Pages

Showing posts with label Cereka Chenta. Show all posts
Showing posts with label Cereka Chenta. Show all posts

Wednesday, May 27, 2009

Skodeng Chenta~@! (Apekah?)

AMARAN MENGADA NGADA:

Aku blog guna bahasa sesedap rasa aku. Aku melanggar segala bentuk dan peraturan bahasa Malaysia dan juga Bahasa Kolonial. Sebab: sukati aku lah kan? Bukan aku nak dapat A pun hatta nak karang buku novel pown. Kepada korang yang sedang belajar di sekolah, gunalah bahasa Malaysia dengan betul.

Mesej awam ini dibawakan khas kerana gembira memakan Sambal Daging Bonda. Aku tidak mahu bertanggungjawab jika korang fail bahasa Malaysia. Dah syoh syoh~@!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

{lagu latar: cepat cepat - Jac}


Kuakuakua...~@!

Nak tau?
Aku nyanyi lagu ni live kat Modjo malam semalam. Aku nyanyi, pastu dia dok koruskan
lalala tak dengar.... lalala tak dengar
Aku nyanyi je cam selamba tak kesah gangguan speaker dia. Pastu tah tetibe dia sebuk nak koruskan
cepat cepat...cepat cepat....cepat cepat
itu jelaaa yang dia dok korus (ni kira dia dah bengang la dia kacau aku nyanyi tapi tak berjaya, muakakaka)

Ahhhh...bestnya la bulan 5 ni enh? Besides sudah menjadi tua kerepot cam makcik (ye, ye aku tau so what? Ada aku kesah?) bulan 5 ini juga menyaksikan aku ulang alik ulang alik merentas seberang laut sesukati aku. Maklumler, aku udah atur training aku baek punyek. Sejak 22hb tuhari, aku sangatlah bahagianya!

22hb aku touch down KLIA dan terus balik ke rumah. Kali ni, aku takmo Ella amik aku sebab dia tengah praktikal jauh di sudut KL. Makanya, aku sangat teruja nak lepak dengan dia dan LiNa kat NZ (bukan tempat LiNa baru melawat haaa) malam tu. Tujuan utama aku sebenarnya nak beli bantal kekabu aku yang dah lama terburai segala tok nenek isi perutnya di Kuching. Tak sangka pulak ada jual kat NZ. LiNa kata kat Kelantan termasuk yang bantal peluk dan adik beradik dia, LiNa beli cuma RM25 jok! Peh..

Ok. Berbalik pada cerita NZ, aku pun dijemput dengan seronoknya oleh LiNa maklumlah. Hehehe moto baru nak? Borak punya borak, Ella call tanya aku kat mana. Bunyi cam kelam kabut jek. Aku kata ek elee. Cool lah aku dah nak dekat simpang NZ. Carik parking punyalah payahnya. Ada plak satu parking, dah terhimpit dek motor. Masa nilah, aku macam terpandang satu wajah yang sangat familiar tapi tak dapat nak fikir lama sebab aku terpandang satu couple nak kena pelampang baru parking Satria dia kat satu spot nih. Ada ke patot couple tu, pompuannya pakai tudung dok bercomolot dengan gembira di dalam kereta lepas parking? Pehhhh panas telinga aku tengok. Kok ye pon korang nak buat maksiat jangan bagi aku tengoklah wei! Me being me, aku buat sesuatu pun (LiNA: ko jek tau) dorang bleh selamba sambung comolot? Pehhh....malas nak tengok lagi, LiNa dok cari satu spot yang agak jauh dari situ. Makanya lepas dah parking, LiNa ajak tengok jap survey pukul berapa gerai bantal kabu tu tutup and survey harga lebih kureng.

Makanya, aku dan LiNa pun berjalanlah cari Mek Ina dengan familinya. Masing masing muka lentok keletihan. Aku pun dah nampak Ella ngan balak mana tah. Aku suh dorang join meja Mek Ina sebab meja dia panjang. Order air dan borak borak gedongding aku pun bagi Mek Ina ikan terubuk yang beliau pesan. Peh berat tu beb. 6 ekor hokeh! (Tapi sebab aku gak yang ajar dia beli ikan terubuk, tak dapeyk nak mark up la)

Sambung borak ngan Ella and Perez. Gedongding makanya aku dah ngantuk nak balik umah. Masa ni, Ella suruh aku ikut dia ke kereta dia untuk memberi aku SD card yang dibeli Modjo. Yelah. Aku saja je ngada nak suruh dia belikan SD card yang dah hilang masa kelam kabut naek Airsux tuhari. Harus dia ganti double. Dari yang biasa 2GB, dia dok belikan aku 4GB SD HC. Hmm..aku tau lah dah murah sekang. Haih! Shayang aku nih..~@!

Sebelum balik, aku sempat beli satu bantal kabu hijau dan satu bantal peluk kecik. Balik tu aku dok cerita secara sepintas lalu kat LiNa pasal Modjo. LiNa kata, aku rasa entah entah Modjo ada kat sana sebab tempat tu seswai no nak menyorok and blend in. Aku kata, hmmm tak mustahil.

Sampai umah je. Hmm..
Modjo telefon aku and tanya
Hmm...tadi shayang bagi mamak tu kertas oren enh?
OMG!!! Gerammmmnyaaaaa~@!

Komfem LiNa betul. Modjo ada all the while aku datang sampai aku balik NZ. Dia dok peratikan aku dari jauh. Tempat strategik dia kat beberapa langkau belakang tempat original Ella duduk so dat memang sengaja dia position aku kat situ so that dia boleh tengok aku terus. Ella pulak serba salah nak bersekongkol dengan Andeh (Modjo la ni) dia sebab kesiankan aku. Memula tu aku agak hangin la jugak kan? Nape plak jadik boipren tak bleh say hi ke kat aku? Nak sekodeng dari jauh kunun. Tapi kan, lepas LiNa ingatkan aku

Beb! Tak boleh salahkan dia beb. Ko gak yang letak syarat, kalau nak jumpa ko, dia kena jumpa parents ko dulu. Ni kira Modjo kreatif la ni. Tak tahan rindu kat kau tapi tak boleh nak jumpa parents ko. So dia buatlah cara lain. In a way, dia still pegang pada janji la.

Adeyh.
Menyesal pun ada letak syarat camtu. Tapi aku dah serik la dengan orang dok memainkan hati dan perasaan aku yang sangat sensitip ini. Makanya aku letak syarat camtu kat Modjo. Knowing Modjo, aku tau, dia ni perfectionist dan follow step by step punya orang. Buat apa nak gelojoh? Tapi disebabkan dia rindu kat aku, maka dia ada priviledge buat camtu. Tak pernah la orang yang sayang aku bangat cam dia. Kalau lelaki biasa ni, harus gelojoh jumpa aku there and then. Paling tidak pun tergesa gesa jumpa parents aku. Dia ni, still ada step by step lagi. Dia perfectionist nak jumpa mama abah dalam keadaan dia tak kelam kabut, dia sehat walafiat, dia takde masalah lain dan setelah beberapa langkah dia dah buat tok aku (tak taulah apokobondonye).

Kebesokannya:
Modjo pepagi dah bangun nak borak ngan aku. Dia kata,
hari ni u tengok wayang ngan Ella enh?
Haah
ceta apa?
Star trek kot?
OooOOooOOo
Nape?
Ala...rajin bertanya tak sesat jalan kan?
Ek elee shayg ni. Tah pape tah. U buat apa nanti kang?
Keja la shayg...

gedongding gedongding, dia tanya aku nak dia call kan Ella ke pasal appointment we all? So aku brief la dia haah. Jam sekian, tempat sekian.

Sebab aku pun tak percaya penyampaian mesej yang berkesan makanya aku pun call Ella sendiri. Aku tanya ada Andeh call tak? Ada. Peh. Sebaik aku cek balik. Kalau tak harus minah tu lambat tengok movie ngan aku.

Gedong ding tah cemana kol 1 kami pun baru terhegeh hegeh nak masuk. Tepat jam 1pm, Modjo pun mesej tanya aku tengok ceta apa. Aku kata Star Trek. Tah cemana lah aku boleh rasa, dia ada dalam tu. Rasa berdebar semacam nak luruh jantung aku. Padahal aku pegi ngan Ella. Buat apa semua tak kena. Maklumla malam tadi dia dah peratikan aku punya perangai. Modjo kata dia suka tengok aku gelak, aku cakap, aku marah mamak, pendek kata semua pasal aku. Aku angin la sebab kira tak acilah dia boleh tengok aku tapi aku taktau dia minum cemana, makan cemana, jalan, cakap, even tinggi dia pun aku taktau. Huwaaaa~@!

Apa?
Korang ingat selama ni aku gi dating ke? Aku tau Modjo kata aku tinggi paras bawah telinga dia (OMG! Aku pendeks). Dia kata makin dia tegok aku, makin dia rindu lagi ada. Ek elee...kalau camtu aku takmo ah jumpa dia lagi. Kang aku rindu banget kang camne?

Dibuatnya cerita kan, Modjo dok sms aku lepas movie. (Sebab dia tak angkat fon and tak balas mesej aku, menambahkan saspek tahap polis aku ni). Dia sms tanya
Kenapa shayg pandang pandang belakang? Carik B enh?
Ek eleee perasannya! Sapa tah nak carik B (aku tipu je)
Hhehe... eleh! Nampak sangat!
Tapi kan mana B duduk enh? Nape tak nampak? I tanya Ella pun dia tak nampak.
Hehehe...
Geram betollah!
Tadi masa I call u tadi, u ke yang batuk tu?
Hehehe...
Ya Rabbi! I dah saspek dah! I cakap kat Ella, if ada orang batuk sekali lagi, memang i carik.
U tak tau betapa siksanya i nak cover batuk tau!
Sapa suh?

So itulah dia. Modjo yang nakal. Aku tanya dia bilanya dia nak jumpa mama & abah? Dah hint banyak kali pun, dia kata, insyaAllah. Aku tanya lagi, bila nak masuk minang? Dia kata, insyaAllah, dia kata jap jap nanti dia pegilah. Haih! Geram hokeh!

(malas nak blog detail detail sebab aku ngantuk)

p/s: besok balik Kuching. Pastu aku datang balik KL. Pastu cuti Gawaiiii~@!Yabeda beduuu

Thursday, April 16, 2009

Sambungan Beginikah? Episod Terakhir

{dalam kereta sambil menyanyi lagu rock kapak}

Adik kata nak makan aiskrim kan?
Haah
Okeh. Jom kita pegi McD Airport. Sana ada 24jam.
Okeh.

Adik!
Ye...
Jom kita gi *toot* nak?
Ada ke yang bukak?
Ada...ada...! Kta pegi yang dekat ngan umah punya...
Okeh! Joms

{di tempat kejadian}
Beberapa jam kemudian setelah beremo sesama sendiri di sana. Kami pun pulang kecapekan.
Peh! Penat sey.

Messenger yang sengaja aku on kan dari petang tadi kelihatan sunyi. Jam telahpun melewati segala waktu normal untuk tidur. Piko pun sudah lena diulit mimpi dek kerana kepenatan mengikuti keemoan aku malam itu.

Aku risau. Sesungguhnya. Sangat berat dada poros ini memikirkan tentang dia. Adakah dia ok? Lama aku memikirkan tentang dia sehingga timbul ilham untuk menulis. Sempat lagi sebelum mata ini lelap, aku sms dia, "I hope you're okay. I really miss you..." Lambat laun, akibat kepala yang semakin berat aku pun tidur selepas solat subuh.

Lewat tengahari selepas mendapati cuaca terlalu panas di bilik, aku bangun tidur dan keluar menegur Piko. Hajat dihati mahu beremo ke Pantai Santubong. Tetapi tiba-tiba, Teet teet~@!

(Cannot be shown to public)
-received 11:08:24am-
12042009

Terkedu aku seketika. Mesej tadi dari nombor telefon adik Modjo. Tak tahulah si Ejam atau Ena. Aku terus menakup mulut dan beristighfar. Padanlah aku tidak boleh tidur sampai lewat pagi. Padanlah rasa tidak sedap hati sejak petang kelmarin. Aku ingat aku okey bila bercakap dengan Modjo. Tapi dek kerana rindu + risau+ terkejut maka aku hiba dah terus menangis. Modjo katakan pada aku dia tidak ada apa apa yang perlu dirisaukan. Dia okey. Mana aku tahu jika aku tidak melihatnya dengan mata kepala aku sendiri. Aku suruh dia berjanji untuk ke klinik kerana dia begitu degil dan berlagak macho.

{bla bla bla >>> Fast forward}

Modjo kata dia mahu uji hati dia tentang aku. Adakah dia boleh buat dek je pada aku beberapa jam? Dia juga mahu uji aku jika aku senang give-up dengannya. Rupanya, kata dia, selepas melihat aku di FB, dia tanya aku pukul berapa aku melihat bulan? Aku kata sekitar sebelum tengah malam. Aku kata, aku tengok bulan kerana aku rindukan dia. Kata Modjo, dia pun lihat bulan pada waktu yang lebih kurang sama denganku. Rupanya dia tak keruan jika tidak berhubung dengan aku. Saja mahu uji tahap keegoan dia. Tapi ternyata dia sendiri yang makan hati (sebab dia kata dia balik kejap dalam jam 1pagi aku buat dek kat messenger, sedangkan masa itu aku bersama Piko). Bila dia seakan merajuk, tu yang dia keluar untuk makan hati seorang diri di Bangsar ketika kejadian yang membuat aku menangis itu berlaku.

Masing masing cam orang gila bawak diri, makan hati, rindu, risaukan pasangan masing masing. Tapi sebab nak uji tahap chenta hati kan ke dah menyiksa diri sendiri? Padan muka aku dan Modjo. (Tapi sumpah! Lepas tu, terus dia tobat takmo buat dah. Bertambah sayang pulak aku kat dia dan dia pada aku...)

Haihhh....
(Modjo: saya rasa awak kena kahwin cepatlah.)

Sekian. Episod anti-climax ini ditulis secara malas oleh Taichee Chenta Gilak Modjo.
(korang jangan salah anggap yang bukan bukan pulak, sebab tu aku buat susulan cerita ni. Aku ngan dia still going on strong, insyaAllah! Sampai ke syurga, aminnn aminnn ya robbal a'lamin)

Friday, October 24, 2008

+..Cerita Pendek Sipatah Hati..+


Kalau orang perempuan patah hati/ berdukacita maksima/ terluka yang sangat mendalam, bagi seorang Muslim,

1. Bila masuk waktu solat, dia akan solat sungguh Sampai berlinang airmata.

2. Bukan saja solat fardu, malahan solat sunat. Asbab dia rasa tak cukup sekadar solat fardu.

3. Bila berdoa, suara dia sayu dan hiba. Airmata semasa solat tidak akan kering malah bertambah laju seperti sungai

4. Tak cukup rasanya mengadu kat Allah Taala soal patah hati dan sedih lalu dia gapai Al-Quran dan mula membaca. Terutama surah Ar Rahman, walaupun matanya kabur nak membaca peninggalan Kekasih Allah itu. Kabur sebab terlalu banyak menangis...


Antara waktu solat, sudah puas dia tidur, termenung, menangis bagai. Tapi sampai bila? Elok dia keluar ambik angin, bawa kereta laju laju sekadar melepas geram. Jadi hilang sikit rasa sedih dan pedih, tapi rasa puas.


Sampai di shopping complex, kakinya melangkah ke musolla dulu. Walau dia sedang berpuasa, tapi di dalam kekelamkabutan, terlupa dia akan sebotol air mineral di atas meja. Tidak mengapa, katanya. Selepas ini pun dia akan cari comfort food dia - Kodomo Bento dan Sup Miso. Pasti ada aiskrim. Maklumlah portion budak. Aiskrim tu diberi pada seorang kanak kanak Cina yang sedang asyik menunggu sushinya di conveyor belt. Budak itu kata, " Terima kasih" dalam Bahasa Malaysia sambil melompat gembira dan menunjukkan aiskrim dia kepada neneknya. Tersenyum sipatah hati melihat budak tu. Sekurang kurangnya, sipatah hati dah memberi kegembiraan padanya walaupun setoet cuma.


Sipatah hati berlegar legar tanpa tujuan di shopping complex bagai seorang wanderer. Tidak ada hutan nak dikembara, tidak ada sungai dan air terjun untuk dimandi, tidak ada laut dan pantai untuk dia memuji keindahan ciptaan Ilahi. Terjumpa lagi sebuah kedai menjual aiskrim kegemarannya lalu makan dia seorang diri menikmati aiskrim tersebut sambil menonton keletah ibu dan anak perempuan comelnya. Sambil si suami duduk membaca suratkhabar di meja.
Ahhh... Alangkah bahagianya mereka. Walau apa pun gelojak hidup melanda, hatta benda remeh temeh seperti kereta rosak, sehinggalah ke benda mencemaskan pabila sikecil jatuh sakit...kepada soal hidup berumahtangga lain yang kadang memeningkan kepala suami isteri. Mereka tetap hidup berkeluarga, bahagia bersama. Hidup bersama. Masalah dikongsi bersama. Walau sesibuk mana pun mereka berdua keluar mencari rezeki, pasti dirumah syurga menanti, penuh mawaddah, penuh rahmah.

Sipatah hati tersenyum pahit. Tidak, dia bukan cemburu. Dia cuma mengenangkan diri yang sepi, sunyi sendiri. Sipatah hati hampir ada segalanya, kecuali cinta seorang suami. Terasa diri ini kosong tanpa teman berkongsi cerita, impian dan harapan. Sipatah hati tahu, hidup mesti bertunjangkan iman dan beralaskan taqwa. Sabar menghadapi segala ujianNya, kerana setiap ujian itu pasti sesuai dengan kekuatan hambaNya. Kerana hanya Allah yang Maha Mengetahui. Soal jodoh itu rahsiaNya.
Sipatah hati menangis lagi. Bergenang airmatanya buat keseribu kali. Bukan saja matanya yang mengalir air hangat membasahi pipi tetapi juga hatinya yang dirasa semakin kecil, semakin remuk sekali. Pasti doa kudus yang diajukan pada Ya Rabbul 'alamin agar dikuatkan hati dan dipelihara iman ini. Agar tidak goyah buat kesekian kali. Agar cinta yang ahad itu kekal abadi, sekalipun sipatah hati pergi tanpa seorang suami mengadap Ilahi.

Berbaloikah sipatah hati berkorban hati untuk melihat orang yang disayangi bahagia dan gembira seperti sibudak cina tadi?
Namun sipatah hati tahu, tidak mungkin ada orang yang bisa memahami dan mengenal hati halus dipatah hati..hanya Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang saja bisa mengetahui.

Sipatah hati meneruskan perjuangan sendiri. Sebelum dirinya melalut lagi, sebiji Chicago Beef 1901 dirembat pergi untuk sahur di pagi esok harinya. Cinta tak bermakna tanpa pengorbanan. Adakah sipatah hati akan bahagia pabila diri dia sendiri tersiksa? Sedangkan niat sucinya hanya untuk melihat orang tersayang gembira bahagia.

Sipatah hati bukan Maria dalam Ayat ayat Cinta. Sipatah Hati juga bukan Aisha si mata cantik milik Fahri.
Sipatah Hati hanya seorang gadis biasa, tidak punya harta apa. Sipatah hati tidak punya rupa paras atau memiliki ciri ciri wanita yang penuh kelembutan. Sipatah hati sudah lelah. Lelah amat meneruskan perjalanan seorang diri, terdedah dengan fitnah dunia dan manusia. Tapi sipatah hati punya tujuan di bumi asing ini. Walau hidup seorang diri, tanpa bantuan semangat dari cinta seorang suami. Dia tetap ada kedua orang tua.

Selain Allah, rasulNya dan kitabNya...sipatah hati masih ada ibu bapa.I
tulah harta yang ada padanya. Itulah yang membuat diri bangkit dari duka nestapa. Hilang sementara, apa yang terbuku di minda dah dada.

Berilah peluang untuk sipatah hati memberi bahagia kepada mereka. Sebelum Yang Maha Pengasih mengambil mereka pergi, izinkanlah sipatah hati memberikan kebahagiaan kepada keduanya, baik dari segi kerjaya ataupun berkeluarga akhirnya.

InsyaAllah. Tidur sipatah hati bertemankan Ar Rahmaan dan esakan lagi. Berbantalkan zikir dan selimut tasbih. Allahu Rabbi!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails