Friday, October 24, 2008
+..Cerita Pendek Sipatah Hati..+
Kalau orang perempuan patah hati/ berdukacita maksima/ terluka yang sangat mendalam, bagi seorang Muslim,
1. Bila masuk waktu solat, dia akan solat sungguh Sampai berlinang airmata.
2. Bukan saja solat fardu, malahan solat sunat. Asbab dia rasa tak cukup sekadar solat fardu.
3. Bila berdoa, suara dia sayu dan hiba. Airmata semasa solat tidak akan kering malah bertambah laju seperti sungai
4. Tak cukup rasanya mengadu kat Allah Taala soal patah hati dan sedih lalu dia gapai Al-Quran dan mula membaca. Terutama surah Ar Rahman, walaupun matanya kabur nak membaca peninggalan Kekasih Allah itu. Kabur sebab terlalu banyak menangis...
Antara waktu solat, sudah puas dia tidur, termenung, menangis bagai. Tapi sampai bila? Elok dia keluar ambik angin, bawa kereta laju laju sekadar melepas geram. Jadi hilang sikit rasa sedih dan pedih, tapi rasa puas.
Sampai di shopping complex, kakinya melangkah ke musolla dulu. Walau dia sedang berpuasa, tapi di dalam kekelamkabutan, terlupa dia akan sebotol air mineral di atas meja. Tidak mengapa, katanya. Selepas ini pun dia akan cari comfort food dia - Kodomo Bento dan Sup Miso. Pasti ada aiskrim. Maklumlah portion budak. Aiskrim tu diberi pada seorang kanak kanak Cina yang sedang asyik menunggu sushinya di conveyor belt. Budak itu kata, " Terima kasih" dalam Bahasa Malaysia sambil melompat gembira dan menunjukkan aiskrim dia kepada neneknya. Tersenyum sipatah hati melihat budak tu. Sekurang kurangnya, sipatah hati dah memberi kegembiraan padanya walaupun setoet cuma.
Sipatah hati berlegar legar tanpa tujuan di shopping complex bagai seorang wanderer. Tidak ada hutan nak dikembara, tidak ada sungai dan air terjun untuk dimandi, tidak ada laut dan pantai untuk dia memuji keindahan ciptaan Ilahi. Terjumpa lagi sebuah kedai menjual aiskrim kegemarannya lalu makan dia seorang diri menikmati aiskrim tersebut sambil menonton keletah ibu dan anak perempuan comelnya. Sambil si suami duduk membaca suratkhabar di meja. Ahhh... Alangkah bahagianya mereka. Walau apa pun gelojak hidup melanda, hatta benda remeh temeh seperti kereta rosak, sehinggalah ke benda mencemaskan pabila sikecil jatuh sakit...kepada soal hidup berumahtangga lain yang kadang memeningkan kepala suami isteri. Mereka tetap hidup berkeluarga, bahagia bersama. Hidup bersama. Masalah dikongsi bersama. Walau sesibuk mana pun mereka berdua keluar mencari rezeki, pasti dirumah syurga menanti, penuh mawaddah, penuh rahmah.
Sipatah hati tersenyum pahit. Tidak, dia bukan cemburu. Dia cuma mengenangkan diri yang sepi, sunyi sendiri. Sipatah hati hampir ada segalanya, kecuali cinta seorang suami. Terasa diri ini kosong tanpa teman berkongsi cerita, impian dan harapan. Sipatah hati tahu, hidup mesti bertunjangkan iman dan beralaskan taqwa. Sabar menghadapi segala ujianNya, kerana setiap ujian itu pasti sesuai dengan kekuatan hambaNya. Kerana hanya Allah yang Maha Mengetahui. Soal jodoh itu rahsiaNya. Sipatah hati menangis lagi. Bergenang airmatanya buat keseribu kali. Bukan saja matanya yang mengalir air hangat membasahi pipi tetapi juga hatinya yang dirasa semakin kecil, semakin remuk sekali. Pasti doa kudus yang diajukan pada Ya Rabbul 'alamin agar dikuatkan hati dan dipelihara iman ini. Agar tidak goyah buat kesekian kali. Agar cinta yang ahad itu kekal abadi, sekalipun sipatah hati pergi tanpa seorang suami mengadap Ilahi.
Berbaloikah sipatah hati berkorban hati untuk melihat orang yang disayangi bahagia dan gembira seperti sibudak cina tadi? Namun sipatah hati tahu, tidak mungkin ada orang yang bisa memahami dan mengenal hati halus dipatah hati..hanya Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang saja bisa mengetahui.
Sipatah hati meneruskan perjuangan sendiri. Sebelum dirinya melalut lagi, sebiji Chicago Beef 1901 dirembat pergi untuk sahur di pagi esok harinya. Cinta tak bermakna tanpa pengorbanan. Adakah sipatah hati akan bahagia pabila diri dia sendiri tersiksa? Sedangkan niat sucinya hanya untuk melihat orang tersayang gembira bahagia.
Sipatah hati bukan Maria dalam Ayat ayat Cinta. Sipatah Hati juga bukan Aisha si mata cantik milik Fahri. Sipatah Hati hanya seorang gadis biasa, tidak punya harta apa. Sipatah hati tidak punya rupa paras atau memiliki ciri ciri wanita yang penuh kelembutan. Sipatah hati sudah lelah. Lelah amat meneruskan perjalanan seorang diri, terdedah dengan fitnah dunia dan manusia. Tapi sipatah hati punya tujuan di bumi asing ini. Walau hidup seorang diri, tanpa bantuan semangat dari cinta seorang suami. Dia tetap ada kedua orang tua.
Selain Allah, rasulNya dan kitabNya...sipatah hati masih ada ibu bapa.Itulah harta yang ada padanya. Itulah yang membuat diri bangkit dari duka nestapa. Hilang sementara, apa yang terbuku di minda dah dada.
Berilah peluang untuk sipatah hati memberi bahagia kepada mereka. Sebelum Yang Maha Pengasih mengambil mereka pergi, izinkanlah sipatah hati memberikan kebahagiaan kepada keduanya, baik dari segi kerjaya ataupun berkeluarga akhirnya.
InsyaAllah. Tidur sipatah hati bertemankan Ar Rahmaan dan esakan lagi. Berbantalkan zikir dan selimut tasbih. Allahu Rabbi!
Labels:
Aku Yang Merantau,
Cereka Chenta,
LUKA...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Test komen box baru. lalalala~@!
blog aku kamma mak tadek..
BT:
Kamma link nya? Aku klik link kau tadek?
Wahai sipatah hati,
Dek bersangka baik terhadap Allah, aku kagum terhadapmu, sungguh mulia hati mu & kukuh pendirian mu. Semuga Allah menambahkan kebijaksanaan dalam dirimu & hanya kepadaNyalah kita memohon pertolongan dan bertawakkal.
Hamba Allah seperti mu
Post a Comment