Thursday, June 12, 2008
+..Luluh Lantak~@!..+
Hmm...
Hari ni hari melankolik.
Hari ni aku tak pergi centralised training badminton di Kidurong Club.
Hari ini aku masih belum mandi walaupun sudah jam 1244pm
Hari ni aku malas makan.
Hari ni aku dalam bilik saja, surf website dengan update lagu lagu Indon yang jiwang tak hingat.
Hari ni aku malas nak entertain phonecalls customer dan tengok emel pasal kerja.
MALAS!
Hari ni aku biarkan chambermaid buat kerja dengan kewujudan aku dalam bilik.
Hari ni aku tak ikut Mad dan Mena jalan jalan Bintulu.
Hari ni aku duduk saja diam diam, dari malam tadi, hanya Allah saja yang berjaya mengubatkan aku.
Aku tidak ada sesiapapun di Bintulu hatta di bumi Sarawak ini seperti orang lain dengan suami/ anak/ isteri/ keluarga masing masing.
Aku seorang diri saja tanpa sesiapapun yang aku boleh luahkan isihati aku.
Tapi aku masih ada Allah.
Alhamdulillah. Takkan aku nak komplen lagi? Bukannya aku tidak boleh bergerak. Aku tidak cacat, tidak buta dan tidak tuli. Aku masih sihat.
Alhamdulillah. Apa lagi yang aku nak? Apa yang Allah bagi tu, ambil saja. Itulah rezeki aku.
Alhamdulillah.
Di hotel Plaza ini, tempat aku dikelilingi pub, karaoke dan pelbagai lagi pusat maksiat.
Aku hairan kenapa kalau nama Melayu je, harus ada unsur unsur tidak Islamik, tidak Melayu. Malah dia lagi enjoy dengan Gawai, sarapan, makan tengahari dan teabreak dan dinner hanyalah arak...Sampai kaum Iban sendiri panggil dia sakai...Astaghfirullahala'zim.
Sebab apa sakai? Sebab dia jakun tengok arak yang overflow. Sebab dia tak pernah sober malah teruk gila mabuknya, hilang kawalan dan hilang tujuan.
Astaghfirullahalazim.
Kenapalah Budak Melayu itu? Melayu yang masih ada unsur kemelayuan kah? Jati diri kah?
Di luar daya dan kuasa aku untuk menegur dia. Siapalah aku?
Aku hanya manusia yang lemah dalam dan luaran. Ilmu aku sangat sedikit.
Orang luar. Apa yang aku mampu sekadar mengelakkan dia jauh jauh. Sejauh mungkin. Itu saja.
Macam yang diajak Abg Buah untuk pergi karaoke malam ini, dengar dia nyanyi lagu Alleycats.
Ya Allah, selamatkan aku, Ya Allah...
Tapi alhamdulillah. Di bilik aku di tingkat 4 ini, telinga aku tidak sakit dengan bunyi bunyi bising, malahan hampir setiap subuh aku dikejutkan oleh burung layang layang dan keluarganya. Hampir setiap pagi, aku ucapkan terima kasih kat burung burung ini kerana membangunkan aku tidur.
Malam tadi selepas solat jamak, aku sambung dengan Al-Mulk dan Al-Waqiah untuk menemankan hati aku yang sepi dan makin berhabuk ini. InsyaAllah, Al-Mulk akan melindungi aku daripada seksaan kubur. Biarlah Al-Mulk di dalam dada yang poros ini.
Memang aku rindu.
Tapi apa daya aku untuk melampiaskan rindu aku, kasih dan sayang aku, pada lelaki yang masih belum menjadi pelindung aku? Yang masih belum tuhan jadikan aku sebagai amanah dia?
Sapalah aku ini yang masih belum bebas dari fitnah makhluk? Sapalah aku ini yang masih dipandang senget oleh makhluknya?
Aku amat rindu.
Aku sakit bangat.
Tapi, hanya Allah sahajalah pengubat rindu dan sakitku.
Hanya DIA!
Labels:
Aku Yang Merantau,
Inilah Melayu,
Love,
LUKA...,
Medicine for Soul
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
satu tulisan keluhan hati yang menarik...sedap aje baca...
SPM dulu dapat gred berapa???
hehhe hehhe
Syukran jazillan.
Sedapkah? Hmm...masih sik boleh jual buat cerpen ni. Hehehe..biasa ajak. Satu Luahan Rasa saja, bukan keluhan. Sik pernah maok komplen.
SPM BM kamek dapat 3, sik ada distinction bah. Sebab ya jadi bahasa rojak.
Post a Comment