Pages

Showing posts with label Inilah Melayu. Show all posts
Showing posts with label Inilah Melayu. Show all posts

Wednesday, July 22, 2009

.: Ada aku KESAH?:.


Malas aku nak hapdet.

Kalau haku hapdet pown, lagi orang yang skeptikal kat luar persoalkan haku. I don't need your patronizing lah. As if haku ni budak hingusan yang tak kenal dunia luar cemana. Kemon la. I'm 33 years old for god sake! Bukan seorang budak yang baru jadi graduan hatta budak yang baru saja melibatkan diri dengan dunia sebenar anjing makan anjing (dog eats dog world).

Aku hargai apa apa yang orang concernkan itu. Apa apa yang orang risaukan sangat. Tapi tak perlulah nak patronize aku everytime benda yang sama je. Cuba cerita tentang hal hal yang tak langgar hati aku cam tsunami? Kenapa nak buat aku sakit? Kenapa nak buat aku marah? Kemonla. Orang yang selayaknya bagi aku nasihat adalah org yang walk the talk, orang tua aku, orang yang banyak ilmu dan pengalamannya. Orang yang nasihat haku cara bil hikmah. Itulah saja orang yang aku boleh appreciate pandangan dorang sbb aku ni berjiwa sensitif dan halus. Aku lagi hormat orang cenggini, tersentuh hati aku dengan cara paling terkesan. Lelagi pulak, kununnya orang yang cuba patronize aku tu, macam kenal sangatla aku cemana. Little that manusia itu tahu kenapa aku penah hangin giler ngan dia suatu waktu dulu. Fikir fikir fikir. Tak payah aku nak ingatkan balik.

Semua orang jika diberi peluang memang suka menegur dan kepochi nak tau itu dan ini. Itulah Melayu. Suka sangat jaga tepi kain orang dengan cara yang salah. Apa yang patut dijaga tak jaga. Apa yang tak patut dijaga nak jaga sampai ke dalam dalam. Pelik betul Melayu ni. Tapi tak semua orang yang menegur itu tahu bagaimana ilmu menegur yang sebenar. Cakap berdasarkan pengalaman pun tak tentu berkesan tanpa ilmu. Kalau tak, kenapa ada je budak melayu yang berperangai tak senonoh? Sekarang ni, budak pakai tudung pun selamba amik gambar peluk peluk dengan lelaki bukan muhrim. Konon moderen lah kan? Tu tak masuk budak pakai tudung, tapi nampak leher, tengkuk, lengan, dada, baju ketat ketat, nampak spender bila duduk. (aku pun tak perfect, aku mengaku). Sebab ayat "Jangan Jaga Tepi Kain Orang" itu telah disalaherti. Tepuk dada tanya iman lah kan. Malas aku nak cerita panjang.

In case korang yang skeptik ni terlupa or terlepas pandang, or sengaja buta hati kan... aku dah puas cerita, aku dah tau EVERY TRICK and TURN orang yang tak ikhlas, lelaki penipu, lelaki penyamun duit RM20 ribu, lelaki dah kawen tapi gatal nak kawen laen, lelaki mengaku bujang, lelaki tua tak sedo diri, ustat yang kunun nak tolong aku cari jodoh yang sekufu aku tapi end up dia carikkan aku lelaki 50 an, mamak dan ada bini. Even lelaki bujang yang gay dan lelaki bujang yang tak matang, mengada dan perasan bagos pun aku dah cukup kenal. Lagi pulak lelaki bujang yang sengaja carik pasal berpoya poya pasang dua tiga, cakap besar dok buat itu dan ini yang aku geli mendengarnya. HOH! (macam la aku ni sempurna kan?)

So kenapalah ada orang still nak patronize haku? Haku taulah dulu kawan ngan lelaki sumer yang WRONG person for me. Haku yg carik nahas sbb aku rasa aku dah tak laku, sbb aku dah tua dan perangai tah hape hape. Aku tau cerita sebenar Boe long before my parents. Aku tau pasal ketidaktetapan dan ketidaksungguhan Azim. Aku tahu pasal penipuan Jowhar (cuma agak terlambat sebab aku jugak). Sebab aku punya cara sendiri. If aku nak tau pasal orang tu secara detail pun boleh. InsyaAllah aku ada source tepat on the dot jika nak tau.

Dengan Modjo, cinta dia terus terkesan dalam hati aku yang paling dalam. Dia je yang pandai tackle dan handle aku yang sensitif sebab dia sendiri sensitif. Bila aku marah, dia tau coolkan. Dia tak penah nak marah dan salahkan aku balik. Cara dia cakap sangat bil hikmah. Modjo ada cara sampaikan cinta dia yang ikhlas pada aku. InsyaAllah, hati kita ni tahu kalau ada orang benar2 ikhlas dengan kita. Tak ada hipokrasi dan udang sebalik belacan lagi.

Tak perlu kita nak buktikan kewujudan dan keikhlasan orang mencintai kita dengan dia keluar dan tunjuk diri dia. Tak perlu nak jerit jerit, tak perlu nak tunjuk muka sana sini situ. Aku punya pengalaman bekas bekas teman lelaki yang tunjuk muka selalu, in fact pada kawan baik dan mak bapak aku. Tapi kemana mereka sekarang? Malah ada yang dah berjanji itu dan ini dengan kedua orang tua dan arwah atukku. Semua itu bollocks semata!

Sekarang aku pegang cara Islam saja. Tidak perlu dating untuk tunjuk rasa cinta. Harus ke? Kalau hendak seribu daya. InsyaAllah, aku dan Modjo menuju ke sana dengan izin Allah, insyaAllah. Sekarang yang penting, aku perlu sabar diketika Modjo mahu bersiapsedia.

Takyahla aku nak cerita cemana. Yang penting aku tau bagaimana seriusnya dia mencintai aku.
So berhentilah dari bersangka buruk dengan orang. Daripada ada perasaan begitu, elok lagi jika orang yang betul betul concern pasal aku, mengaku sayang aku takmo aku terjelepuk ke apa, doakan aku segera disatukan dengan Modjo dengan izin Allah.

Kan bagos kalau setiap manusia begini?

Anyho: Orang skeptik ni, sbb dia guna akal 100%. Bezanya, sbb aku yg dicinta dan menyinta, aku terasa kasih sayang Modjo terus ke hati + akal. Sebab itulah, aku malas nak layan org2 skeptik. Sebab ada aku kesah ke korang rasa cemana aku rasa?

Thursday, March 26, 2009

Tak Kesahla Sapa Pon~@!

Malam tadi dapat mesej daripada Pongee, member Amnet aku.
Dia suruh aku tengok 380 kat TV3 jam 9pm.

Sedang sibuk aku nak masak mihun sup fishball, sayur dan udang tu, aku pun tukarlah saluran yang aku jarang bukak tu. Punyalah hangin aku dok tengok makcik makcik berbaju merah dok melompat sakan dan menepuk nepuk ke atas kepala laksana teruja menonton konsert Jason Mraz. Peh! Hilang kesopanan dan kesusilaan MELAYU!

Kat FB sana sini situ sinun sebok dok menyatakan perasaan hati gembira dan dok persoalkan siapa yang menang kerusi merah itu. Ada yang suka, ada yang pelik, ada yang sokong dan macam macam.

Bagi aku pemerhati politik yang tidak bertauliah ini, dari luar pagar dan atas pagar, aku lihat, bagus juga kalau KJ dapat title Raja Pemuda itu. Bukan bagus dari segi pembaharuan yang dia nak buat, tetapi bagus untuk Najib juga agar beliau boleh meniti atas garisan dengan jari kakinya (toe the line omputeh kata!)

Menarik aku rasa!
Tapi yang aku pasti, tak ada seorang pun dalam parti merah itu mampu mengubah tanggapan kebanyakan rakyat marhaen seperti aku. Kombinasi Najib dan Rosmah dengan bagasi lebihan terlampau itu pada aku amat sukar dipejam mata dan ditutup telinga. Terlalu kuat bunyinya sekalipun pelbagai cara dan kaedah nak menutup ia dari mengeluarkan bunyi. Bangkai kalau tak ditanam baunya kan sangat meloyakan? Bila nak tanam dah terlambat la sebab baunya melekat dan tersebar ke merata rata dibawa angin.

Begitu juga dengan reputasi buruk KJ di merata Malaysia. Dia dan kononnya semangat Kemelayuan dan Darah Cap Kerisnya. Dia dan kroni kroni perniagaannya. Dia dan semangat samsengnya. Sapa yang tidak kenal KJ kerana kesamsengan kampung dusun itu? Tanya budak darjah 5 pun tahu.

Jadi,
Apa apa pun yang berlaku di dewan bewarna merah dan pink malam tadi, ia tidak membawa nafas baru pada senario politik Malaysia yang semakin lelucon. Aku rasa bagai menonton Akademi Fantasia + Jom Heboh + Raja Lawak saja lagaknya. Kadang kadang kalau bertuah, ada drama ala ala Spa Q! Yelah, ada juga cerita main belakang (sengaja tulis begini), cerita separuh lucah (macam cerita Amerika tu - Sex & The City), ada cerita CSI (kaboom!), ada cerita ala ala Laxmana Doremi (Negeri Pasir Berdengung kat Perak) dan macam macam lagilah.

Sangat menghiburkan sesetengah manusia seperti aku. Tapi kalau dah banyak sangat drama dan kejadian, aku rasa senario politik Malaysia ni seperti Sarkas! Orang lain sibuk akan kelembapan ekonomi, hilang pekerjaan, matawang jatuh, perang Palestin, Kuasa Negara China yang semakin berkembang, kita kat Malaysia?

Adeh.
Malas aku nak sibuk hal Politik Malaysia ni. Aku tau, jika ekonomi kita semakin lembap begini, Kerajaan yang leka bermain sarkas dan menjadi pelakon pelakon utama drama yang semakin meloya ini akan bangun dan tersedar seperti ditampar, ditumbuk dan diterajang SB.

Tidak akan ada lagi pendapatan sebesar tahun lepas daripada penyumbang utama pendapatan kerajaan. Cukai yang dibayar semakin menipis, dan secara keseluruhan kau dan aku tengoklah. Apa nak jadi dengan kita di penghujung cerita sarkas ini?

Bukan aku yang tulis skrip dan arah drama sarkas mengalahkan cerita berbelit belit soap opera. Bukan aku yang arahkan juga. Yang salah dan buruk itu tetap dari kita, sebab Allah kurniakan akal fikiran.

Aduhai. Inilah Melayu. Nama je pejuang bangsa Melayu tapi sebuk nak mengInggeriskan matapelajaran di sekolah. Jadi yang mengaku Melayu tu, kat bahagian mana? Nama parti jelaa....

Poyo!

Friday, June 27, 2008

+..Minyak Naik sbb PETRONAS?..+


[sunyi. tak gi lunch. takde mood. tgh tunggu Dak Yati belikan Mocha Starbucks! Nak balik jumpa mamababaadik2!]

Aku baru je balik dari merata rata tempat di Miri, Bintulu dan Sibu atas urusan kerja. Memang penat tapi berbaloi sebab aku dapat berjumpa dengan Niza, sahabat baik aku sejak dari universiti lagi.

Terkejut aku dengan keupayaan Niza yang mampu membeli sebuah Toyota Frontier! Maklumlah minah di bekerja sebagai seorang geologist di sebuah syarikat O&G antarabangsa berpangkalan di Belanda. Bila diukur balik dengan apa yang Petronas staff dapat, daripada RM1 mereka, 65 sen adalah kepunyaan kerajaan. Huhuhu...padanlah ramai yg kena pitching lari ke Qatarlah, Saudilah..dan mana mana lagi negara yang mampu mengeluarkan berjuta juta tong minyak sehari. Aku masih bersyukur dengan apa yang aku dapat. Kecik je gaji, tapi alhamdulillah, tak banyak hutang. Alhamdulillah...

Pelik aku pagi tadi semasa membeli nasi lemak dekat pakcik politiking di Blossom Cafe, pakcik tu kata Petronas punya pasallah harga minyak naik! Geram aku dengan sentimen membabibutatuli ini (maaf tapi ini saja yang mampu aku gambarkan tentang betapa dangkalnya ilmu manusia yang bercakap atas dasar emosi, bukan akal!).

Aku cakap senang je, "Pakcik, pakcik tahu tak kalau tak kerana Petronas beri kerajaan 65% hasil pendapatannya, lagi mahal harga minyak sekarang, pakcik. Ni semua letrik, air, projek projek besar negara yang pakcik puji puji tu...semua tu secara tak langsung PETRONAS punya peranan tu! Sebab tu, gaji bebudak PETRONAS sangat kecik cam gaji cikgu kat sini (Sarawak) kalau dibandingkan dengan SHELL dan lain lain. Ha! Sokong lagi tong gas dan minyak kompeni luar! Diorang lah yang makin kaya raya! Gaji diorang 100% dorang ambik..tax bape sen je. Masih tak terbanding dengan apa yang PETRONAS kasi."
"Yelah! Sebab tulah, dorang suruh kerajaan naikkan harga minyak!"

"Heheheh...pakcik. Harga minyak bukan Petronas yang tetapkan lah. Astaghfirullahalazim! Tapi kerajaan. Pakcik nak boikot Petronas pun, beli kat SHELL ke kat CALTEX ke, harga akan tetap naik. Memang harga takkan turun punya! Kat dunia ni memang dah makin takde minyak pun. Memang patut pun harga naik. Patut naik maksimum dari dulu lagi. Ha! Baru tahu berapa harga minyak sebenar, kalau tak disubsidi. Sekarang dah dekat RM4 tau pakcik!"

"Ala! Kalau pakcik bersikap patriotik macam pakcik selalu puji Barisan Nasional tu, janganlah kutuk dan fitnah Petronas macam macam. Banyakkan membaca benda lain jugak pakcik, bukan suratkhabar semata. Ok pakcik, nah RM2.50 tok nasi lemak ni. Assalamualaikum."
Aku pun blah dari situ sebab emosi aku sendiri berkecamuk dan lapar tak hengat (Faktor angin semakin hebat). Mungkin aku nak PMS agaknya. Hisk. Aku rasa kalau aku masuk amnet balik ni, mau aku terajang si Awang dan konco konconya (saja sebab aku tengah hangin, huahuahua)

Ni aku tepek emel dari seseorang dari Petronas tentang Fakta, BUKAN AUTA ye kawan kawan...

Sent: Thursday, 12 June, 2008 5:14 PM
Subject: This is a very good explanation to all Malaysian

Dear All,

This is lengthy but please bear with me. This is worth reading through ALSO.

We're not actually comparing apple-to-apple here, as most countries listed have a very long reserve life (the amount of years they have till the oil is finished) and they have a low population compared to their oil reserve (hence they can cater to their own needs without any bother to the supply). Some research can do wonders instead of blaming others.

UAE
population = 4,380,000
oil reserve = 97 billion barrels
production rate = 2.5 million barrels per day
Reserve life = 107 years

Kuwait
population = 2,851,000
oil reserve = 99 billion barrels
production rate = 2.5 million barrels per day
Reserve life = 108 years

Saudi Arabia
population = 24,735,000
oil reserve = 260 billion barrels
production rate = 8.8 million barrels per day
reserve life = 81 years

Iran
population = 71,208,000
oil reserve = 136 billion barrels
production rate = 3.9 million barrels per day
reserve life = 74 years

Nigeria
population = 148,093,000
oil reserve = 36.2 billion barrels
production rate = 2.3 million barrels per day
reserve life = 43 years

Venezuela
population = 27,877,000
oil reserve = 80 billion barrels
production rate = 2.4 million barrels per day
reserve life = 91 years

Malaysia
population = 27,452,091
oil reserve = 4.8 billion barrels
production rate = 550,000 barrels per day (resources from internet salah.
Aku kira production hari2, sila ikut nombor aku)
reserve life = 33 years

Sources:
http://en.wikipedia.org/wiki/Oil_reserves
http://en.wikipedia.org/wiki/Population
http://www.eia.doe.gov/cabs/Malaysia/Oil.html
http://www.malaysia-today.net/Blog-e/2006/03/petronas-profits-create-friction.htm

And the Ahmad fisherman notion that we extract oil from the ground without costs, or little cost, is NOT TRUE. Foolish, even.

FYI, to extract oil from the ground, there're 3 main cycle: Exploration, Development and Production. I wont go into lengthy explanation here, lets just have an overview of Drilling campaigns that needs to be carried out on all three cycles.

Drilling Campaign:

Rig: RM552,000 per day (minimum)

->We dont make rigs. We rent them. The deeper the ocean, the pricier the rig. And FYI, shallow waters of Malaysia is running out of oil. We are running the final race on shallow waters , have to concentrate on smaller pore-sized fields and taking the greater risk and more cost on deepwater fields.

Supply boat : RM 209,509 per day (minimum)

-> we need at least 2 supply boats.

Thats the cost of just two of many, many more items involved in Drilling campaigns alone. I'd like to reiterate that these campaigns occur in ALL of the 3 cycles, each campaign is at least 4 months. Do the maths or better yet, put it in a fancy Excel and publish it around.

Thats just costs involved in extracting the oil.

How about transporting it to shore? How about refining it for industries, daily stuff and for your car?

Some may ask why are we selling our oil, since we can use it?


Well, here the answer: WE DONT HAVE MONEY. What else can we sell to make money? Tin? Gold? Pepper? Rubber? All these calculated together would not make even a small portion of profit in O&G. Our oil is of one of the best quality in the world because it is low in sulphur. Fyi, we dont need best quality oil for our cars, its only used in industries and in jets. In the international oil price is average USD130/bbl, ours would be close to USD140/bbl.

And then some might additionally ask, SO WHERE DID ALL THE OIL MONEY GO? Please refer to the statistics above, we have less than 50yrs of supply of O&G, although more explorations are aggressively being done in deepwater and smallfields. PETRONAS needs the money to ensure that we have the supply AFTER 50 years. PETRONAS is aggressively pursuing O&G projects overseas, and these projects does not come cheap. In other words, PETRONAS is not the nation's piggy bank, its THE bank for our children's children.

So please, do not be swayed easily by cheap-mouthed politicians who does not have the in-depth knowledge about how the process goes. If they say they want to use our oil money, please do consider our children's children. PETRONAS have been supporting the nation by giving back almost 65% if its revenue.

Itu pakai cheap labor tu. Our skilled engineers, even often frustrated by the meager wages they get for risking their lives at sea, sometimes for weeks, still they stay and think of the country. I'm proud to say a lot of them are very patriotic. But also a lot of them are enticed by Middle East countries and others to work for them for more attractive salary. Nak recruit orang baru senang, but we have to train them and training takes 2-3 yrs!. Since we are running our last mile in our existing oilfields, we need experienced workers, and they dont come cheap.

So next time any politician says, DUIT PETRONAS PEGI MANA?, ask them back DUIT CUKAI SAYA PEGI MANA?


Oklah daripada aku merapu, elok aku gi solat dulu. Ituje cara to seek solace and peace. Cuma Allah saja tempat mengadu dan meminta pertolongan.

ciou!

Thursday, June 12, 2008

+..Luluh Lantak~@!..+



Hmm...

Hari ni hari melankolik.
Hari ni aku tak pergi centralised training badminton di Kidurong Club.
Hari ini aku masih belum mandi walaupun sudah jam 1244pm
Hari ni aku malas makan.
Hari ni aku dalam bilik saja, surf website dengan update lagu lagu Indon yang jiwang tak hingat.
Hari ni aku malas nak entertain phonecalls customer dan tengok emel pasal kerja.
MALAS!

Hari ni aku biarkan chambermaid buat kerja dengan kewujudan aku dalam bilik.
Hari ni aku tak ikut Mad dan Mena jalan jalan Bintulu.
Hari ni aku duduk saja diam diam, dari malam tadi, hanya Allah saja yang berjaya mengubatkan aku.
Aku tidak ada sesiapapun di Bintulu hatta di bumi Sarawak ini seperti orang lain dengan suami/ anak/ isteri/ keluarga masing masing.
Aku seorang diri saja tanpa sesiapapun yang aku boleh luahkan isihati aku.
Tapi aku masih ada Allah.
Alhamdulillah. Takkan aku nak komplen lagi? Bukannya aku tidak boleh bergerak. Aku tidak cacat, tidak buta dan tidak tuli. Aku masih sihat.
Alhamdulillah. Apa lagi yang aku nak? Apa yang Allah bagi tu, ambil saja. Itulah rezeki aku.
Alhamdulillah.

Di hotel Plaza ini, tempat aku dikelilingi pub, karaoke dan pelbagai lagi pusat maksiat.
Aku hairan kenapa kalau nama Melayu je, harus ada unsur unsur tidak Islamik, tidak Melayu. Malah dia lagi enjoy dengan Gawai, sarapan, makan tengahari dan teabreak dan dinner hanyalah arak...Sampai kaum Iban sendiri panggil dia sakai...Astaghfirullahala'zim.
Sebab apa sakai? Sebab dia jakun tengok arak yang overflow. Sebab dia tak pernah sober malah teruk gila mabuknya, hilang kawalan dan hilang tujuan.
Astaghfirullahalazim.

Kenapalah Budak Melayu itu? Melayu yang masih ada unsur kemelayuan kah? Jati diri kah?
Di luar daya dan kuasa aku untuk menegur dia. Siapalah aku?
Aku hanya manusia yang lemah dalam dan luaran. Ilmu aku sangat sedikit.
Orang luar. Apa yang aku mampu sekadar mengelakkan dia jauh jauh. Sejauh mungkin. Itu saja.
Macam yang diajak Abg Buah untuk pergi karaoke malam ini, dengar dia nyanyi lagu Alleycats.
Ya Allah, selamatkan aku, Ya Allah...

Tapi alhamdulillah. Di bilik aku di tingkat 4 ini, telinga aku tidak sakit dengan bunyi bunyi bising, malahan hampir setiap subuh aku dikejutkan oleh burung layang layang dan keluarganya. Hampir setiap pagi, aku ucapkan terima kasih kat burung burung ini kerana membangunkan aku tidur.

Malam tadi selepas solat jamak, aku sambung dengan Al-Mulk dan Al-Waqiah untuk menemankan hati aku yang sepi dan makin berhabuk ini. InsyaAllah, Al-Mulk akan melindungi aku daripada seksaan kubur. Biarlah Al-Mulk di dalam dada yang poros ini.

Memang aku rindu.
Tapi apa daya aku untuk melampiaskan rindu aku, kasih dan sayang aku, pada lelaki yang masih belum menjadi pelindung aku? Yang masih belum tuhan jadikan aku sebagai amanah dia?
Sapalah aku ini yang masih belum bebas dari fitnah makhluk? Sapalah aku ini yang masih dipandang senget oleh makhluknya?

Aku amat rindu.
Aku sakit bangat.

Tapi, hanya Allah sahajalah pengubat rindu dan sakitku.
Hanya DIA!

Tuesday, March 11, 2008

+..Kenapa Nak Sangat Klate tuh?..+

Daripada emel seorang sahabat. Interesting, no?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kenapa BN Mahu Sangat Rampas Kelantan

Di perairan Kelantan terdapat simpanan GAS ASLI sebanyak 13 trillion kaki persegi yang sudah sedia untuk diterokai. (13,000,000,000,000). Ia cukup untuk 7 generasi rakyat Kelantan. (lebih kurang 500 tahun lamanya). Ianya terletak di Blok-Blok berikut,

Blok A18
Blok B17 & C19
PM3
Sub-Blok Ular
PM301 & PM302
PM303
PM311 & 312

Rakyat Kelantan menerusi kerajaan pimpinan Tuan Guru menuntuk hak Pendaratan GAS ASLI itu di buat di pantai Kelantan dan menuntut royalti GAS ASLI yang menjadi hasil bumi rakyat Kelantan di bayar kepada Rakyat Kelantan.

APA YANG BARISAN NASIONAL SEMBUNYIKAN DARI RAKYAT KELANTAN

Petronas mengesahkan bahawa operasi GAS ASLI di BLOK A 18 sudah bermula menerusi Syarikat Carigali HESS. Petronas memegang 50% saham di dalam syarikat tersebut menerusi Petronas Carigali Sdn Bhd dan 50% lagi dipegang oleh Aremada Hess Inc. Sekarang ini, operasinya mengeluarkan 6,000 tong GAS ASLI sehari.

Jarak Blok A18 adalah lebih dekat ke Kota Bharu daripada dihantar ke Kerteh dan Songkla. Kerajaan BN bagaimanapun memilih pendaratan GAS ASLI itu dibuat di Songkla walaupun kosnya lebih tinggi akibat jarak yang jauh itu. Dalam usaha mempertahankan hak rakyat Kelantan dan memperkasakan hasil bumi Kelantan untuk rakyat Kelantan, Kerajaan Kelantan pimpinan PAS telah meluluskan pembinaan Terminal Pendaratan Gas Asli dan juga Supply Base untuk Petroleum.

Menerusi penerokaan GAS ASLI di Blok A 18, setiap hari, Petronas sepatutnya membayar rakyat Kelantan royalti yang bernilai RM512,000.00 (RM512 ribu) sehari dan ini bererti Kerajaan Kelantan seharusnya mendapat pendapatan tambahan dari royalti GAS ASLI yang bernilai RM186,880,000 (RM186 juta) setahun. Menerusi hasil terbaharu ini, PAS Kelantan sudah berjanji untuk memberi subsidi gas memasak sebanyak RM3.00 se tong bagi rakyat Kelantan. PAS Kelantan juga akan menggunakan hasil pendapatan baru itu untuk tujuan kebajikan dan mempertingkatkan taraf hidup rakyat Kelantan serta membasmi kemiskinan.

PERANCANGAN OPERASI TELAGA-TELAGA GAS ASLI LAIN DI PERAIRAN KELANTAN

Blok A 18 Fasa 2 pada tahun 2010
Blok B 17 dan C 19 - Operasi bermula suku ke tiga 2009.
Blok PM301 dan PM302 - Operasi bermula 2011 dan 2012
Blok PM3 - Operasi bermula suku ke tiga 2008

Sebab itulah BN berusaha sangat merampas semula Kelantan kerana tidak mahu royalti GAS ASLI ini digunakan oleh Kerajaan PAS membangunkan Kelantan sehingga mengakibatkan Kelantan semakin pesat membangun dan membuat mustahil bagi BN untuk merampas Kelantan semula.

BERAPA BANYAK ROYALTI GAS ASLI YANG MENJADI HAK RAKYAT KELANTAN

Apabila semua telaga-telaga GAS ASLI ini beroperasi Royalti GAS ASLI yang akan diterima rakyat Kelantan ialah bernilai RM1,000,000,000 (RM1 Billion). Sebab itulah BN mahu perampas Kelantan sebelum telaga-telaga GAS ASLI ini mula beroperasi.

ROYALTI GAS ASLI HAK RAKYAT KELANTAN

PAS komited dan akan memperjuangkan habis-habisan bersama rakyat Kelantan untuk mendapatkan royalti GAS ASLI ini. Jika BN merampas Kelantan, royalti GAS ASLI tidak akan menjadi milik rakyat Kelantan dan rakyat Kelantan akan menerima nasib yang sama seperti Terengganu. Terengganu menikmati royalti minyak dan GAS ASLI sebanyak RM1.2 billion setahun di dalam bentuk wang ehsan.

Wang Ehsan tidak diberi kepada kerajaan Terengganu tetapi disalurkan kepada orang tertentu seperti Patrick Lim untuk digunakan untuk projek seperti Monsoon Cup dan Pembinaan Taman Islam Hadhari yang tidak mendatangkan hasil terus kepada rakyat Terengganu. Jika BN memerintah, rakyat akan terus hidup dibelenggu kemiskinan dan ekonomi negeri akan semakin teruk seperti di Terengganu. Walaupun menerima RM1.2 billion setahun, rakyat Terengganu lebih miskin dari rakyat Kelantan. Hutang tertunggak Terengganu, lebih RM300 juta sedangkan hutang tertunggak Kelantan semenjak pemerintahan PAS hanya tinggal kurang RM12 juta

Monday, March 10, 2008

+..KOMFEM TAK MALU..+

Ini berita dari The Star Online.

Hmm...nampaknya hajat obefiend nak put in more ammos to Pak Loh and ranapkan BN terus kasik pupus di muka bumi marhaen ini mungkin akan tercapai sedikit masa lagi, insyaALlah. Aku harap, Allah ampunkan dosa dosa Pak Loh ni.

Janganlah beliau cuba nak jadik Tunku masa Tun Razak nak ambil alih kuasa sekitar 1969. Benda ni tak pelik, sebab Najib memang PM in waiting pun. Aku mintak sangat kat ALlah supaya kita dijauhkan daripada musibah dan malapetaka semua selepas ini. Kalau benarlah KJ nak buat sesuatu yang dimurkai ALlah, biarlah Allah tak izinkan dan halang dia dan Gerak Gempur ala Mafianya (konon PEKIDA disebut sebut) dari meneruskan rancangan dan taktik jahat mereka memporak porandakan Malaysia yang aku sayangi ini. Sesungguhnya hanya Allah saja Yang Berkuasa ke atas segala sesuatu. Amin...

Untuk Cerita Dari Rembau, KLIK SINI
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

MYT 1:50:08 PM

Abdullah sworn in as PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi was sworn in Monday as the prime minister before the Yang diPertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, following the victory of the Barisan Nasional (BN) in Saturday's general election.

Abdullah took the oath of office and oath of secrecy at the ceremony which was held at the Balairong Seri of the Istana Negara here at 11.10am after he was presented the instrument of appointment.

Abdullah, 68, assumes the office of prime minister for a second term.

The Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah, was also present at the ceremony.

Abdullah arrived at the Balairong Seri at 11am, accompanied by his wife Datin Seri Jeanne Abdullah.

Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and his wife Datin Seri Rosmah Mansor as well as other VIPs were present at the event.

Among the VIPs were former MCA president Tun Dr Ling Liong Sik, Umno secretary-general Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad and several new members of parliament (MPs).

At the ceremony, which took about 20 minutes, Abdullah signed the instrument of appointment before Chief Justice Datuk Abdul Hamid Mohamad, which was witnessed by the Chief Secretary to the Government, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Barisan won 140 of the 222 parliamentary seats in Saturday's general election, enabling it to garner a simple majority and form the government.

Abdullah retained his Kepala Batas seat in Penang by defeating Subri Md Arshad of PAS with a majority of 11,246 votes. -- Bernama

Sunday, March 09, 2008

+..Kepada Pak Lah, UNDUR LAH!..+



(AMARAN: Ini merupakan surat yang aku mimpi akan buat, hasil daripada pemikiran kreatif kekalahan teruk BN)

Assalamualaikum wbt Pak Lah.

Semoga Pak Lah di dalam keadaan sihat sejahtera bersama keluarga tercinta.

Walaupun kekalahan BN kali ini yang terburuk sejak 1969 apabila tidak berjaya mengekalkan dominasi majoriti 2/3 di parlimen, Pak Lah masih boleh bersyukur kehadrat Allah Taala yang membenarkan Pak Lah memilih untuk berundur secara terhormat. Be a gentleman, Pak Lah. Ikutlah cara Koh Tsu Koon yang tahu diri untuk mengundurkan diri setelah diberi tamparan hebat di Penang SAHAJA. Terus dia mengundur diri dari menjadi NAIB PRESIDEN GERAKAN (edited 10/3 - thanks to kawan). Dia undur dari menjadi PENGERUSI Gerakan Penang, sebab katanya dia bertanggungjawab atas kekalahan teruk dan malu lagi nak jadi Pengerusi kat sana. Bravo Koh Tsu Koon!

Hai Pak Lah!

Kalau saya di tempat Pak Lah saya amat malu sekali. Kalau saya jadi Pak Lah, saya sudah melarikan diri ke ISS kerana malu dengan kad laporan saya yang sangat buruk. Saya malu walaupun sudah hebat orang media utama saya, Zam Maidin berKEMPEN di media massa, baik di TV, Radio, billboard hatta di pop up internet sekalipun, kali ini, BN kalah memalukan yang sangat besar sehingga lima (5) negeri ditawan Barisan Rakyat. Penat sudah segala pelaburan ini (tidak mengira jumlah undi pos dan undi hantu mi segera dan duit kopi rakyat - kain pelikat, beras, tandas duduk, duit balik negeri masing masing yang boleh diclaim lagi) dileburkan bernilai jutaan ringgit, tapi sia sia belaka. Kesemua ini tidak bermakna jika dominasi majoriti 2/3 tidak diperolehi. Hanya majoriti simple saja. Macam cincai saja kemenangan BN yang tidak bermakna ini.

Oh! Tersungkur keangkuhan dan kesombongan UMNO tatkala mereka memegang tampuk kuasa! Kerana Pak Lah dan UMNOlah, parti parti lain turut tersungkur tumbang rebah menyembah bumi marhaen ini. Kerana Pak Lah dan UMNO lah yang menyebabkan MIC dan MCA kalah teruk, dipukul bukan tamparan manja, tetapi dimuay thai sebegitu dahsyat menggunakan teknik terajang lutut terbang ke bahu dan teknik pusing siku ke belakang yang amat unik itu.

Pak Lah,

Mengaku kalah sahajalah. Mengaku sajalah kepada rakyat dan orang orang bawahan Pak Lah (UMNO khasnya, MIC serta MCA amnya - bukankah Pak Lah Bos Besau BN?) bahawa Pak Lah lah yang membawa suwey kemalangan teruk BN di seluruh negara. Ibarat macam terjatuh kerana terlanggar kulit pisang, tercium tahi ayam dan terpeleot pula kedua dua kaki (Maaflah, ini saja analogi yang aku gambarkan kepada BN sekarang). Majoriti yang makin menipis menunggu pupus serta kekalahan teruk menteri dan timbalan menteri ini merupakan bahawa rakyat TIDAK MAHUKAN seorang PM yang suka tidur dan bermimpi indah memeluk Michelle Yeoh. Hobi Pak Lah yang amat digemari Khairy Jamaludin menantunya sebab bila Pak Mentua tidoq, maka dialah yang paling hebat dan gengster paling berlagak sekali di Malaysia ini.

Oh! Pak Lah.

Baiklah Pak Lah berundur secara terhormat. Cek Det dalam rejim permerintahannya selama 22 tahun pun tidak pernah mengalami keadaan malufying yang sebegini teruk! Cek Det dalam 22 tahun pemerintahan ala kuku besinya tidak pernah mengkayakan anak menantunya sendiri, malah mahu melihat Cek Det memeluk pinggang si Michelle Yeoh itu pun amat susah. Cek Det semasa 22 tahun pemerintahan bijaknya mampu berbelanja dengan jumlah yang sama dengan Pak Lah memerintah selama 4 tahun sahaja. Oh! Rampokan yang sangat professional! Ekonomi rakyat di zaman Cek Det pun tak sebegitu papa kedana di dalam pemerintahan Pak Lah. Tak ramai orang yang muflis macam calon BN tu di zaman Cek Det! Cek Det rajin membaca dan menulis. Dia tidur pun kurang. Otak Cek Det selalu berfikir itu dan ini. Tetapi Pak Lah?


Oh! Pak Lah.

Saya tahu, di UMNO tidak ada seorang pun yang layak menjadi pemimpin pengganti. Tidak nampak pun aura aura kepimpinan di kalangan orang orang BN. Maka, saya faham kenapa BN TIDAK MAHU mengadakan debat intelektual politik seperti yang dipraktiskan di US. Sebab saya tahu orang BN pasti akan menjadi tergagap gagap ala menyanyi lagu rap seperti Zam Maidin yang tumpas itu akibat emosi tidak terkawal dan daya intelek yang tidak begitu memberangsangkan. Padahal rakyat tidak mengira Melayu, Cina dan India serta bumiputra yang lain kebanyakannya sudah mampu berfikir tanpa propaganda murahan dalam kos mahalan itu. Maka untuk satu level dengan pemikiran rakyat begini, orang orang BN harus bijak berdebat ala Nabi ( yang peliknya, debat ala Nabi ini, dipraktiskan oleh non-Muslim seperti Barack Obama dan Hillary Clinton! Kau cakap, aku dengar, aku cakap, kau dengar!)

Oh! Pak Lah.

Inilah dia Gelombang Kebangkitan Rakyat yang BN perkotak katikkan itu. Inilah gelombang rakyat yang BN cabar dibawa ke dalam kotak undi (bukan di jalanan). Dari perspektif Islam pula, ini adalah janji janji Allah kepada orang orang yang sabar. Kita dah biasa kalah. Tak sangka pula Allah beri kita 5 negeri sekali. Saya yakin, Allah akan beri lebih banyak lagi kejayaan jika Barisan Rakyat mengotakan janjinya mengikut REDHA ALLAH. Sebab dengan redha Allah lah, maka datang redha manusia. Sebab dengan Cintakan Allah lah, maka datang cinta manusia. Apa apa yang kita buat adalah kerana Lillahi Taala. Tak kira pada kaum apa dan agama apa sekalipun. Itulah indahnya Islam. Sudah tampak jelas di Kelantan yang meriah dengan pelbagai kaum dan agama. Mereka adalah orang orang Kelantan. Maka aku yakin dengan janji Allah, bahawa kita suatu hari nanti akan menjadi orang orang Malaysia. Sudah tidak wujud lagi kaum Melayu, kaum Cina dan kaum India. Hanya Kaum dan Bangsa Malaysia.

Kepada Cek Det pula.


Saya mahu mengucapkan terima kasih kerana rancangan menjadikan Pak Lah ssebagai batu loncatan Najib menjadi PM pengganti itu. Apa yang Cek Det rancang itu memang baik. Tapi Cek Det, rancangan Allah lah yang TERbaik dan paling berjaya! Asbab Cek Det letak Pak Lah tido menjadi PM lah, maka kami, golongan rakyat bangkit merubah corak pemerintahan di Malaysia. Inilah natijah rancangan dan asbab asbab yang Cek Det, Pak Lah dan KJ lakukan kepada rakyat Malaysia.

Alhamdulillah. Allah itu sangat cantik ilmuNya.
Aku jatuh cinta lagi buat kesekian kalinya. Segala apa yang berlaku itu datang dari Allah yang Maha Kuasa. Hanya dengan izinNya saja. Ya Allah, Kau izinkan pula Barisan Rakyat mengotakan janji mereka dengan mencari redhaMu ya Allah. Di TV masih hebat mempersoalkan keupayaan Barisan Rakyat untuk mencorak perubahan. Masih rakus persoal agenda agenda berlainan. Ya Allah! Kau permudahkanlah Barisan Rakyat menjalankan tanggungjawab yang diberi olehMU untuk menjadi KHALIFAH RAKYAT. Hanya Engkaulah Ya Allah yang memberi izin, rahmat dan rezeki kepada kami.

Islam itu indah dan cukup sempurna. Kini dah ada dua negeri yang pasti berlandaskan Islam dan syariat. Dua negeri sebagai contoh bahawa agama lain tidak ditindas dan bukti bahawa bangsa bukan Melayu, berlainan agama boleh hidup bahagia dan harmoni bukan atas dasar permukaannya saja sesama orang Islam (Islam = termasuklah Siam, Melayu, Cina, India, Belgium, American) yang lain.

Pak Lah.
Undurlah...janganlah lagi mencari Imam Ghazali dan Imam Shafie di dalam tidur semata. Bangunlah, dan undur secara terhormat!

1. Lagi Berita Malaysiakini
2. Kedudukan Pak Lah Bagai Telur di hujung Tanduk dalam Harakahdaily
3. Koh Tsu Koon lagi gentleman daripada Pak Lah

+..Alhamdulillah..+

Wamakaruu wamakarallah, wallahukhairul maakirin!

Alhamdulillah.
The Greatest Planner made His Plan Worked!
And it worked BEST when The Rakyat has spoken, thru voting and constant Do'a.
The nation is still in a daze, even to me. I didn't expect Kedah to be given to the oppo. We already know that Penang is filled with DAP power and Kelantan? Well, that was where the majority of doa's gone to (including mine!). Alhamdulillah!

This afternoon after busying myself with cleaning the house and keeping it nice and neat, after giving all binatang ternakan mama their food and watering the plants, I wore a green blouse (with tiny red little roses scattered all over), white linen slack and a Keadilan Blue tudung. The message was clear. VOTE FOR THE PEOPLE, not the CORRUPTED, Morally bankrupt BN people.

Alhamdulillah.
We have seen Shahrizat's malufying moment to a much hotter, younger Nurul Izzah.
We have seen Samy Velu fell to PKR guy (sorry I didn't get his name, too excited that he lost!)
And that rapping Zam Maidin lost to PKR too in Sg Petani.

For those who still haven't registered as legal voter, please register. YOU make a BIG difference to the majority of Malaysian. This is PROVE that whatever we do, it is still under Allah's magnificence. Without His consent, nothing will happen as what we planned earlier. Buatlah macam macam cara jijik, kotor dan hina sekalipun, laburlah berjuta juta ringgit sekalipun di media kawalan BN (radio, TV, sok khabar dan bill boards seluruh Malaysia), selagi Allah tak izin menang, mereka TAK AKAN Menang! Alhamdulillah...Kelantan berjaya dipertahankan dari dirampok olek UMNO (ala tahu, BN ni nak rampok hasil bumi Kelantan, kan? Sbb tu berdegar degar Najib bicara soal agama, soal masjid tak cukup? - lepas ni, BN tolonglah ISLAMkan Pahang atau negeri lain dulu, ye!)

News update 9th March - at 1033am
Barisan Rakyat berjaya menawan 5 negeri!
dan
ini versi The Star

Now, I will sleep, smiling ear to ear. ALLAHUAKBAR!

Thursday, March 06, 2008

+..LIDAH, SUSAHNYA MAHU DIJAGA..+


Hmm... Aku muntah purple lagi. Maafkan aku.

Malam tadi tatkala abah baru pulang dari menunaikan solat Isya' di masjid di kampungku yang permai, abah bergegas bertanyakan aku dan Piko di pintu rumah nenek, "Apa yang Rashid cakap pasal ink tu?"

Ini disebabkan abah melalui kawasan kedai makan yang mempunyai TV besar dan kuat pula bunyinya berkenaan si Rashid (Sori, En Rashid, saya tidak hormat anda sebagai seorang Tan Sri lagi..apatah lagi bila anda membuka mulut berkata kata, baik anda diam saja) Aku dan Piko yang sedang asyik melayan cerita comel si Coffee Prince pun bertukar tukar saluran mencari En Rashid. Oh! di TV3, dalam bualbicara. Penat aku lihat orang tua itu berkata kata dan memberikan alasan atas kenapa penggunaan dakwat untuk KETELUSAN PROSES PILIHANRAYA telah ditarik balik atas faktor keselamatan dan tah hapa hapa lagi. Kononnya, penggunaan dakwat tersebut menggugat perlembagaan dan hak rakyat. Uik! Sejak bila lah pulak En Rashid ni sibuk akan HAK RAKYAT dalam perlembagaan? Sedangkan hak berhimpun dalam perlembagaan macam BERSIH tu, tak pula dorang kesahkan?


Ya Allah, ampunilah dosa orang yang bernama Abdul Rashid Abdul Rahman ini. Namanya sudah cukup indah memujiMu Ya Allah. Tetapi perbuatannya tidak menggambarkan kecintaannya kepadaMu Ya Allah!

Abdul Rashid: Servant of the rightly guided,
Abdul Rahman pula kan ke Hamba kepada yang Pengasih/ Penyayang?

Untuk berita yang lebih terperinci lagi, silalah ke laman Free seminggu ini
1. PILIHANRAYA TERJIJIK DAN TERKOTOR
2. MENGHINA KEBIJAKSANAAN RAKYAT MALAYSIA

Oh yeh. Ada lagi berita terkini tentang rumah En Rashid yang disimbahi cat merah. Tapi anda semua boleh baca tentang jawapannya kepada Malaysiakini, tentang dakwat lagi! Aku masih rasa, dia perlu dan harus DIAM, jangan lagi berkata kata, sebab aku kasihan melihat daya inteleknya yang err..emm..baik aku yang diam. Takut berdosa megutuk dan melaknat dia. 3. RUMAH PENGERUSI EC DICAMPAK CAT MERAH SECARA MISTERIUS

Teringat aku akan kitab yang mengajar kita menjaga lidah. Oh! Sukarnya aku hendak menjaga lidah. Cerita tentang lidah ini pun telah diujakan oleh Tuan Azharjaafar di dalam blognya.

Bukan saja aku harus menjaga dari mengumpat En Rashid ini, tetapi dari pelbagai aspek lagi. Oh! Ya Allah...ampunkan dosa aku. Teringat aku tentang apa yang En Rashid katakan malam tadi di TV3 - Saluran BARISAN NASIONAL anda. Adakah benar tidaknya terdapat orang yang mahu sabotaj proses pilihanraya? Allahua'lam bissawab. Integriti dan kejujuran (dan keikhlasan) ini amat sukar diterima jika ketiga tiga manusia termasuk Rashid, Musa Hassan dan Gani Patail ini duduk semeja (dan depan kamera Saluran Barisan Nasional anda!)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Berbalik kepada lidah.

Dalam banyak banyak adab menjaga lidah (ingat senang ke nak jaga lidah?) itu, aku terjumpa banyak hadis berkenaannya.

Aku sebenarnya tertarik dengan isu lidah ni, bermula daripada blog azharjaafar. Oleh kerana beliau mungkin akan bepergian selama 40 hari untuk mengajak umat manusia mencintai Allah, maka terpanggil panggil jiwa aku untuk mengetahui apa bahaya lidah ini? (sungguhpun dah tahu, tapi banyak lagi yang aku tak tahu.)

Aku cuma ambil sedikit daripada banyak adab menjaga lidah. Anda nak belajar lagi, kenalah cari ilmu itu. Apa yang aku blog ini, jangan diambil 100 persen, apa aku blog ni, banyak kelemahan. Kalau nak pandai lagi, dan tepat lagi kenalah selalu bersahabat dengan alim ulama, ustaz dan ustazah, ok! (sebab aku ni masih dikit ilmu dan agama)

1. Kesaksian Palsu Sangat DIHARAMKAN
Abu Bikrah Nafi' bin al-Haris RA meriwayatkan sebuah hadis yang mengatakan bahawasanya Rasulullah SAW pernah bertanya kepada para sahabat:

"Mahukah kalian aku beritahu tentang dosa besar yang terbesar?"
Baginda mengucapkannya tiga kali.
Para sahabat menyahut:"Ya, benar, ya Rasulullah!"
Baginda lalu menjelaskan: "Menyekutukan Allah dengan sesuatu (isyrak billah) dan berbuat derhaka kepada ibu bapa."
Ketika mengucapkan itu baginda berdiri sambil berpegang pada tongkatnya. Baginda lalu duduk kemudian melanjutkan: "Demikian juga perkataan palsu dan kesaksian palsu."
Saat baginda sedang mengulang kalimat tersebut kami (yang hadir) tergamam.
Mudah mudahan baginda diam." - diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim

Oh! terkedu aku.

a) Menyekutukan Allah dengan sesuatu...tidakkah kita kadang alpa akibat taksub kepada seseorang atau sesuatu? Terlalu taat pada kerja di pejabat sampai lupa solat? Terlalu menurut perintah Boss walaupun tidak mengikut syariat, takut lagi pada Boss (sebab takut kena buang kerja) lagi daripada takut murka Allah?

b. Derhaka kepada ibubapa? Kadang kita asyik menasihatkan orang lain tanpa kita cermin diri sendiri. Maklum salah orang kita nampak, tapi apa yang kita buat kadang tak sedar. Oh! Aku cuba sedaya usaha dan kudrat aku untuk kedua ibubapaku, kerana Allah Taala. Jangan lupa mendoakan kedua ibubapa setiap kali selepas solat dan setiap kali teringat akan mereka... Oh! syahdunya hati aku ni.

c. Kesaksian palsu. Sekarang ni bukankah sudah banyak perkara berlaku bagi melindungi orang orang tertentu atau memfitnah orang lain? Benda ini boleh dibuat manusia. Asbab apa yang mereka lakukan ini, maka kita secara jemaah lah yang terkena tempiasnya. Sebab Allah murka, maka datanglah pelbagai bencana dan mala petaka. Benda benda yang tak best pada semua kita, bukan seorang dua saja. Saja aku cakap secara general, supaya kita berfikir...

2. Larangan Mengungkit
Abu Dzar (al-Ghifariy) RA meriwayatkan sebuah hadis yang mengatakan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

Tiga (golongan) orang yang pada Hari Kiamat kelak Allah tidak sudi menyapa dan melihat kepada mereka, dan Allah juga tidak membersihkan mereka (daripada dosa) dan (ganjaran) bagi mereka adalah seksa yang amat pedih." Baginda mengucapkan kalimat tersebut tiga kali. Kemudian Abu Dzar bertanya: "Sia sia dan rugilah mereka. Siapakah mereka, Ya Rasulullah?" Baginda menjawab:"Orang yang lancang mulut, orang yang mengungkit ungkit (pemberiannya kepada orang lain) dan orang yang membelanjakan barang dagangannya disertai sumpah palsu."

Apa yang aku dengar di surau di Kampung Malaysia Tambahan, masa tengah tunggu Boe, Ustat tu pun ada menyatakan hal ungkit mengungkit ini hanya ada pada Allah supaya menjadi pengajaran, iktibar dan ingatan pada manusia yang lupa. Supaya manusia ini kembali mengingati asal dan tujuan mereka ke dunia ini. Bukan berseronok. Tapi untuk menjadi khalifah Allah. Manusia ini selalunya mengungkit, kemudian akan berdendam. Apa yang dia buat selama ini selayaknya tidak ikhlas di hati. Patutnya dapat pahala, tapi disebabkan dia mengungkit pemberian dan perbuatannya dulu, maka Allah tarik balik RedhaNya. Apa yang kita buat sesama makhluk adalah untuk mencari Redha Allah. Bukan untuk manusia.

Maka kita patut berfikir, patutkah ada orang mengungkit apa yang mereka lakukan pada kita 50 tahun dahulu? Selayaknya, kita hanya bersyukur kepada Allah Taala atas nikmat dan rahmat yang diberi.

3. Larangan Melaknat (Mengutuk)
Ini satu lagi adab manusia dalam menjaga lidah yang amat amat sukar aku nak buat. Mulut aku memang lepas bebas, lebih laju daripada Obit merempit tatkala ada benda benda tak best berlaku. Oh! Susahnya, Ya Allah!

Teringat aku akan satu cerita yang menemukan aku pada seseorang akibat kelancauan mulutku. Masa tu, aku dapat rasakan dia berkecil hati. Itu pada orang yang aku masih belum rapat. Apa lagi dengan orang yang paling rapat dengan kita, ibu bapa, adik beradik, keluarga, sahabat? Mungkin kita masih boleh minta maaf dengan mereka (selalunya pada hari raya je, kan?) Cuba kalau kita mengutuk orang yang kita tak pernah kenal dekat? Oh...macam mana kita nak minta maaf padanya? Sedangkan, berjumpa pun tak pernah. Ni selalu terjadi ketika kita menonton atau membaca gosip artis. Alasan yang diberikan acap kali terlalu remeh. Kerana mereka artis. Bukankah elok jika adik adik yang membaca gosip artis ini membaca bahan bahan bacaan yang menambah ilmu di dada? Banyak apa...tak pun, pergi tonton Discovery Channel ke, National Geographic ke...Anda mungkin akan terpaut dan terpana sebab apa yang mereka tayangkan itu, lebih mirip kepada penemuan sains berdasarkan Al-Quran, cuma mereka masih belum ISLAM saja lagi. Banyak apa saintis barat yang sudah mencintai Islam. Nanti aku cerita pasal penemuan bukti kewujudan dan ilmu Allah itu berpandukan Sains daripada Al Quran, InsyaAllah!

Sebab itu, Orang Melayu ni kebanyakannya masih jumud pemikiran, masih berperasaan hasad dengki, sebab mereka memang tak ada kerja lain yang berfaedah kecuali sibukkan hal manusia lain. Ya Allah! Bukakan pintu hati kami semua untuk menambah ilmu, Ya Allah, termasuklah aku.

Dalam sebuah hadis Abu Darda berkata bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
"Apabila seseorang hamba Allah melaknati sesuatu, laknatnya itu naik ke langit dan langit menutup rapat pintu pintunya pantang menerimanya. Kemudian laknat itu jatuh kembali ke bumi dan bumi pun menutup rapat pintu pintunya pantang menerimanya. Laknat itu lalu balik ke kanan dan ke kiri, apabila tidak menemukan jalan keluar maka ia kembali kepada pihak yang dilaknat jika ia patut menerimanya. Apabila tidak, maka laknat itu kembali kepada orang yang mengucapkannya." - Diriwayatkan oleh Abu Dawud

Seboleh bolehnya tahan lidah dari melaknat, sebab hanya Allah yang Maha Mengetahui siapa yang layak dilaknat. Seboleh bolehnya, kita cuba maafkan manusia itu. Doakan dia supaya terbuka hati untuk berubah dan sama sama mencari Redha Allah.

Pagi tadi, aku dan abah nonton Oprah (maklum la, yang seorang dah pencen, yang seorang lagi menunggu dengan harapan dan kesabaran). Aku kagum sebab sifat sifat yang sepatutnya seorang muslim buat dalam tajuk Forgiveness itu diamalkan di negara negara Barat oleh non muslim! Mereka bukan kena macam aku ni, ditekan dek Bos kerana kerja atau kerana dengki si Suren. Tapi lebih hebat dan lebih teruk lagi. Ada yang pernah ditembak di kepala sampai kena belajar balik bercakap, makan, telan, berjalan...Masya Allah...betapa kuatnya shero (she + hero) tu. Aku lupa pula nama perempuan pemaaf tu. Asbab dia maafkan pemuda yang menembaknya secara depan depan, maka pemuda tadi terus insaf dan berubah. Terus rasa ingin maju didunia dengan meningkatkan dirinya sendiri.

Ada juga perempuan yang terlibat dalam pengeboman bas double decker di London dan cedera parah. Tapi dia juga telah memaafkan si pengebom! Bayangkan encik encik dan cik puan cik puan semua...Sifat Pemaaf inilah yang patut kita amalkan sebagai seorang hamba yang sentiasa mencari Redha Allah. Tapi malangnya, orang Melayu di Malaysia ni, amat sedikit jumlahnya yang mengamalkan Forgiveness ini. Sebab itu, ada yang berdendam kesumat sampai hantar tuju tuju, ilmu sihir sebagai membalas dendam...

Ya Allah...ampuni aku...ampuni dosa dosaku yang secara sedar atau tidak melaknat manusia lain. Dan ampuni juga mereka yang melaknat dan mengeji aku. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

4. Dengan Siapa Anda Bersahabat?

Ini juga agak sukar untuk dilakukan sebab kawan kawan aku amat ramai. Sejak kecil, sekolah rendah, membawa ke sekolah menengah, dan seterusnya ke alam universiti dan pekerjaan. Alhamdulillah aku mudah bersahabat dengan ramai orang hatta tukang cuci ataupun tukang kebun.

Agak sukar juga menjaga hati manusia lain. Tapi kita harus tegas dalam soal menjauhi diri dari fitnah, daripada bahaya. Sebabnya kita tak dapat nak ukur tahap iman kita ni macam mana? Low? Medium? High? Agak agak? Sedang sedang? Susahnya laa...

Lelagi kawan kawan yang masih suka nak enjoy bercampur lelaki dan perempuan tanpa batas syariat. Kalau kita kuat, mungkin maksiat ini boleh dihindari. Tapi kan, amat jarang orang yang selamat apabila berani mendekati fitnah (Dzamul Hawa - ms 126)

Kalau kita cakap, "Takpe, mereka tu geng geng seIslam," Tapi kan, geng geng "Seislam" kita itu mungkin namanya saja Islam, tapi dari segi amalannya? Uish...Ampuni aku Ya Allah. Aku ni penuh dengan noda dan dosa!

Kalau benar kita rindu akan kawan kawan itu (kalau benar kawan, maka mereka akan mahu berjumpa kita, kan?). Bak kata Imam al Ghazaliy rahimahullah
"Ketahuilah bahawa ziarah (berkunjung) kepada saudara saudara seiman dan seagama merupakan salah satu intisari ibadah berbakti kepada Allah SWT. Tambahan pula manfaat dan perbaikan hati yang dapat diperolehi daripada ziarah seperti itu. Namun ada 2 syarat yang harus diendahkan.

1 - Ziarah hendaknya tidak terlalu sering dan tidak berlebih lebihan, kerana Rasullullah SQAS telah bersabda:

"Berkunjunglah selang waktu (yakni: jangan terlalu sering), kecintaan pasti akan bertambah"

2. Syarat yang kedua ialah anda harus menjaga baik kebenaran maksud kunjungan anda, iaitu menjauhkan diri daripada riak dan memuji muji diri, menghindari perbicaraan yang tidak berguna, tidak mengumpat orang dan sebagainya, agar anda dan saudara anda tidak terperosok ke dalam suasana yang tidak baik. - Minhajul 'Abidin, ms 108

Lagi hadis:

Dari Abu Hurairah RA yang mengatakan Rasulullah SAW telah bersabda: "Sepatah kata yang diucapkan hamba Allah yang di dalamnya tampak jelas menyeretnya ke dalam neraka, jauhilah sejauh jarak antara timur dan barat"- riwayat Tirmidzi (2319), Ibn Majah (3969), Ibn Habban (1576), Al-Hakim (I/435, 46). Tirmidzi menilainya sebagai hadis sahih.

Dari Abu Musa pula berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda mengigatkan kita
"Bergaullah dengan orang soleh dan bergaul dengan orang buruk (perangai) ibarat orang yang bergaul dengan pembawa minyak wangi dan orang yang meniup angin di dapur tukang besi. Pembawa minyak wangi akan memberikan contohnya kepadamu, atau engkau akan membeli daripadanya, atau engkau akan turut menghirup bau harumnya. Sedangkan peniup angin di dapur tukang besi akan mendatangkan percikan api yang membakar pakaianmu, atau engkau akan mencium baunya yang tidak sedap (busuk)" = Diriwayatkan Bukhari (577/9) dan Muslim (38/8)

Dalam zaman serba mencabar ni, memang sukar kita mengelak dari join perjumpaan atau gathering. Tak kesahlah, gath chat, gath forum, gath kelab, gath sekolah ke apa...asalkan jumpa kawan kawan lama (atau baru). Aku pernah apa join karaoke, makan makan, gi main bowling, games nite, camping, masuk hutan la apa...pendek kata, macam amacam adolah!

Al Khithabi rahimahullah berkata "Pada zaman sekarang ini sukar orang akan selamat daripada mengumpat, manakala orang yang bergaul dengan mereka adalah ahlus syar = orang yang suka buat keburukan. Kerana mereka itu satu sama lain berusaha saling jatuh menjatuh, saling mencari kepuasan sendiri. Mereka itu berkumur dengan menyebut cacat kekurangan orang lain, lahap menyantapnya dan menempuh pelbagai macam cara untuk memuja muja orang yang disukainya. Menghadapi mereka itu tidak ada pilihan lain kecuali; turut mengikuti dan membantu mereka dalam perbuatan dosa dan meninggalkan norma norma peradaban, atau menentang merekan dengan perasaan muak dan benci.

Sebab tu, manusia yang sangat fragile seperti aku amat rindukan seorang teman yang soleh dan solehah. Sebab bila aku lupa, mereka akan mengingatkan aku, bila bertemu mereka, kita bertambah aman, bila kita bicara soal yang tidak berguna dan lagha, mereka akan mengalihkan cakap cakap kosong kita dengan zikrullah, bila kita borak pasal sesuatu yang Allah tak suka pulak, mereka ni akan larang aku dan mengingatkan aku, bila mereka ingatkan aku mengenai sesuatu yang aku tidak tahu dan tidak boleh aku lakukan, aku akan segera menyesal dan bertaubat, dan jika aku tak mengerti tentang sesuatu yang tidak disukai Allah, mereka akan menunjuk ajarkan aku. So siapa yang untung? Akulah yang beruntung ada kawan seperti ini sebab aku dah tahu apa yang aku tak tahu sebelumnya, termasuk dosa kesalahan yang aku lakukan, kemudia akan selalu berhati hati menghadapi hiasan dan cubaan dunia kepada aku.

Aku juga punya kewajipan untuk menegur secara bil hikmah. Mengingatkan kawan kawan dan orang lain yang aku sayang, meluruskan yang mereng. Banyak cara, tapi tulah, susah kalau nak menegur orang ni. Lebih lebih kita ni hanya tahu sedikit perkara. Pulak tu, nak menegur orang yang lebih dewasa. Silap cakap nanti, kita bercakap macam kita ni riak dan bongkak (sebab kita lagi tahu dari dia, kununnya - padahal dia mungkin dah tahu), silap cakap lagi, hatinya terguris - berdosa kita, silap cakap lagi...aduss! Tu yang sampai tak bertegur, ada yang saling berbunuh bunuh tu!

Nak cakap dan menegur ni pun kena ada ilmu. Bukan langgar tembok aje nak cakap kita macam bagus bangat! Lagi pula ilmu yang sedikit tu, ditokok tambah dengan hal ungkit mengungkit, tambah lagi dengan menggunakan nama orang kedua atau ketiga...peh! Tak parah perasaan orang yang ditegur? Kang elok elok niat nak perbetulkan orang, lagi teruk orang tu jadinya. Tak sampai niat, lagi bertambah murka Allah, entah! Oh!Susah betul...Kerdilnya aku di sisi Allah! Aku harap Allah tunjukkan jalan pada aku untuk mengajak orang lain mencintaiMu ya Allah!

Banyak lagi hadis berkenaan menjaga lidah ni. Tak larat pulak aku nak cerita. Paling best sekali korang semua kena tanyakan ustaz, biar ustat hurai dan kupas satu satu macam kelopak mawar (mawar sebab dia wangi). Ada pulak ustat yang selang seli dok cerita yang mencuit ulu hati aku ni. Apa yang aku tahu, aku kongsi. Mana tahu asbab aku blog pasal ni, maka ada manusia yang hendak tahu lagi, lepas tu, dia akan menjaga lidahnya pulak!InsyaAllah...

Apa yang aku tahu, pahala ibadah kita boleh hilang dan rosak sebab sebahagian besar disebabkan oleh lidah seperti borak borak kosong, puji diri sendiri, mengumpat orang lain etc etc...Mungkin apa yang kita usahakan selama satu tahun? 5 tahun? Lenyap punah sekejap je sebab tak jaga lidah.

Orang yang tidak menjaga lidah dan suka cakap banyak, tidak mustahil akan membicarakan kecacatan dan kekurangan orang lain. Orang seperti itu pada hari kiamat, datang membawa pahala kebajikan sebesar gunung, tetapi dihancurlumatkan oleh lidahnya sendiri. Sebaliknya, orang yang datang membawa membawa dosa kesalahan sebesar gunung, akan menyaksikan semua dosanya dihancurluluhkan oleh banyaknya berzikir dan bertasbih dan hubungannya yang terus menerus dengan Allah.

Aku akan cuba tahan lidah dari banyak berkata kata. Lagipun, banyak borak ni, kering la air liur! Nasibbaik dalam ni, aku pakai jari je.

Hehehehe. Apa yang tak best dan buruk tu semua aku yang punya, tapi apa yang indah dan cantik itu, datang dari Allah semata. Kalau ada apa yang aku cakap ni, tak betul, sila perbetulkan, ya!

Saturday, March 01, 2008

+..YB BN Series: SETEM YB+

Wakakaka...This is TRUE Story and Renowned BN Joke!

Youth For Change! For a Better, Safer, Zero Corruption, Economically Viable Malaysia! Vote for the Alternative Front!

+..romPAK LAH..+

Kudos to y4cmalaysia! Really funny and deep with messages. Listen to the snores!


+..YB BN Series!..+

Wakakaka y4cmalaysia is one heck of a funny and creative youtuber!
I loike~@! So I tepek their videos here, in my humble "agen asing kunun" blog!

+..WHY I WON'T VOTE Barisan Nasional..+


This is good write up based on experience by a Kelantanese via my gmail. Read on, and THINK. Please don't be a chimp!

When Kelantan fell to PAS for the first time in 1990 I thought that's it, we're screwed. There goes our free text books, scholarships and no more development for this state.

By : Afif Rais

Although I was born in Kuala Lumpur, I spent most of my childhood days, growing up in Pasir Mas and Machang in Kelantan. My mum and my grandma especially, were staunch supporters of UMNO and BN. Naturally I was brought up to believe that UMNO/BN is good and the opposition PAS/Semangat 46/PKR or whatever were bad. Not to mention the fact that the government controlled media had been brainwashing us, even the young ones, with Barisan Nasional propaganda ever since the time I can remember.

When Kelantan fell to PAS for the first time in 1990, I thought that's it, we're screwed. There goes our free text books, scholarships and no more development for this state. Surprisingly though, nothing of that sort had happened. We still get our free text books. I still get my scholarship when I got into boarding school and the state did progress over the years, although not as much as the other states especially along the West Coast of Peninsula Malaysia.


As I grew up and crossed-over from adolescent to adulthood, I didn't care much about politics. I did not bother to register myself as a voter because I thought BN was anyway going to win and continue to rule the country. Nevertheless, I still see myself as a pro-Government and pro-UMNO and view the opposition with much suspicion. That of course thanks to the pro-government mass media.


But it all changed last year at around the time the Prime Minister announced his marriage to his current wife. I was curious to know about Jean Danker. Hence I surfed into Google and looked up for her name and I stumbled upon this revealing article on Malaysia Today.net, written by a man named RPK. RPK didn't actually paint a rosy picture about the Prime Minister or his future wife and I was curious to know as to why he did not appreciate our Prime Minister as much as I would have expected him to. I was amused, as to what the PM did to deserve such a treatment. So I surfed into the website Malaysia-Today.net read every article posted there, from the beginning to the end. It was on that day that my political believes changed almost overnight.


Unlike the other politically aligned media, Malaysia-Today provides a fair and impartial views to both sides, the government and the opposition as well. Although I must admit that they do a lot more government bashing these days, the opposition is also not spared. True to it's tag line, Malaysia Today is the undisputed, credible source of independent news for the country. If you're a foreigner and you'd like to know the facts about Malaysia, don't go to the popular news websites like The Star or The NST, instead surf into Malaysia-Today.net. At Star and NST websites, you'll be fed with a censored, pro-government and toned down version of all events and happenings in the country. Meanwhile, Malaysia-Today.net provides uncensored, no holds barred and the real news of what's happening in the Corridors of Power and around Malaysia today.


Take the recent rally held by Bersih (the Coalition for Clean and Fair Election) for example. I read with disgust what the mainstream media wrote (or lack of) about the event. They played down the event like almost nothing had happened. Their write-up, perhaps suggested that approximately, only 1000 people came out into the streets? Who are they kidding? If you just do a little bit of surfing into Google on the internet, you can see the numbers should easily surpass the 40,000 to 45,000 mark from the pictures shown by the alternative media or the foreign press.

It is no secret that these papers are controlled by the Barisan Nasional component parties like UMNO, MCA and MIC but they have just destroyed any tract of credibility and professionalism left by choosing not to publish what really happened on that historic day. I used to be a regular NST reader and I read The Star from time to time but since the Bersih fiasco, I stopped buying or reading those newspapers altogether. Let's not kid ourselves. There's no such thing as press freedom in this country.


Why I won't vote for BN


Politics is a very dirty word in this world. Be it the government or the opposition, you will get your hands dirtied, the moment you step into politics. This perhaps, is just from my point of view, that the BN-led government is much more corrupt and dirty than the opposition because they hold the power. Power corrupts but absolute power corrupts absolutely. That's why we need the opposition for the sake of democracy. If we don't have any opposition than the ruling party can do whatever they want. They can bulldoze a bill through parliament, appoint any judge in their favor, arrest and lock up anybody who speaks out their mind or dare to let out the truth. Heck, even if they wish to sell off the country to Singapore or Brunei they can because who's going to stop them? We need the opposition to provide some checks and balance in the running of the country.


Another reason why I won't vote for the BN, is because of their extremely arrogant leaders. Take Nazri Aziz for example. During the beginning of the Lingam video clip controversy, he casually boasted that the people don't need to go to the streets to protest against the government. If you don't like the present government, vote them out in the next general election. Trust me Mr. Minister guy, that's exactly what I and all like-minded people will do in this upcoming election. I can name a few other equally arrogant and foul-mouthed Ministers and BN leaders like ZAM, Tengku Adnan, Ali Rustam, Mohamad Mohamad Taib, Samy Vellu, and KJ for example. KJ even has a special name for us as bloggers and monkeys. Well I've got news for you dudes, we monkeys are the ones who will take over the country's leadership in the future. We hold the power to decide as to who runs this country next and unlike our ignorant, brainwashed forefathers and people in rural areas; we get our news from the Internet. Unlike them, we are immune from the BN government's propagandas that have been etched into our forefathers' head for generations.


I believe in the not too distant future and when the Internet reaches out to every corner of Malaysia and every facet of society, people will stop reading, watching and listening to BN controlled mass media. Then, people will know the corrupt practices of their beloved BN leaders, scandals, lies, cover-ups, mass accumulation of wealth from the tax-payers money, and everything that the Rakyat is blissfully ignorant about now, would surface above and then the truth would prevail. If only my folks in Gua Musang, Lipis, Chemor, Mukah or Beaufort, or in short, everybody in the rural interior areas of the country has access to Malaysia-Today.net, I won't be surprised if the BN government is toppled in the next general election.


Time to change


All my life I have been a BN/UMNO supporter and deep inside I still do. It's just that for now I have absolutely no faith on the current administration. I greatly admire what Tun Dr. Mahathir did for the country and although he was not a saint, you have to admit that he is a visionary and he knows which direction to guide the country to in the best interest of the people. At least he doesn't flip-flop with his decisions or let his son-in-law run the country. I still can't recall what the current PM did for this country over the past four years! Did he turn Malaysia into an economic powerhouse in the region? No he did not. Mahathir did that. Mahathir led the OIC and NAM? That's Mahathir's legacy too. He envisioned that Malaysia can become a developed country in 2020. Wait, that's Mahathir's doing too. What I can recall is that the PM wasted billions of Ringgit of people's money on some obscure boat-race, hike up the fuel's price and toll rates, bow down to the Singaporeans, go for holidays in his private jet that was bought with people's money, and send one damn lucky tourist out into space on some more people's money and introduce his very own brand of Islam which nobody understands. Let's not go into the part where he sleeps during meetings and functions, I mean whoever does that? He's the butt of jokes of other countries for goodness' sake!


So guys if you think the country is in good and capable hands, the economy is burgeoning well and you can walk on the streets without fear for your safety, think again. Take a moment to see what's really happening in this country at Malaysia-Today.net. It is not as rosy as what the BN controlled mass media write in their newspapers, radio and TV stations. I don't exactly follow what RPK writes, like a Gospel perhaps but as much as I am aware, this guy does not go posting any bullshit on his site. He has got pages and pages of rock-solid proof to boot. Even assuming that only half of what he wrote is true, it is good enough for the country to go to the dogs. Imagine the country's top policeman is a crook himself, in cahoots with the underworld crime lords. I shudder to think if all of them are true.


In this forthcoming election, I'll be voting for the first time ever and I assure, I won't be voting for any party with a scale as their symbol. Now is the time to show those arrogant BN leaders that we the people who hold the power to decide who runs the country. They say the opposition is not capable of running the country but we'll never know until we try them out - right? Though I think, it's almost impossible to have a new non-BN government this time, at least we can give BN the beating of their life. I'm calling all my friends, fellow Kelantanese working outside the state, KL, Selangor, Johor, Penang or elsewhere, to return home and vote BN out. Mari kita pakat kelik dan ngundi PAS! If some BN or UMNO people approach you offering some means of transportation to go home, just take them! Remember, on polling day let us vote for any opposition party, other than BN. Let's give them a taste of their own medicine. They think we are stupid and that they are smart? Let us make it known to them that we are the BOSS.


In 2004, we had BN members coming on a door to door visit and giving folks clothes, kain pelikat and other gifts. Sometimes even money was folded up nicely inside the gifts. You know what my folks back home did? They don't mind receiving the clothes and the money, after all they're just donations right? But on election day they'll still voted for PAS and had a nice big laugh at those BN losers.


We people of Kelantan don't care so much about your so-called development and progress. We're content with what we already have and are more concerned with the life hereafter. I don't want my beloved Pasir Mas to turn into some faceless bustling urban setting like PJ or JB. I want my beloved Pasir Mas to retain it's charming idyllic ambiance, no skyscrapers, no traffic jam, very little crime, everything is laid back and relaxed where people and neighbors still care and look after each other. Pade doh AAB, KJ, Najib and their cronies hijacking the country's wealth and lying to the people. Let's give the opposition a chance. We have nothing to loose and so much to gain. They say the PAS government didn't create enough jobs for it's people that's why thousands move to big cities like KL, JB and Penang to make a living. I say have you counted the number of people who hail from Kedah, Perak, Pahang, Melaka and Sabah who did the same? It's quite normal for people to flock to urban areas like KL, JB and Penang to look for better job opportunities. Just like in Indonesia where people flock to Jakarta. In India people flock to New Delhi, Mumbai and Calcutta. Hong Kong and Shanghai in China.


We bloggers are not all anti-government or pro-opposition. We represent the new generation of open-minded and learned young Malaysians who speaks out our mind because we care for the country and would like to correct what is wrong. Gone were the days where they can spoon-feed us with propaganda through the print or electronic media. Today's youth have unrestricted access to free and independent news and information from all over the world. We are not opposed to progress and development but we are against any form of an oppressive government who think they can control and shape our minds with brute force or threats. We're against corrupt and dishonest leaders and we certainly have a very low tolerance for bullshit.


I think ZAM and KJ have really underestimated the power and roles played by bloggers like you and me. They've certainly messed up by stereo-typing and name-calling us bloggers. If you scour around the Malaysian blog scene today you'll find more anti-establishment bloggers than pro-government ones. Yesterday the pen was still mightier than the sword, today the keyboard can do much more damage than the sharpest razor blade. The future lies in our hand and let us say exactly what we have in mind, by going out in forces to vote for a change in this coming election!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails