Pages

Showing posts with label Unexplained Stories. Show all posts
Showing posts with label Unexplained Stories. Show all posts

Sunday, December 20, 2009

Misteri Senja Malam Jumaat~@!

Wahh.. lama gila aku tak menulis yek? Maklumler bz manjang. padahal aku mmg suka menulis merepek cam kerepek dan auta cam unta jok lebey. Blog pun dah lama jadik sawang asbab bz tak hengat.

Dulu rajin gakla aku tulis cerita cerita misteri sebab aku kena sendirik. Especially masa kerja kat SIRIM dulu and masa masuk hutan. Lama gak enh tak tulis ceta ceta gini. OK! Let's straight to the Ampang Point.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ini kisah benar. Baru aje berlaku semalam dan diceritakan padaku dekat pukul 11 malam tadi sorang sorang nak balik dari Get Together CBD Sarawak! Menyesal aku gelak kuat kuat sebab tak dengar penghujung cerita sebenar.

Macam ni…

Adalah seorang budak ni. Dia mmg tgh nak slimkan badan dia dengan berjoging. Punyalah semangatnya beliau nak berjoging sampai siap letak kasut jogging lam kereta. Manalah tau kot ada geng ajak, selamba je beliau bleh pegi. (mcm kes aku kat sirim dulu, segala mcm kasut sukan dan alat sukan, hatta baju sukan dan gantian baju siap lam satu beg badminton)

Alkisah….(taibbb)

Budak ini pun datang lah di satu kawasan di KL untuk menjenguk abang sedara beliau dan melepak lepak. Dijadikan cerita, ada lak member abang sedara dia dtg lepak gak kat umah tu. So borak punya borak, mereka pun bosan takde kerja yg berpekdah. Timbuller idea nak berjoging dekat taman berdekatan rumah abang sedara dia tu. Masa tu dah jam 6pm.

Tanpa berlengah lagi bersemangatlah mereka ini berjoging kat taman berdekatan tu. Puaslah dorang jogging keliling taman tu beberapa kali. Joging punya jogging budak ni pun dah pancet dan join la abang sedara dia melepak lak kat kerusi taman tu. Sambung borak sambil cuci cuci mata. Manalah tau ada aweks yg shomel ke apa kan?

Si kawan abang sedara dia plak nak sambung senaman dengan naik tangga turun tangga depan mata dorang ni. Punyalah bersemangat nak kurangkan berat kan? So okaylah. Hari dah mulai menyusut pergi. Ecewah! Tengah syok borak borak ni, budak ni dok cuit abang sedara dia dan memulakan aksi “tuju” mata. Aksi ni digunapakai apabila anda tidak mahu bercerita atau bercakap, tapi guna ekor mata je sebagai isyarat.

So, abang sedara dia pun ngusha la ke arah tujukan mata budak ni. Alangkah ajaibnya beliau apabila terpandang sebilah keris bewarna kuning di atas kayu buatan dekat dengan kerusi tempat mereka melepak itu. Keri situ bersarung kuning dan berkepala kuning, sedikit terhunus bilahnya. Padahal punyalah dorang pusing satu taman tu tadi, takde lak ternampak keris tu. Punyalah terang lak warnanya – kuning. Takkanlah boleh tak terperasan!




 Sebijik cam ni lah keris tu...

Budak ni pun pandang abang sedara dia. Abang sedara dia pun pandang budak ni. Dorang pun slow slow berdiri nak angkat kaki dan dijoin pulak oleh kawan abang sedara dia tuh…tercungap cungap kawan abang sedara dia nak bercakap,
"Tadi kan…aku…”
“Takpe, takpe, kita balik dulu…karang kita cerita” Cakap abang sedara dia.

Dan dan cakap macam tu je, maka ketiga tiga manusia yang semangat kesukanannya tinggi pun memecut lari meninggalkan tempat misteri nusantara tersebut. Kurussss balik semangat dorang enh?

Ngusha jam masa tu, dah jam 6:55pm. Mmg dekat sangat panggilan Allah untuk solat Maghrib. Disebabkan cuak nak mati, maka mereka pun singgah kat kedai mamak order tosei bawang telur dan teh ais limau, sirap limau dan makanan lain.

Sampai kat kedai mamak tu, kawan abang sedara dia pun cerita.
“Tadi, masa aku tengah sibuk turun tangga naik tangga tadi, aku nampak ada sorang makcik ni dengan anak dia depan korang. Betul betul depan korang. Sekali lagi pandang dah jauh sebelah sana lak! Mana aku tak cuak! Takkan la laju sangat dorang pegi sana cam kelajuan bunyik jok?”
“Weiii…mana ada makcik ngan anak dia lalu depan kitorang weiiii” Tegur si abang sedara dia.
"Adalaaa weiii…depan mata korang takkan korang tak nampak kot?”
“memang tak adalah…tapi kami nampak keris warna kuning”
“Tempat tu pun aku nampak banyak busut la, merata rata…hmmm mungkin ada kena mengena tu”

Dan memasing pun terdiam seribu bahasa…

Moral of the story:
Lenkali kalau semangat sangat nak jogging, keluarlah pukul 5 dan baliklah sebelum senja.

Soalan cepumas:
1.Apa akan jadi kalau budak berdua itu mengusha keris kuning dengan memegang dan membawa balik ke rumah?

2.Apakah kelajuan makcik dan anaknya semasa di depan mata budak budak itu hingga ke hujung padang? 180km/j?

3.Apakah misteri di sebalik keris kuning? Kenapa takde kaler ungu ke, oren ke? Kenapa kuning? Apa kelebihan keris itu?

Jangan biarkan misteri menyelubungi diri anda….zasssss~@!

NOTA TAMBAHAN:

Ini berita yg baru kami terima melalui hantaran SMS lebih kurang maghrib tadi. Alkesahnya, member abang sedara dia terkena usikan yang agak kencang setibanya beliau di rumah semalam. Kawan tu terdengar bunyik terhempas ke jatuh camtu (Allahua'lam) dan tiba tiba terdengar lak orang ketawa..padahal...mana ada orang laen kecuali beliau sajok.

Dan bebudak yang ternampak keris kuning tu pulak dua dua demam panas dari malam tadi sampai ke hari ini. Terpaksela tepek asam jawa kat dahi. Haih =.=" suke bebenor mike kua maghrib2 ni...

Sekian.
ps: sesapa nak baca ceta hantu kat opis meh click SINI

Saturday, July 11, 2009

Putih Di Mana Mana: Hahaheehee haahaa ho~@!

Awan putih, mini cooper putih. Oohh so nice!

Hehehe..
Hentah kenape agaknye enh?
Suka sangat dengan warna putih.
Sana putih, woot! I loike!
Sini putih..Woot! Shanteknya.

bukan saja Mini Cooper putih, bahkan BMW putih, Camry putih, Toyota King putih, sumer shantek bangat (saje je aku ni enh nak keta mahal je!!Ngade!)

Dah hilang akal agaknya budak Chee ni.

Hehehe..ye kot?
Apa agaknya yang aku nampak dan err...
Semata mata kerana warna itu...

Sampai aku sanggup membeli jaket putih ini. Seluar putih itu dan belt itu dah lama ada. Jaket putih ni dah lama aku aim. Baru je beli sejak ada diskaun sampai 60%. Hehehe.. at last!
(oh yeh! baju merah tu aku beli semata mata nak pakai ngan tudung tu dan kasut wedges merah! lalalala~@!)

What is it with white nowadays?
Huuuu~
sungguh misteriusnya (>.<)"

Tuesday, June 30, 2009

Penstabil Hentakan Emo

Hehehe..

Tah hape hape tah bunyiknya kan? Macam absorber nitrogen gas (show off skets) yang Obit pakai sekarang je. Sesuai dengan namanya, penyerap hentakan ini membuatkan anda merasa keadaan yang sangat selesa didalam kereta walaupun melanggar lopak dan lobang jalanan yang sangat dahsyat. Lepas tu bawak la si Obit tu drift (la sangat!) dan potong tang konar. Komfem nyaman sekali melayan pemanduan yang membuatkan anda merasa seperti pemandu perlumbaan F1, kan?

Peh!

Tapi kengkawan sekalian, aku bukan bercerita mengenai penyerap hentakan kenderaan. Aku bercerita mengenai penstabil hentakan. Lain tu kawan kawan sekalian. Lelebih lagi bila melibatkan emo. Maklumler, aku kan manusia beremo.

Apa ke taknya aku nak beremo lagik semalam (Muahahaha). Semalam seperti biasa aku suka balik solat zuhur kat rumah semasa waktu makan tengahari. Ohh! Janganlah menjelesi diriku ini. Opis ke umah tu dokek jok. Lam 10min dah blink~@! Sampei. Jadinya bila aku nak parking si Greenie (sebab ayanbunda dan Taro ada di Kuching dan menggunapakai Obit untuk jenjalan) alangkah marahnya aku apabila kereta neraka Honda buruk bewarna kuning itu tetiba kulihat memarkirkan dirinya (ini analogi neraka saja) di tempat asal si Obit selama setahun itu. (Dan kendiannya dihijack secara tidak beretika oleh Jiran dari Neraka). Peh! Kalau Modjo baca ni, komfem dia nanges ni. Sebab apa tau?

Sebab...

Sebab Modjolah si Penstabil Hentakan Emoku (PHE). Aku pun anta mesej berapi kat Modjo. Aku tulis:
>:( B! Jiran syaitan bb kan, dah parking keta neraka kuning dia kt tpt obit! Setan kan?

Modjo balas mesej aku macam ni:
Hep! Xmo ckp cm 2..Cr la tmpt laen sayang..xmo mrh2 dh..Kang jd laen

Sebab hangen emo aku bagaikan taufan Mak Enon (ni aku bagi nama taufan baru),
Bb dah agk dh! Sbb dia xpuasati, tu yg umah bb kena mcm2! Mmg komfem dia punya keje. Slama ni, keta 2 xada kt cni pwon! Dia ada 2 umah k. Bia abah tau. Bb dah ceta kt beliausmalam psl jiran fm neraka neh

And then selepas Modjo tak reply mesej aku, aku pun sms lagik:
Bb nak wat bodo je kt orgtua neh. U r rite. Bb ikut ckp b. Jap nak solat, love u!

Barulah Modjo sudi membalas emo aku yang tah hape hape ini:
Jgn nk cr pasal dh, klau bb mrh2 dia pn api lg truk jd..Xmo cm 2.. Biarla dia melekt kt tmpt parking 2, bb cr tmpt laen ye sayang, b sayang bb

Bila aku nampak ayat melekat tu, and imagine muka jiran yang tak bleh blah itu melekat kat parking, makanya aku gelak kuat giler sorang sorang kat umah. Peh! Imaginasi aku memang tinggi gila. So Modjo really made my day pastuh. Aku happy balik~@! Pastu sebab aku sedo nak jadik bakal wife orang neh, perangai kena ubah kan? So aku balas:

Ok b. Sy yg menurut perintah, yg benar – bb. p/s: b mmg syg kt bb kan? U r truly my emo balancer shayg! Emmuahhs! Thk u hunny bunny bucuk

En. Modjo shaygku pun reply:
Yg ayt dpn2 2 dh wt b tharu dh siap rse nk nangs dh ni, tp npe last word “bucuk?!” spoil la

Aku yang baru pas Zuhur pun tersenyum senyum cam kerang busok. Haila...
Hahaha maka gelakla Encik Modjo lam sms beliau diikuti dengan sms Love u shayg

So korang nak tau kan cemana aku handle mamat saiko jiran path tuh?

1. Aku mesej abah suh dia parking kat lot Greenie yg designated tok umah aku

2. Aku puleyk parking kat tepi blok aku di mana snonye lagi best dan terbaek. Sbb, kalau hujan lebat, aku lari sat je dah sampai pintu Greenie berbanding parking kat depan umah yang agak jauh dari tempat berbumbung. (Potensi tok main hujan lagi besar).
FYI: aku parking betol2 seblah jiran saiko yg dah didesignated untuk dia. (Dia dah hambik 3 parking space berbumbung tmasuk yang satu ni tok dia)

3. Aku hambik gamba Greenie takut jadik pape. Maklum, better be safe than sorrryy

4. Aku happy jok masuk umah sambil nyanyi nyanyi utk dat positive vibe.

5. Lihatlah Greenie kat belakang ni, macam aman jok dia kan? Hehehe


Mana taknya, sejak aku ulang alik Kch-Kl sejak awal bulan 5 sampai ujung bulan 6 kan? Aku perasan beberapa benda yang agak sukar dimengerti seperti:

(Kot ada masa terbuang aku hambik gambo bukti)

1. Depan pintu umahku ada kotoran berminyak, tulang temulang dan hitam hitam. Aku pasan nape stokin aku licin, rupanya, aku terpijak benda ni kat depan pintu umah antara grill dan pintu kayu

2. Paip getah yang sambungkan mesin basuh ke paip atas dia dah hilang. Penat aku carik bawah mesin basuh dan keluar jenguk ke bawah. Tak ada!

3. Air paip washing machine aku terbukak kecik. Padahal aku tak basuh baju pun sebelum tu, aku anta dobi sebab nak cepat basuh dan kering, aku nak bawak gi KL. (ni pasan lepas akubalik dari KL)

4. Pantry aku bersepah dan tunggang langgang. Habis penyapu lidi, penyapu brush keras, pongkes dan tikar getah aku kat atas lantai dalam keadaan ribut taufan.

5. Blinder buluh yang aku buat cover balkoni yang terbongkang luas kat jalan (maklum aku dok kat aras bawah jok) terputus di hujungnya mcm kena gunting. Blinder yang terputus tu, dibalik tiang yang menyambungkan balkoni aku dan juga koridor ruang pejalan kaki blok umah aku. Siap bleh lepak kat celah celah tu hisap rokok (kalau dorang nak buatla)

6. Pantry aku ada tulang ayam berulat ulat dan beranak pinak

7. Tayar depan kiri Obit mencium bumi. Bila gi mekanik, dia kata ada paku beso 4 inci kat celah celah antara tayar dan rim dari belakang. Aku perasan lepas aku kua dari kuarantin H1N1 baru nih. Pelik sebab dah sebulan aku tak pakai Obit. Lama betol paku tu nak kuakan angin tayar Obit enh? Sebelum aku masuk kuarantin di rumah, aku tengok tayar Obit okeh jok. Takde tanda pancit pown? Aku tau sebab aku penah cuba nak start henjin Obit, tapi batt Obit flat sebab lama tak bawak and terdedah keluar bumbung teduhan kat parking lot tuh.

Dahlah Bateriku kong, tayar pulak menyembah bumi...uhuuuu~


Kelihatan serba baru tayar ini. Tupun aku bawak tayar spare tahun 2001 dengan Greenie gi pam angin dulu, import Ah Cun mekanik biasa si Obit untuk dia repair kat umah. Sonang koje den.

8. Jangan cakaplah calar balar segala kat Greenie dan Obit.

9. Cermin sisi Obit terkepak ke depan kereta, bukan ke belakang. Pastu, Viva putih jiran Neraka tu dok paking betol2 dpn si Obit antara umah aku dan paking. Hmm..

Bak kata Modjo. “Bb ni ngade taw. Suka pk yang bukan bukan. Think positive!”
So aku bersangka baek jelah lepas Modjo dah ckp camtuh.

1. Kucing liar yang membawa kotoron itu

2. Paip itu kucing yang membukanya lantas menjinjing dengan mulut beliau untuk bermain seperti seekor hanjing.

3. Aku yang lupa tutup paip tu

4. Ada angin taufan yang tiup belakang umah aku merangkap pantry

5. Ada batu tajam terbang dan terpelanting mencantas benang blinder balconi aku akibat dari tindakan si pemotong rumput. Maklumler, rumah aku rumah bawah.

6. Jiran atas baling makanan nak bagi kucing makan, tapi tak tersengaja masuk kot balkoni pantri rumahku. Tak pun kucing yang bawak masuk pantry sebab pantri tu Cuma digrill aje. Celah mak bedah dia beso.

7. Memang paku tu makan masa sebulan nak flatkan terus tayar Obit

8. Aku yang ganas bawak keta langgar sana sini situ sinun

9. Bebudak main baba chak kat Obit tak sengaja terkepak cermin sisi.

Itu jelah cara nak handle emo aku. Hati tak sakit. Jiwa tak perit. Kotnye Modjo dok kasik bahan tambah MSG + minyak goreng kat aku yang tengah panas membakar lagi berapi naga neh, mau aku bakar keta buruk Honda kuning orang tua saiko itu.

Huuu~@! Alhamdulillah aku dapat Modjo. Si penstabil hentakan emo peribadiku. Shaygnya dia pada aku enh? Shanteknya jiwa Modjo. Cemana Modjo bleh sangat cool dan penyabar? Handalnya dia jaga aku. Bukan saja atas faktor mengisi kesunyian hati aku tapi juga menjaga tingkahlaku dan keperibadian aku.

Disebabkan ini semua ini Ya Allah, aku bertambah tambah mensyukuri nikmatMu. Alhamdulilah...Moga kau satukan jiwa kami dengan izin dan rahmatMu. Aminn...

Tuesday, April 21, 2009

CERITA YANG HARUBIRU

{AMARAN: BLOG ENTRI KALI INI AMAT POYO DAN EMO. SEBAB SUKATI AKULAH, AKU YANG EMPUNYA BLOG!!}

Salaam semua~@!

Ini disampaikan berita jam 3 petang, saya Taichee melaporkan dari Bilik Hotel di Miri dalam keadaan gundah lagi gulana. (Tapi masih bertenang lagi)

Pagi tadi sekitar jam 7 pagi, Taichee yang anda kenali sebagai seorang yang ceria dan cool telah mulai menggelabah disebabkan kesalahan membajet kewangannya sendiri. Ini kerana kebanyakan duit tunainya telah pun digunapakai sepanjang 10 hari secara bas express Rapid bersama adik bongsu kesayangan.

Oleh kerana otaknya sangat cepat berputar pada Bulan Lima (atau Mei) makanya segala tarikh pada bulan April ini suka dibawa kehadapan bagi mempercepatkan tarikh penting "Hari itu Dalam Sejarah". Tanpa usul periksa dan suka bersikap santai, Taichee pun bergembira berjalan ke mesin ATMnya untuk mengeluarkan duit meneroka kawasan Sarawak atas urusan kerja. mahu tahukah berita selanjutnya?



{Iklan Sebentar: Iklan ini ditaja oleh Syntium 3000 5W40: Pelincir premium untuk pengguna Volkswagen Golf R32}
Berita selanjutnya
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Makanya apabila Taichee melihat pada paparan skrin ATM itu alangkah hampanya duit gajinya yang dibajet masuk pada hari ini masih tidak kelihatan. Adakah kerana syarikat aku lambat masukkan gaji (tidak mungkin) atau mungkin disebabkan LHDN? Kemungkinan ini bermain dimindaku daripada KIA sehinggalah aku naik kapal terbang. Disebabkan tidur aku yang sangat mahal, disepanjang perjalanan aku hanya mampu terlentok kepala ke depan, ke kiri dan kekanan akibat tertidur dengan sedapnya. Sehinggakan aku malas mahu layan pramugari MAS yang sebuk tak nampakkah aku tertidur kepenatan ni?

Sesampai sahaja di Miri airport, aku cuba lagi untuk mengeluarkan duit dari Mesin ATM. Alangkah kecewanya aku ia masih belum dimasukkan. Lantas aku pun menelefon Kak Lenny sama ada gaji sudah masuk ataupun belum.

'Aiee...Cik Chee, gaji kita masuk 23 hb nak? Bukan hari tok!"
{pig Latin translation: Aiee Cik Chee, gaji kita kan masuk 23hb? Bukan hari ni!}

Maka aku pun seolah olah mahu ketawa sambil menangis hiba! Komfiden je aku ingat gaji masuk hari ni. Tengok purse tinggal bape kerat duit merah. Mana cukup beb nak cover sampai besok? Teksi lagi, makan lagi.

Okay. Aku pun bertenang sambil menelefon Piko. In fact sumer orang aku telefon sekadar nak bawak bawak bertendang. Tapi kan, waktu dan saat itulah sumer orang akan tidak mengangkat telefon hatta menjawab sms aku. Maklum baru jam 8 pagi. Jadinya aku cuba telefon staf aku di Miri ini. Adakah patut dia jawab begini:

"Saya baru saja nampak emel u Cik Chee. Baru saya tahu you sampai pagi ni"
Kan I dah sms?
"Tulah henfon saya pulak tak dapat tengok mesej. Ada rosak sikit..baru nak hantar hari ni!"
Tapi semalam saya ada call you tak jawab?
"Itulah semalam saya sibuk buat macam macam hal!"
Okay. Boleh la ambik I sekarang, I tunggu.
"Oh! tayar saya pancit pulak depan opis ni. Masa nilah dia nak pancit!"
"Macam nilah apa kata you duduk sana dulu. Kejap lagi lepas buat tayar saya datang ambik?"
Okaylah nak buat cemana (aku pun takde cash nak ke sana sini sinun!
"Kita call je nanti"
Okay (bunyi macam orang merajuk dah ni!)

Peh!
Tensi gilak aku bah!

Jadinya, aku pun termenung keseorangan di kerusi meja tepi mesin ATM, berhadapan dengan sebuah kedai yang membawakan bau yang lazat. Krooong krooong~@! Perutku berbunyi bunyi.
Ah sudah! Cash tak cukup, perut lapar. Aku lihat sekeliling airport Miri. Oh! Ada Starbucks. Pedulikan aku kalau aku beli kat sana buat masa ini. Darurat punya kes. I'm damn hungry and cashless. So aku order Hot Mocha with Vanilla & Cream + Chicken Finger Sandwiches. Semua sekali RM21.90. Aku keluarkan kad plastik aku. Time time begini, kad plastik ini penyelamat nyawa. Mat saleh hensem (rasa cam gay) kat belakang aku tersengih sengih (helleh, aku taulah aku takde cash, ko sengih pesal? sebab harga ni RM20 je ye?)

Sambil menunggu staf aku datang, aku telefon Piko untuk update berita terkini. Aku katakan padanya aku ada meminta tolong Effi, tapi lagi kena perli lagi ada. Takde mood la mau dengar budak membebel tak kena tempat. Mau tolong ok, mau bising get lost! Lagi hilang mood aku kang. Malas aku mo cerita. Piko update aku yang Pakcik Azam, suami Mak Itam aku meninggal semalam tengahari kerana menghidap kanser toraks ke apa. Innalillahiwainna ilaihi rojiunnn.. (Alfatihah untuk arwah pakcik Azamku)

Terkedu.
Sungguh.
Tak cukup lagi ke berita kurang enak yang aku dengar?
Aku pesan pada Piko untuk melawat famili Mak Itam dan menyampaikan salam takziah aku dari Miri. Sekurang kurangnya wakil mama dan abahku. Piko masih menunggu Effi untuk pergi bersama sebagai anak dan famili yang bertanggungjawab.

Aku mesej sahabat baikku yang kebetulan bekerja di Miri. Tapi aku boleh katakan padanya sambil gelak gelak. Mengaku akan kesilapan bodoh aku. Aku harap dia boleh bantu aku ringankan masalah ini sementara 23hb. Aduh! Malu beb. Mana mo letak muka? Tapi dia juga sahabat masa susah dan senang. Sudah 14 tahun kami dah cukup kenal dengan perangai dan diri memasing. Aku kata aku masih mandiri, cuma tinggal berjumpa dengannya saja petang ini. Dia pun kata mahu sangat berjumpa denganku untuk meluah rasa. Haaa elok sangatlah tuh.
Tiba tiba segala kopi dan rotiku rasakan hambar. Termenung aku agak lama sehinggalah si Jeremy sampai. Tersengih sengih mamat ni sambut aku. Hendak je aku hempuk kepala dia. Tapi aku balas dengan senyuman kelat sahaja.

(What else could go wrong today?)

{AMARAN: BAHASA SARAWAK/ PIG LATIN mengikut tafsiran kamu TIDAK AKAN DIALIH BAHASA SEBAB AKU MALAS}

Sesampai di tempat customer, aku ingat mereka bermasalah. Dipendekkan cerita, aku dan Jeremy yang malu sendiri. Rupanya masalah itu berpunca atas sikap ketidak professionalan pemandu pemandu dan sidak depo di daerah Miri ini. Benar benar sidak madah sama kamek sebab produk sik apat diatur bah! Ada jak problem sik ada lam sistem la tek, kena nanayak sidak driver la mun nya mauk anta ke sitok. Peh! Panas telinga aku dengar. Ada pulak tu bukti bukti yang aku tengok dengan kepala hangguk aku sendiri! Makanya aku pun snap snap gambo sebagai bahan bukti CSI ke 23.

So lepas dah gededak gedebuk dan dah malu yang amat melampau, makanya aku suruh Jeremy bawak aku dan customer makan di hotel (obviously la cash tak ada!). Jeremy ni pun bawalah kami ke Grand Palace makan kat Coffee House nya. Peh! Tempat ni ada kelas. Korang tau tak apa kami order?

Aku: Mihun Tomyam
Customer 1/ Pekerja: Nasi ayam hainanese
Customer 2/ GM: COD Steak

Tapi si Jeremy ini, sungguhpun dia tahu aku order apa, dan aku takde cash boleh dia order

COD STEAK JUGAK!!!!
OMG!!!

Ini orang memang tak belajar social etiquette ke apa. Even customer aku yg GM pun berhemah nak order nasi ayam je memula tapi lepas aku kata it's ok you can order anything you want its on me, baru dia nak order Cod Steak itu. Peh! Panas lagi hati aku ni. Tapi takpe. Kena pasang Poker Face, barulah namanya Exec Cabuk yang Cool Gilers.

So, lepas makan dan pujuk customer ini kami pun balik dengan harga makanan RM179. Aku gunakan kad plastik saja. Aku minta Jeremy hantar aku ke hotel sambil mencari cari di manakah IC aku untuk cek-in hotel. Puas aku selongkar bag laptop Samsonite bodo itu. Tidak kelihatan. Malahan, boarding pass aku pagi itu juga tidak ada. Aku sudah pun punya instinct tentang IC aku ini sejak semasa boarding pagi tadi di Kuching lagi. Tapi oleh kerana aku terlalu penat, aku buat bodo dan menyimpan IC aku beserta boarding pass aku dalam kocek seluar MNG aku sahaja. Aku tahu poket seluar bodoh MNG ini tidak begitu dalam. Tetapi disebabkan kebanyakan baju dan seluar aku di dobi yang tutup jam 6(yang komfem aku tak sempat ambik) maka aku pakai saja seluar yang ada (ye. aku pakai seluar. so?).

JEREMY! OMG! i think i've lost my IC
Cuba u cek betul betul
betul la nih!!!
Cuba ingat balik mana u letak
InsyaAllah la, last i nampak sebelum board my flight. I put in my pocket. Sekarang dah takde.
Oh!
Mana balai polis paling dekat sini?
Ala tu dekat Grand Palace sana saja.
U boleh hantar i kah?
Camni, I lagi mau ambik anak. U cek in dulu la
Cemana nak cek in kalau takde IC (bunyi aku sudah annoy)
Kalau macam tu, u duduk opis saja lah
Cheh. Takpelah i try cek in pakai driving license.
Ok! Bye!

Kurang asam punya staff. Geram aku. Next time ko punya PPA, aku takmo sokong. Hahahaha! Evil laugh!!

Aku text Niza lagi. Mengatakan aku memang sudah menjadi orang bodoh dan pening. Niza suruh aku rest dulu kat bilik. Petang karang dia akan bawa aku ke balai polis. INI BARU MENOLONG, BUKAN AH LONG BUKIT BERUNTUNG! aku tak perlukan bebelan. Aku tak mahu diignore. Tapi aku mahu penyelesaian. Aku rasa lega sikit (banyak sebenarnya!) Bertuah punya sahabat seperti KayBe. Sayang dia.

Jadi sekarang aku di bilik, sambung buat kerja. Tulis report. Ingat mahu tido. Tapi mana mungkin boleh tido jika hati aku tertanya tanya begini. Banyak sangat kejadian berturut turut sampai aku pening. Hahaha... Modjo pun ada mesej aku tapi aku kata, aku akan update dia malam ni lepas KayBe bawak aku makan. Aku tau dia tengah risaukan aku. Tapi aku tak mahu dia pening siang siang. Kang malam malam kang baru best. Boleh dengar dia pujuk aku.
Hehehehe...

Ujian betul aku hari ini ye?
Tapi aku kena sobar. Ni baru sikit. Apa sangatlah banding dengan sahabat aku di USA sana yang stuck takde passport dan uang mahu balik ke Malaysia? Kecik je ni.

{update: Modjo baru je kol tadi ni ha jam 4:03pm. dia bengang nape aku tak bagi tau dia awal awal, boleh dia bank in duit sebab risau aku tak makan and stuck nak ke mana mana. So Modjo pulak dah merajuk ni haa....adeyh!}

Huhu.
Sekian. Berita harubiru ini dibawakan khas oleh

1. MAS
2. Starbucks
3. Tayar Michelin
4. Coffee House Grand Palace
5. Kredit Kad Emas

berita ini ditulis semenjak jam 2:50 petang berakhir sejam kendiannya....

Saturday, April 04, 2009

KENAPALAH!!

.... Aku Susah Mahu Kontrol Apa Aku Beli?

Meh aku confess.
Begini, tengahari seperti kebiasaan Jumaat pasti waktu rehat itu sangat panjang (sepatutnya dua jam tapi kadang terlajak). Maka setelah berjumpa customer (kenapa aku tak panggil client? Sebab dah aku ada akaun direct customer, dia tak ada nama direct client pon - ok! Tak lucu!) aku pun melintasi Jalan Simpang Tiga yang agak jam tadi.

Makanya, setelah penat menjeritkan lagu bersama Obit, aku sudah bosan dan memberi signal ke kiri untuk ke - - - - - SPRING! Iye. Nak buat cemana lagi? Salahkan kesesakan lalulintas tersebut. Hajat di hati mahu makan sushi sahaja. Tapi apakan daya, aku terpaksa melalui kedai feveretku iaiatu MNG. Oh! MNG kenapakah anda di sini? (tutup mata cepatttt~@! Tapi masih terlihat di celah celah jari ini kedai yang menarik aku seperti graviti)

Dan aku salahkan kaki yang bagaikan auto dan mata yang terpukau pada koleksi yang agak lambat sampai ke Kuching ini. Sekadar nak sedapkan hati, aku pun berkata kata riang, "Oh! Aku dah ada dah ini, ala yang ini tak sesuai, ooo itu pula agak lame"

Tetapi
Tetapi
Tetapi

Hari ini juga aku memakai skirt putih GAP A-line beserta purplish flowery blouse yang agak gedebeh di hujungnya. Teringat pagi tadi punya kejadian :

{flashback}

Hmm...meh cuba pakai belt ni. Ceh! Kan best kalau ada belt warna purple atau putih? Ah! Abaikan. Biar tidak vogue dan nampak normal je hari ini.

{tamat flashback}

Kejadian flashback ini menjemput mata ke arah deretan belt belt yang gojes. Wah! Woo! Dan secara automatiknya aku pun cuba memakai satu belt putih yang sangatlah lawanya dan sesuainya dengan tema bajuku hari ini.



Tidak semena-mena terfikir pula akan baju baju gedebeh lain. Ada warna hitam, ada juga warna merah. Ok! Tak apa cuba je kan. Mintak saiz S, minah tu tengok aku atas bawah. Alo! I know my pinggang la hokey? Nasib baik memang aku kenal pinggang aku. Kalau tak peh! Malu besar kalau tak muat!

Ada cutting lain tu memang terpaksalah memakai saiz M. Hahahah. Entah kenapa tah agaknya, aku terbeli 4 belt yang gojes lagi berwarna warni. Huhuhu~@!


Jadi kan,
kan,
kan,

Aku sungguh gumbire keluar dari kedai tersebut dan terus memesan sushi untuk ditapau. Ingatkan shoppingku boleh habis di Spring. Oh! Tidak. Rupanya Obit bawak aku ke Guardian di Jalan Tun Jugah. Obit macam tau je aku nak beli Garnier apakenama tok eyebag tu. Jadi ingatkan nak beli tu je. Tapi tengok, aku terambik facial cotton, vitamin untuk rambut dan tonik rambut. Ye. Aku mengaku. Rambut aku rajin gugur sejak dua menjak ini. Keluar kedai dengan agak pantas dan aku menjerit melalak lagu Kalis Rindu dengan Obit (teringat Modjo yang rasanya pengsan di rumah)

Begitulah.

Jadi, bagaimana?

Aku memang hilang kawalan diri. Aku ingat nak join Shopaholic Anonymous lah!

Sunday, November 02, 2008

+..Cinta..+


[Baru lepas makan durian beli dekat roundabout sana]

Tadi lepas Maghrib, tak sangka Boe msg bagitahu Mak dia meninggal dunia sebab kanser buah dada peringkat 4. Innalillahi wainna ilaihi rojiun.. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang orang yang soleh.

Itulah Boe yang aku kenal. Apa saja yang berlaku pasti dia suka berkongsi cerita. Tak kisahlah dia busy macam mana sekalipun, dia pasti akan tanya perkembangan aku. Tak pernah pun dia nak leave me alone, incommunicado. He knows me well enough sampai ke akar dan tunjang hati dan benakku. Tak kata apa pun, dia tahu benar apa aku fikir. Sampai susah nak sorokkan. 

Bila fikir balik, kemungkinan dia beli CBR600 tu sebab dulu aku pernah kata kat dia, aku nak beli superbike. Sedari dulu memang aku suka naik motor (C70 je dulu, pastu belajar naik Mito 125cc punya clutch n gear). Pelik jugak bila Boe yang tak pernah tahu macam mana naik motor tu boleh rode the bike all the way from Singapore to KL. Boe ada bakat cepat belajar. Bagitahu je cemana cara dia, kalau dia nak, dia pasti boleh buat. Ingat lagi dia punya kutuk aku masa aku kata aku taknak beli kereta, tapi sebab mama, aku beli jugak. Dia kutuk aku sebab aku lagi suka superbike. Bukan je kutuk aku tapi kutuk sekali motor dan orang yang suka naik motor. 

Heh.

Tengok sekang kutukan dia dah termakan diri.

Mungkin Effi betul. Dia nak beli motor sebagai ganti aku (ganti aku?). Padahal kan ke dia dah ada Ranger, Vios dan Kancil? Membazir ke aku kata kat dia. 

Boe. Walau apa pun dia fikir, dia jugak yang putuskan hubungan dulu. Sebab takut aku jumpa orang lain kat Sarawak. Coward! 

Mungkin ke dia masih sayang aku? Walaupun aku dah cuba buat dia benci kat aku dengan pelbagai cara? Sms sinis dan sarkastik. Generalisasi lelaki yang suka mempermainkan perasaan? Buang masa dan tenaga aku je. Lebih baik begini. Single, happy (ye ke) dan murah rezeki. Kalau nak, nikah terus. Buang masa kenal, kawan dan bercinta. 

Entah.

Cinta arwah atuk pada nenek

Aku tau, kepercayaan aku pada lelaki makin pudar. Aku malas nak buang masa sejak Amir Akramin tinggalkan aku untuk kahwin dengan sepupunya dari Kelantan. 4 tahun kemudian, Boe hapuskan trauma aku. Tapi untuk apa kalau dia juga sama? Tak tahu buat keputusan dan tinggalkan aku atas alasan yang tak masuk akal. Susah untuk aku teruskan hidup tanpa kesan luka yang mendalam. Aku sangat rapuh sekarang. Jadi lebih mudah jika aku buat semua orang macam kawan perempuan aku. Platonik semata. Simpan saja perasaan ingin tu dalam dalam jauh dari timbul dipermukaan. Lebih baik sebab aku tak perlu lalui lagi saat sakitnya luka itu. 

Luka aku susah disembuhkan sekalipun pernah ada orang berjanji pada aku. Aku ingat aku masih punya harapan. Tapi nampaknya Allah uji aku lagi. Aku tidak mahu putus asa. Mungkin juga selain doa dan solat malam, aku perlu disembuhkan. Cari orang pandai pandai macam Paklong Jasni. Tolong tengokkan aku ni sebenarnya kenapa? Banyak kali camni, bila ada je tanda positif, pasti orang tu tak jadi. Lepas muhasabah diri, aku terima aku ni tak cantik dan slim macam model (aku memang gempal), tak punya mata cantik, aku ni mood swing, mungkin aku ada OCD dan depression. Tapi takkanlah sampai teruk benar kan?

Cinta Abah pada Mama...

Kalau aku bersih dari segala hasad dengki makhlukNya, aku berazam untuk ke sana juga suatu hari. Berdoa padaNya di Jabal Rahmah agar aku ditemukan dengan suami yang melindungi aku dari fitnah, yang memimpin aku tanpa jemu, penat dan putus asa, insyaAllah. 

Sebab aku percaya aku juga punya hak untuk bahagia...Aku betul betul mahu menyinta dan dicinta secara halal seperti  Nenek dan Mama.

Monday, December 31, 2007

Jom Belajar Ilmu - Forum Sains daripada Al-Quran

Lama banget that I haven't updated my blog. Well I've been busy with other things starting this Jan 6, 2008. I was also lazy to do anything. Oxymoronic, you say? Yeah. It depends on my mood and what turns me on at that particular time.

My latest project is attached in the pix below.
To those who would love to learn and improve thyself, please come. You are most welcome. The venue is at Dewan Wisma Prestasi Asia, 5 minutes drive from UIA, Gombak. To your right. We would like to welcome those who live in the area of Taman Melati, Wangsa Maju, Setapak, Selayang, Kepong. Well, kalau nak seribu daya, tak ndak seribu dalih kan...Kalau dari Shah Alam macam Azam pun boleh datang...heheheheh~@!

Please click pic to enlarge, yah!Oh yes.
I am personally inviting
1. Arin kazen & family
2. Bro Arin & Family & Friends
3. Along Wawajoe & Family
4. Jiji & housemates nya serta rakan-rakan (kalau ada Koben kidnap dia yeh)
5. Lina di Tmn Melati
6. Aida (err..kalau nak datang ler..errr..)
7. Mr. 47
8. MM (ni pon kalau mo datang la, tapi sori minah tetek beso, pakai bikini takde, dorang sumer kena tutup aurat dan bersopan)
9. 13 May (kalau hang sanggup turun KL ler)
10. Dona (Also if you'd like to join ler..errr..err..)
11. purplelilies, Oza, Azura, Sutun, Vitz, Hezleen & all my friends.

If you can't afford to come, maybe you want to sponsor any orphans from Rumah Raudhah and their neighbouring orphanages. Do email me at miztaichee@gmail.com.

Thank you for reading!

Friday, June 29, 2007

+..Mimpi-mimpi Pelik..+

Pelik betul kebelakangan ni, aku mimpi benda-benda yang pelik. Tiga hari berturut-turut dan aku mampu mengingatinya. Benda ni kadang-kadang mengganggu fikiran aku.

Mimpi Malam Pertama

Aku mimpi aku cuba menghapuskan seekor langsuyar Langsuir! yeahh!. (Langsuyar ialah sejenis pokok berdaun ye kengkawan, sekian trimas!!) Muka dia ala-ala hantu dalam Jangan Pandang Belakang tu. Yelah walaupun huduh dan agak kelakar (sebab tangan hantu tu dok mengirai-ngirai ke depan), tapi hantu tu jugaklah yang masuk ke alam mimpi aku. Puas aku cuba baca segala macam ayat, tapi hantu tu macam tak terkesan apa pun. Ada juga yang aku ingat dalam mimpi tu, ayat aku baca tersasul-sasul sebab gubra (gabra, wuteva).

Langsuyar Langsuir ni cuba nak ambil bayi baru lahir kat sebuah rumah. Rupabentuk rumah tu, macam rumah kami sekeluarga pernah duduk di JB. Aku ingat lagi dalam kekelam-kabutan aku untuk menghapuskan hantu ni, hantu ni makin mengecil macam anak patung. Dia boleh menyamar jadi bell boy hotel (tak kelakar ke mimpi ni?). Bell boy hotel pakai baju belang merah siap pakai nametag lagi!! aku tahu dia hantu menyamar sebab orang lain semua pakai baju melayu tengah kenduri nak cukur jambul, so aku pegang lengan hantu ni (yang semakin mengecil) masa dia tengah nak rampas baby tu dan tanam dia dalam pasu bunga penuh dengan tanah, sambil mulut aku dok baca ayat dan tangan aku sibuk tanam dia.

Ni pasti sebab aku adik beradik tengok VCD Jangan Pandang Belakang (walaupun dah tengok di panggung)

Hee....pelik!

Mimpi Malam Kedua

Mimpi ni dipendekkan ceritanya, aku nak tolong seseorang yang ada penyakit terminal (kronik nak mati) untuk mencapai hajat dia. Aku rasa kanser kot? Muka dia maca muka sepupu sepapat aku jugak. Aku terdengar dia nak buat rambut kat salon sebelum ajal dia sampai. Kelakar tak? Ini musti gara-gara Azean Irdawati buat rambut kerinting free sebelum dia pegi bedah payu dara dia. Hisk!

So, aku pun dukunglah perempuan fragile ni ke atas 4WD aku (tak ingat Kembara ke, CRV). Rumah dia masa tu, sejibik cam rumah nenek aku; area bawah bukit, tepi sungai. Masa nak undurkan kereta tu dari parkir, aku terus undurkan hingga ke tepi sungai. Tapi nasib tak baik terlanggar pagar tepi sungai. Dengan kereta, aku dan perempuan tu sekali masuk ke dalam sungai yang mengalir macam deras gila. Walaupun nampak sungai tu tenang, tapi sangat dalam! Kereta tu terus mengikuti arus dan tenggelam ke dalam. Aku pulak sempat lagi nak selamatkan diri sambil kaki dok tahan kat akar pokok dengan perempuan tu. Nasib baik ada macam tempat nak lompat untuk selamatkan diri.

Huu...memang pelik betul mimpi nih! Tapi kesian kan kat pompuan tu, aku tak dapat tunaikan hajat dia...

Mimpi Malam Ketiga

Mimpi aku malam tadi ni. Selalunya mimpi pelik ni berlaku just before aku bangun subuh. Mimpi ni sangat pelik sebab dalam mimpi ni, aku jadi bini ketiga yang sangat best (aku jadik toleran giler - siap boleh kowtim dgn husband aku, belikan English settee kat dua-dua madu, kedai dekat-dekat). Tapi aku tak nampak plak sapa laki aku, sapa madu-madu aku...Hee...bini ketiga pulak tuh! and aku boleh dengan selambanya manja-manja ngan laki aku depan madu-madu tu, diorang pun boleh relaks je...

Pelik...sampai aku boleh ingat!

Adakah mimpi pelik ini natijah (ayat TV3 pagi tadi sampai jadik ikon ayat aku kat adik-adik lain) daripada tidur di bawah meja cubicle aku time lunch? Syok oo tidur bawah meja nih, siap ada bantal lagi.

Entahla. Yang aku tahu, siang lepas bangun pagi tadi, aku rasa tak cukup tidur. Ni semua akibat telan ubat selsema (yang macam sungai dok meleleh slow mo dari hidung sambil bersin dengan kuat). Sambung tidur another 15 minutes, bangun cam orang gila (sibbaik dah plan nak pakai baju apa) dan drive ke opis cam orang gila gaks. Sebab ngantuks punya pasal, aku kena bawak laju sambil dengar lagu-lagu sountrack The Matrix.

Thursday, May 24, 2007

+..Auto-reduced Volume..+

It was clocking 7 ish pm.

I just finished my badminton training; gym first then the "intensive" training. Usually, I will go to the gym by 530pm, and finish the training around 7ish. So called "maghrib" hours. The Dawn (DUSK ACTUALLY - I always confuse with these words, dusk/ dawn- KAKIKUTUK yg aku kenal tu dok kutuk n cakap aku bodo..eheheh et least ko baca gak blog aku ni, kan? lalallalala. May AlLah repay your *kindness* yek!). The Birds Fly back to their nests time. The "Kids! Come back home and shut the doors/ windows behind you!" time. My grandparents always asked me to do this when I was a kid. Shut all the windows and doors during Maghrib.

As I was driving home and winding down the windows, I turned on the music to please my ears - especially when I was in the cool-down mood after sports (err volume 25 is pleasant to me), I usually sing along with the choice of music I listened to.Then suddenly, the music became barely audible. Upon only hearing my voice, I peeked at the player, the volume went down and down to a near 6 or 5, automatically so. I was perplexed. Does this happen sometimes to you? Probably because of the vibration caused by my style of driving, which in turn reducing the volume? (Which at that time was not my usual fast & furious, just relax driving style). You see the original Kelisa's player is the jog-kinda volume control. This round lil thing goes louder to the right, and slows down to its left. Not the push up/down kinda buttons.

I turned it louder cos I was after all enjoying the music (well it potong (Cik KakiKutuk, nape ko tak kutuk aku guna bahasa pasar lagi bahasa rojak, kahkahkah ptuiiii..!) my singing steam that time). The volume will then, in a minute or two reduced in auto, again!. All in front of my very eyes...25, 24, 23, 22, 21, 20 -----5..That, ladies and gents, was preposterous! I saw it happened, shut it down, and ignored the whole thing...

"Stupid, lousy, cheapskate Obit's player!" I thought, and was contemplating on upgrading to a better player (which can play the iPod as well...)

Until...

The same thing happened again a week or two later!If its not the volume, my CD will suddenly went "BAD DISC", to a brand new CD. ESPECIALLY around 7 ish...But this time, I was driving a Myvi. Not Obit! To my horror, I understood n I realized.Usually this happened after my sports hour...7ish pm. Nearing Maghrib. AND this happened at the famous Shah Alam Mosque's roundabout! Exact time and location!! It also happened to me at different locations, but usually when it’s nearing the Azan, especially Maghrib!!Uhuhuh...spookieee...~@!

I guess a Qiran is always by my side. Trying to teach me and make me realize (and respect) Azan. Not just that, there were other things too!!.. But let's talk about it later, ha?

P/s: The "BAD DISC" cd was played again recently in the morning while driving to the office. It works well, no jitters at all! And FYI: the CD was brand new and not the pirated nor the burnt ones!!

Monday, May 21, 2007

+..Opis yg Haunted Part 2..+

Freddy (nama dirahsiakan, dia adalah seorang budak yg baik, beragama Islam) adalah seorang support staff baru di opis aku. Tak sampai sebulan dia masuk menjadi ahli baru seksyen lama aku. Tapi disebabkan kami berkongsi ruang, fax dan photocopy machine, makanya dia selalu masuk bilik kami (sepatutnya milik seksyen lama, tapi tinggal sorang je staf seksyen lama disini..so, dominasi adalah hakmilik seksyen aku sekarang)

Freddy ni, kalau nak ikut orangnya agak segak...cuma aku tak boleh menidakkan dan menghilangkan satu rupabentuk di sebelah kiri leher dia...seolah-olah wajah dan lehernya bercantum , macam tiada dagu dari sebelah kiri muka.

Hari tu, bekas kompang di opis yg pernah jadi receptionist ada bagitahu kami, dia tak berani berseorangan di bilik label. Aku cakaplah...ala..sama je pun kat bilik material promosi tu. Cuma korang kena masuk, baca selawat n ucap Assalamu'alaina Waala ibaadillaahis solihin je lah.. peh tu, bukak pintu kuat-kuat (Read: GEDEGANG!!), pasang lampu...

Aku selalu masuk bilik tu, sbb aku kena selalu bagi benda ni kat clients. Itu pasallah antara salah satu cara ialah dengan menjadi KUAT (bukak pintu kuat-kuat, jalan kuat-kuat, amik barang kuat-kuat...psikologi je laa)

So, pada satu hari yang indah, Cik Kompang suruh aku tanya Freddy. Betul tak kat bilik promosi tu ada "apa-apa". So aku tanya jelah...
"engkau masuk bilik tu tak rasa apa-apa ke Freddy?"
"emm...memang ada budak kecik laa.."
"Budak kecik? Ye ke? Mana kau tahu?"

Macam ni...(So si Freddy rewind balik apa yg dialaminya pada aku)

Freddy pernah tertidur waktu lunch di cubicle bilik pegawai (sbb dia takde tempat kat Bilik Sekretariat..jadi, dia spesel sket). Ala..bilik lama aku di seksyen lama. Oh! Jgn ditanya whether I miss that place..I Don't!!

So...antara lena dan terjaga tu, dia termimpi ke apa...ada budak kecik pompuan masuk kot pintu belakang bilik pegawai tu..Freddy tanyalah...
"Apasal ko masuk sini?"
"Abang! Jom kita main kejar-kejar, nak?"

Korang nak tahu, Freddy ni siap boleh interview budak tu. Budak tu, katanya comel, siap pakai baju macam nak pegi taman permainan. Tapi dia boleh tak ingat muka. Freddy tanyalah lagi,
"kau dari mana ni?"
"saya memang duduk sinilah bang!"
"apa kau buat datang opis kitorang ni?"
"alaaa abang! Saya cuma nak main-main je...ni kan taman permainan? Saya bukan nak kacau orang la, nak main-main je"

Padahalnya, kawasan opis ni, manale ada kawasan perumahan? Yang ada pun kat luar pagar tu..and mana pulak la budak kecik tanpa emak nak bermain kejar-kejar? Dia tanya lagi budak pompuan tu.

"Kau dengan sapa sekarang?"
"Sorang je...jomlah! Abang kita main kejar-kejar..!"
"Oklah.."

So si Freddy ni pun mainlah kejar-kejar ngan budak tu kat dalam opis aku kununnya, keliling cubicle Bilik Pegawai, keluar masuk, naik atas Tingkat Satu ke Tingkat Dua. And then...si Freddy terjatuh sebab agaknya, dia lari laju sangat...

Korang nak tahu kat mana dia jatuh?
Ha...

Betul-betul kat Tangga Bawah, Tingkat Opis aku di Ground Floor. Betul-betul sebelum pintu dekat lobi, berhadapan dengan Bilik exBoss aku...Betul-betul di tempat arwah Pak Gad ari tu terjatuh...

Masa dia jatuh tu pulak...Budak pompuan yg dia kejar tu, patah balik, and terus bisik something kat telinga Freddy...Masa nilah, Freddy terasa kat telinga dia macam ada something, berdesing...and dia pun terjaga dari tidur siangnya...

Pulak tu, mamat ni, dok tanya Cik Kompang. Apa sebenarnya telah berlaku kat tempat dia terjatuh di dalam mimpi siang hari dia tu. So, Cik Kompang pun dah spooked giler. Dia pun ceritalah segala bala...Nak kata Freddy ni menipu, padahalnya, tak siapapun INGIN menceritakan kejadian tak best tu pada orang baru, di tempat kejadian..Hisk, Koser apa? And dia kat sini pun tak sampai sebulan, and tak kenal sesapa pun insider opis aku.

Aku pun tanya dia...
"Ko ni agaknya, golongan yg dianugerah Allah untuk "berhubung" dengan makhluk ghaib kot?"
" Dulu, masa kecik, saya nampak live., depan mata..bila dah besar, saya dapat alamat tu dari mimpi. Selalunya, orang tak perlu cerita pun saya tahu dari mimpi..."
" InsyaAllah boleh tahulah..."
"hmm..ko ni memang spesel la..."
"Tapi tulah kak, sebab "keistimewaan" saya tulah, leher saya jadik camni dari kecik...ni tgh berubat lah ni..."

Aku pun ceritalah...

Sebenarnya, sorang budak Finance kat atas, pernah ternampak dari ekor mata dia, seorang ibu rambut panjang yg memimpin tangan budak kecik tengah lalu depan cubicle dia (depan cubicle dia pulak ada cermin telus ke koridor). Masa tu mamat finance ni tgh buat kerja waktu senja, and gerimis pulak masa tu. Dia ingat bini boss n anak dia. Tapi apehal pulak bini boss lalu kat tingkat tak relevan ngan tingkat bilik boss? (baidewei, bini boss-boss aku sumer pakai tudung kowt?)

And aku pun ceritalah...tempat ko terjatuh lam mimpi tulah, tempat arwah Pak Gad kitorang meninggal terjatuh tangga. Korang ingat tak cerita tu? Aku rasa budak kecik tu nak bagitahu something DID Happened to that arwah, that night...tapi belum sempat budak kecik tu nak cerita, dia terjaga...

I wonder apa agaknya budak pompuan tu nak bagi tahu ye?
Adakah budak pompuan itu dan perempuan rambut panjang, muka putih (seperti yang aku ceritakan dalam Part 1 itu berkait?

Hmm..Allahu aklam bissawab...

Wednesday, May 09, 2007

+..Opis yg Haunted?..+

Pernahkah korang mengalami sesuatu peristiwa yg tidak dpt diterangkan?
Macam kejadian ni, betul ke, tak betul ke? Mimpi ke? Berangan ke?

Disebabkan ada satu ketika di opis aku sendirik...
Aku yg cuba nak melogikkan cerita (merationalisekan), selalu dok buat dekkk je dgn staff2 yg salu citer pasal benda itu di Bangunan 8. Ye. Bangunan 8 opis aku yg aku baru je pindah about a year. Sebelum tu, bangunan ni ditinggalkan untuk sekian lama, nampak kusam dan seram pun. Tapi lepas dah ubahsuai, nampak la senonoh and ceria lagi terang.

Ditakdirkan satu kisah yg berlaku di opis aku tahun ini. Aku tak ingat bila lah...tapi kisah seorang pak guard yg meronda malam. Dia dgn sorang lagi member guard jugak. Datang opis aku waktu sebelum tgh malam. diorang dtg wat rondaan sbb, tetiba opis aku black out. mmg bangunan aku ni, kena pasang lampu. Kalau black out orang akan check kenapa...

So, dia dan kawan nye pun ronda la lam bangunan 8 tu nak cek ape ke halnye la bleh black out, padahalnye, satu kawasan opis lain sumer terang benderang. maklomlah, takut pencurik-pencurik pc buat keje...and equipment pun bukan murah2. dari tingkat atas, diorang pun turunla sbb takde kes plak kat mana black outnyer...member abg gad ni dah ke lobi nak ke depan (ke luar)..Sbb abg gad sorang ni tak kua-kua lagi, makanye, member dia pun heran dan patah balik carik dia...

Korang nak tahu?


Pak gad yang tadi dengan dia, dah terjelepuk ke lantai, pengsan dalam keadaan kedua2 tangan ke belakang, bukan mendepang ke depan...seolah-olah terjatuh semasa berdiri...nak kata terjatuh masa turun tangga mesti lah ada aksi terjelepuk tgn ke depan, kan?

Member dia pun risau sbb apehal plak kawan dia pengsan...lagipon tak dengar sore dia mengerang ke apa (macam aduih sakit!). So dia cek punya cek...nadi tak dapat dikesan pun...(Nota: pak gad di opis aku diharuskan tahu First Aid). So dia call ambulans and notify Big Boss aku (sbb dia kira tuanpunya bangunan 8).

Lepas tu, korang nak tahu?
Terus terang benderang balik Blok 8 tu!!!

And taktahulah...apa sebenarnya berlaku, tapi Abg Gad tu, dah jadi arwah...asbab dia lemah jantung (mmg medical history). Dah mmg ajal dia...tapi snonyer, Wife dia mcm tak puas hati apa yg berlaku kat husband dia...so wife arwah ni dtg ke bangunan 8, nak demand tgk cctv kat ground floor yg arwah meninggal tu. Tapi tgk cctv pun tak nampak hape...sbb black out, beb!

Yg paling best plak, ground floor ITULAH floor opis aku! depan bilik ex-boss aku...and salu plak kitorang ke hulu ke hilir dari bilik exec ke secretariat....Minah reception aku plak masa tu, mempunyai aura cerita terserak ke gemala angkasa... (imagine la kan, READ: Mulut Tempayan)

So dia punya citer cam yo-yo ow je.
Katanyer, kawan arwah abg gad tu citer (kat dia yg receptionist nih), ada beberapa helai rambut panjang giler kat sisi arwah masa tu...disaksikan oleh Big Boss aku. and masa dia jatuh (assume jatuh la)tu, muka arwah tu seolah2 memandang ke arah bawah tangga batu (tpt pigeon hole kitorang). Huih! Seram siot! tpt tu kan, aku yg cuba utk rationalise pun akan cuba on kan lampu kat situ, sbb kawasan tu mmg gelap! and aku tak ske pandang tpt yg gelap di bwh tangga!! Tapi as usual alaa...Cik Endi, tah tah dia jatuh sbb penat naik turun tangga tu meronda kot? Mmg dah dia ada lemah jantung...rambut tu plak tahtah bulu kucing ke hape...

"Tak, Kak Naz...rambut mcm rambut orang, tapi panjang n kasar"
"alaa korang ni percaye sangat la benda-benda nih..."

Pastu, ada la lagi sore2 sumbeng dari main office kata, seorang "Terus Mata" (ni mcm clairvoyant - boleh nampak benda2 dari remote area) dari Negeri Sembilan ada bagitahu kat sorang budak Main Office, ada sorang Pak Gad baru meninggal malam tadi..kat bangunan 8...(padahalnye mamat ni belum balik ofis lagi sbb balik kampung).

"Terus Mata" ni kata lagi, Pak Gad tu snonyer meninggal kerana terkejut yg amat tertengok makhluk yg berambut panjang mengurai...n muka dia putih giler tapi buruk.
Budak opis ni mcm dengar je lah, tapi tak percaya sgt. Tapi bila dia balik opis je, mmg betul ada sorang Pak Gad meninggal di Bangunan 8...

So?
Bagaimana perasaan anda sekarang?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails