Pages

Sunday, October 26, 2008

+..Minggu Kelukaan..+..



Huhuhu..


Fuhh...~@!

Akhirnya. Segala widget dan tah hapa hapa yang aku fokus sejak domenjak kebelakangan ni menjadik jugak! Alhamdulillah.

SUKSES!

Dari pagi lepas subuh semalam (sebab hari ni dah Ahad). Entah kenapa tenaga keupayaan terpendam aku semua terkeluar membuak buak, walaupun aku berpuasa makan hotdog 1901 aje. Heee~@!

1. Basuh kain, sidai kain
2. Basuh 2 cadar katil
3. Basuh semua kain lap kat umah
4. basuh rug hijau (sebab air milo dah tumpah, ada cokelat pulak!)
5. Basuh telekung
6. Basuh kipas punya blade dan penutup yang berhabuk tebal itu
7. Vakuum satu rumah
8. Mop satu rumah
9. Tido kepenatan
10. Solat zuhur dan sambung bersihkan dapur dan segala isinya termasuklah almari, dalam kabinet, pinggan mangkuk, troli barang masak, dapur, peti ais defrostkan dan bersihkan, kilatkan periuk kuali dan cooker
11. Mandi dan standby nak masak sup daging dan sup sayur campur untuk buka. Jari sempat kena potong sebab terer potong kentang. Terpaksa guna minyak gamat sambil sapu, sambil selawat so that senang aku nak sambung masak. (dahlah luka di hati, luka berdarah pulak kat jari manis - yang sepatutnya ada cincin kawen tuh)
12. Semua mesej telah ditidak pedulikan termasuklah Azim punya sms
13. Sambil buka sambil dengar Mari Mengaji, ikut Ustaz Hemsem lagi kelakar (sebbaik dah kawen) siap jawap kuiz lagi.
14. Solat dan ngaji habiskan zurah Al-Ankabut! Chaiyuk chaiyuk aku boleh khatam kurang setahun ni. Target bulan 12 ni, insyaAllah.
15. Terus solat Isya'. Lepas tu layan Inas kat telefon. Bestnya dengar cerita my galpren. And syukur dengar cerita Yuz dah dapat baby boy. Dua dah anak dia yee? Uhuhu..time flies! (atau aku yang semakin laju memanjat usia)
16. Update blog punya layout dan tah hapa hapa sampai jam 130am Ahad.
17. Nak tido. Besok kena bangun pagi nak pergi gudang kat Pending. Boss dah paksarela gotong royong kemaskan file archive zaman bila tah. Huhuuu! Aku ni dahlah sensitip ngan habuk dan tikus dan kekotoran. Tak bleh nak ngelat (cadang nak ngelat jumpa doktor, excuse hypersensitive nose) sebab Boss nak aku bawak figure and dokumen penting tunjuk dia. Uwaaa~@!
18. Oklah nak tido ni. Kali ini betul betul.
19. What can I say? Alhamdulillah! Sukses juga transformasi blog ni. Sapa nak link tu, sila silalah bagi komen dan url blog anda ye!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails