Haih.
Tah hape hape aku buat barang 2 hari aku dah cuti ni kan? Pemalasnya Ya Rabbi! Dari semalam bukan buat apa pun, berlingkar atas katil, bersungguh sungguh nak habiskan buku Should we Tell the President oleh pakcik Jeffery Archer. Sampaikan nak makan pun malas. Mandi? Ha mandi je rajin sebab aku pun tak suka badan melekit weh! Yang lelain takmo komen. Dah namanya malas kan? Ish ish ish. Sebbaik mak aku kat KL, kalau tak harus kena beberapa das tembakan mulut. Hehehe...pepehal saya sayang mama saya! (mood rindu nih)
Okeh.
Cukup pasal kemalasan diri sendiri. Aku dah ingat akulah perempuan malang yang bershoping sesuka hati di bawah pengaruh iklan dan musim pakaian baru masuk dan nafsu meningkatkan koleksi lens lomo dan filem lomo dan konon mahu cantik maka terbeli alat mekap yang mahal. Ni semua sebab kesian kat perempuan sales yang cantik tetapi mengandung dan pandai memujuk (iman ini lemah).
At the end of the day, duet gaji recycle balik kepada kad plastik. Jadinya, makcik ni tak dapatlah ber enjoice. Ha. Ha. Ha. Untuk menambahkan garam ke atas luka ini, claim perjalanan pula dilambatkan oleh orang orang tertentu disebabkan malas mahu berkomunikasi. Dibiarkan saja borang claim yang dibuat sejak awal bulan 4 dulu di bawah lampiran kertas lain di tray "masuk". Terbaik! Dan dan aku bising, baru nak tunjuk ooo kena isi borang ni...oooo bil ini kena kepil. Tahulah organisasi tu baru diubahsuai, orang terdahulu tu kan dah dibrief? Aduh. Panas memang panas. Tapi panas tak selesaikan apa apa. Ketuk sorang sorang baru berjalan. Mintak mahaplah ye kalau mulut ini membebel. Tahan jelah telinga anda itu.
Pulak tu dapat berita, aku tak dapat penempatan KKP sebab aku tak cukup fit dan jelita. Maklumlah, nak main badminton kat sini, kena ada darah Iban. Baru diorang nak ajak kau main. Tak pun, sebab dah takde orang, baru diajaknya kau. Bagos. Maka, skil aku yang dulu masa kat Sirim dah karat habis dan aku pun pancit dalam kadar luarbiasa cepatnya. Sedih. Tapi aku redha, aku memang tak fit. Aku fat (tapi Mak Tan dulu lagi mantop badan beliaw tapi beliaw lebih fit dari aku, walaupun umur dah 55 tahun! Sekadar swim 10 lap non stop tu beliaw tadehal hokeh! ---so sebenanya aku mmg tak fit sejak azali)
Kendian, laptop pula membuat perangai mengadanya. Kerana sedikit mengong disebabkan IE8, maka ada orang yang sangat pandai cuba menginstall kembali XP (ye, aku pakai XP lagi) dan segalanya jadi mengong sehingga terpaksa direformat dua kali. Ye. 2 kambeng kali.
Jadi, aku ingat aku malang. Malang sangat sampai mood aku merudum piuuuunggg jatuh gaung. Oh sedih.
Sambil bosan menunggu orang genius itu dengan laptopku maka aku pun lepak pantry buat pandai kopi panas dan merenung keluar mencongak congak macam macam. Tetiba kan, terpandang seseorang berpakaian putih duduk menyelongkar plastik sampah hitam di belakang KFC.
Aku dok tenyeh mata.
Ini antu ke apa ni? Kenapa beliau selongkar plastik sampah?
Lepas tu kan... aku tengok dia dok keluarkan ayam goreng KFC wok!
pastukan, dia dok asingkan ayam ayam tu (aku rasa haruslah tinggal tulang temulang kan?) dan masukkan ke dalam plastik lain. Itulah yang dibuatnya dok selongkar sampai 2 plastik besar. Dah habis tu, dia dok carik kat tong sampah lain. Maklumlah belakang ofis tu, punya banyaklah tong sampah kan? Dah habis selongkar dan asing, dia tunggu pulak restoran restoran lain punya sampah.
Aku terus terasa macam ada orang tampar aku kiri dan kanan. Aku sibuk fikir pasal aku, tapi aku tak nampak orang lain nak makan sampai sanggup selongkar sampah! (T____T) ohh! sedihnya.
Dan aku punyalah bangang, baru terfkir nak ambik gamba..
Tengah selongkar tong sampah
Tengah selongkar sampah
Tengah selongkar tong sampah lain
Tulah dia hasil pencarian sisa ayam yang mahu dibawa pulang. Untuk makanan anak-anak beliau kah?
Oh!
Aku menjadi sangat sober untuk ini semua.
Aku fikir aku malang.
Tapi aku best sebenarnya. Aku masih boleh menaip blog sambil menonton astro dan minum air oren twister.
Tapi entah entah aku memang malang sebab aku tak bersyukur dgn Allah?
Aku diberi banyak benda olehNya.. Kerjaya yang best, boyfriend yang sangat memahami dan menyayangi aku walaupun aku mereng, emo dan gila (tak masuk lagi gemuk dan malas), ada mama dan abah yg best, famili agak mereng lah kengkadang tapi itulah warna warni hidup aku.
Takpe.
Yang penting aku dah sober.
-_______-"
No comments:
Post a Comment