Saturday, July 11, 2009

Putih Di Mana Mana: Hahaheehee haahaa ho~@!

Awan putih, mini cooper putih. Oohh so nice!

Hehehe..
Hentah kenape agaknye enh?
Suka sangat dengan warna putih.
Sana putih, woot! I loike!
Sini putih..Woot! Shanteknya.

bukan saja Mini Cooper putih, bahkan BMW putih, Camry putih, Toyota King putih, sumer shantek bangat (saje je aku ni enh nak keta mahal je!!Ngade!)

Dah hilang akal agaknya budak Chee ni.

Hehehe..ye kot?
Apa agaknya yang aku nampak dan err...
Semata mata kerana warna itu...

Sampai aku sanggup membeli jaket putih ini. Seluar putih itu dan belt itu dah lama ada. Jaket putih ni dah lama aku aim. Baru je beli sejak ada diskaun sampai 60%. Hehehe.. at last!
(oh yeh! baju merah tu aku beli semata mata nak pakai ngan tudung tu dan kasut wedges merah! lalalala~@!)

What is it with white nowadays?
Huuuu~
sungguh misteriusnya (>.<)"

Monday, July 06, 2009

Tangis Gembira

5 JULAI 2009




Genap 5 bulan.
Dan penyampaiannya terkesan terus ke dalam hatiku
Maka keluarlah linangan air mata kerana terasa aku begitu dihargai

Terima kasih kepada Modjo shayangku.
InsyaAllah. Aku sudah mahu menuju ke situ.
InsyaAllah...sampai syurga shayang
InsyaAllah hanya dengan izinNya

Tuesday, June 30, 2009

Penstabil Hentakan Emo

Hehehe..

Tah hape hape tah bunyiknya kan? Macam absorber nitrogen gas (show off skets) yang Obit pakai sekarang je. Sesuai dengan namanya, penyerap hentakan ini membuatkan anda merasa keadaan yang sangat selesa didalam kereta walaupun melanggar lopak dan lobang jalanan yang sangat dahsyat. Lepas tu bawak la si Obit tu drift (la sangat!) dan potong tang konar. Komfem nyaman sekali melayan pemanduan yang membuatkan anda merasa seperti pemandu perlumbaan F1, kan?

Peh!

Tapi kengkawan sekalian, aku bukan bercerita mengenai penyerap hentakan kenderaan. Aku bercerita mengenai penstabil hentakan. Lain tu kawan kawan sekalian. Lelebih lagi bila melibatkan emo. Maklumler, aku kan manusia beremo.

Apa ke taknya aku nak beremo lagik semalam (Muahahaha). Semalam seperti biasa aku suka balik solat zuhur kat rumah semasa waktu makan tengahari. Ohh! Janganlah menjelesi diriku ini. Opis ke umah tu dokek jok. Lam 10min dah blink~@! Sampei. Jadinya bila aku nak parking si Greenie (sebab ayanbunda dan Taro ada di Kuching dan menggunapakai Obit untuk jenjalan) alangkah marahnya aku apabila kereta neraka Honda buruk bewarna kuning itu tetiba kulihat memarkirkan dirinya (ini analogi neraka saja) di tempat asal si Obit selama setahun itu. (Dan kendiannya dihijack secara tidak beretika oleh Jiran dari Neraka). Peh! Kalau Modjo baca ni, komfem dia nanges ni. Sebab apa tau?

Sebab...

Sebab Modjolah si Penstabil Hentakan Emoku (PHE). Aku pun anta mesej berapi kat Modjo. Aku tulis:
>:( B! Jiran syaitan bb kan, dah parking keta neraka kuning dia kt tpt obit! Setan kan?

Modjo balas mesej aku macam ni:
Hep! Xmo ckp cm 2..Cr la tmpt laen sayang..xmo mrh2 dh..Kang jd laen

Sebab hangen emo aku bagaikan taufan Mak Enon (ni aku bagi nama taufan baru),
Bb dah agk dh! Sbb dia xpuasati, tu yg umah bb kena mcm2! Mmg komfem dia punya keje. Slama ni, keta 2 xada kt cni pwon! Dia ada 2 umah k. Bia abah tau. Bb dah ceta kt beliausmalam psl jiran fm neraka neh

And then selepas Modjo tak reply mesej aku, aku pun sms lagik:
Bb nak wat bodo je kt orgtua neh. U r rite. Bb ikut ckp b. Jap nak solat, love u!

Barulah Modjo sudi membalas emo aku yang tah hape hape ini:
Jgn nk cr pasal dh, klau bb mrh2 dia pn api lg truk jd..Xmo cm 2.. Biarla dia melekt kt tmpt parking 2, bb cr tmpt laen ye sayang, b sayang bb

Bila aku nampak ayat melekat tu, and imagine muka jiran yang tak bleh blah itu melekat kat parking, makanya aku gelak kuat giler sorang sorang kat umah. Peh! Imaginasi aku memang tinggi gila. So Modjo really made my day pastuh. Aku happy balik~@! Pastu sebab aku sedo nak jadik bakal wife orang neh, perangai kena ubah kan? So aku balas:

Ok b. Sy yg menurut perintah, yg benar – bb. p/s: b mmg syg kt bb kan? U r truly my emo balancer shayg! Emmuahhs! Thk u hunny bunny bucuk

En. Modjo shaygku pun reply:
Yg ayt dpn2 2 dh wt b tharu dh siap rse nk nangs dh ni, tp npe last word “bucuk?!” spoil la

Aku yang baru pas Zuhur pun tersenyum senyum cam kerang busok. Haila...
Hahaha maka gelakla Encik Modjo lam sms beliau diikuti dengan sms Love u shayg

So korang nak tau kan cemana aku handle mamat saiko jiran path tuh?

1. Aku mesej abah suh dia parking kat lot Greenie yg designated tok umah aku

2. Aku puleyk parking kat tepi blok aku di mana snonye lagi best dan terbaek. Sbb, kalau hujan lebat, aku lari sat je dah sampai pintu Greenie berbanding parking kat depan umah yang agak jauh dari tempat berbumbung. (Potensi tok main hujan lagi besar).
FYI: aku parking betol2 seblah jiran saiko yg dah didesignated untuk dia. (Dia dah hambik 3 parking space berbumbung tmasuk yang satu ni tok dia)

3. Aku hambik gamba Greenie takut jadik pape. Maklum, better be safe than sorrryy

4. Aku happy jok masuk umah sambil nyanyi nyanyi utk dat positive vibe.

5. Lihatlah Greenie kat belakang ni, macam aman jok dia kan? Hehehe


Mana taknya, sejak aku ulang alik Kch-Kl sejak awal bulan 5 sampai ujung bulan 6 kan? Aku perasan beberapa benda yang agak sukar dimengerti seperti:

(Kot ada masa terbuang aku hambik gambo bukti)

1. Depan pintu umahku ada kotoran berminyak, tulang temulang dan hitam hitam. Aku pasan nape stokin aku licin, rupanya, aku terpijak benda ni kat depan pintu umah antara grill dan pintu kayu

2. Paip getah yang sambungkan mesin basuh ke paip atas dia dah hilang. Penat aku carik bawah mesin basuh dan keluar jenguk ke bawah. Tak ada!

3. Air paip washing machine aku terbukak kecik. Padahal aku tak basuh baju pun sebelum tu, aku anta dobi sebab nak cepat basuh dan kering, aku nak bawak gi KL. (ni pasan lepas akubalik dari KL)

4. Pantry aku bersepah dan tunggang langgang. Habis penyapu lidi, penyapu brush keras, pongkes dan tikar getah aku kat atas lantai dalam keadaan ribut taufan.

5. Blinder buluh yang aku buat cover balkoni yang terbongkang luas kat jalan (maklum aku dok kat aras bawah jok) terputus di hujungnya mcm kena gunting. Blinder yang terputus tu, dibalik tiang yang menyambungkan balkoni aku dan juga koridor ruang pejalan kaki blok umah aku. Siap bleh lepak kat celah celah tu hisap rokok (kalau dorang nak buatla)

6. Pantry aku ada tulang ayam berulat ulat dan beranak pinak

7. Tayar depan kiri Obit mencium bumi. Bila gi mekanik, dia kata ada paku beso 4 inci kat celah celah antara tayar dan rim dari belakang. Aku perasan lepas aku kua dari kuarantin H1N1 baru nih. Pelik sebab dah sebulan aku tak pakai Obit. Lama betol paku tu nak kuakan angin tayar Obit enh? Sebelum aku masuk kuarantin di rumah, aku tengok tayar Obit okeh jok. Takde tanda pancit pown? Aku tau sebab aku penah cuba nak start henjin Obit, tapi batt Obit flat sebab lama tak bawak and terdedah keluar bumbung teduhan kat parking lot tuh.

Dahlah Bateriku kong, tayar pulak menyembah bumi...uhuuuu~


Kelihatan serba baru tayar ini. Tupun aku bawak tayar spare tahun 2001 dengan Greenie gi pam angin dulu, import Ah Cun mekanik biasa si Obit untuk dia repair kat umah. Sonang koje den.

8. Jangan cakaplah calar balar segala kat Greenie dan Obit.

9. Cermin sisi Obit terkepak ke depan kereta, bukan ke belakang. Pastu, Viva putih jiran Neraka tu dok paking betol2 dpn si Obit antara umah aku dan paking. Hmm..

Bak kata Modjo. “Bb ni ngade taw. Suka pk yang bukan bukan. Think positive!”
So aku bersangka baek jelah lepas Modjo dah ckp camtuh.

1. Kucing liar yang membawa kotoron itu

2. Paip itu kucing yang membukanya lantas menjinjing dengan mulut beliau untuk bermain seperti seekor hanjing.

3. Aku yang lupa tutup paip tu

4. Ada angin taufan yang tiup belakang umah aku merangkap pantry

5. Ada batu tajam terbang dan terpelanting mencantas benang blinder balconi aku akibat dari tindakan si pemotong rumput. Maklumler, rumah aku rumah bawah.

6. Jiran atas baling makanan nak bagi kucing makan, tapi tak tersengaja masuk kot balkoni pantri rumahku. Tak pun kucing yang bawak masuk pantry sebab pantri tu Cuma digrill aje. Celah mak bedah dia beso.

7. Memang paku tu makan masa sebulan nak flatkan terus tayar Obit

8. Aku yang ganas bawak keta langgar sana sini situ sinun

9. Bebudak main baba chak kat Obit tak sengaja terkepak cermin sisi.

Itu jelah cara nak handle emo aku. Hati tak sakit. Jiwa tak perit. Kotnye Modjo dok kasik bahan tambah MSG + minyak goreng kat aku yang tengah panas membakar lagi berapi naga neh, mau aku bakar keta buruk Honda kuning orang tua saiko itu.

Huuu~@! Alhamdulillah aku dapat Modjo. Si penstabil hentakan emo peribadiku. Shaygnya dia pada aku enh? Shanteknya jiwa Modjo. Cemana Modjo bleh sangat cool dan penyabar? Handalnya dia jaga aku. Bukan saja atas faktor mengisi kesunyian hati aku tapi juga menjaga tingkahlaku dan keperibadian aku.

Disebabkan ini semua ini Ya Allah, aku bertambah tambah mensyukuri nikmatMu. Alhamdulilah...Moga kau satukan jiwa kami dengan izin dan rahmatMu. Aminn...

Saturday, June 27, 2009

Taro Punya Pasal~@!


Disebabkan adik aku yg sorang ni sudeyh mengetag haku, maka aku layankan ajok. Sibbaek En. Modjo dah tido awal. hehehe..

1. Nama kekasih anda

En. Modjo Dean



2. Umur kekasih hati

Dia perasan muda 8 bulan. Hambekla kasik dia menang sekali sekale



3. Insiden pertemuan
Sebab aku bohsan takde mende nak buat jadinya aku kacau sumer YM buddies aku. Little that I've known En. Modjoku ini sudeyh diadd 5 tahun dahulu sejak aku aktif kat Friendster. Friendster dia pun serupa dead and gone cam akaun aku gaks. Muakaka~@!


Masa aku tego dia kat YM ni, kira Hit n Run sebab status dia tu mesti kena mengena ngan sakit. Masa tu dia demam. So aku tego dia, sila makan banyak Vit C dan kuakan peluh. InsyaAllah sehat la tuh. Pastuh aku blah. Aku buat mo 2-3 kali sampai lastly dia msg aku balik sbb dia bengang aku wat camtu. Jadinya, aku pun borak ngan dia from then on. Aku cakap yelah, aku bukan kenal dia pon saja nak say hai hai bai bai gitew. Pastu aku cakapla snonye aku bosan. Then lama lama we all borak and he was a very interesting guy.

Aku rasa dia start ngorats aku masa aku bagi idea aku untuk artwork design dia. Aku cakapla, dulu aku pun designer gaks. So no hal la. Aku rasalah kan, mesti dia fikir aku ni cool chic. Then apa apa yang aku cakap kat dia betul plak tu, as if aku kenal dia cemana. Buat dia fikir banyak hari cemana aku ni ada power ke magik ke CCTV pe boleh pinpoint dia cemana. Ayat tak boleh blah dia masa tu was dia mengaku dia loser sebab takde gf and dah tua. Aku diamkan aje. Sebab aku nak dia tau dia mmg tua hahahaha~@!

Maybe sebab dia ni aku observed sangat sharp and smart, kreatif and macam macam, makanya ada sexual attraction kat situ. Chemistry sangat kuat sampai we all dok beat around the bush for some time, hari hari online berejam sampai ke subuh hokeh. Banyak benda we all borakkan. Antara benda yang sweet dia buat ialah menemankan aku kerja sampai jam 4 pagi (snonye, keje dan nyelam) di samping hint perasaan dia thru lagu dia letak kat status dia. Pastu setiap kali aku on9 je, dia akan kata "Yay~@! You dah on9!!!" obviously dia tgh tunggu aku lah kan?

Aku ingat lama lagi la dia nak ngorats tapi disebabkan aku ni tershilap, maka aku terkantoikan diri kata (secara tak langsung) aku suka kat dia. And you know what? Aku lari tutup YM and dia sms aku cakap nape aku kua YM. Aku cakaplah aku dah termalu beso. And dia pujuk aku masuk balik. And tanya whether apa aku cakap tu issit true? Aku kata yes. And dia pun baru nak ngaku memang dia suka kat aku since aku memula borak ngan dia dulu. Cheyh! Lelaki ni. Apa punya slow la nak cakap terus terang. Hikhikhik.


4. Kelebihan dia di mata anda
Menjadi diri dia je dah menjadi satu kelebihan yang sangat besar. Honest. Transparent. Sweet. Caring. Manja. Sensitif. Gentleman. Loving. Kreatif bangat. Humble. Bijak (baru aku tau after 4 months, dia snonye ada degree in Psychology, selama ini dia dok kata dia cuma belajar kat Ins Kemahiran Mara jok). Dia bertanggungjawab pada adik adik dia. Kata kata dia tak pernah annoykan dan sakitkan hati. Dia tak poyo. Dia cool je. Romantik. Dan yang paling terkesan ialah cara dia step by step mengorats aku. Dari YM selama sebulan, then baru nak mintak fon number, then sms, then 17hb 3 tak silap, dia call aku secara sangat unik (ni rahsia), then bila aku datang KL lagik masa bulan 4, dia suruh adik dia jemput aku. Padahal tak penah jumpa sebelum ni, tak bagi aku naik limo. Dia pegang pada kata kata. Aku ingat lagi bila aku cakap aku takkan jumpa dia selagi dia tak jumpa my parents hah ko! Ambik! Betul betul dia pegang sampai sekang. Padan muka aku. Lagi? Dia libatkan adik badik dia untuk borak and mesej aku. And aku pun baru tau yang adik aku si Dilot ada chat ngan dia. Piko and Taro pun pernah sms dia. He is lightyears The Best for me insyaAllah...


5. Harapan
Bak kata dia gak, kalau boleh nak kawen cepat. Hikhikhik. Sebagai bakal isteri solehah, aku menurut perintah jok~@! InsyaAllah...doa doakan la kami yek.


6. Gambar kekasih hati

Ini ialah my shayg Modjo bersama adik beliau, Ena. Shomel kan dorang masa kecik? Agak agak anak aku nantik akan shomel camni tak? Alalala...tak sabarnye nak kawen neh! Alahai En Modjo..cepatlah~@!


Nama manja anda?
  • Chee
  • (antara aku dan Modjo tu malas nak publish kang kata aku poyo plak kuakuakua)

Anda seorang yang:
Emo. Unik. (dan biarlah Modjo je yang appreciate aku yang tah pape neh)

Insan teristimewa? Describe apa yang membuatkan dia terlalu istimewa dimata anda:
Dah cakap untuk soklan nomor 4 di atas. Malas nak ulang. Hikhikhik

Lagu kesukaan anda:
Lagu yang Modjo nyanyi & bagi aku masa ngorat sumer aku suke. Termasuklah Womanizer versi dia ngan gitar akustik yang dia kedekut maksima takmo bagi aku! Hoh! Kedekot!

Makanan kesukaan anda:
Semua yang Mama dan aku masak (eh of kos la kan!)

Warna kesukaan anda:
Sekang aku suka putih. Dum du daaa..
Tapi snonye aku suka banyak warna la.

Sikap yang membuatkan anda stress:
Bahasa orang yang menegur tak kena daaa...bila marah dok tuang minyak .
Hmmm...tapi tulah sibbaik ada balancer aku.

Tiga 15 benda yang mesti dalam henbeg anda :
(Sori 3 benda ni mcm minimalis sgt. Ni semua mesti ada lam henbegku yang besar itu)

  1. Henfon dedua mesti ada - 1 tok on9, yg classic slim tok calling calling
  2. Purse
  3. Lipstick
  4. Pen
  5. Buku nota kecik
  6. Tisu
  7. Buku Ceta
  8. Bedak muka
  9. Tisu Makeup Remover
  10. Eyeliner
  11. Blusher
  12. Business Card
  13. Flashdrive
  14. kunci rumah
  15. kunci keta


Kali terakhir anda menangis dan kenapa :
Malam sampai ke subuh semalam. Sebab emo mendak.

Okeh. Dah siap jawab tag kamu Taro~@!
R U Enjoice?