there was so nice to give me the free mug! (yeay.) Maybe prolly to me being a personal shopper for that ah-soh lady.

I walked with pride with my two huge shopping bags inside another anchor store there. It was my hunting day after all. An investment that needed done as my size aren't XS anymore. That was so long dead and gone. I intended to buy a thick black socks as it goes well with major shoes I wear. (That remind me to dispose some "new" shoes that doesn't fit me comfortably - the Primaveras and some wuteva shoes)

Yeah right! My notty eyes caught two gorgeous bags to complement my shoes and my lepak style whenever I go out with Adek, my sis or any of my cousins. I called it the lepak weekend look. It can also be worn with proper clothing to the office.

So two handbags for yours truly plus another three pairs of black stockings.

( I just remembered, I also splurged on my kitchen supplies with all that indulgence thingy plus cropping my hair like a funky Jap gal - Gah! That went down the ditch as soon as I put my tudung on!)

Yep.
It's me on PMS alright!


Inside the bags...tra lalalala~@!


So since I have a very sensitive skin and due to a hygienic freak that I am, I washed em all this morning. Woot~@! Feeling a brand new Chee already~@! lalalala...

So. There. Did I enjoice splurging? Of course! But not until I heard what Modjo had to say about this. Still not regretting though. Cos I have my own reasons and you know what? Because of the craziness that spurned in 48 hours, both of us got what we want for an answer.

*smile*
Will blog about it if I want to. Till then, I love my weekend just lepaking and do the usual thing at home.

p/s: Modjo just checked out from his physiotherapy from 1130am, kept complaining how painful the session was. Hmm.. The man that I love with me + him as drama queens. Lalalala~@! Love him so much...

Friday, June 26, 2009

CINTA: Adakah Aku Layak?


Aku menangis lagi.

Kali ini berderai laju airmataku. Berkali kali dia bertanya tentang mereka mereka yang meninggalkan aku. Aku sakit. Hati aku terguris tiap kali terkenangkan mereka. Bagai toksik yang membakar kulit hingga reput ke tulang temulang. Itu yang aku rasa. Mereka itu toksid. Aku cakap, tolonglah..aku tidak mahu mengingati mereka. Mereka itu cuma satu sejarah yang aku tidak mahu ingat. Kalau boleh aku mahu ia padam selamanya. Tapi aku tidak mampu.

Bukan. Aku menangis bukan kerana disakiti dia. Aku menangis kerana memikirkan betapa teruknya keadaan aku ketika dia menjumpai aku. Bagai anak kucing yang luka parah, tak bermaya dan mahu mati dilanggar tayar lori saja gamaknya. Itu yang aku rasa. Tidak ada mata yang sudi melihat aku. Mengambil aku dan menjagai aku dengan kasih sayang. Itulah aku. Ditendang ke sana sini saja lagaknya. Tidak bernilai.

Tapi dia?

Dia membersihkan aku dan menerima keadaan aku seadanya. Aku yang rapuh dan semakin jauh dari apa yang aku cita citakan. Dia terima aku dengan kasih sayang. Tulus. Ikhlas. Penuh kelembutan. Dia penuh kesabaran. Dia cinta. Dialah lelaki pertama yang aku rasa tidak mungkin wujud di dunia ini. Dia buat semua orang ragu ragu akan hatinya. Kerana dia, semua orang begitu mengambil berat tentang aku. Takut aku kembali pecah berderai. Takut aku jatuh dan tidak akan bangkit kembali. Orang kata dia terlalu too good to be true.. sampai ada yang mahu menyiasat latar belakangnya dengan teliti.

Tapi dia bukan Johar yang penuh tipudaya. Hati aku yakin. Tapi bukankah aku sudah jatuh berderai banyak kali? Aku tahu lelaki itu bagaimana jika dia benar benar ikhlas mencintai aku atau sekadar pura pura. Aku tahu lelaki penipu dan lelaki pengikis. Aku tahu benar bagaimana lelaki yang sudah beristeri atau bujang. Aku tahu permainan lelaki lelaki yang tidak ikhlas. Aku tahu benar kerana pengalaman pengalaman aku selama ini. Aku juga yang menempahnya, kerana aku fikir itu sajalah lelaki yang selayaknya untukku. Aku fikir kerana umurku, kerana diriku ini. Semakin jauh dari apa yang lelaki lelaki biasa mahu. Lelaki bayaku kebanyakannya sudah berkeluarga. Tapi aku? Kerana itu dulu aku terima sesiapa saja hatta suami orang atau lelaki saiko atau lelaki semuda 23 tahun. Ya. Aku tidak malu mengaku itu. Sebab itu aku tahu bagaimana permainan kata dan tingkah laku mereka. Tahu sangat! Terkejutkah? Jangan. Terima kasih juga dengan pengalaman pahit aku, aku tahu menilai hati budi lelaki dan apa yang mereka fikirkan. Aku tidak bangga dengan pengalaman aku dan kisah cinta pahitku.

Mungkin orang sudah mulai kata aku terdesak. Iya. Mungkin. Aku juga kepingin punya suami dan anak sendiri. Umur begini, aku terpaksa berfikiran terbuka dan terima segala. Jangan terlalu memilih mereka kata. Tapi soal berpoligami mereka keji. Bagaimana pula jika lelaki itu penagih dadah? Berperangai tidak senonoh? Minum arak? Kaki betina? Tidak tahu agama langsung? Sekalipun mereka bujang?

Aku menangis lagi..

Aku merasakan aku tidak layak untuk dirinya yang sempurna. Dialah lelaki bujang untukku yang punya ciri ciri yang aku idamkan dan aku tulis didalam diari burukku, setiap kali aku putus cinta. Dia sempurna untukku yang serba kekurangan dalam banyak segi. Aku rasa aku tidak layak untuk lelaki sebaik dan sesempurna Modjo. Dia begitu sempurna dihatiku. Aku sayang dia tidak seperti mereka mereka yang terdahulu. Kali ini aku sayang dengan sepenuh hatiku. Dengan keyakinan hatiku.

Aku benar benar terasa kini untuk pertama kalinya, aku menjadi keutamaan seorang lelaki. Dunia seorang lelaki. Aku tidak pernah merasa aku menjadi nombor satu pada sesiapa pun kecuali pada dia. Selama ini, aku jatuh nombor ke belakang. Belakang karier, belakang ibubapa, belakang sepupu, belakang kawan kawan, belakang tipu helah, belakang bini, belakang mata duitan. Pendek kata, aku bukan keutamaan dan tidak pernah merasa sebegitu penting dalam hidup seseorang.

Baru sekarang aku benar benar faham apa maksud lagu When A Man Loves a Woman dendangan Michael Bolton. Kerana aku tidak pernah faham bagaimana rasanya. Terima kasih sayang kerana sudi menyintai perempuan pecah seribu ini. Terima kasih kerana tidak bertanya dan memaksa aku mengimbau kenangan pahit itu. Cukuplah hanya kau dihatiku. Cukuplah hanya memori kau dan aku saja.

Terima kasih Tuhan, kerana menemukan aku dengan Modjoku. Kerana Engkaulah wahai Tuhan, aku sangat sangat bahagia. Semoga Engkau satukan aku dan dia, dalam satu ikatan penuh rahmah dan mawaddah, Ya Allah. Sesungguhnya biarlah aku tidak ketemu dgn Modjoku selagi tiada ikatan yang sah antara aku dan dia. Biarlah aku sandarkan cintaku padaMu Ya Allah. Kerana hanya dengan cinta padaMu, maka datanglah cinta itu padaku.

Dan aku turut menitiskan airmataku untuk entah keberapa kalinya...

Untuk Modjoku (aku tahu kau takkan baca blog ini): Sesungguhnya kau begitu istimewa. Semoga engkau terus menduduki carta hatiku di tempat juara, yang terbaik dari ladang. Hikhikhik. Aku shayg Modjoku sangat sangat~@!

Modjo shayg, terima kasih untuk video ini (untuk aku yang menyanyikannya untuk kau dahulu).
Aku dah tukar formatnya daripada wmv-mp4-mp3. Video yang sengaja aku tidak mahu tunjuk kepada sebarangan manusia. Hanya yang terdekat sahaja, sebab Modjoku itu sangat "mahal".


Modjo_sings_Halo.mp3 -

Kerana emosi mendalam aku malam tadi, semasa dia tahu aku menangis, mesej ini pun keluarlah di E75 aku:

B Shayg, 948pm, June 25 (Thu): Pape ntah, tutup kes! Im truly in love wif u! Cant stop thnkg bout u every day...

Dan disebabkan mesej ini, aku berblog panjang dengan entri begini...

Saturday, April 18, 2009

Only Love by my Baby Modjo


Only love - only love

Ok.
Sore yang anda dengar kat atas nun ialah sore Modjo kesayanganku.
Sebelum aku upload kat imeem ni, aku dah mintak izin dia dah. So this will be the first song that Modjo sang that was being uploaded (biarkan engrish ku hancai!). Ada banyak lagi lagu dia nyanyi tok aku. Huhuhu~@! Rasa kembang kembang berbunga bunga hati ini.

Lantakla korang nak muntah hijau ke apa, otak dah cair sebab dah jiwang karatz ke apa (ini untuk effi yg suka komplen) . Yang penting, aku sayang Modjo dan Modjo sayang aku bangat~@!

Korang cakaplah cemana pun, aku TETAP akan AFUNDI MODJO~@!
(takpelah Modjo chenta hatiku, nyanyi tok i sorang dahla enh? --- mcm la dia baca blog ini!)

.
.
.
.
.
.
.
.
.

Sayang!
I really love you. I really do (ehem! bukan pasal sore, kay... tapi on who you really are!)

I end my blog with so much love in me.
(cepatla sayang... makcik tak sabo ni!)

Tuesday, March 31, 2009

Entri Mereng lagi Jiwang (Anda diberi Amaran!)

Background music: Selamilah Cinta by Amanda Imani


Aku terfikir adakah aku orang yang bertuah atau dia lebih bertuah?

Tapi aku rasa kami dua dua bertuah. Aku bertuah punya dia sebab dia ditinggalkan dan kerana aku ditinggalkan maka dia juga bertuah punya aku. The sore losers that finally WINRAR! Bak kata Effi. (Sore losers kah? heh) Mana taknya, setiap kali bercinta, gagal. Setiap kali mahu serius, kena tinggal (tapi ada jugak yang aku meninggalkan sebab aku rasa no point teruskan hubungan atas satu landasan rapuh).

Fahamkah?

Tak apa. Yang penting, kami berdua diberi peluang untuk saling menyinta. Diberi peluang untuk merasa keseriusan bercinta dan akhirnya (setelah lapan tahun lamanya) aku merasa hubungan aku kali ini ada pergerakan menuju ke hadapan! Selama 8 tahun lamanya, aku bingung memikirkan sama ada bolehkah aku berjalan ke hadapan menuju ke satu peringkat yang diredhai Allah? Mungkinkah aku akan bergelar isteri orang seperti orang lain? Mungkinkah aku juga dapat punya anak dan keluarga sendiri seperti orang lain? Adakah terdapat lelaki yang sudi memperisterikan aku (errr selain daripada yang telah punya isteri tapi masih mahu tambah lagi). Sepatutnya aku tidak perlu bertanya dan tertanya-tanya sebab semuanyakan sudah ditentukan Allah? Oklah. Chill, chill. InsyaAllah jika benarlah aku tercipta untuknya dan dia untukku pasti suatu masa nanti kami akan disatukan dalam satu ikatan yang diizinkanNya, penuh rahmah dan mawaddah.



Aku tahu di kedudukan aku sekarang, cabaran untuk punya seseorang yang aku sayangi, single dan available (jap nak tambah: chomel, sweet, caring, manje, gediks, ngade, kreatif, suara sedap, pandai main gitar, romantik, bersukan, suka travelling, berimaginasi tinggi, sama taste, famili best, suka buat orang gelak, suka buli buat orang gerem! etc etc... x 1001 macam lagi) amat sukar, aku ulangi SANGAT SUKAR nak dapat. Lebih lebih lagi bila mana populasi perempuan kepada lelaki di KL adalah seperti 10:1. Pulak tu, kebanyakan lelaki telah dicaras oleh perempuan yang lebih muda atau pun lebih tua. Jadi golongan sedang sedang umur seperti aku?

Apa yang aku tahu, dengan adanya Modjo seperti dia, hidup aku sangat cargas sepanjang hari. "It's good to know that somebody out there is loving and thinking about you, that good feeling. You feel warm and loved.." Jangan tak tahu ini kata kata staff aku si Tim Kwong (TK) ketika aku menjawab soalannya, "my old flame has long gone but somebody better is truly in love with me."

Entah kenapa sejak dua menjak ini, TK suka bercerita dengan aku. Mungkin dia mahu sedikit aura gumbire aku agaknya. Kebanyakan ceritanya sayu dan sendu. Aku cuma mampu bercerita hal hal positif padanya. Mesti ada sesuatu didadanya yang mahu diluahkan tapi ada sahaja gangguan. Takpe TK, I'll be here if you need me.

On other note: Di ketika hatiku berbunga bunga, aku juga sebak memikirkan akan sampai waktu aku berpisah dengan Coach yang telah banyak mengajar aku. Aku rasakan dia seperti bapaku di Sarawak ini, seorang mentor dan boss yang tinggi ilmunya. Dia juga suka menegur aku dan berlawak dengan aku tentang soal jodoh dan kehidupan. Dia buat aku berfikir tentang aku. Dia telah kujadikan idola kerjayaku (selain abah dan Ms. Roger). Banyak kata kata semangat dan nasihatnya aku genggam dan aku simpan di hati dan kepala. Aku bangga dengan Coach, aku bangga jadi pekerjanya.

Emel terakhirnya siang tadi membuat aku sendu. Aku tidak mampu meneruskan bacaan bila mana dia mengatakan selamat tinggal pada kami semua di Sarawak. Terus berlinangan airmata memikirkan apakah nasib aku sebaik ini selepas dia pergi (ketika ini pun aku sudah cengeng!).

Tadi siang, aku menghantarnya buat kali terakhir ke KIA. Sepanjang perjalanan aku hanya mampu berdiam dan tidak mampu bersuara takut berguguran airmata. Ah! Aku si cengeng! Sebaik melangkah kaki ke luar kereta, aku katakan padanya secara berseloroh (takut aku nangis), "All the best of luck for you in Sabah, Boss!" "Oh! Thank you.." Coach senyum. Aku katakan lagi, "We're gonna miss you!" Senyum saja Coach ketika mendengarkan ini. Aku pergi dengan hati yang sungguh berat.

Hanya doa saja aku panjatkan pada Coach aku ketika Zuhur tadi. Moga Allah membalas jasa dan budi baiknya mengajar aku dengan ikhlas, memimpin dan memberi aku cahaya ketika aku amat memerlukan. Aku doakan agar Coach aku dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan, bahagia, sihat dan selamat. Agar Allah merahmati Coach aku dan melimpahkan lagi rezeki padanya dan keluarga. (Menangis lagi!)

Setengah jam kemudian aku kembali ke KIA untuk mengambil Boss baruku dan familinya. Maka bermula hari ini, Greenie dipakai mereka dan aku kembali ke sisi Obit! Oh! Obit...kau tahu? Kau masih setia dengan aku. Aku harap Encik Sayang a.k.a Modjo juga begitu. Biarlah kali ini, ia kekal sampai ke syurga. (Amin!). Memang aku sayang dia tetapi apa apahal pun kita harus kembali kepada Allah. Berharap padaNya dan selalu meminta padaNya. Tidak akan ada daya dan upaya melainkan dengan izin dan rahmat dari Dia. Kerana itu, aku masih menyimpan limpahan kasih sayang yang ada padaku untuk dia selepas bergelar suamiku yang sah nanti, insyaAllah. Kerana itu, kami masih tidak berdating seperti kebanyakan orang lain. Jika dia mahu, biarlah dia tunjukkan keikhlasannya berhadapan dengan kedua orang tuaku atau dengan orangtuanya. Aku tidak mampu lagi mahu kecewa dan buang masa.

Anyho,
Kan aku dah kata, aku memang emo! Mana boleh emo itu hilang dari aku.
Jadi lagu yang aku tepek kat entri kali ini memang menggambarkan ke-emo-an aku. Allah ambil Coach yang paling aku respek dan sayang dan gantikan aku dengan Boss baru (insyaAllah moga moga dia ok). Dulu aku selalu kecewa dan patah hati kerana sunyi dan sepi. Sekarang ni? Jangan haraplah! Kang ada je sms teet teet yang bising tu masuk. Lepas tu, ada je lagu Sempurna berbunyi di telefon kesayanganku (tiada 3G dan tiada benda canggih lain). Jika tidak itu, pasti kami bergayut di messenger saja.

Aku kan suka cabaran?
Jadi, lebih baik begini tidak ketemu tapi sering bertanya khabar. Menunggu hari dan saat itu, sangat mendebarkan hati dan sangat teruja pula rasanya. (Peh! cakap macam ni pun dah sakit jantung semacam)

Di saat blog ini ditaip, Encik Sayang (Modjo) telah beberapa kali mesej mengatakan sudah mahu balik. Hehehe.. Entah apalah yang dia akan bebelkan/ nyanyikan/ berikan pada aku malam ini. Pasti ada unsur unsur kezutan (AF pun dah tak mampu buat) yang membuat aku gumbire.

Hmmm..

Wednesday, March 11, 2009

Beg Mata :)

Hari ini saya lihat cermin lama lama.
Oh! Ada beg mata.

Saya senyum, beg mata masih ada. Bila bling! Tidak ia hilang begitu sahaja.
Saya senyum lagi, kali ini mata saya makin sepet (sebab saya tarik)

Saya suka beg mata saya walaupun bagi kebanyakan perempuan beg mata adalah satu kehodohan. Tersenyum senyum saja saya bila terkenangkan beg mata saya. Kenapa saya suka?

Saya ada beg mata bukan sebab saya menangis duka macam dulu.
Saya ada beg mata bukan kerana susah tidur macam dulu.

Tapi saya ada beg mata sebab....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Saya sedang hangat bercinta!

Hahahaha...Iye. Pelik ke bunyinya kalau saya bercinta?
Tidak kan? Sapa suruh dia mengorat saya gila gila. Orang chill je dia plak hint dengan sangat obvious sekali. Tapi saya tahu, dia lebih sayangkan saya. Jadi biarlah dia melakukan tugas tugas khas yang sepatutnya. Saya nak chill sahaja dan tidak mahu menunjukkan saya pun (helleh!) boleh buat lebih best dari dia. Kalau dia betul sayang saya, kejarlah saya 7 lautan dan dakilah 7 pergunungan. Carilah saya di lembah hati yang paling dalam. Saya ada. Saya tengah tunggu dia dengan sopan (la sangat!). Kalau dia berani meredah lautan api dan membunuh naga (sian naga terakhir plak tu dalam dunia) untuk saya, apa sangatlah kalau setakat jumpa kedua ayahbonda kan? Kalau tak berani, selamat tinggal ler. Saya tidak mahu lelaki yang tidak berani, tidak macho dan tidak gentleman. Hendak kalu, buat betul betul. Tak ada makna la dating mating nih!

Hahahaha~@!

Sekian.

Dan saya rasa saya dah tahu siapa yang layak dapat dedikasi lagu yang dari dulu tidak bertuan ini. Walaupun dia tidak membaca (saya harap dia tidak membaca blog saya yang merepek cam kerepek ini) tapi saya nak pasang ID lagu panggilan dia dengan lagu ini.



Ya Allah~@!
Alhamdulillah. Syukran Ya Allah. Moga mendapat izinMu suatu hari nanti. Aminnn ya robbanal a'lamin!

Kepada dia yang menyanyikan lagu My Heart dengan gitarnya dan mencairkan saya setiap kali saya dengar nyanyian dia itu (ooops! sori ye. dia bukan artis Malaysia, tapi dia artis saya seorang yang empunya!), lagu ini menggambarkan awak dan perasaan hati saya.

(Terang benderang, lalalalala... mari menari ciken dance! Lalalalala~@! Kengkawan, mari buat ala kepak ayam dan menari nari la lagu apa ikut suka kamu orang semua)

Haaa~@! Saya dah tak betul agaknya. Lepas ni kena buat solat taubat sebab teruja melampau.

psst: Aku dah tak larat main layang layang, kena selalu melawan angin dan mengikut arahnya. Aku suka main gasing, tembak tepat kena sasarannya! Sudah tiada lagi main tarik tali bak muda mudi. Aku mahu terus jadi isteri kepada yang sudi.

Tuesday, March 03, 2009

I'm Running & Will Never Look Back

*grin*

I dunno. I just felt goofy. Happiness is rather addictive and easily spread like a flu virus. It's infectious! Hell, I loike it so much it seems to reap the seams of my tiny heart. Rrrriippp and its content spills to the people I meet anytime, anywhere. Can't help it. I just want to *grin* and *smile*. Na na na na na ,na na na (hahaha~@! Sukatila, nak sukati jugeyk)

I've heard this song about running and somebody did ask me to seek it last night. Why he asked me to find it? I have no freakin' idea. Maybe he likes that song so much and wants me to enjoy it too(beside the *one* song from The Beatles). I do like its catchy tunes but minus his ugly serabut rock kapak hair (We The Kings lead singer).

Just enjoy the VC~@! And sing with it if you'd like it too. I've already recorded the tune in my head. If you hate it, please don't shoot the messenger. Hehehe. Chill.

Note to Arin:

1. I have a spanking new king size duvet for you & family. Err..tapi that room with no aircon ma. Kalau panas, bukakler tingkap and blast the kipas to the max ek. Heheh.

2. Already bought a box of Koko Krunch for lil Hanum. Plus I have two cartons of milk with oat, my favourite milk where Hanum might like? I also bought a bottle of Ribena (in fact this one for me too, I always add in Sprite for the indulgence).

3. Oh yes. Since I lurve icecream- I bought a medium tub of almond choc flavour.

4. I have no toys for Hanum in the house ler? I hope you can bring some here hehehe. Sebab banyak kasi kat Ziyyad di Penang.

5. My pod is sprayed with antifungal and antibac. I know babies are senstive creatures. Takmo la kang balik KL je sakit sakit. InsyaAllah dijauhkan.

Rock & Roll, baby! I'm ready for you & your family's arrival to my humble single pod.
pssst: Obit je belum cuci tak sempat daaa... & kunci spare main door tak buat lagi.


Song lyrics | Check Yes Juliet lyrics

Sunday, February 22, 2009

KARMA

Lagu ni aku dedikasi KHAS untuk PENIPU bernama Azim.


Saturday, August 16, 2008

+..Satu Jalan Lurus..+


Mereka kata mereka sahabat
Yang melontarkan rindu dan sayang padaku
Tetapi hanya Allah jua yang tahu
Betapa aku menunggu untuk bertemu

mereka kata mereka kekasih
yang sudi menumpang sendu
Tempat aku mengadu
menaruh rasa dan rindu
akhirnya tidak ada satu
yang tinggal hanya lukaku

itulah aku yang dungu
sering mengharap pada mereka dahulu
sedangkan Allah kan ada, selalu menungguku
Tiap detik dan waktu

Silapku mencari rela manusia
mencari cinta dan rindu manusia
Sepi terisi jika mereka ada
sedangkan dengan Allah kita mencari redha
Bila Allah redha datanglah dunia
Padahal dunia ini sementara cuma

Jauh aku berdayung menuju seberang
Atas rezeki Allah yang Agung
Sepi, sendiri tanpa satu apa pun
Tiada sahabat, tiada juga kekasih
Pergiku tidak merintih
Tidak terasa pedih

Kerana di sini aku cari cintaNya
Diajari aku tentang satu ketabahan
Menguatkan hati untuk terus berlawan
Untuk terus berjalan, berlari dan berenang
Semoga lurus, tegak dan tidak berselirat

Cukuplah Allah bagiku
Dialah saja tempatku mengadu
Dialah tempat aku berlindung
Mencukupkan semua, apa yang tiada
sebelumnya...

Semoga kemanisan cinta Ya Rabbi
Tidak ditarik dariku ini
Semoga tidak terpaling lagi
dari kalimah
Lailahaillallah Muhammadan Rasullullah
Kerana itulah kalimah penyelamat

Segala yang sempit menjadi lapang
Segala yang kelibut kembali tenang
Aku aman walau seorang
Apa yang jauh Allah dekatkan

Cinta pun, ia datang
Rezeki tak terduga bergolek senang
segala urusan dipermudahkan
Allah kan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang?

Alhamdullilahi Rabbil A'lamin
Segala puji hanya pada Yang Maha Tinggi
Yang Maha Bijaksana lagi Yang Maha Mengetahui
Dialah Yang Maha Merancang dan rancanganNya lah Yang Paling Menjadi

Yang Maha Berkuasa juga atas segala sesuatu
Telahku serahkan semua diriku
Sujud tangisku tentang zalimnya aku yang dahulu
Melupakan Dia di saat ingatanku pada manusia semata
Merindui sidia disaat Allah menginginkan aku kembali ke jalanNya

Sedangkan Allah kan Yang Maha Pencinta
Butakah aku untuk tafsirkan segala teguranNya?

Hanya Allah dan Rasulullah yang aku benar benar cinta
InsyaAllah kini dan selama lamanya!


Edisi Cinta
Taichee
Ogos 15, jam 1 pagi.

Friday, August 15, 2008

+..Sapaan Sepi Dinihari..+



Ketika malam menegurku

Di dua pertiga malam

Ketika mata terlelap

Dengkurku senyap

Terpinga pinga aku menonton gelap

kebas dari segala kebijaksanaan

Kaku ditempat perbaringan

Akulah sipemalas itu

Yang menarik gebar nyamanku

Terus menutup telinga

Bingit mendengar hening

Mencuba memejam mata

Tanpa usaha dan daya

Untuk bangkit berjumpa denganNya


Episod II

Pagi datang menyapa pipi

Di waktu yang lewat

Mengeluarkan aku dari mimpi

Terkocoh mengejar solat

Terlupa nikmat dan rahmat malam tadi

Sewaktu Yang Maha Majikan memanggil sepi


Alangkah jahilnya aku

Akulah orang yang rugi


Taichee

"Malam Tanpa Lelap Siri 1"

1215am

15 Ogos 2008

Tuesday, March 04, 2008

+..Take The Power BACK!..+



In the eve of this HISTORIC (InsyaAllah!) ELECTION DAY MAY 8:
My mind suddenly sings this song.

How so convenient...tiba tiba bersemangat waja nak MENGUNDI
Bersemangat to CHANGE THE SYSTEM.


SISTEM yang serba KORUP, Misleading, Yang Menggalakkan Sifat sifat Perkauman Makin Besar, Yang Mengkayakan Golongan Elitis Yang KAYA RAYA, tapi memiskinkan lagi yang sudah miskin dan tidak terdaya! SISTEM yang menjahanamkan lagi EKONOMI Malaysia.


Sistem yang cuba menutup skandal, penipuan, rasuah dan kronisma. Sistem yang amat amat menyusahkan rakyat majoriti sederhana. Sistem yang Cuba Berselindung di sebalik "HUTANG BUDI", kononnya UMNO sahajalah yang layak mendominasi Tampuk Pemerintahan Negara. UMNO sahajalah yang mampu dan layak dan berkaliber (padahal calon mereka pun muda, tak berpengalaman jugak).
Ah! Persetankan SISTEM UMNO, zaman pra 1957 itu! Kamu dan MCA dan MIC sudah tidak relevan lagi di zaman yang serba serbi IT ini. Tongsampahkan Barisan Nasional!




The artist or label that owns this song has not approved full-length streaming for our users. This is a 30 second preview.

by Zach De la Rocha
RAGE AGAINST THE MACHINE!

Bring that shit in! Uggh!

Yeah, the movement's in motion with mass militant poetry
Now check this out...uggh!

In the right light, study becomes insight
But the system that dissed us
Teaches us to read and write

So called facts are fraud
They want us to allege and pledge
And bow down to their God
Lost the culture, the culture lost
Spun our minds and through time
Ignorance has taken over
Yo, we gotta take the power back!

Bam! Here's the plan
Motherfuck Uncle Sam
Step back, I know who I am
Raise up your ear, I'll drop the style and clear
It's the beats and the lyrics they fear
The rage is relentless
We need a movement with a quickness
You are the witness of change
And to counteract
We gotta take the power back

Yeah, we gotta take the power back
Come on, come on!
We gotta take the power back

The present curriculum
I put my fist in 'em
Eurocentric every last one of 'em
See right through the red, white and blue disguise
With lecture I puncture the structure of lies
Installed in our minds and attempting
To hold us back
We've got to take it back
Holes in our spirit causin' tears and fears
One-sided stories for years and years and years
I'm inferior? Who's inferior?
Yeah, we need to check the interior
Of the system that cares about only one culture (UMNO sahaja)
And that is why
We gotta take the power back

Yeah, we gotta take the power back
Come on, come on!
We gotta take the power back

Hey yo check, we're gonna have to break it, break it,
break it down
Awww shit!

Uggh!

And like this...uggh!

Come on, yeah! Bring it back the other way!

The teacher stands in front of the class
But the lesson plan he can't recall
The student's eyes don't perceive the lies
Bouncing off every fucking wall
His composure is well kept
I guess he fears playing the fool
The complacent students sit and listen to some of that
Bullshit that he learned in school

Europe ain't my rope to swing on
Can't learn a thing from it
Yet we hang from it
Gotta get it, gotta get it together then
Like the motherfuckin' weathermen
To expose and close the doors on those who try
To strangle and mangle the truth
'Cause the circle of hatred continues unless we react
We gotta take the power back

Yeah, we gotta take the power back
Come on, come on!
We gotta take the power back

No more lies
No more lies
No more lies
No more lies
No more lies
No more lies
No more lies
No more lies


Uggh!

Yeah!

Take it back y'all
Take it back, a-take it back
A-take it back y'all, come on!
Take it back y'all
Take it back, a-take it back
A-take it back y'all, come on!

Uggh!

Yeah!

Monday, February 18, 2008

+..BILA AKU MATI..+



This is another song that reminds me how death approaches us like a ninja...

Silent and unexpected. We only realize death is near when it is a tad too close to those who forget that our life here is just like the Matrix kinda movie...everything is merely illusions, three-dimensional temporary playground (Remember that X Men movie where they used a Virtual Reality training ground? It felt so real…but it was just illusions/ holograms/ VR)

Yes. In fact, we are just actors and actresses in this world. We are just the representatives of AlLah to be what we are supposed to be; the best human being in this world. We will be playing our part – the professional, the police officer, the boss, the cleaner, the scientist, the researcher, the astronaut, the athlete, the husband, the wife, the children etc…

All of us will eventually go back to our real hometown – the Akhirat, the Here After. Where those who lead their life as the real representatives of AlLah will be assessed and evaluated. The best will be promoted to live in paradise (with Allah's grace - rahmah Allah) but those who didn’t score their marks will be cleansed in hell before AlLah (with his grace, too) let them live in paradise.

We are AlLah’s representatives on this earth to be the BEST human being, the BEST keeper of ALlah’s amanah or responsibilities, the best keeper for the environment- the fauna and flora, the air we inhale, the land that we roam, the country that we managed, the work that we do, even the family that we build with His approval...All of these are Ibadah, the work to please AlLah, redha ALlah. If we make Him happy, God's willing, InsyaAlLah, all ends well...

Do we live up to AlLah’s expectation? You don’t want to upset the GREATEST BOSS ever, do you? Or else, your performance appraisal won’t be that impressive…

So let us work hard in our humanly capacity to go back to our hometown and claim that beyond worldly merits and bonuses that only He, can give.

InsyaAllah, Allah is the most merciful and gracious...

+..TAUBAT by OPICK..+

Sebuah lagu yang menyentuh jiwa aku sekarang...
Sedalam-dalam sentuhan hati yang paling sunyi...
Entah kenapa...

Lagu ni pun diberi oleh seorang sahabat yang jauhhhhh di mata...
Semoga apa yang dia beri pada aku ni, dibalas dengan pahala dan rezeki oleh AlLah.
Saja nak share ngan korang tentang lagu yang syahdu ni...



Taubat-by Opick

wahai tuhan jauh sudah
lelah kaki melangkah
aku hilang tanpa arah
rindu hati sinarmu

wahai tuhan aku lemah
hilang terumur noda
hapuskanlah terangilah
jiwa di hitam jalanku

ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau
sang maha pengampun dosa

Ya robbi, ijinkanlah
aku kembali padamu
meski mungkin takkan sempurna
aku sebagai hambamu

ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau
sang maha pengampun dosa

berikanlah aku
kesempatan waktu
aku ingin kembali
kembali...

dan meski aku tak layak
sujud padamu
dan sungguh tak layak
aku...

Saturday, February 09, 2008

+..Blah Dengan Kapalterbang Jet..+

oleh Janis Joplin

Kesemua beg aku telah siap...
Aku pun dah sedia nak blah
Aku berdiri di sini di luar pintu engkau...
Aku benci nak bangunkan kau nak ucap Selamat Tinggal....

Tapi subuh pun dah nak habis, sudah awal pagi
Teksi dah tunggu, hon dah berbunyi
Tetiba aku rasa sunyi, aku rasa nak matiiii...

Jadi, kucupilah aku dan senyum untukku
Beritahu aku yang engkau akan tunggu
peluklah daku macam kau taknak lepaskan aku pergi

Sebab aku nak blah naik Kapalterbang jet
Aku pun tak pasti bila aku nak balik
Oh! beb...aku benci nak blah

Aku tengah...

Dah banyak kali aku kecewakan engkau
Dah banyak kali aku asyik bermain saja
Aku nak bagitahu kau, ia langsung tak bermakna apa-apa

Setiap tempat aku pergi, aku fikirkan kau
Setiap lagu aku nyanyi, aku nyanyi untuk engkau
Bila aku balik, aku akan pakai cincin kahwin kau...
Jadi, kucupilah aku dan senyum untukku

Beritahu aku yang engkau akan tunggu
peluklah daku macam kau taknak lepaskan aku pergi

Sebab Aku nak blah naik Kapalterbang jet
Aku pun tak pasti bila aku nak balik
Oh! beb...aku benci nak blah

Kini dah tiba masanya untuk tinggalkan kau pergi
Sekali lagi, oh, mari aku kucup engkau
Dan tutuplah matamu dan aku akan pergi sekarang

Mimpilah tentang hari-hari yang mendatang
Bila aku takkan pergi sengsorang
Tentang masa di mana aku tak perlu cakap...

Jadi, kucupilah aku dan senyum untukku
Beritahu aku yang engkau akan tunggu
peluklah daku macam kau taknak lepaskan aku pergi

Sebab aku nak blah naik Kapalterbang jet
Aku pun tak pasti bila aku nak balik
Oh! beb...aku benci nak blah

Nota kaki: I miss all my friends and families here already~@! :(
And that I HAVEN'T packed a thing!!


Tuesday, January 29, 2008

+..Will You Miss Me When I'm Gone?..+


Lagu ni aku Tujukan KHAS buat ding, Makcik SHAIC dan Math.

Dengan Ucapan: Semoga kalian berbahagia dengan dunia maya, sekali sekala, pergilah jumpa manusia sebenar, kenal hati budi orang dulu...and errr makcik SHAIC, berentilah jadik batu api. Sekali sekala lawat surau, blajar ilmu agama ngan ustazah, ramaikan member usrah...tak payahlah nak lepak Bod Sembunyik Hubungan Seks tu selalu sangat...(sbb dah tua pun, tak lama lagi menopos) :)

Wakakakaka~@!
Cepat kasik aku kuruma! Wakakaka~@! Nyeh Nyeh...Tara Papa Yey...Tara Papa Yey~@!

When I'm Gone
by Simple Plan

I look around me
But all I seem to see
It's people going nowhere
Expecting sympathy
It's like we're going through the motions
Of the scripted destiny
Tell me where's our inspiration
If life won't wait
I guess it's up to me

Whoahh
No we're not gonna waste another moment in this town
Whoahh
We wont come back, the world its coming out
Whoahh
Leave the past in the past gonna find the future
And misery loves company
Well so long
You'll miss me when I'm gone
You're gonna miss me when I'm gone

Procrastination running circles in my head
While you sit there contemplating you'll wind up left for dead (left for dead)
Life it's what happens
While you're busy making your excuses
Another day, another casualty
But that won't happen to me

Whoahh
No we're not gonna waste another moment in this town
Whoahh
We wont come back, the world its coming out

Whoahh
Leave the past in the past gonna find the future
And misery loves company
Well so long
You'll miss me when I'm gone
You're gonna miss me when I'm gone
You're gonna miss me when I'm goooone
When I'm gooone

Let's go…!
Won't look back
When I say goodbye
We're gonna leave this world behind me
Gonna take what's mine tonight
'cause every wasted day
Becomes a wasted chance
You're gonna wake up feeling sorry
'cause life won't wait
I guess it's up to you

Whoahh
No we're not gonna waste another moment in this town
Whoahh
We wont come back, the world its coming out
Whoahh
Leave the past in the past gonna find the future
And misery loves company
Well so long
You'll miss me when I'm gone
You're gonna miss me when I'm gone
You're gonna miss me when I'm gone
You're gonna miss me when I'm gone
You're gonna miss me when I'm gone

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails