Pages

Sunday, October 26, 2008

+..TIDAK ADA KOMPROMI & FITNAH..+


Pagi yang Ceria!

Pagi tadi selepas subuh, aku kembali mencari katil.

Bukan sengaja, tapi dah malamnya aku tidur sangat lewat akibat membetulkan html dan xml yang mencabar aku. Aku kan sukakan cabaran?
Baik bangkit tidur dalam jam 745am, terus aku pasang lagu lagu yang telah "dibakar" dalam CD. Ok. Memang ada MP3 files di Sony aku, tapi my own CD collection have its own sentimental value. Especially lagu lagu aku dengar bersama Boe. Heh. Mana mungkin aku terus padam dia dalam ingatan kan? Lagu macam More than Words oleh Extreme. Lagu Lelaki Ini oleh Anuar Zain. Dah lama jugak aku tak pasang lagu lagu kat rumah. Mau 6 bulan kot? Huhuh..Sekali sekala takpe kan?

Sebelum aku menjenguk gudang tinggalan di Pending, aku singgah makan di kedai Arqam dekat rumah. Sempat bebudak semenanjung tu borak ngan aku. Maklumlah, org semenanjung kalau berjumpa memang rasa rapat di bumi Borneo ni.


Di Pending, hmm hampeh betul si Ferdie. Suruh aku datang jam 9, tapi dia sendiri lewat dekat 30 minit. Biasalah, janji Melayu. Kalau janji Islam tak buat camtu. Gerem aku sebab aku memang alergik habuk tebal. Masuk dalam stor lama tu, harus muka automatik gatal, hidung berair... Nak bersin je rasa.
Nasib baik file yang nak di dispose itu sebundle je. Penat selongkar. Boss pun datang lambat (sebab takde punch card agaknya, hehehe). Terus dia tanya aku mana dokumen yang dia nak tu. Sibbaik dah fully prepared, siap aku point out lagi the range yang MD beri sebagai powerful tool untuk Boss aku back up bila dia meeting di KL nanti. Aku kata, the exercise that we have done during those 7 days are within that range. Basically PU should know that we only passed their floor, not ceiling! Boss pun agree. Hah! Lega aku. Boleh aku balik rumah segera, sambung kemas rumah, masak dan sambung power nap (power ke? hehe).

Darah Menggelegak!

Bebudak opis KL bahagian promosi dok buat satu promosi yang menggelegakkan darah aku. Diorang hantar emel sempena promosi barang dorang untuk Raya Cina. Yang hantar emel tu, namanya dah bagus, ala Arab, sudah pasti Islam. Yang sain surat rasmi tawaran juga ada nama Mohd.

Nak tahu apa yang buat darah aku menggelegak?


Diorang dok tawarkan, kalau dealer aku yang pelbagai agama tu boleh jual certain product, they ought to get Hennessy VSOP satu botol. Kongajaq betul la. And they expect me to hand the letter to my dealers yang ada orang Islam. Aku ni pun Islam. Terus hangin je aku, aku anta sms, "Beb! Apa kejadah ko suruh aku promote ARAK ni? Aku takmo terlibat!"


Balasan sms dia:
"Aku sekadar menjalankan tugas aje."

Malas aku nak revert. Tapi aku terus call Abah: Ha..apa tak kenal pulak Abah dengan budak baik tu? Suruh diorang jual sendiri la. Mana kompeni ni pernah nak terlibat dengan benda benda tu?

Abah suruh aku bagitahu Boss predicament yang aku TIDAK MAHU KOMPROMI soal ini. Itu jugalah yang aku reiterate pada Boss. Boss pun cakap tadi, tak pernah dibuat dek kompeni aku sebelum ni, dok promote benda benda haram. Kalau ada bebudak sales lain claim entertainment beer/ wine bagi customer pun, tak boleh claim. Further, benda ni, dah dapat approval MD ke belum? Tanya Boss.
Aku cakap, Sorry Boss. In any case like this, I won't compromised. Biarlah orang KL sana nak marah, nak bising, as long as I don't make Allah angry.

FITNAH OH FITNAH!

Inilah fitnah yang aku dapat. Fitnah sebagai seorang perempuan yang masih belum berkahwin satu hal, fitnah di tempat kerja dan berkaitan kerja lain. Bab kerja, aku dah berjaya elak dalam beberapa percubaan customer nak pergi karaoke kat pub. Allah pernah selamatkan aku dengan mendatangkan flu teruk (macam penyakit tu susah, tapi pada aku masa tu, penyelamat!). Tapi mencabarnya pekerjaan aku sekarang sebab kebanyakan pekerja seperti aku adalah kaum Adam, jadinya banyak benda benda kelelakian dibuat. I deal mostly with businessmen, not businesswomen. Nasib baik Allah beri aku Boss yang elok, bila jumpa client, Boss ajak aku dan Pat, instead of pergi tempat tempat tah hapa hapa, we all gi makan dan lepak kat stall makan macam yang famous di Sibu tu, Taman Harmony. Tak macam yang aku dengar region/ department lain buat. Alhamdulillah.

Bayangkan living alone away from family in KL, and I'm here. Bukan tak ada orang lelaki yang fikir senang senang nak datang rumah. Konon nak tengok TV ngan aku. Apa kes? Ada yang datang nak makan berdua kat rumah. Hoh! Ada lelaki yang nak salam tangan, padahal kalau dorang belajar english etiquette pun, perempuan yang kena hulur tangan dulu. Ada lelaki yang cakap benda benda yang tak elok selamba depan aku (terlalu teruk sampai aku tutup telinga aku dengan jari asbab percakapannya terlalu teruk dan jelik, sambil dia bermegah dengan kejelikkan perbuatannya lagi!).

So far, alhamdulillah. Allah beri aku banyak ilham nak mengelakkan benda benda tak elok. Aku pun dah mengelak dari berjumpa atau bercakap dengan lelaki lelaki yang buruk akhlak dan tak menambah kebaikan pun (tah lagi berdosa ada, sebab aku ni perempuan lemah dan kena selalu diperingatkan). Nak jadi penghijrah lahir dan batin bukan senang. Banyak cabaran dan ujian. Lebih lebih lagi bagi aku seorang perempuan single. Banyak kena kuatkan hati, tanam tekad yang tinggi! Tidak ada daya dan usaha aku tanpa izin dan rahmatNya!


Betullah kata Azhar Jaafar. Soal pakaian merupakan akhlak seorang Muslim. Soal pekerjaan yang hanya atas izin suami dan diharuskan. Oh! Alangkah baiknya kalau aku dapat kedua duanya? Dari segi pakaian, aku masih berhijrah slow slow. Aku masih erm..sukakan baju dan kasut cantik. Aku masih sukakan wangian. Tapi alhamdulillah, koleksi baju labuh menutup punggung pun dah banyak. Stokin pun banyak, sampai segan nak ambik wuduk di opis kena bukak stokin (sebab surau kami jauh dari punca air, kena touch card lagi nak access ke tandas).
Aku masih ingat kat Mdm V seorang Kristian Cina yang tegur kasut aku cantik, jenis open toe. Tapi kenapa kena pakai stokin? (style stokin arab).

Aku cakap sambil tersenyum, "Mdm V, saya pakai stokin sebab nak tutup aurat..." Dia pun senyum balik dan terus ambil mug milo dia pergi.


Berbalik soal Hennessy VSOP tadi. Alangkah baiknya kalau mamat bernama Islam yang sain surat tawaran tu dan dok emel aku tu, daripada diorang terikut ikut arus dan budaya bukan Islam, yang jelas melanggar perintah Allah tu, elok lagi dia offer sesuatu yang bernilai tambah kepada dealer aku? Arak tu menambah nilai ke at the first place? Kan bagus offer diorang benda sama dia jual tu, sama nilai dengan Arak yang diorang sibuk sibuk nak promote, just because Chinese New Year is near?

Apa yang aku tau, Chinese businessmen tak hadap sangat arak la! Diorang lagi suka if businessmen like us, offer back to back in terms of ringgit and sen balik!


Hampeh! Marah betul aku.
Pandai betul dorang meniaga yek!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails