Saturday, June 26, 2010
OPEN SESAME~@!
Tuesday, May 04, 2010
Kenape Buat Dinding Berlin?
Sunday, April 25, 2010
SiChomel Warna Pinki~@!
Monday, March 15, 2010
Satu Kejutan utk Hari Yg Lemau (Berita Basi)
Hek hek..manalah tak basi sebab kejadian dia minggu lepas 11hb 3 = 1+1+3 = 5. Lalalala..(tau tak kena mengena tapi saya suka nomor 5 hokeh!) Pandai betul org tu plan nak men surprisekan saya. Saya sungguh terharu taw.. (i___i). Sungguh saya keluar airmata sebab kebestan kejutan itus.
Disebabkan saya punya gamba lomo tu hari org tu kata shantek (especially bab air biru kate beliau), maka org itu pegang janji nak bagi saya hadiah. Ohoho...tapi tak sangka lak, hadiah tu pada 11 hb 3 ketika saya sedang stress berat pegi kursus kepala berat bertajuk ISO9001 Lead Auditor Course yang ada exam tuh! Kepala dah weng ngan keja + kos yg heavy...adeyh, tak tahulah saya cemana nak buat Masters nantik (kot iyeee).
So masuk lam bilik hotel jok, atas katil, terletak satu beg Mooks yg shomel. Sengaja jok divert gi toilet dulu, cuci muka, bukak mata (lens daa) and cuci kaki and bersiap sedia nak usha pekenda lam beg kertas tuh. Ropa ropanya; TADAAAAAAAAA~@!!
Woop! Sebelum korang berprasangka buruk, hadiah itu bukan diletakkan oleh org itu ye! tetapi org lain yg diupah utk meletakkan di atas katil bilik saya semasa kepala nak pecah fikir pasal kursus. Oh!! (T__T) ia adalah sebuah kamera lomo idaman dan pojaan hati sejak lama..Special Edition yg chomel laks tuh..ohoho...(nanges terharu). Maka saya pun memeluk kotak itu dan membenamkan muka ke katil sebab teruja + happy + sedey. Ohoho..betapa org itu tahu saya amat minat dengan lomo jenis Diana F+ ini..
Ini ialah kotak spesel edisen. Woot woot~@! Saya sangat sangat gumbire~@! Kotak pun saya jaga wok! Lalalala~@!
Dgn adanye spesel edisen ini, saya juga dapat blaja ilmu lomo dan mendapat inspirasi gamba cemana nak ambik nantik..Alhamdulillah...rezki wok! Terima kasihlah kat org itu yg sayangkan saya sampai tahu apa yang saya betul betul nak...lalalala...
Abah saya pun berminat tau ngan kamera ini. Sebab dari dialah saya suka amek gamba. Anak anak dia yang laen pun aktif amik gamba dan video. Abah saya tau kamera ni guna 120mm dan tau pulak ada 12 atau 16 shot sahaja. Dia kata, "Masa kamu kecik kecik dulu, Abah amek gambar kamu guna kamera Seagull je.Tuh, gamba frame abah masa kecik2 depan umah nenek dulu, pakai kamera yg pandang dari atas tu (aku syak kamera ala Lubitel)"
Yelah...anak2 abah lain pakai DSLR yang canggih manggih. Aku sorang je yang sibuk nak pakai manual. Makanya, dapat la aku blaja dari Abah cemana nak guna kan kan kan? Ala analogi macam kita drive keta manual, insyaAllah tak terkial2 pakai auto kan kan kan?
Sekarang saya sebuk nak blaja pasal
1. Jenis jenis filem 120mm
2. Aperture
3. ISO (ni pun leh blaja dr filem hek hek)
4. long exposures
5. Super wide angle pin-hole shot
6. Endless panorama
7. Multiple and partial shots
8. Jenis jenis lens
9. Cemana nak guna Splitzer
10. Nak beli 35mm back so bleh guna 35mm film
11. Nak beli Diana Instant Back so bleh dpt film INSTANT~@!
12. Nak beli Diana Multi Pinhole Operator so bleh buat gamba gila crazy tak hengat
13. Nak beli bag kamera --- errr Crumpler, bleh tak? sebab Diana Bag adalah hodoh
14. Jenis jenis film 35mm
15. Nak bergiat aktif upload gamba kat lomo assoc hehehe..
Ouh! Kamera ini adalah multipurpose dan saya sangat jatuh chenta dgn kamera ini (errr..dan bertambah lah chenta kat org itu, of kos). Weehooo~@!
Chayok chayok~@! LOMO ON~@!
Nota kaki:
Doakan saya murah rezeki lagi ye. Heheheh rezeki anak anak...(ecewah! insap kejap)
Tapi tak taulah dapat ke tak, semua tu urusan Allah.
Dah dikenalpasti pun dah cukup bagos, alhamdulillah...
Wednesday, December 30, 2009
Layout Baru. Semangat Baru~@! (Tapi masih Malas)
Hik hik...Aku saja je gatei nak announce aku ada layout baru yang aku suka bangat~@! This is so moi. Dgn kopi, dgn barang sepah2 atas meja. Hik hik. Aku kan spesis pemalas kan? Nampak blog ni pun makin malas jok mo update.
Tapi aku pemalas wat blog jok. Kerja aku kat opes makin banyak. Masalah remeh temeh pun ada. Tapi malas la nak pk (malas, see?). Buat chillex sudeyh. hidup aku pun tenang dan tenteram. Tak sabonye la nak balik KL besot jumpa adik2 and mak abah. Bosan k dok kat sini sengsorang. Kalau hujung minggu jok, wajib aku menjadi double combo pemalas. nak kua umah pun malas. Hehehe.. Ada misi jok baru aku kua. Jimat tenaga namanya.
Anyho, dengan layout baru yang lagi kemas ni, mata aku pun tak sakit. Terkucil aku nak baca blog aku sendirik. Sempena Awal Muharram baru ni + Tahun baru 2010 lagi satu hari besot, maka aku bersemangat nak simpan duet nak kawen dan nak menetap di rumah ku sendirik. Kat mana? Biarlah famili aku jok tau kat mana sbb stalker aku tuh rupanya hidup dan saiko lagi rupanya. Poyo je hantar komen kata Jowhar is dead! Pffftttt! Tak habes2 ngan sifat menipu kamu tu Jowhar. Bawak2 la bertaubat. Takkan dah mati baru nyesal kowt kan? Dan pada sesapa yg berkenaan hidup dan mati dgn lelaki ini, mintak maaf. Aku takmo masuk campo. Aku dah penat la tulis pasal mamat ni kalau tak paham paham lagi tu, sendiri mo ingat la kan. Pepehal pun kerja dan perbuatan kita, biarlah berlandaskan Allah dan syariat. Itu je kena ingat. Sebuk kejar manusia, kejar dunia haa..dunia dan manusia la jawapan kamu. Allahu'alam bissawab. Belajar belajar la guna otak, bukan hati. Mintak petunjuk dr Dia, bukan aku. Kalau dah banyak sangat Allah tunjuk pun, tapi bertindak melawan petunjuk tu, haih! Tak taulah aku nak cakap cemana lagi. Malas la. Boley?
Alhamdulillah, Allah murahkan rezekiku tahun depan. Tetiap bulan aku fly percoma dgn kediaman disediakan di KL. Eheh. So, u noe. Bertambahlah jimat gamaknya. Ya Allah, Moga Kau permudahkan urusanku dan Modjo ku untuk mendirikan rumahtangga. Hanya dgn izinMu Ya Allah kami dapat bersama.
Itu saja. Sekian.
Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.
Nota: Ini ialah blog malas untuk menguji layout baru.
Lalalalala~@!
Sunday, July 12, 2009
.:WILL HE BE COMING TO TOWN?:.
Not Santa Clause, silly~@!
But HIM~@!
Can't wait cause Modjo lurves lurves lurves WR clothing. I've been trying in vain to buy him a present online but it won't be shipped to our shores. Too Bad So Sad!Will be on my toes for the stand alone WR store to come~@! Yeeehaaaw~@!
(been wondering if WR can be one of the hantaran thingy? issit possible?)
Thursday, June 25, 2009
H1N1: Yeh Yeh~@! Dpt Cuti Tanpa Rekod~@!
Daripada aku kena saman RM10 hebu hengget, elok aku dok dendiam kan?
Maklumlah takut aku jadik cam Zombie Kampung Pisang puleyk. Dok syok syok sebarkan virus kat jiran depan umah aku yg evil tuh (nantik aku ceta apa dorang dah buat)
Weehuuuu~@! Syoknya dapat kuarantin cenggini (or so I think!)
Mari baca kat sini:-
PUTRAJAYA: The Health Ministry has urged all employers to allow seven days’ unrecorded leave for staff placed under quarantine for Influenza A (H1N1) or going into self-quarantine after visiting Australia, Mexico, the Philippines or the United States.
Its minister Datuk Seri Liow Tiong Lai said the quarantine measure was aimed reducing the chance of the infection spreading to others, and employers should allow the unrecorded leave for the sake of “public safety and national security.”
H1N1: 10 things About Self Quarantine
So..no shopping aye?
Kawen pun tak bleh enh? Adoyaii...
Deym. I'm bored to stick!
Tuesday, June 23, 2009
Aku dan Perintah Berkurung H1N1
Wahlauwehhh~@!
Gilers hokeh.
Tak sangka betul aku beberapa jam tadi tatkala aku menerima panggilan daripada seseorang yang sangat peramah macam kengkawan lama gitu.
'Halooo Cik Taichee..'
' iye...'
'Cik Taichee kat mana ni?'
' saya kat ofis la. Ni number ofis'
'Saya En Sobri memanggil dari Jabatan Kesihatan. Hari tu cik ada datang Kuching naik MH2504 kan?'
'Iye..kenapa?'
'Cik ni di Kuching lagi atau di KL?'
'di Kuching..'
'Camni cik, cik dikehendaki pulang segera dan terpaksa dikuarantin di rumah.'
'Haaa? Kenapa?'
'Sebab cik ada direct contact dengan pelajar yang kena H1N1. Kerusi cik 15A kan? Dia duduk depan cik aje.'
'Ya Allah...ye ke?' Terasa aku sangat cuak masa ini. Depan aku je budak tu. Read More Here
'Tapi jangan risau. Saya cuma nak alamat penuh cik di Kuching dan nombor handphone cik'
Maka aku pun bagilah lepas dia bagi verification dia orang Jabatan Kesihatan (takut gak Stalker yang HUtang aku RM20 ribu tu serang umah aku kat sini- nak kena pasang cctv lah)
'Ok. Cik kena balik sekarang. Nanti orang Jabatan Kesihatan akan ke rumah cik buat pemeriksaan lanjut'
Fuh! Aku macam terkesima la jugak kan? Apa punya kes lah dari 19hb tuhari sampai sekang dah bape ramai orang aku ada direct contact. Salah seorang darinya ialah Big Boss aku dari KL dan yang lelain ialah bebudak ofis.
Aku bagitau Mr T yang aku kena balik sebab kuarantin. Bertutup mulut staff aku yang dah berumur ni tentang keadaan aku. Terus dia panggil Ferdie, boss dia merangkap ofismate aku. Aku pun explain la kan. 'Ah! Sudah.. I dahlah jumpa u sejak hari Sabtu tuhari nak amik keta. Pastu kita sesama dengan GM lagi, boss lagi...'
Aku nak buat apa? Aku senyum jek la. Aku kata, 'Baik u, Nel & Mr T gi cek kat klinik. Kot ada pape.' Yang kelakar nye kan? Si Ferdie yang jarang wat lawak tu, bleh kunun kunun nak lari pecut tinggalkan opis sbb aku suspected H1N1. Peh! Macam ceta Zombie lak aku rasa (aku baru terkena gigitan zombie). Terpaksalah aku hantar Out Of Office punya ayat tak bleh blah - kena kuarantin til Friday and then, hantar sms kat Boss aku dan Manager-in-Charge kat Sawak ni.
So itulah nye. H1N1 katanya. Aku pun bagitau Mama dulu papehal. Baru je nak hepi hepi joyah joyah sebab Mama, Abah & Taro nak datang Kuching melawat aku. Aku cakap, InsyaAllah aku hokeh. Mama suh baca doa tolak penyakit berat and mama doakan aku dari jauh. Risau betul mama. Pastu baru aku call my shayg Modjo. Mcm biasakla dia suke buat Terkezut Zorro (terkejut yang agak cool la - dengar bom kat belakang pun leh sambung main pedangtapi buat muka pekebendealahtu). Sebab apa? Sebab dia tau aku tak demam. Simptom pun dia tau takde (mana taknya, dalam sehari berejam call kan?).
Tapi aku rasa aku sehat jek ni. Selsema ni, biasalaa aku kan ada allergik hidung ala sinusitis? Batuk ni pun biasala, aku minum ais je mesti batuk (smalam minum Ribena Sprite Laici yang lazat). Demam? Errr.. hokeh.
Pastu, aku punya cuakla lepas org spital call aku kata dah on the way nak sampai umah. So aku pun cepat2 mengemaskan apa yg semak dimata dulu. Hebat! Less than 10 minit ruang tamu umah spanking clean, bebeh! (sebab aku sidai baju salu dekat ngan balkoni).
Sesampainya rombongan
'Awak ni stewardess dalam flight MH2504 tuh enh?'
Haloooo~@! Aku kan pakai tudung ni. Baju plak baju opis. Badan plak gumuk cam anak badak. Ape kes mo jadik stewardess? Adoyaiii statement tak bleh blah betol hokeh! Tapi aku cakap la, tak. Aku penumpang.
So aku sengaja pasang Tv dok tayang Wanita Hari Ini pasal Bujang Terlajak (Peh! Perli aku nampak Tv enh?). Bukak sliding door and pintu dapur kasik ventilation best sikit. Sorang nurse tu, suh aku isikan IC aku dan sain borang Home Observation and Surveillance Order for Contacts of Pandemic Influenza (PI) under Section 15(1) The Prevention and Control of Infectious Diseases Act 1988.
Panjang takkkkk?
Hahahaha... Lepas sain borang ni, aku diminta meletakkan termometer di bawah ketiak. Sebab ada jantan lam umah, makanya aku pun masuk bilik dalam 3 minit untuk cek suhu aku. Ada ke patot lagi katanya, 'awak ni student enh?' Like, haloooo...IC aku tu tak nampak ke? Aku dah tua cenggini, haruskah jadik student lagik? Adoyaiiii statement kedua yang tak boleh blah hari ini. Aku senyum jelah. Aku cakap tak, aku keja dengan *tooottt* dan kat *toooot* (tak boleh expose nanti ada Org Gila Stalker sebuk carik aku kang- ala kalau dia tau pun, lagi bagos. Boleh aku bagitau polis)
So.
Lepas dok nasihat begini begitu, aku pun cakap ngan dorang aku nak amek gamba sebab ni kejadian unik yang pernah berlaku kat aku sepanjang aku hidup. Dorang senyum pun tak nampak gigi sebab pakai mask tuh. Then dorang tinggalkan aku dengan borang 4 Hourly Temparature Chart dan sebatang termometer untuk aku cek sendiri. Adoyaiiii! Ingat leh lek lek. Tapi tak ada maknanyaaa....Aku kena jadik dr and nurse diri sendiri. Pfffttt~@! Di samping itu, aku kena pakai mask if aku order McD Delivery atau jiran (merangkap bebudak bujang opis) aku bawakan makanan. Don't be khuatir banyak gilers stock mask dorang bekalkan untuk haku.
Begitulah adanya, kengkawan sekalian. Janganlah jeles pada diriku yang mendapat cuti rehat daripada Gomen selama seminggu bersenang senang di rumah sendirik. Boleh bangun lambat atas katil sendiri, tengok TV sampai lebam, bertenet sampai pensan dan memakai sebarang je lam umah ni. Takyah pk nak gosok baju pe, kasut pe nak pakai. Makan pun tak menjadik soal sebab aku baru je stock up tuhari sebelum bagi Greenie kat Ferdie.
Huwaaa... (?)
Heaven ke HELL?
Nota perasan: Aku dah rasa a bit panas la. Kepala dah pening pening. Mata dah pedih pedih...Adakah?
Takpe. Kang jam 430 pm kang aku cek suhu badan kang.
Thursday, May 21, 2009
BESOK YANG INDAH
Aku akan ke NZ.
Bukan, bukan New Zealand cam dak LiNa pegi tuhari.
Hehehe..
Cepatlah jam ini bergerak ke pukul besok.
Tapi kan:
1. Bagasi tuhari masih lam bagasi lagi. (kena kuarkan balik ke?)
2. Tak buat claim tuhari lagi.
3. Aku demam plak tak best betul nak baut mende mende di rumah ini dalam keadaan tidak sempurna. Tapi aku anggap ini kifarah dosa sahaja.
Peh! Aku dan bakal bantal kabu ku! Bestnya nak jumpa ngan bakal bantal kabu. Boleh jumpa dak LiNa and Ella sekali. Kasik Modjo jeles. Taktau Taro sempat join ke tak. Aku tau aku nak tengok Star Trek so sapa nak join meh ah!
Lalala~@!
Balik kampong~@! Lalala.. Seronotnye!
Pedulikla hape orang nak kata aku apa pon.
Lalalala...asalkan aku b a h a g i a...
Tuesday, May 19, 2009
FUWAHHHLAWEEEHHH
Bukan hape, dari 6-10hb aku berada di KL untuk:
Atas faktor peribadi, gambar ini ditopo kan. Me & Adek kat kedai spek Great Eastern Mall. Ini outing ketiga kami :)5. Aku terasa sangat dekat ngan Modjo tercinta (dia yang ajar aku tentang pentingnya hubungan kekeluargaan dari segi apa yang dia praktis, ni aku yang observed bukan dia bagitau pown). Aku dah pass kat dia handmade Pop-up Card (ingat tak projek tertangguh aku penah blog dulu?) + cuppacake dia + hati unta Mama belikan tok dia + kek Lapis Sawak Chunky Choc n Masam Manis dia + Chenta dia heheheh... lalalalala~@! Shayangnye haku kat orang tua Modjo itu.
Mencik! Aku lupe mo sain ini kad! Mencik tak beli kad cream banyak banyak! Mencik!
Lepas itu, 11-14hb:1. Aku ada Sales Meet satu department turun. GM aku make a point it was a very engaging meeting. Dia komited turun padang bagi ilmu dan pointers yang patut we all take note. Dept aku ni memang serious biz, tapi bebudaknya cam happy go lucky sentiasa. Cam ni la baru hero geng!
1b) Masa we all gi main boling suka suka itu, aku adalah pemegang highest score perempuan. Hehehehe... AND dorang decided buat "surprise" burfday celebration kat tempat boling itu kepada semua May Babies~@! Ohhh terharunya...tapi aku malu jugeykla...sebab haku dah TUA, KEREPOT, Nak Mampos tapi tak kawen kawen lagi...Hahahaha~@! Thank you Mr. SD + Planning Unit yg sangat sangat lah thoughtfulnya... (yelah buat Sales Meet dekat ngan time burfday haku plak tu)
Bebudak yang bertolak tolakan meniup lilin. (tatau nape masa ni aku terasa lonely sangat sangat altho I was not alone?)
Bukan senang nak kalahkan bebudak laki, hokeh~@! Siap suh maen laju lagi...:p
2. Aku nak selebet burfday aku di Penang ngan Ziyyad, Dilot & Anas & Taro. So aku angkut dak Taro naek Penang, harapannya dia bawak Blackie, tapi masalahnya, dia ni tak bawak spek pulak (alasan dia laaa). Taro awal awal dah belikan aku selendang purple yang best gilers. Thank you hadik! I love you!
4. 15hb itself aku naek Kedah tengok adik bongsu aku, Piko pulak. Sian dia kan? Tak pernah dok berjauhan dari famili. Rupenya, dia gak yang mintak gi sana. Kunun terbaek la tempat itu. Abah yang tau aku nak naek Penang, suh aku naek Kedah passkan karpet tebal anak bongsu dia hehehehe.. Padahal mama rileks je.
5. Aku siap melencong ke Alor Setar bawak Ziyyad ngan mamanya jenjalan sambil makan laksa Kedah yang besa besa jek. Saje je ngada nak tengok tempat lama ku itu.
6. Balik Penang dulu hantar Ziyyad & Dilot, baru aku rempit balik ke KL. Alaa takdehal la setakat 3 jam perjalanan tu. Aku rasa aku terkena speed trap malam, sebab nampak cam ada lampu biru blinking kat atas tower polis kat Perak (tak ingat kat mana). Ada ka patut polis ni keja malam malam? Siang dah ahhh... (NOTA UNTUK Taro, tolong cek Blackie ada kine ke tidak, supaya saya boleh bayar saman SEBELUM En. SB tau yek!)
7. Modjo terkena sakit tekak melampau dan batuk yang kesian sangat aku dengar. KOHOK KOHOK KOHOK.! Adeyh...mamat tu bukan reti nak pantang. Maen belasah je makan. Dah tau tenggorok tu sakit lagi mau makan sambal + minyak + minum ais. Terbaek betul! Hoh! Geram makcik!
8. Jumpa lagi D3katian gals, mek mek fabulous kat umah emak Cik Flyer. Cik Sweetie siap belikan aku hadiah yang amat amat amat aku suke! Cuppacakes + handbag...woooo~@! Best gilers! Cik Flyer kata nak bagi aku voucher spa 2 jam kat The Curve. Tapi kena gi ngan dia. FUWAHHHLAWEEEHHHH~@! I loike~@! Cik Mag pulak bagi aku eyeliner yg seswai dipakai ngan tudung kaler biru.
9. SD card Pentax haku hilang masa kelam kabut kat item no 10 kat bawah itu. Tapi aku dah komplen kat Modjo. Hehehe...Modjo nak belikan baru...yeeehaaa~@! Andre andre~@! (Lenkali nak hint la...Bie: Taro dapat Acer Aspire kecik tu free~@! Tu lappie idaman I..(hint! hint!)
10. Aku kelam kabot naek AirASUCKS sebab dia kata aku sengaja tukar time balik aku dari jam 5 petang ke jam 7 pagi.
Padahal aku cuma tukar dari 14 Mei ke 11Mei.
Hilang hakal ke apa? Aku NAK BALIK ke jam 7 PAGI masa 17 Mei tu? Pastu, dahlah tak bleh compensate, aku kena pulak pegi beli sendirik kat kaunter AirASUCKS tu kat KL Sentral, giliran ke 90 lebih... HILANG HAKAL KE? Jam dah kol 330pm (dari kua umah + tunggu giliran jam 1 lebih) baru aku rempit balik umah and rushing balik ke Kch untuk flight AirASUCKS jam 640 ptg. BOOOOO~@!
Hentahla. Aku dah MENYAMPAH dengan AirASUCKS ni. Memang betul-betul style Bas Ekspress Cap Hayam je aku rase.
Lenkali aku naek MAS aje! Lantaklaa bayar lebih tapi HATI PUASSSSSS + SELESA + Flight Attendant yang sopan dan pro-aktif, bottomless juice, hot food, Lebih berat bagasi, benti kat KLIA instead of LCCT cam Pudu tuh. HOH! (alaaa sekang tak bnyk beza pun harga sbb AirASUCKS ada hidden cost lagih...menyampah hokeh! Sama je pown in the end rega dorang...beli je tiket MAS awal awal sudeyh)
Pepehal pown:
Aku nak balik ke Tanah Tumpah Darahku Malaysia balik; kali ni naek MAS!
Aku dah sourgrape ngan AirASUCKS makan duit aku banyak kali dekat seribu dah habes in one return flight KCH-KUL-KCH.
Friday, April 24, 2009
HAPDET CERITA YANG HARUBIRU!

1. Aku dah buat report polis IC aku hilang. Dorang suh aku segera buat IC kat Kuching (sbb aku travelling). On this aku ucap terima kasih bebanyak pada best fren 14 thn ku, Pn KayBe. Tanpa pertolongan kau, aku patah kaki!
1b. Aku juga dibelanja makan sushi & tempura. Malam tu adalah sesi mengupas dan terkupas. Almaklum lama gila tak jumpa minah nih! Uwaa...lepas rindu aku. (Dan betapa terernya dia menguruskan badan beliau. aku sungguh cemburu!)
En. Customer sanggup singgah ke Sibu semata mata untuk memberikan aku IC yang tercicir di kawasan jagaannya di Miri. Sanggup pula dia menunggu aku selama 4 jam sebab aku masih di Mukah. Peh! Syukur Alhamdulillah. Tak rugi berbuat baik sesama manusia!
Aku ingat nak belanja customer terbesar aku di Sarawak malam tadi, rupanya ada dealer aku yang sangat kaya pulak belanja kami orang semua. Syukur alhamdulillah lagi! (actually towkay dia bini dia, and bini dia ni segala jari, wrist, leher dan telinga semua memakai DIAMOND hokeh! Peh bling bling tak hengat! Lawa dan BESAR pulak tu? Terjojol mata aku melihatnya! (teringat cincin dan bangles yang aku nak tu, kecik bangat dan comel berbanding dengannya - aku sedo diri hokeh)
2. Modjo bank in duit. Aku sangat sangat sangat sangat terharu giler punya boyfriend begini!!!
Di saat saat aku berkelam kelibut, Modjo sungguh sungguh mahu menolong. Malah dia merajuk sebab tak bagitahu dia FIRST HAND! Yelah aku mana biasa menyusahkan boyfriend. Lagipun aku tahu dia sangat sibuk. Aku suka share cerita ngan dia sebab nak bermanja je. Tak sangka plak, dia ambik hati aku tak refer kat dia dulu.
Dia jugaklah yang suruh aku utamakan cemana nak buat IC cepat cepat, so that aku boleh balik KL (dan both of us can finally meet each other). Tadek IC kalu, cemana aku mo keluar Sarawak? So cemana pulak nanti program Bulan 5 aku? Takmo benda baik ni tergendala kan?
(Lagipon sekang aku dah dapat IC aku balik. So benda ni scrap out dah)
Sekian.
Aku yang penat.
Tapi Modjo still sayang sama haku.
Wee~@!
Friday, March 13, 2009
+..Menari Monyet..+
Alhamdulillah~@!
Syukran Ya Allah~@!
Piko: Get ready yourself for a movie or two and makan too~@!
Effi: Boleh amek aku kah?
Aku dah semakin dekat!! Waaa...Boss aku memang terhebat arr~@!
Soklan cepumas minggu ini:
Adakah? Bagaimanakah? Bilakah? Mungkinkah? Beranikah? Sayangkah? Benarkah?
Sekian.
Blog hari ini ditaja secara syok sendirian berhad untuk (ya bukan dari) AirAsia.
Semua orang boleh terebang! Weeeeee hooooooooo~@!
Wednesday, March 11, 2009
Beg Mata :)
Oh! Ada beg mata.
Saya senyum, beg mata masih ada. Bila bling! Tidak ia hilang begitu sahaja.
Saya senyum lagi, kali ini mata saya makin sepet (sebab saya tarik)
Saya suka beg mata saya walaupun bagi kebanyakan perempuan beg mata adalah satu kehodohan. Tersenyum senyum saja saya bila terkenangkan beg mata saya. Kenapa saya suka?
Saya ada beg mata bukan sebab saya menangis duka macam dulu.
Saya ada beg mata bukan kerana susah tidur macam dulu.
Tapi saya ada beg mata sebab....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Saya sedang hangat bercinta!
Hahahaha...Iye. Pelik ke bunyinya kalau saya bercinta?
Tidak kan? Sapa suruh dia mengorat saya gila gila. Orang chill je dia plak hint dengan sangat obvious sekali. Tapi saya tahu, dia lebih sayangkan saya. Jadi biarlah dia melakukan tugas tugas khas yang sepatutnya. Saya nak chill sahaja dan tidak mahu menunjukkan saya pun (helleh!) boleh buat lebih best dari dia. Kalau dia betul sayang saya, kejarlah saya 7 lautan dan dakilah 7 pergunungan. Carilah saya di lembah hati yang paling dalam. Saya ada. Saya tengah tunggu dia dengan sopan (la sangat!). Kalau dia berani meredah lautan api dan membunuh naga (sian naga terakhir plak tu dalam dunia) untuk saya, apa sangatlah kalau setakat jumpa kedua ayahbonda kan? Kalau tak berani, selamat tinggal ler. Saya tidak mahu lelaki yang tidak berani, tidak macho dan tidak gentleman. Hendak kalu, buat betul betul. Tak ada makna la dating mating nih!
Hahahaha~@!
Sekian.
Dan saya rasa saya dah tahu siapa yang layak dapat dedikasi lagu yang dari dulu tidak bertuan ini. Walaupun dia tidak membaca (saya harap dia tidak membaca blog saya yang merepek cam kerepek ini) tapi saya nak pasang ID lagu panggilan dia dengan lagu ini.
Ya Allah~@!
Alhamdulillah. Syukran Ya Allah. Moga mendapat izinMu suatu hari nanti. Aminnn ya robbanal a'lamin!
Kepada dia yang menyanyikan lagu My Heart dengan gitarnya dan mencairkan saya setiap kali saya dengar nyanyian dia itu (ooops! sori ye. dia bukan artis Malaysia, tapi dia artis saya seorang yang empunya!), lagu ini menggambarkan awak dan perasaan hati saya.
(Terang benderang, lalalalala... mari menari ciken dance! Lalalalala~@! Kengkawan, mari buat ala kepak ayam dan menari nari la lagu apa ikut suka kamu orang semua)
Haaa~@! Saya dah tak betul agaknya. Lepas ni kena buat solat taubat sebab teruja melampau.
psst: Aku dah tak larat main layang layang, kena selalu melawan angin dan mengikut arahnya. Aku suka main gasing, tembak tepat kena sasarannya! Sudah tiada lagi main tarik tali bak muda mudi. Aku mahu terus jadi isteri kepada yang sudi.
Wednesday, December 24, 2008
Aku Nak Balik KL! Yadeedaaa~@!
Flight Malam, sebab murah lagi (Airasia). Botak kata nak jumpa sat sebab dia dah kat Bangsar around dat time. So? Aku dah bagi warning: Lu bukan bf gua dah. Kita will meet as fren. Remember dat!
Dari 25 Dis - 2 Jan, aku coti.
Lepas tu, dari 3 Jan - 19 Jan aku ada induction kat Bangi. Wahahahah~@! Jadik org Malaya benar2 kmk tek!
Kalau aku tahu aku dapat gi induksi itu, tak akan aku beli tiket awal awal Airasia. Tapi takpe dah beli. Jgn banyak cerite (cerite?...Hehehe)
(Tapi aku rasa aku rindu bangat dengan orang Bintulu)
Kenapa ek? Rasa tak best. Kalau kat Kuching rasa dekat lagi dengan orang itu. Mintak2 orang itu dapat pergi kos bulan Jan di KL jugak. Lalalala~@! Ada rezeki aku jumpa orang itu, kalau dia berani jom jumpa Mama & Abah. Hahaha...~@!
List nak buat di KL
4. Jumpa member2 yang free dan ada di KL (ini termasuklah ex classmate Teknik aku dulu, Muddy & Mentol) Aku dah jumpa Kama & Alin.
5. Makan Ayam Penyet The Curve
6. Tengok movie preferably kat GSC
9. Kalau sempat masuk hutan, masukkkkkkkkkkkkkkkk~@!
10. Oh yeh! Aku kena buat follow up kerja la. Adehh...30hb kena follow up! Adehh..
11. Gi melawat
12. House Hunting: Banyak lagi tempat nak survey! Argh!
Tapi apa apahal pon, apa yang aku dapat ni, semua urusan Allah. Dia yang atur segalanya. Alhamdulillah...
Yak yak yehhhh...~@!
pssst: Aku rasa komfem berat aku naik mencanak ni once aku kat KL. Dahla induksi tu, makan 5 kali sehari!
Thursday, December 18, 2008
Zara Aliyah binti Azwar Ansory
All praises go to Allah.
Isn't she's adorable lil thing?
Welcome lil Zara Aliyah! Ahlan Wa Sahlan!
She's the newest addition to my cousin Arin & Azwar's family.
Oohh...can't wait to see her in real life.
To Arin:
Fast recuperation, cuz! I know you will be up and about as always in no time.
To Azwar:
Biasala makcik tu. Ekut jela apa yg dia nak. Hehehe
CONGRATULATIONS!
For more pix of Zara Aliyah & story: CLICK HERE
Sunday, October 19, 2008
+..Link Up Please~@!..+

Dear Fellow bloggers, This is really embarrassing.
While renovating my online crib here, ALL your links are gone, even though I've saved the old template with the widgets. Only some like Obe wic I remember bu heart & if tak kerana LiNa and Cleo tinggalkan msg, I won't have their blog urls as well..
Okay.
Mintak tolong pada sesiapa yang sudi datang jenguk blog saya yang tak seberapa dan boring ini, yang nak link up, tolong tinggalkan your url kat komen di bawah, bolehhhhhhhh...? (kena buat suara manja manja gitu)
Minta maaf bebanyak ler kena mintak mintak pulak ek..Huhuhu~~@!
Jazakallahukhaer~@!
Tuesday, July 29, 2008
+..Salaam! My Name is Izzul Ziyyad~@!..+
Tidur dengan aman, satu amanah, hak dan ujian Allah yang akan dijaga dengan penuh kasih dan sayang. Suci dan bersihnya..sejuk hati aku tengok dia.Alhamdulillah. Allah is The Most Gracious, The Most Merciful!
Congratulations to my bubblicious baby sis Dilot and her hubby Anas Iswari for this cute lil thang~@!
Last night around 9ish while I was busy configuring to install the new ORGEL lamp at my living room, my newborn
He weighted 3.2kg, cute and healthy, with lotsa hair! Assalamualaikum, Izzul Ziyyad Ibnu Anas!
Semoga kamu menjadi anak yang soleh kepada Ummu Ziyyad dan Walidmu.
I miss him already. Need to get tix back to KL in 3 weeks time, insyaAllah.
Jangan ditanya bila lagi waktu aku sebab itu rahsia Allah. Hanya Allah yang mengetahui soal jodoh dan rezekiku. Apa yang penting aku perlu sabar. Mungkin jika ditakdirkan aku tidak punya suami dan anak sekalipun di dunia sementara ini, aku tetap redha dan cinta pada Yang Satu. Kerana di akhirat saja tujuanku...
Wallahua'lam bissawab.
p/s: aku rasa muka dia ikut muka pak dia la..
Monday, March 31, 2008
+..Loving Kuching~@!..+
I'm blogging from a broadband packed room here in Holiday Inn, Kuching. My room is fronting the magnificent view of Kuching Water Front. I can see Petrajaya from here. Such a lovely view! And yeah, Taro, Dilot, I filled up the king size bed with FIVE (5) pillows of different sorts - duck feather, latex contour foam and cotton. Sebab, saja mengada ngada ( Dah ada servis tu pakai je)
Okay here's a brief update!
1. I'm blogging from my hotel room, using the RM57 per day rent broadband. Takpe! Puas hati!
2. Ayahbondaku found a perfect home away from home for moi. A bare apartment but convenient enough as it is situated near rows and rows of shoplots - E.V.E.R.Y.T.H.I.N.G. ada! Food (fast and slow), laundry, electronics shops, furniture shops, 7E, banks, even petshops! Never mind the apartment's bareness as I can buy the furniture (and happy lalala things) bit by bit to complete my own sanctuary! Oh yeah! It comes with a securely gated and guarded area (also with in house intercom), a big swimming pool and a courtyard for me to lepak lepak minum kopi! Wahahahhaa. Alhamdulillahhh....
3. I'm already mobilized with a 4WD truck. This is a BIG help to move my things from the hotel to my crib.
4. Met my boss and other colleagues. I have such a big cube (like a room to moi!) and a big window looking out the tower. I have already in mind on how to beautify that space with things to make it personalized!
5. Will check out early tomorrow morning for early breakfast and then straight to the office.
6. Will fly to Miri for a meeting on the 3rd. Plan to meet Niza there. Lamanya tak jumpa dia!
7. Then I will do my intensive training (oh! believe me I have a lotta learn!) for the next one month before my 3 weeks induction program in KL!
8. InsyaAllah...I will love living in Kuching. A Home Away From Home. With doas from my beloved ayahbonda, adik2 and sahabat sahabat dan errr sesiapa sahaja di luar sana. InsyaAllah...Aku akan mencari redha Allah bersungguh sungguh di sini. Nampak macam value of living kat sini macam tersangat best berbanding di KL. InsyaAllah...Ini semua rezeki dan rahmat Allah. Cuma aku kena usaha lebih, doa lebih, istiqomah tanpa henti dan tawakkal.
9. Will post my news as Orang yang Berhijrah regularly, insyaAllah. I'm surveying what's best for my internet connection at home, Celcom broadband? Streamyx? Maxis Broadband?
Anyone knows? Require your advice and assistance on this ler...HELP!
Saturday, March 29, 2008
+..Satu Penghijrahan..+
Ni cara penghijrahan dulu dulu. Contoh aje!Salaam kengkawan!
Mungkin sudah ramai maklum akan penghijrahanku ke sebuah negeri yang jauh, yang tidak dapat diakses oleh perjalanan melalui automobil. terpaksa naik kapal terbang jet selama 1 jam 50 minit lamanya. Aku telah pun melapor diri di organisasi baru yang mencabar keupayaan maksimum aku, tapi itu cuma attachment di KL office. Waiting to be tapped to its maximum potentials. Itulah yang aku rasa. InsyaAllah...
A Journey Begins with a Small Step!
Sudah dua minggu kehidupan baru di organisasi baru bermula. Aku sungguh kagum dengan perjalanan cara kerja mereka. Dalam dua minggu ini, banyak yang aku pelajari. I was given the best people to teach me on things that I should know prior to survive and excel in the new organisation. Alhamdulillah, asbab Allah beri rezeki aku berjumpa dengan all these people, aku dapat memahami apa tugas, fungsi dan skop kerjaku dengan lebih menyeluruh. Alhamdulillah. Syukur kepada Rabbku yang Maha Kaya, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang! Aku juga diberikan tugas untuk menjadi ahli kumpulan di kawasan yang menjadi role model di jabatan aku ini. Alhamdulillah lagi. Banyak juga bos bos yang aku jumpa memberikan kata kata nasihat, perangsang dan thinker yang berguna untuk aku maju bersama sama team members yang lainnya. Mereka semuanya high flyers. InsyaAllah aku akan cuba benchmark diri aku yang sangat lemah dan kurang ilmu dan pengalaman ini dengan mereka yang lebih baik di sana.
Tekanan itu memang ada tapi aku pohon pada Allah Taala supaya Dia tunjukkan jalan terbaik, teguhkan iman, pelihara aku daripada membuat dosa, maksiat, kejahatan dan kezaliman sepanjang aku di bumi yang asing bagi aku. Aku mohon lagi agar Allah yang Maha Kaya itu cukupkan rezekiku setiap bulan dan dijauhkan daripada membuat hutang. Aku pohon lagi supaya aku ditemukan dengan orang orang yang soleh dan solehah untuk aku tambah lagi ilmu aku yang sangat mikroskopik ini. Lagipun, aku tidak mahu sunyi. Sunyi itu bahaya pada aku. I may be alone, but I don't want to be lonely, InsyaAllah.
Perasaan aku bercampur campur macam indeks bursa saham. Ada yang teruja, ada yang cuak dan ada juga yang sedih. Sedih sebab aku akan tinggalkan orang orang yang aku sayang di sini, mama, baba, piko (sebab satu rumah kan), Dilot & Family, Taro & Obeif, aku tinggalkan sahabat sahabat yang selalu membantu aku dan menyayangi aku seadanya, Sutun dan Vidz, D3katians, sahabat sahabat ofis lama yang cukup rapat dan baik, Aman, Alin dan Pojan, sahabat sahabat yang aku selalu liaise untuk PCIT, sahabat sahabat amnet dan blog aku (you know who you are!), sahabat sahabat di pejabat organisasi baru di PETT, dan tak lupa, seorang yang sangat istimewa di hati aku sekarang.
Kalau ditanya adakah aku akan merindui KL? Tak. Sedikit pun aku tak akan rindukan segala kompleks beli belah, aku takkan rindu traffic jam di setiap pagi dan petang, aku takkan rindu membayar duit tol, aku takkan rindu berebut rebut dan berhimpit naik LRT, aku takkan rindu berjalan laju dan tergesa gesa, aku takkan rindu perangai kiasu manusia. Apa yang aku rindu adalah apa yang aku telah sebutkan tadi. Orang yang aku sayang. InsyaAllah, setiap kali aku rindu pada kalian semua, aku takkan lupa panjatkan doa. InsyaAllah.
Oh! Syahdunya hati aku ni.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
All my bags are packed! Jam 2 pagi tadi, aku bangun tidur semata mata nak berkemas. Ada aku sediakan checklistnya. Dari Obit (Ye, aku akan bawak Obit), barang kerja, sports & hobbies, casual stuff, electronics gadgets, memorabilia, toiletries, hinggalah ke akhirat stuff (solat & ngaji stuff). Semua aku detailkan takut tertinggal.
Kenapa jam 2 pagi?
1. Aku telah procrastinate maksimum, sebab aku runsing mana nak tinggal di tempat baru, lodging dan segalanya aku kena clearkan dulu di ofis KL. Aku juga runsing apa mahu dibawa.
2. Aku "jumpa" seseorang dulu di alammaya
3. Lepas tu, aku ngantuk, jadi aku tidur dulu
4. Alhamdulillah, my parents want to help bring my stuff ke sana. Jadi untuk urusan meriki rumah, abah dah volunteer dulu. Mama kata, dengan 2 orang, kapasiti beg boleh stretch ke 40 kilo! Senang sikit urusan bawak barang aku ke sana. Mereka pergi sehari sebelum aku. Tadi pun mama dah mesej, sudah selamat tiba (10ish am tadi). Alhamdulillah. Syukur aku ada parents seperti mama dan abah! Minta minta Allah balas jasa kedua orang tuaku dengan balasan syurga, dengan rahmat dan kasih sayangNya! InsyaAllah.
5. Masa ni, insyaAllah lepas aku berkemas, masa yang paling cantik untuk jumpa Allah. Appointment dengan Yang Maha Besar (Almighty Boss) masa nilah paling sesuai. Sunyi, aman dan tenang. Bolehlah aku cerita panjang panjang sikit, progress report dan bentangkan projection plan aku. Minta minta Yang Maha Besar bagi full endorsement dan approvekan. InsyaAllah...Aku tahu, wamakaru wamakarallah, wallahukhairul maakirin. Mana tahu, Dia nak bagi yang lagi best ke kan? InsyaAllah...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Countdown!
Obit berada di klinik Uncle Tan. Aku nak servis injinnya, tukar front mounting dan periksa kenapa setiap kali aku hidupkan air cond, ada bunyi yang sangat irritating. Orang yang nak pindahkan Obit pun dah telefon aku, suruh mintak surat pelepasan bank. Hisk! Kenapalah iman aku dicabar di saat saat terakhir. Semalam petang, aku di Shah Alam and nobody even bothered to tell me that I need that surat pelepasan bank. Aku cuma ada geran kereta dan cover note aje. Takpe. Allah nak uji kesabaran aku lagi ni. Astaghfirullah, tak pasal pasal mendidih jugak darah aku pagi pagi. Nasib baik dah makan mihun soto yang lazat dengan adik adik. Hehehehe...
A
ku cuma tinggal nak pack casual stuff aku dan barang kerja macam Mr. Hop (lappie baru yang akan menjadi sahabat baik aku). Tak banyak sebab segala bala harta peribadi, sudah selamat sampai di sana (asbab mama dan baba tolong bawakan). Tunggu kain kering, ambil seluar yang dialter dan wallah! I'm ready to fly tomorrow morning! Hopefully baba dan mama dapat pilihkan rumah yang best untuk anak dia ni, seorang perantau dan penghijrah. Senanglah nanti kalau mereka atau sahabat nak lepak sana, aku dah ada rumah. Jadinya, pada kalian yang aku tak mampu nak berjumpa disebabkan kesempitan waktu dan masih belum diizinkan Allah nak berjumpa, aku mohon maaf zahir dan batin. Minta halalkan makan, minum dan pakai kalau ada. InsyaAllah, aku rasa aku akan sentiasa to & fro Kch -Kl. Boss aku di KL suruh aku datang balik untuk in-house training, insyaAllah 17hb ni. Kalau ada rezeki kita jumpa, kita pasti akan berjumpa!
Salaam and so long friends~@!


















