Pages

Showing posts with label Health. Show all posts
Showing posts with label Health. Show all posts

Tuesday, September 15, 2009

+Double Combo+

Adoyai...
Di ketika ini, perut terasa seperti dilanda twister ala ala dalam mesin basuh! Bukan sahaja mesin basuh, malahan tandas seperti memanggil manggil saya untuk menjadi penunggu pula.
Haih! Semalam, kepedihan perut terasa seperti terhiris pisau yang tajam dari dalam. Nasib ada En. Modjo Dean yang memujuk dan menemankan saya ketika saya sakit. Walau jauh beribu batu, dia tetap ada di sisi kerana risau. Dipaksanya diri ini ke klinik sungguhpun diri sudah berjalan membongkok dan tidak terdaya. Alhamdulillah ubat Conotil dan ubat angin yang perlu dikunyah itu banyak membantu. 
Malamnya, En.Modjo temankan saya tidur dalam kesakitan dan tangisan. Manja? Iya. Memang dia manjakan saya. Tadi baru sahaja dia telefon dan balik awal kerana risaukan saya lagi. Dia kata, tak perlulah ke hotel untuk Majlis Iftar bersama pelanggan saya tu. Tapi saya katakan padanya, saya perlu ada sebagai hos dan penting untuk kita bina rapport dengan diorang. lagi pula syarikat saya akan keluarkan survey tentang mutu perkhidmatan syarikat dan saya juga sebagai Pengurus Akaun mereka. 
Hendak tak hendak terpaksalah pergi juga. En. Modjo dah pesan jangan makan pedas dan banyakkan sayur dan buah. Jangan lupa minum banyak banyak katanya. Sayangnya dia pada saya. Padahal sebelum ini pun dia pun ada sakit yang sama. Selalunya dia sakit dulu dan baru disusuli saya. Hmmm...
Okaylah. Dah nak bersiap nak gosok baju kurung yang baru dibeli di Shah Alam hari tu. Baju kurung cotton joks. Tak perlulah nak vogue de vass sakit sakit begini. Yang penting kerjasama tunjuk muka, solat dan balik lah. Ada alasan mahu pulang awal disebabkan penyakit double combo ini.
Till then...semoga perut tidak membuat hal hal pelik. Aminn...

Thursday, June 25, 2009

H1N1: Yeh Yeh~@! Dpt Cuti Tanpa Rekod~@!

Wahlauwehh...

Daripada aku kena saman RM10 hebu hengget, elok aku dok dendiam kan?
Maklumlah takut aku jadik cam Zombie Kampung Pisang puleyk. Dok syok syok sebarkan virus kat jiran depan umah aku yg evil tuh (nantik aku ceta apa dorang dah buat)

Weehuuuu~@! Syoknya dapat kuarantin cenggini (or so I think!)

Mari baca kat sini:-

PUTRAJAYA: The Health Ministry has urged all employers to allow seven days’ unrecorded leave for staff placed under quarantine for Influenza A (H1N1) or going into self-quarantine after visiting Australia, Mexico, the Philippines or the United States.

Its minister Datuk Seri Liow Tiong Lai said the quarantine measure was aimed reducing the chance of the infection spreading to others, and employers should allow the unrecorded leave for the sake of “public safety and national security.”

Selanjutnya baca kat SINI enh.

H1N1: 10 things About Self Quarantine

Mari Tengok Dr Ismail Membebel Pasal Self Quarantine




So..no shopping aye?
Kawen pun tak bleh enh? Adoyaii...
Deym. I'm bored to stick!

Wednesday, June 24, 2009

H1N1 Hari Kedua: Bosannya!

Hari kedua.

Aku bohsan amat.
Keje keje keje jugeyk.
Bukak bukak bukak emel jugeyk.
Tipon tipon tipon bunyik.
Dvd Dvd Dvd jugeyk.
lama lama aku boring.

Kacau Modjo.
Kacau Modjo lagik
Kacau Modjo tanpa jemu.

Haih! Aku nak kua beli barang sendirik.
Tapi Jabatan Kesihatan tak kasik.
Jadinya, aku terpaksa menunggu driver Jabatan Kesihatan untuk membelikan barang barang aku.

Nak buat cemana?
Aku kena kuarantin. (Tidak boleh pegi mana mana - Bak kata Dr Ismail kat TV3)
Haih!

Bosan! Tak boleh jumpa rakan bahkan sedara mara (sibbaik famili semua di KL)
Aku sebatang kera kat Kuching nih.
Guna topeng muka dan amalkan kebersihan diri (malasnya nak mandi lahaiii)
Pantau status demam setiap 4 jam (terlajak kadang sebab bangun lambat!)
HOH!

Tuesday, June 23, 2009

Aku dan Perintah Berkurung H1N1

Rombongan Biohazard H1N1 (kan best kalau rombongan minang Modjo instead :(

Wahlauwehhh~@!

Gilers hokeh.
Tak sangka betul aku beberapa jam tadi tatkala aku menerima panggilan daripada seseorang yang sangat peramah macam kengkawan lama gitu.

'Halooo Cik Taichee..'
' iye...'
'Cik Taichee kat mana ni?'
' saya kat ofis la. Ni number ofis'
'Saya En Sobri memanggil dari Jabatan Kesihatan. Hari tu cik ada datang Kuching naik MH2504 kan?'
'Iye..kenapa?'
'Cik ni di Kuching lagi atau di KL?'
'di Kuching..'
'Camni cik, cik dikehendaki pulang segera dan terpaksa dikuarantin di rumah.'
'Haaa? Kenapa?'
'Sebab cik ada direct contact dengan pelajar yang kena H1N1. Kerusi cik 15A kan? Dia duduk depan cik aje.'
'Ya Allah...ye ke?' Terasa aku sangat cuak masa ini. Depan aku je budak tu. Read More Here
'Tapi jangan risau. Saya cuma nak alamat penuh cik di Kuching dan nombor handphone cik'

Maka aku pun bagilah lepas dia bagi verification dia orang Jabatan Kesihatan (takut gak Stalker yang HUtang aku RM20 ribu tu serang umah aku kat sini- nak kena pasang cctv lah)

'Ok. Cik kena balik sekarang. Nanti orang Jabatan Kesihatan akan ke rumah cik buat pemeriksaan lanjut'

Fuh! Aku macam terkesima la jugak kan? Apa punya kes lah dari 19hb tuhari sampai sekang dah bape ramai orang aku ada direct contact. Salah seorang darinya ialah Big Boss aku dari KL dan yang lelain ialah bebudak ofis.

Aku bagitau Mr T yang aku kena balik sebab kuarantin. Bertutup mulut staff aku yang dah berumur ni tentang keadaan aku. Terus dia panggil Ferdie, boss dia merangkap ofismate aku. Aku pun explain la kan. 'Ah! Sudah.. I dahlah jumpa u sejak hari Sabtu tuhari nak amik keta. Pastu kita sesama dengan GM lagi, boss lagi...'

Aku nak buat apa? Aku senyum jek la. Aku kata, 'Baik u, Nel & Mr T gi cek kat klinik. Kot ada pape.' Yang kelakar nye kan? Si Ferdie yang jarang wat lawak tu, bleh kunun kunun nak lari pecut tinggalkan opis sbb aku suspected H1N1. Peh! Macam ceta Zombie lak aku rasa (aku baru terkena gigitan zombie). Terpaksalah aku hantar Out Of Office punya ayat tak bleh blah - kena kuarantin til Friday and then, hantar sms kat Boss aku dan Manager-in-Charge kat Sawak ni.

So itulah nye. H1N1 katanya. Aku pun bagitau Mama dulu papehal. Baru je nak hepi hepi joyah joyah sebab Mama, Abah & Taro nak datang Kuching melawat aku. Aku cakap, InsyaAllah aku hokeh. Mama suh baca doa tolak penyakit berat and mama doakan aku dari jauh. Risau betul mama. Pastu baru aku call my shayg Modjo. Mcm biasakla dia suke buat Terkezut Zorro (terkejut yang agak cool la - dengar bom kat belakang pun leh sambung main pedangtapi buat muka pekebendealahtu). Sebab apa? Sebab dia tau aku tak demam. Simptom pun dia tau takde (mana taknya, dalam sehari berejam call kan?).

Tapi aku rasa aku sehat jek ni. Selsema ni, biasalaa aku kan ada allergik hidung ala sinusitis? Batuk ni pun biasala, aku minum ais je mesti batuk (smalam minum Ribena Sprite Laici yang lazat). Demam? Errr.. hokeh.

Pastu, aku punya cuakla lepas org spital call aku kata dah on the way nak sampai umah. So aku pun cepat2 mengemaskan apa yg semak dimata dulu. Hebat! Less than 10 minit ruang tamu umah spanking clean, bebeh! (sebab aku sidai baju salu dekat ngan balkoni).

Sesampainya rombongan minang dari Modjo Sepital tu, dorang dah pakai mask siap siap. Nasib tak pakai sut Biohazard. Aku pun cuak dah ni. MenTAKUTkan hokeh! Tapi kan, yang buat aku nak tergelak apa tau?

'Awak ni stewardess dalam flight MH2504 tuh enh?'
Haloooo~@! Aku kan pakai tudung ni. Baju plak baju opis. Badan plak gumuk cam anak badak. Ape kes mo jadik stewardess? Adoyaiii statement tak bleh blah betol hokeh! Tapi aku cakap la, tak. Aku penumpang.

So aku sengaja pasang Tv dok tayang Wanita Hari Ini pasal Bujang Terlajak (Peh! Perli aku nampak Tv enh?). Bukak sliding door and pintu dapur kasik ventilation best sikit. Sorang nurse tu, suh aku isikan IC aku dan sain borang Home Observation and Surveillance Order for Contacts of Pandemic Influenza (PI) under Section 15(1) The Prevention and Control of Infectious Diseases Act 1988.

Panjang berkajang bapak

Panjang takkkkk?
Hahahaha... Lepas sain borang ni, aku diminta meletakkan termometer di bawah ketiak. Sebab ada jantan lam umah, makanya aku pun masuk bilik dalam 3 minit untuk cek suhu aku. Ada ke patot lagi katanya, 'awak ni student enh?' Like, haloooo...IC aku tu tak nampak ke? Aku dah tua cenggini, haruskah jadik student lagik? Adoyaiiii statement kedua yang tak boleh blah hari ini. Aku senyum jelah. Aku cakap tak, aku keja dengan *tooottt* dan kat *toooot* (tak boleh expose nanti ada Org Gila Stalker sebuk carik aku kang- ala kalau dia tau pun, lagi bagos. Boleh aku bagitau polis)

So.
Lepas dok nasihat begini begitu, aku pun cakap ngan dorang aku nak amek gamba sebab ni kejadian unik yang pernah berlaku kat aku sepanjang aku hidup. Dorang senyum pun tak nampak gigi sebab pakai mask tuh. Then dorang tinggalkan aku dengan borang 4 Hourly Temparature Chart dan sebatang termometer untuk aku cek sendiri. Adoyaiiii! Ingat leh lek lek. Tapi tak ada maknanyaaa....Aku kena jadik dr and nurse diri sendiri. Pfffttt~@! Di samping itu, aku kena pakai mask if aku order McD Delivery atau jiran (merangkap bebudak bujang opis) aku bawakan makanan. Don't be khuatir banyak gilers stock mask dorang bekalkan untuk haku.

Inilah dia gomen given termometer..yay~@! Free wokkkk~@!


Suhu pada jam 1230pm


Mask. Free jugeyk wokkkk~@!

Begitulah adanya, kengkawan sekalian. Janganlah jeles pada diriku yang mendapat cuti rehat daripada Gomen selama seminggu bersenang senang di rumah sendirik. Boleh bangun lambat atas katil sendiri, tengok TV sampai lebam, bertenet sampai pensan dan memakai sebarang je lam umah ni. Takyah pk nak gosok baju pe, kasut pe nak pakai. Makan pun tak menjadik soal sebab aku baru je stock up tuhari sebelum bagi Greenie kat Ferdie.

Huwaaa... (?)
Heaven ke HELL?

Nota perasan: Aku dah rasa a bit panas la. Kepala dah pening pening. Mata dah pedih pedih...Adakah?

Takpe. Kang jam 430 pm kang aku cek suhu badan kang.

Thursday, May 21, 2009

BESOK YANG INDAH

Alhamdulillah.

Aku akan ke NZ.
Bukan, bukan New Zealand cam dak LiNa pegi tuhari.
Hehehe..

Cepatlah jam ini bergerak ke pukul besok.
Tapi kan:

1. Bagasi tuhari masih lam bagasi lagi. (kena kuarkan balik ke?)
2. Tak buat claim tuhari lagi.
3. Aku demam plak tak best betul nak baut mende mende di rumah ini dalam keadaan tidak sempurna. Tapi aku anggap ini kifarah dosa sahaja.

Peh! Aku dan bakal bantal kabu ku! Bestnya nak jumpa ngan bakal bantal kabu. Boleh jumpa dak LiNa and Ella sekali. Kasik Modjo jeles. Taktau Taro sempat join ke tak. Aku tau aku nak tengok Star Trek so sapa nak join meh ah!

Lalala~@!
Balik kampong~@! Lalala.. Seronotnye!
Pedulikla hape orang nak kata aku apa pon.
Lalalala...asalkan aku b a h a g i a...

Sunday, April 12, 2009

.:BEGINIKAH?:.

Cara Menghilangkan Jiwa Kacau?

Piko sudah berada di Kuching bermula jam 6 petang semalam. (Jam menunjukkan pukul 415 pagi dan mataku masih utuh). Adik bongsuku kini sedang lena diulit mimpi indah (ye aku sangat cemburukan kegembiraannya). Dia sedang terang benderang sedangkan aku suram dan malap.

Kepalaku masih berdenyut sebelah. Ini petanda yang jelas bahawa migrain sudah kembali menyerang aku. Bukan tiba tiba tapi semuanya dengan sebab. Semuanya berpunca. Semuanya ada angkara. Berat aku memikirkan apakah pula kesilapanku kali ini? Pusing. Mungkin disebabkan aku selalu tidak makan. Tadi pun aku cuma makan Ayam Penyet bersama Piko. Itulah sarapan, itulah makan tengahari dan malam. Sekali sehari, jimatkan? Memang tidak berselera pun waktu menjamah ayam garing penyet beserta ulam ulaman dan sambal belacan itu. Piko yang kekurangan mencubit bahagian ayamku. Semasa seorang pelayan mengambil order kami sambil berbahasa Semenanjung, aku tanyakan kenapa dalam bahasa Sarawak. Katanya, dia ingat kami berdua pelajar dari Semenanjung. Oh! Betapa mudanya aku rasa dan betapa tuanya Piko. Biarkan aku begini. Aku suka.

Piko @Gerai Ayam Penyet Masjid Jamek

Dikala aku sedang pusing itu, fikiranku terlontar jauh pada seseorang. Apakah dia juga seperti aku atau dia telah "hilangkan" aku beberapa jam, mungkin hari, mungkin juga minggu. Aku pusing lantaran kenyataan tidak perlu risaukan dia itu. Aku pening memikirkan hubungkait kedatangan Piko yang pertama kali melawatku disini dengan masa aku yang sentiasa ada untuknya? Aku risau akan pernyataan jangan risaukan dia itu. Sungguh. Sesungguhnya!

Dikala pusing dan loya, dikala perutku mula memulas kerana dimasuki angin itu, Piko menegurku. Aku katakan aku baik baik saja lalu mengajaknya berjalan di Kuching Waterfront (KW) kerana sesungguhnya aku belum pernah ke sana menikmati suasananya. Aku cemburu melihat pasangan yang menikmati makanan di sepanjang gerai KW. Aku cemburu melihat mereka bercerita sambil menikmati lampu neon di sepanjang jalan. Tapi aku harus kuat. Aku tahu di kala ini dia sedang asyik bergembira dengan rakan rakannya. Dia sedang teruja melakukan sesuatu yang aku sangat risaukan itu. Aku risau. Sungguh.

Piko mengenangkan sapa tu Piko?


Tengok tu, Cahaya! " Itu Cahaya kamu, dik! Kaknaz punya malam ni malap dan suram..."


Inilah Kuching Waterfront diwaktu Malam

Lalu aku dan Piko melampiaskan kerisauan dan kegelisahan dengan mengambil gambar sepanjang KW. Kami juga menikmati alunan lagu sekumpulan basker yang berbakat, ada pemain flute dan gitar yang agak comel dan kacak.

"Kaknaz, jom kita usha basker ni. Mamat yang main gitar itu agak kiut ok!"
"Ok."

Memang benar kata Piko. Mamat itu memang agak kiut. Tapi sekiut kiut dia, hatiku tetap mengatakan Modjoku lebih kiut. Modjoku lebih merdu petikan gitar dan nyanyiannya. Tapi di mana Modjoku? Aku kegersangan Modjo. Tanpa Modjo, aku tidak berupaya untuk bergerak seperti biasa. Tidakkah dia tahu, Modjolah penggerak dan penceria hidupku?

Aku tenung wajah malam. Malam ini wajahnya kelam. Suram tanpa senyum bintang bintang. Oh! Dimanakah bulan? Bukankah kita berjanji dulu, jika aku rindu akan ku pandang bulan? Kerana yang kau pandang itu tetap bulan yang sama yang aku pandang...

Ah! Abaikan. Bukankah dia sedang bergembira di luar sana tanpa aku? Tidak sedetik pun dia mengingati aku. Kenapa harus Piko dijadikan alasan untuk dia tidak "mengganggu" dan "mengacau" aku? Sedangkan dengan kedatangan Arin sekeluarga dulu, rutin aku masih sama. Tidak ada bezanya. Malah di ketika itu jugalah kami semakin rapat.

Aku memberikan wang RM10 untuk sekumpulan basker basker muda ini. Aku hargai bakat mereka. Piko mengerenyit tanda protes. Ah! Piko. Jangan jadi melayu tipikal. Mereka ini sekurang kurangnya berusaha menggembirakan Kaknaz malam ini. Sekurang kurangnya hargai bakat mereka.

Lalu aku duduk di hadapan mereka dan merenung mamat gitar itu. Aku senyum padanya kerana petikan gitar itu sangat mudah. Dia senyum kembali. Piko menyinggung tanganku. Aku katakan, "Kaknaz tak mengorat dialah. Sekadar senyum kerana mahu uji tahap keyakinan beliau bermain gitar jika ada perempuan yang memandang begitu" Memang. Aku memang suka uji manusia. Uji mereka sehingga ke tahap tinggi. (Sedangkan aku juga diuji sekarang. Ujian apa, ya?)

Mamat gitar itu bersuara ketika habis lagu yang dimainkan mereka. "Ada sesiapa nama Dewikah sitok?" [Ada sesiapa bernama Dewikah di sini?]. Aku dengan selamba mengangkat tangan. Pedulikan aku. Bukan mereka akan periksa IC pun. Maka mereka main dengan lebih bersungguh sungguh. (Sebab tahu akulah empunya wang RM10 tadi). Maka berlagulah mereka dengan lagu Dewi. Aku senyum sahaja.

Hujan mulai renyai. Sudah ramai orang meninggalkan kumpulan basker tersebut. Sedari tadi, penuh lintasan ini dengan pelancong dalam dan luar negara. Juga penonton tempatan seperti aku (Aku sudah tinggal di Kuching, maka aku tempatan). Lama kelamaan tinggal aku, Piko dan seorang lagi lelaki muda yang menikmati lagu Dewi.

Baskers. Yang kiri sekali itu comel seperti penyanyi utama Sheila On 7

Semakin lama hujan renyai mulai lebat. Aku masih terpegun di tempatku. Piko mulai ketawa. Lama kelamaan sibasker mulai datang dekat kami. Oh! Terujanya pabila keempat empat jejaka menyanyikan lagu untukku pada saat hujan mulai turun. Iya. Aku memang si romantik. Si mamat gitar disebelah kiri ku mulai malu malu. Haih! Tadi seperti berani kamu ya? Bila berhadapan terus tertunduk malu melihat ke sana sini seperti menggelabah saja lagaknya. Hahaha..! Aku ketawa. Sungguh. Hujan semakin melebat dan aku berikan tepukan pada sibasker. Berpimpinan tangan aku dan Piko berlari di dalam hujan yang semakin lebat sambil ketawa. Iya. Aku dan Piko. Bukan aku dan Modjo (Oh! Alangkah indahnya jika Piko itu Modjo).

Penat mencari teduhan, aku dan Piko membunuh masa dengan bergambar dan membuat lawak yang hanya kami fahami. Aku katakan pada Piko bahawa aku amat rindukan Modjoku. Tetapi tidak sedetik pun saat itu Modjo mengingati aku. Terbukti dengan mesej mesej aku yang dibalas sepi. Piko tarik tanganku dan kami bergerak berjalan kembali. Mungkin kerana pelik dengan dua orang perempuan yang seperti kawan kawan kami dingorat lelaki lelaki jalanan. Penat mereka bersiul dan memerli kami. Tapi aku katakan pada Piko, jalan terus dan jangan dilayan lelaki muka tembok begitu.

Muka plastikku

Sesampai di parkir kereta, mamat penjaga tiket parkir pula yang melambat lambatkan bayaran. tersenyum simpul dia melihat kami yang tampak gembira menyanyi nyanyi kecil berpimpinan tangan. Ketawa. Menyanyi. Aku perlu lupakan kegelisahan hati. (Tapi masih gagal)

Lama dia memberikan duit bakiku. Aku senyum. Dia senyum. Setelah agak lama di situ, aku membuat tanda aman (peace) padanya. Terus aku ketawa bersama Piko.

"Ke mana lagi?"

(bersambung....)

Friday, March 27, 2009

Adeyh: Aku Karen Bangat Sama Cowokku di KL

[Mata ngantuk maksima]

Senyum.

Senyum lebar lebar.

Senyum di merata rata.

Senyum tanpa sebab yang ketara.

I'm in love, i'm in love, I'm in love, I'm in love, I'm in love!

Aku tahu ramai bebudak ofis pun dah perasan dan tertanya tanya, kenapa lately si Budak Semenanjung perempuan seorang di sayap ofis yang paling sejuk macam di Eropah itu tersengih tanpa sebab musabab? Kalau tidak tersengih, dia akan termenung jauh di tingkap pantry (sampai KL agaknya). Atau kes paling terkantoi sekali ialah tatkala dia sedang kelam kabut "pause" kan lagu yang dia sedang dengari sambil tersengih sengih lagi. Itu tidak termasuk berborak sakan ala ala manja di telefon sambil tergedik gedik ketawa di bilik merokok yang tidak digunakan orang (sebab tak akan ada orang curi dengar!)

Tapi adakah aku peduli?

Tidak sama sekali. Sebab sepanjang masa, aku cuma mampu tersenyum tanpa sebab dan tidak mengira waktu. Tidak ada lagi waktu sibuk dan waktu lengai. Aku tetap tersenyum senyum seorang.

Sekarang ini, Encik Sayang sudah rajin mengacau aku tanpa mengira waktu. Pasti dia akan sms walaupun hanya that 3 little words. Dia akan telefon bila mana dia di dalam perjalanan menuju ke sesuatu tempat dan dengan percuma mendapat bebelan aku (sebab aku tahu dia tiada handsfree! Lagi pula, suka memandu laju sebab kononnya terlambat). Kami masing masing tahu akan kesibukan kerja, kerana itulah sms seringkas 3 ayat tersebut sangat comel pada aku!


Iye. Saya memang karen bangat dengan Encik Sayang. Selalu tak lupa setiap kali solat pasti akan ada doa untuknya (dan aku sekali, amin!). Maklumlah Encik Sayang itu sangat perlukan aku sekarang. Updated as of now, Encik Sayang dah nyanyi 5 lagu untuk aku kalau tidak dengan gitar kapok dia, mesti dengan karaoke. Tanyalah sama Piko dan Taro bagaimana mereka menyampah dengan aku yang selalu saja dok ulang main lagu lagu Encik Sayang. Sebab Encik Sayang saya memang pandai berlagu. Suaranya pula memang boleh buat aku cair amat dan buat bekalan gembira selama 8 jam berikutnya. Tak kiralah, Adam Lambert punya sedap dan hensem tanpa mascaranya sekalipun tidak mampu menggugat kedudukan Encik Sayang dalam carta sore seksi romantik aku! Lalala...~@! (Masuk peti ais pun tak tentu boleh beku balik)

Lepas tu, dah 25 dedikasi lagu sama ada dia hint (nak tengok aku ni prihatin ke tidak) bagaimana dia rasa masa tu, atau memang dia sengaja buli aku suruh cari! Memang, aku memang jiwang bangat. Sebab dah dia pun jiwangz. Ahahahah~@! Adeyh. Windunya kat dia! Lalalala...

Untuk entri kali ini, setelah lama berdiskusi dengan Encik Sayang, dia tanya aku,

"Yang, you still ingat kat your ex ke?"
"Langsung tak..."
"Do I make you happy sayang?"
"Indeed! Happy sangat...thank you sayang!"
"I patut thank you. Sebab you boleh terima I"
"Alaa...I la patut thank you yang terima I yang tahapehape ini"
"I pun!"
"Suka tiru I tau!"
"Kan I dah kata my new hobby?"

Hahahahaha - macam kekanak bercinta saja lagaknya!

"Tapi terer la u ngorat I sayang!"
"Enh, ada ke? Ada ke? Mana mana?"
"Aiee...I perasan la camtu enh?"
"Hahaha...macam mana u tau I ngorat u enh?"
"So u tak ngorat I ke?"
"Memangla I ngorat u, tapi cemana u tau enh? Share la"
"Hallah! Obvious sangat, bila I masuk je,
1. Yeah! You on9!
2. U dok letak siggy lagu2 tu sambil ckp, I hope she noes... :p
3. pastu, u sebok nak intro me to your makcik makcik la, pastu nak bwk gi kampung la
4. pastu bila I tak on9 u kata i ni sombong, apa kes arr
5. pastu u kata u salu jumpa gal yg u minat dalam YM at the same time I tanya u, "so, u tgh chat dgn dia la ni?" U kata " Haah pastu wat muka sengih ada gigi" Tapi bila I kata u bz enh? U kata u tgh kemas bilik. So sapa lagi? I la...:p

" Memang I harap u tau pun! Lalala"
" Ala...I dah hint dah kenapa lelaki ni lembap sangat cakap jelah.."
" I malu la u..."
" :p Malu la sangat! Tapi terer mengorat! I patut bagi u award ngorat la. Sebab u ngorat bukan macam mamat melayu biasa kat tepi tembok punya. Ada kelas! Ahahah"
" :p"

"Sayang...kan dulu u ada kata u benci dengan ur Bintulu ex kan?"
"Aha..."
"Sekarang ni cemana?"
"Mmm...entahla. I just takde perasaan apa pun kat dia sekarang."
"U tak maafkan dia ke?"
"Mmm...tak kata la tak maafkan. Cuma I dah takde perasaan benci dan dendam dah kat dia. Just takde perasaan apa pun...Nape?"
"Takdelah. My ex dulu pernah kenakan setepek kat I. Tak baik simpan dendam and benci kat ex dulu. Sebab sekurang kurangnya dia pernah jugak buat kita happy..."
"Mmm..you're right sayang. Thank you. *hugs*"
"Come to think of it, kalau tak kerana dia buat camtu kat you, kita surely tak jumpa dan couple kan?"
"Tulah. Setiap sesuatu tu ada hikmah dia. Masa tu mungkin I terlalu emo and ilmu I kecik sangat banding ngan apa Allah nak kasi I lepas tu... :)"
" U ada I sekang... :) I, U yang punya kan sayang?"
" Thank you again sayang! Ngee~@!"
" I sayang u!"
" Wee~@! Thank you! "
" Bistu, u tak sayang I ke?"
"Ahahah... kelakar la U ni... (wat muka malu kununs)"

My Sayang is so sweet. Dia dah involve kan adik adik dia plak bagitau dia ada aku. Tak kisahla cemana dia bagitau (sebab dia kedekut nak share details). Tapi adik dia dah panggil aku kak dah! And masa dia dok manjakan adik dia, dok kata, "Adik u ni memang hebatla desak I" Hee.. Dia memang sweet cam cuppacake. Yummy, delicious, sweet, comel, gerem, nakal, manja, ngade, adeyh! Windu balik kat dia laa...!

And for this I would like to thank Allah. Ya Allah. Aku tak pernah rasa so sure nak spend seumur hidup aku dengan lelaki lain seperti dia. Moga kau satukan kami dalam ikatan pernikahan yang diredhaiMu.

Tapi! Selagi Encik Sayang tak berjumpa Mama Abah dan aku serentak, atau dia dengan orangtua dia jumpa aku kat sini, selagi itulah apa apa perkara pun will be kept on hold. Biar ikut syarak. No more datings or moi! Kalau dia dah suka sangat, apa lagi yang? Masukla minang! Ngee...~@! Lalala kawenkan aku....Lalala nak kawen...Lalala dah patot pon!

Korang agak agak dah pening dan sakit perut baca entri aku sapa suruh? Segala muntah dan sakit pening kalian tidak ditanggung aku.

Sekian.

Aku, Encik Sayang yang empunya (sementara nyawa aku tak diambil Allah)

Monday, November 17, 2008

Think Positive!


Photo Courtesy of Aunty Zain

[emotional love song]

I was at the hospital for few days now visiting and accompanying nenek. At 81 year old, Nenek is having a bad osteoporosis. Not just her back, but her upper right shoulder that makes her unable to comb her hair or wearing her baju kurung kedah. Two of her fingers already crooked permanently and cannot be flexed at will like Kazuma Azuma in Yakitate! (go see channel 715 and you'll understand)

Nenek was admitted not because of bad osteoporosis but because she fell and broke her back at her own kitchen. I remember Nenek during her active and happy self (yes, happy). She cooked marvellous, delicious Bawean food like kelacelok (something like masak asam pindang but yummier!) sambal sayur goreng, crunchy sambal ikan bilis and even my fave Roti Canai Nenek! She was never seen to relax and to daydream but was brimmed with energy to do chores.

Nenek still thought she was filled with energy and needed to do chore. She couldn't sit tight or just do nothing. She still wanted to do her own thing even though seeing her walk was really painful to me. Aided by a tongkat, she willed herself to fetch a drink or keep her fave cucu's room tidy or you know, things that grandma always do. Although she knew it took like forever for her to reach the one minute (to us) distance.

Maybe the kitchen at that point of time was wet and slippery. Maybe Nenek lost her balance due to her bad osteoporosis. It's all in Allah's will that she fell and broke her lumbar 4 and 5. While accompanying her yesterday (I was reading at the lobby due to space constraint in her shared room), Taro reiterated that Nenek sulked big time. She said, "Why must all these people come and visit me? I'm better off at this hospital. If I want some things, I can always call the missy (or nurse)..."

Mom said to all of us during dinner that Nenek doesn't want to go home. She just shook her head left and right to say No to the doc when the he asked her if she wanted to go back. She loves the attention and pampering that the nurses and doc gave her.

You see, Mama and Abah did visit her everyday except when they were outstation. Both Mama and Abah brought her fave Fried Kuetiau or whatever dish Nenek wish to have. Abah had always reminded Mama about Nenek. That's how good Abah was (and still is) being an in-law and supportive of Mama, since Abah's own parents passed away. Mama always do her hair, cut her long finger/toenails, help her to wear her baju and have a chit chat.

Nenek lost her husband, our beloved Atuk
. Atuk was actually the Centro. The One who people looked up to. The Energy-in while Nenek was the Energy-out. I still feel that without Atuk, nenek's house is dying with energy. It looked glum and lifeless. As if, Atuk brought the whole house's energy and aura with him down the grave. Nenek had lost her tango partner, her balancer to optimize the feel good aura in the house. Her yang.

I believe in my sincerest, humblest opinion that Nenek needs companion. She was not alone at home. There are my aunt, Uncle H, her two grandchildren and a maid (who I observe frequents the neighbours/ lepaking outside/borak with Kak Sonya at my Uncle M's home). Nenek is LONELY and I know how she feels. When I look into her eyes, I cringed with sadness. I know how one feels so lonely albeit the hassle and bustle around her.

I feel for Nenek. I really do. Deep down she was no different from me. This feeling struck again right in the middle of my heart. It came when one person that I should respect as an elder "congratulated" me by saying hurtful, cynical words. As if to say, I was so desperate I needed help in jodoh department. I know I'm not as lucky as some other people to settle down with children and this person happily with grandchildren. I know my shortcomings. I was hurt last time when one person said I didn't deserve a good soleh husband with good income. As if to say, I only deserve the bad, spiteful husband. Does that person knew that what one said was deemed a prayer? I was so down that Taro cheered me up with one ayaat. Wamakaruu wamakarallah, wallahukhairul maakiriin. I still hold close to that ayaat till now.

Mama and abah motivated me this morning in the presence of both my beloved adik. They said, whatever people said to us just reply them back in good faith with words that can stop 'em dead. Like, I should reply back to that person, "Alhamdulillah. Syukran jazillan for your words. May Allah grants your do'a. Who knows your doa will be answered immediately by Allah."

Mama can always think on her feet. She's very good with PR. She knows how and when to speak with correct ditto words. She rarely hurt other people's feeling. Whatever she said, it's hard to reply with other good ones. Simply stated, Checkmate! But I'm not Mama. I think I resemble more of Abah.

But think on the bright side. Being me, I've always bounced back, InsyaAllah. Whatever people perceived badly on me, I proved them wrong in-your-face-kinda thing. They may look down on moi maybe because they know I can jump higher when I reached rock bottom. I believe in my potentials. I believe in Allah's will. I believe whatever it is that we're doing/ planning, there's not one single thing without His intervention. Allah is All-Knowing. I won't be working with my current (very proud to be one of them) organization without His Mercy and Will.

I believe jodoh is in His hands. His secret that He holds for me as a surprise. Maybe what I wished and what I thought best might not be the best for me. Only Allah holds that one little secret. He knows what is best for all his servants.

For Nenek, there's always behind-the-story that we may not know what gives. Maybe Allah wants all of us as one big family to give Nenek the attention that she wants and gives more tender loving care to. Maybe whatever Nenek's prayers are about to be answered?

Only the loner knows how lonely one can be...

Wallahu Taala A'lam

Thursday, November 13, 2008

Kemudahan dari Allah Juga...

Gambar dipetik dari BLOG INI

[Lagu Senja]

Semalam jam 415pm aku telefon Mama, tanya di mana mereka berada. Rasa tak syok pula bila sampai rumah, disambut sorakan sunyi. Maklum, Piko harus diambil dari sekolah dalam jam 430pm asbab SPM.

Balik dalam dua hari ini dari isi perut KL, aku senyum panjang panjang, meleret leret. Sambil senyum, sambil buat rancangan dalam kepala. Semalam, aku ucap terima kasih pada penyampai kursus dari COG sebab tamatkan latihan kami seawal 415pm. Balik rumah terus pengsan dan bangun kembali sebelum Maghrib.

Tadi, jam 330pm dah habis dah kursus dua hari aku. Macam tak sangka betul. Faham fahamlah, KL kalau waktu berebut (rush hour) ditambah dengan keadaan hujan lebat pulak tu, haruslah siput babi itu meluncur lebih laju daripada kereta.

Maghrib semalam, Boss telefon minta aku hadir roadshow Kerjaya Kepakaran Penerbangan (Aviation) Isnin ini. Bukanlah diminta menjadi juruterbang atau pramugari. Dua dua aku tak layak pun. Jauh panggang dari api lah kan? Mata dah rabun, tak bijak Fizik dan Matematik malahan gagal bermain Flight Simulator di Sony PS2. Apatah lagi badan tidak berbentuk seperti gitar, muka tak licin dan manis, malahan pendek pula. Hohoho~@!

Jadinya, satu perkataan yang mampu aku keluarkan dalam ketiga-tiga situasi diatas

A L H A M D U L I L L A H


Cantiknya perancangan Allah Taala. Aku memang menunggu pulang awal dari kursus sebab ada sesuatu yang harus aku lakukan sebelum Maghrib. Aku hanya mampu memohon padaNya agar dipermudahkan segala urusanku. Dimurah dan dilapangkan rezeki. Pulang awal dan mengelakkan kesesakan juga satu rahmat. Walau pada orang lain itu biasa biasa saja, tapi bagi aku besar maknanya.

InsyaAllah. Aku akan berusaha apa yang termampu. Apa yang sudah Allah bukakan ruang wajar aku rebut peluang dan gunakan selagi mampu. Sudah banyak Dia tunjukkan jalan dan kemudahan. Tinggal lagi, aku mahu atau tidak saja. Hendak atau enggan? Apatah lagi jika sesuatu itu mendapat sokongan dan doa kedua orang tuaku. Ya Allah...tak mampu aku nak luahkan. Engkau memang Maha Kaya lagi Maha Pemurah, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Rasa kerdil dan kecil sekali aku pada Rabbku.

Pada Mama dan Abah, macam tak layak pula aku jadi anak mereka berdua sebab kasih sayang keduanya pada aku dan adik2. Tak pernah kenal erti pilih kasih, tak pernah kenal erti jemu mengasihi dan tak pernah kenal erti putus asa pada kami yang banyak masalah ini (macam aku lah...)

Tiada daya dah usaha, satu apa pun yang aku usahakan dan perolehi ini, tanpa izin dan RahmatMu jua Ya Allah...
A L H A M D U L I L L A H

Aku menangis lagi, entah yang keberapa ribuan kali...

Saturday, August 30, 2008

+..Demam, Satu Kemerdekaan dari Dosa..+

Aku pesakit terakhir klinik ini. Aku keluar je, diorang dah tutup shutter

Menunggu dipanggil masuk, tak tau ke nurse dan dr ini, aku tersiksa...ohoho...agonizing wait beb.

Di atas kerusi yang serba tak selesa ini, aku plan nak baring sambil baca buku pasal Vampire.

[at home, just had roti cicah milo]

Pagi Subuh tadi aku dah terasa badan dah panas semacam. Air wudhuk tu terasa sangat sejuk macam kat Artik. Bila sujud, terasa kepala sangat berat, mata sakit macam nak terkeluar dari soket. Hidung dah tersumbat. Tekak dah rasa macam ada batu.

Lepas subuh, aku tido balik atas katil hujung minggu aku. Tarik comforter sampai kepala sebab tak tahan sejuk. Stokin dah pakai, baju lengan panjang dah, tapi masih sejuk macam pergi Beijing hari tu. Aku sambung tido sebab mata aku pun rasa berat semacam je.

Dalam tengahari, aku mandi. Punyalah siksa nak mandi sebab air tu sejuk gila. Buang air dah terasa panas semacam. Semua dah panas dah sekarang. Nak telefon si Kubal dan Fezal, aku tau diorang tengah pegi kenduri. So aku gagahkan diri bawak Obit pegi cari kedai makan dulu. Baru aku cari klinik panel ING dekat ofis. Ala dalam 10 minit je perjalanan. Tapi aku rasa Obit yang bawak aku time tu. Kan best kalau ada auto pilot kan?

Sampai klinik pulak macam menunggu like forever. Nasibla aku bawak The New Moon untuk dibaca. Tapi nak tau? Aku rasa macam nak baring je atas kerusi tu sebab tak tahan.

Terfikir jugak aku. Apa salahnya demam teruk sampai terasa sakit ke tulang temulang macam ni, jika dibandingkan dengan aku kena bayar balik shortage harga Si Hati Kering semalam? Atau lebih teruk lagi, tak dapat disahkan kerja, dan kena buang kerja sebab hal macam tu?

Mungkin juga Allah nak uji aku tahan ke tak dengan demam macam ni. Macam kita barter trade dengan Allah. Tapi setiap urusniaga kita dengan Allah, pasti mendapat keuntungan yang berlipat ganda. Abang pernah kata, kalau kita nak sangat sesuatu benda tu, kita mintak dan mintak macam seorang anak kecil yang nak main hujan, tapi tidak diberikan ayahnya. Tapi bila akhirnya si ayah membenarkan, maka anak itu akan jatuh sakit.

Aku rasa analogi aku sekarang macam tu. Aku terlalu bersungguh sungguh mahukan satu kemudahan untuk menyelesaikan masalah aku. Sampai hilang sore aku semalam asyik menangis, mengaji dan berzikir. Seolah olah aku paksa Allah selesaikan segera masalah aku. Mungin asbab aku terlalu teruk bersedih dan meminta pertolongan Allah, makanya aku abaikan kesihatan aku sendiri. Aku tak makan sedari tengahari Khamis sampai ke jam 10 hari Jumaat. Tidur pun tak dapat. Kalau boleh aku nak sujud dari Maghrib ke Subuh besoknya. Asbab kerisauan yang amat, takut aku dibuang kerja.

" Well, you must have been dissappointed right?"
"Why?"
" Because people who have sinuses tend to get sick quite often, you're having tonsilitis. It's connected and that explain why you get this fever. "
"Nope. I'm not dissapointed Dr. But quite relieved..."
"Interesting..'
"Yeah really. I've been trying to avoid being sick by taking my Redoxon Vit C Soluble. Sometimes we need to get sick justto be reminded to kick back, relax a little. You know, enjoy and appreciate our life more. Maybe I work too hard."
"Maybe Chee. Well, I can see that you're having a very fat book there."
Belek belek buku aku dan tengok harganya.

"Purposely bought it, worth every ringgit for it thickness."
" You can just enjoy readingthis at home, take a good rest, its a long weekend by the way."
" Hmmm...Happy Merdeka, Dr!"
" Happy Merdeka Chee..."

Sunday, June 15, 2008

+..Lemau..+

Penatla lepak KK macam ni.

Semalam dah penat menunggu. I've been waiting like a stupid paperweight in that stuffy and stinky multipurpose hall. For WHAT? Adoiiii boringnya. Elok balik hotel swimming dan pergi sauna lagi bagus.

This morning, my team was up against our main competitor but because of one wrong strategy, strategi menjual game, ha...habislah. Lagi lagi dengan team kuat bagi aku bukan nak bereksperimen lagi. Kita kena fikir nak menang patutnya. Apa apa jelah.

Yang paling best masa lawan competitor kali ni, sebab ada abang yang single dan hensem, lagi bijak bermain badminton. Yeah. Right. Aku saiko dia je lebih tadi. Kunun macam nak goyang dia je la. Heh. towards the end, semangat mamat tu lain macam pulak, as if aku bagi sokongan kat dia, padahal aku perli je tu. Masak aku dikenakan Mad, team aku dan team diorang nak matchkan aku dan dia. Pandey ngelakar Sarawak tek, tapi nya pun orang sinun, oghang Perak nun, macam kamek juak! Maklum dah diam di Sarawak tok, 6 tahun, bah!

Tadi aku dah pergi swimming amik 12 lap je. Pool tak besar, just nice la. Aku lebihkan freestyle because freestyle boleh kuatkan bahu dan tangan, disamping improve footing. Entah. Aku je pandey pandey. Habis swim, aku naik mandi dalam jacuzzi. Terus masuk sauna kering. Haa....heavennya. Lapar, tapi aku malas nak keluar. Kat KK ni panas menggigit.

Petang karang, disebabkan kami dah kalah pada team dari Bintulu tu, maka terpaksa lawan team dari Miri. Kena dan wajib menang untuk pergi FINAL.

Apa apahal aku update gambar karang la. Nak tidur jap.

Sunday, June 08, 2008

+..Seminggu Aku diKL Sitok!..+


[Sempat makan di Sushi King, Selayang Mall ngan Piko. Aku masih dengan feveretku,
Kodomo Bento! Argh! Tak kesah gemuk...!]

Wah! Tak sangka dah Ahad dah! Macam baru je sampai dari seberang Laut China Selatan, dah nak pulang sinun balit petang tok!

KAWAN KAWAN TAKMO LAWAN

Aku tak jumpa kawan selain dari yang call aku dan carik aku je. Pergi SIRIM atas alasan nak amik payslip terakhir dan kebetulan jumpa balik geng geng lama, Aman, Alin yang dah bersalin anak keduanya, Azim Haris, KakWa, Kak Ct, Kak Nunen, Ogy dan Kakni yang baru balik Bali, AA exboss yang best di SIRIM. Jumpa balik Pozan yang baru baik dari lelah tapi masih kepingin nak ajak aku ambik lesen scuba diving di Redang. Jumpa Fidi bekas bassist Seven Collar Tshirt yang masih aktif cipta lagu dan cerita hal hal masa kami satu band dulu. Jumpa Mak Tan, main badminton dengan Abang Mi. Ngelakar Sawak ngan Pat tapi nya madah laju gilak sama aku. Hehehe...

SEMPAT SPLURGING LAGI

Aku juga hanya sempat pergi ke OU dan Ikea asbab nak cari benda. En. Abang dah approved benda yang aku nak beli (boleh tak reimburse jeans yang RM10 x 2 itu?) Cuma nak pergi KL sia petang semalam jak aku sik sempat asbab satu kemalangan kecil yang berlaku semalam, Jun 7 lepas balik dari Selayang Mall.

KEMALANGAN: SATU UJIAN KESABARAN AKU


Hmm, innalillahiwaiina ilaihi rojiunn...

Entah kenapa, aku yang dah lama cool, macam meletup pulak bagai lahar gunung berapi semalam. Astaghfirullahala'zim. Sampai termenung je aku fikir balik, kenapa aku boleh invoke api kemarahan melampau? Sampai aku letih dan lembik, seolah olah habis hilang tenaga aku dek kerana mamat yang melanggar aku tu.

Mana taknya, aku dah elok elok di lane nak masuk ke kanan tu, sebab hijau maka aku drive la as usual, dari 0 - 50kmj. Entah cemana ada seorang mamat Kelate ni, bawak Kenari CBK**40 kepunyaan adik dia, dok cilok macam dia bawak moto kapcai, last minute di sebelah kiri aku.


Gedebang!
Dia langgar side mirror aku. Lepas tu, dengar pulak sreet sreet sreet kat belakang. Tak lama kemudian, dengar bunyi hon bertalu talu dari sebuah Camry lama warna emas coklat di belakang, sebab Kenari tu, dah halang jalan dia, dan hampir dilanggar. Lantas, dari hijau lane aku terus merah dan aku berhenti tak sampai hujung lane tu.

Peh! Memang syaitan suka benar orang marah ni kan? Entah kenapa semangat dorman aku yang selama ini aku nak simpan selamanya,
terkeluar macam Naga yang baru dibangunkan dari tidur yang lena. Aku keluar dari kereta aku dan terus tengok ke arah tempat yang dilanggar sambil menggenggam penumbuk di kedua dua tangan. Entah jiwa mana yang meresap keluar agaknya, aku tanya mamat tu dari luar kereta aku. Mula mula aku tanya pakai bahasa isyarat, sebab dia tak keluar kereta. Aku dah hangin dah. Sebab tak ada daya langsung dia nak keluar mintak maaf ke apa. Cekak pinggang, mata dah makin besar. Terasa urat urat di badan mengembang satu macam. Ala macam sapa tu, Hulk Hogan la aku rasa!

Last last dia keluar jugak asbab aku berdiri di tengah tengah lane, as if I won't budge an mm even.

Aku jerit,
"Apesal kau langgar aku haaaa!!".
"Saya nak ke kanan tadi..."
"Aku tahu kau nak ke kanan, sebab tulah kau langgar aku! Aku tahu kau nak potong lane, dok cilok aku kan?!!"


Masa ni, tangan aku dah hilang arah tujuan. Tapi masih dalam keadaan penumbuk.

"Dah lah tu, kita bincang kat tepi je, masuk la dalam kereta!" Dia jerit dari jauh.
"Alah! Lambat lagi nak hijau...Meh sini aku tengok roadtax kau!"

So aku tengok masih hidup dan aku hafal pletnya. Takut dia lari.
Sempat aku tengok bini dia yang mengandung duduk diam diam dalam kereta. Mungkin baru 4-5 bulan.

"Adik, amik kamera kaknaz dalam beg. Nak amik gambar ni."

Aku belok masuk ke simpang FRIM dan berhenti diikuti Kenari tadi. Mamat yang bawak tu, tinggi sikit dari aku. Hitam manis, kurus. Pelat Kelate.

"Apehal kau bawak bini mengandung pun nak memandu macam tu?!"
"Janganlah marah marah kak! Ni pun ok ni saya berhenti jugak, bukannya saya nak lari..." Ok. Aku dah sejuk sikit. Aku terus snap gambar kereta dia guna kamera fon. Dan yang selebihnya, guna kamera Pentax aku.

"Macammana cerita ni?"

Mamat tadi tengok kereta aku. I don't even bother tanya kereta dia, atau bini dia dah nak terbersalin asbab laki dia bawak macam orang hilang akal.

"Ha...nasib baik tak makan dalam, tak kemek. Alhamdulillah...ni polish je boleh hilang ni kak... Akak hantar polish lepas tu, panggil saya, saya bayar."
" Hmm...ok. Berapa nombor telefon awak ni?"

Dia bagi dan aku cuba dial nombor tu. Depan mata aku, fon tu bunyi.

"Awak nak pergi mana ni tergesa gesa?"
"Saya nak balik rumah kat Taman ***** je"

"Laa...saya duduk kat ________je awak kat lorong mana?"

"Lorong ______ dekat klinik tu."

"Hmm...dekatlah tu. Oklah, nanti saya tengok dulu macammana, lepas ni kita contact lagi lah."

"Ok."

ALHAMDULILLAH! SEGALA PUJI HANYA BAGI ALLAH

Jadi puaslah aku ambik gambar.

First time Piko mengalami kemalangan kereta camtu. Kasihan dia. Adrenaline rush aku masih di tahap lebih tinggi dari paras normal. Aku balik rumah, cakap pada Abah yang on the way nak ke surau. Mama suruh aku carik Ah Seng Gemuk. Tanya dia macam mana nak settle kereta ni.

Nasib baik rumah Ah Seng tu dekat bengkel dia. Dia kata, memang boleh polish je. Tak perlu ketuk dan cat balik sebab tak makan dalam dan tak kemek. Alhamdulillah. Baru terbit syukur di mulut aku. Alhamdulillah, baru tersedar aku, yang aku dan Piko tak apa apa. Masih selamat in one piece. Alhamdulillah, Ah Seng ada kat rumah dan boleh tengokkan kereta tu macam mana.
Ah Seng kata, sebelah je boleh polish dalam RM100. Kalau full body RM200. Cat satu body RM400.

So lepas abah balik surau tu, kami keluar balik untuk lawat Aunty Zenon yang baru discharged dari DSH. Sambil lalu lorong rumah mamat yang bernama Fir itu. Bila dah pastikan itu rumah dia (siap tanya mak bapak dia, betulke Fir duduk situ, macam polis pulak!). Jadinya abah terus buat appointment nak jumpa dia hari Ahad, bincang elok elok. Sebabnya, mamat ni, kerja kontrak dan baru berhenti. Dah nak balik Pahang pulak. Seeloknya, abah nak Fir bayar dulu senang. Fir setuju dan terus bayar RM100 kat abah (sebab tu sebenarnya kereta abah)
Alhamdulillah dah selesai semuanya.

Tapi kan, aku masih rasa lesu asbab kejadian ni. Malam tadi masa di Jasima, aku tak makan pun pizza dia yang sedap tu hatta karipap lazatnya. Aku hanya diam dan minum Milo Suam je. Mama dan abah puas suruh aku order apa apa. Tapi selera aku hilang. Nenek pun tak berjaya buat aku makan, aku cuma minum teh o di rumahnya.

Aku frust sebab aku gagal ujian kesabaran jalan raya aku. Aku frust sebab aku keluarkan tenaga yang melampau secara sia sia. Aku frust sebab bila aku nak solat, Allah tak izinkan lagi. Jadi aku lembik dan penat gila malam tadi. Masa tengok cerita Battousai tu, siap boleh tertidur di tengah jalan. Tenaga aku macam keluar terus dan susah nak fully recharge balik.
Ya Allah. Ampunkan dosa dosa aku Ya Allah. Ampunkan juga dosa orang yang melanggar aku tu Ya Allah. Semoga dia dimurahkan rezeki dan dipenuhi hidayahMu. Semoga Kau permudahkan perjalanan Fir dan isterinya Ya Allah...

SELESAI SEMINGGU!


Aduhai.

Cepat benar seminggu aku kan?

Cuti pun tak macam cuti sebab banyak perkara berlaku yang memerlukan aku bertindak dalam keadaan
remote dengan ofis di Kuching. Selalu kena bukak sistem dan email. Selalu dihubungi customers aku walau mereka tahu, aku sedang bercuti. Huwaaaa~@! Aku nak nangislah. Tak sempat jumpa ramai lagi sahabat dan kawan kawan!

Yang paling best ialah aku dapat jumpa family aku. The ones I miss the most! Alhamdulillah. Takkanlah, aku tak bersyukur lagi? Bukannya aku ni koma atas katil dan tak dapat melihat, merasa, menghidu, menyentuh, berjalan, berdiri dan berlari?


Alhamdulillah Ya Allah, kerana mengizinkan aku berjumpa dengan kedua orangtuaku, sekalipun pelbagai ujian dan cabaran Kau beri padaku dalam seminggu ini, Ya Allah. Alhamdulillah. Alhamdulillah syukur!
Semoga Allah panjangkan umurku untuk aku kembali ke pangkuan famili aku. InsyaAllah...

Lepas ni, aku terus fly ke Btw dan KK. Doakan aku sihat walafiat dan sukses sepanjang Borneo Games aku diKK nanti, ok!

Monday, June 02, 2008

+..Alhamdulillah, LEGA!..+


[Oohhh [I wish I was there...but well, holidaying@ home
without any pending works is equally BLISSFUL!]


Alhamdulillah. Syukran Ya Allah.

KL, KAMPUNG HALAMAN

I've reached hometown last night after a week of hectic, crazy and stressful days. Sutun picked me up from LCCT and we went for a light supper near her house. The arrangement was to spend a night with her and she will send me back today (Sunday). Even though I was low on energy, the excitement of coming back for a holiday kept me going and managed to "mumble" some mamai words with Sutun, my best bud cum sister before I pengsan for my Subuh Gajah prayer. Apa kes? Subhanallah, teruk betul aku ni, sampai tak perasan bunyi azan hatta alarm clock sekalipun. (ini kes koma ni, bukan pengsan lagi)

KERJA GILA!

In the uneventful stressful week at Kuching, without the help of Nel (she went for an overseas holiday), I was running things alone. That explained my stiff shoulders and neck and my mood swings for En Abang (kesian En Abang tak pasal dia kena...). I have 18 accounts under my belt to look after and each with different problems. Most of it involved money. And this money came from the wealthy people who have no problem to park their money with us as if we were the bank!

You see in Sarawak, we are having this Gawai Dayak Holiday and everybody was in the rush of things. I've been shouted at in front of everybody in a meeting (by one of my customers), I've been yelled at through the phone for our notices (which FYI, very much a sudden death instruction from the KL Office...bah!) That exclude my ISO 9001 briefing to them, a series of reminders, official letters to write, administration works to do, cheques to collect, people to meet, meetings, audit plan comes end of June, Ageing analysis, COPA report and yeah...the ever pening Monthly Performance Report as in WHY I got such and such...What more with the coming of Borneo Games in Kota Kinabalu? Alhamdulillah I've been selected as one of my company reps in Badminton (the game I LURVE so much) .

For the past one week, I clocked in as early as 730am and went back 13-14 hours later. Even up to Saturday May 31, I was still working til 430 pm for a report to be sent. Saturday at the office was the best since there were no incessant phone calls or people who wanted to meet and talk. Bliss. And alhamdulillah the printer that I messed up with (no thanks to no manual provided to us for that most unfriendly system to use) was working fine again. Bliss. Alhamdulillah Ya Allah.

I went out, suddenly remembered that I ate no breakfast nor lunch, nor drink at all. Instead of going to a nearby restaurant, I drove up to Jalan Astana, about 15 mins away to buy my family what they have pesan for; Kek Lapis Sarawak. Later I remembered my badminton coach, Uncle Peter who always messaged me to take some things from him - the titanium plaster la, the free t shirt la, the shoe bag la. Nya macam bapak bapak jak

BADMINTON BORNEO GAMES!

At Uncle Peter's (just a stone throw away from my office), I met his wife, aunt Nora who was as warm and friendly as him. She was also motherly, suka gago aku juak macam uncle Peter ya. Uncle Peter gave some tips to play against my opponents in KK. Well, even though he didn't realised my racquet string tension was usually 25 not that lembek 18 as proposed by him, I respect him nevertheless. Hehehe... little that he knew, I've changed the tension back to 25 yesterday, in Klang! Lalalala....~@!

Oh yes. I managed to meet my SIRIM Badminton friends in Shah Alam, after a santai breakfast with Sutun. I met Mak Tan my usual sparring partner cum teammate and we promised to play today (Monday). They were playing against PSB SPRING TUV SUDS Singapore. Hmm...after all these years playing against them, it felt odd just to watch them play (as I am no longer with SIRIM).

MENGURUT ITU BAGUS!

Sutun and I went to Klang afterwards for her terpelecok wrist. There was this one Kelate Pakcik who sangat terror mengurut. I asked for PakDin to massage my katok pointing finger (this one little finger was being hit by Mena's racquet during one game's miscommunication). Fuyooo! I tell you! This Pak Din was fab! He massaged my wrist, my palm and my upper hand just to "repair" the finger's misaligned urat location.

Pak Din kecek, "Pokcik dak urut perepuay, tapi doh kamu emergency pokcik urut lah, tulong kamu berduo. ." His wife knows how to massage but makcik was going for a hotel wedding reception chauffeur driven by one Police OCPD's driver. I booked her on Monday morning for a full body massage to prep myself for the Borneo Games 9-16 June.

Pak Din's family have touched my heart. He has this "rumah tak siap" home just beside a surau in Berkley Klang. Both of them husband and wife was kind enough to let us come without advance bookings. When we chit chatted, Pak Din's customers was not just ordinary people like you and me, but VIPs and Big Corporate guys. But he still live his life humbly.

HOME IS WHERE THE HEART IS

Sutun sent me home around noon and we had lunch together with my siblings. Mom already cooked my favourite bergedel and I missed her deliciously hot cooked, yummy nasi lemak sambal sotong that morning!

On the evening, I met Nenek and passed her the kek lapis and chit chatted with Aunt Zenon for her newfound camera shooting subject - Rock Climbing at Batu Caves. Indeed it was a small world to me, when she said she met Azmin (my ex bf) and his girl, Cha - an air stewardess, there.

JANGAN SEMPITKAN SOAL JODOH!


Hehehe...Aunt was surprised that I am no longer with Boe - her camera shooting partner in Bukit Bendera when they last shoot pictures together. Mesti Aunt Zenon pelik why la this one niece of her kept on changing her bf. Well, not my fault what? Boe yang nak putus with me. Azmin tu gone case lah, asyik bikin kepala pening je.

When my phone sang "Ruang Rindu" by Letto, I knew En Abang was calling and Aunt Zenon thought it was from Boe. Hmmm...that was the reason for my long chat with her.

Jangan sempitkan soal jodoh, En Abang kata. I conveyed this to her as well, and I said my stand in jodoh was to let it open. If let say Boe's gonna come back, let it ends with a marriage. The same goes to En Abang, or anybody who might be my jodoh. I will never know, right? It's all in the hands of Allah, under His knowledge with His Rahmat and Rahim. So, En Abang was right. We only give our whole heart, soul and loyalty to the man we call husband. NOT mere boyfriends. Boyfriend is nothing when compared to a husband.

Well, in Islam, there are no such word as BOYFRIEND anyway. So, why bother? Allah will always keep His promise and I believe my jodoh will come later, insya Allah. Regardless of whom that will be...I will honour him with my undivided love and attention, my only place to seek Allah's Redha...InsyaAllah. Nothing more, nothing less, nothing else...

InsyaAllah!

Wednesday, May 07, 2008

+..Sakit Memang Perit, Sakit Rindu Macammana?..+


Bismillahirrahmanirrohim...
Ya Allah.

Sejak dua menjak ni, gigi geraham aku sangat sakit. Sampai hilang mood aku nak makan. Tapi dalam sakit sakit tu pun sempat gak aku main boling dengan member ofis di Superbowl Riverside. Dah lama nak jenguk dentist tapi asyik tertangguh sebab dentist will always be the last person I want to see. Mungkin sebab aku dah jemu pakai gigi besi sampai umur aku 19 tahun agaknya. Maknanya, I haven’t seen a single (pun intended) dentist for 13 years! Oh my…

Pagi tadi, aku berlari sekejap dengan style ala Agent Scully X-File (Perasan!bebudak ofis panggil aku Agent Scully, sebab Hafriz jadi Agent Mulder. Aku pun tak tahu kenapa) ke Dental Clinic Aw Yong di seberang jalan ofis aku ni aje. Tapi entah kenapa aku rasa tersisih kerana layanan receptionistnya. Even though aku dah cakap, gigi aku sangat sakit, dia masih kata klinik itu penuh appointmentnya dan aku perlu tunggu. Makanya, selepas menunggu sejam aku pun cabut dan meneruskan kerja aku di ofis. Itu lebih baik daripada aku buang masa cam orang bodoh terasing dikelilingi non muslim non bumi. Dalam hati aku dok berkata kata, baik aku pergi klinik orang Islam walaupun aku kena tunggu lama, tapi its worth the wait. InsyaAllah malam nanti, aku akan pegi dengan Dak Yati ke sebuah klinik Muslim Bumi di Jalan Astana. Sepanjang aku tiada mood nak bekerja kerana gigi aku (tapi aku masih bekerja, cuma mulut aku diam saja), aku sempat google tentang kesabaran menahan sakit gigi dan came across this article from one lady in UKM. Aku copy paste daripada BLOG DIA

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
[…Sakit memang perit. Allah jadikan sakit untuk menguji hambaNya, samada sabar atau tidak. Teringat pada pendapat Ibnu Abbas, dalam menghuraikan ayat 25 surah al-Anbiya’:

“Kami akan menguji kalian dengan kesulitan dan kesenangan, kesihatan dan penyakit, kekayaaan dan kefakiran, halal dan haram, ketaatan dan kemaksiatan, petunjuk dan kesesatan”

Semua itu adalah ujian, untuk membuktikan sejauhmanakah kita benar-benar mengaku diri sebagai manusia beriman. Kerana Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Adakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedangkan mereka tidak diuji lagi?” (al-Quran, al-Ankabut:2)

Hidup ini penuh dengan hikmah, cuma kita manusia seringkali sahaja terlepas dari memikirkan hikmah itu. Ibn Qayyim rahimahullah berkata:

Andai kata kita mampu menggali hikmah Allah yang terkandung didalam ciptaan dan urusan-Nya, maka tidak kurang dari ribuan hikmah. Namun akal kita sangat terbatas, pengetahuan kita terlalu sedikit dan ilmu makhluk adalah sia-sia jika hendak dibandingkan dengan ilmu Allah, sebagaimana sinar lampu yang sia-sia dibawah sinar matahari. Dan ini pun hanya kira-kira, yang sebenarnya tentu lebih dari sekadar gambaran ini.

Yazid Bin Abdul Qadir Jawas didalam bukunya yang bertajuk: Do’a dan Hiburan Bagi Orang Sakit Dan Terkena Musibah menurut al-Quran dan al-Sunnah yang Sahih (2005.)Bogor: Pustaka Imam Asy-Syafii), telah menyenaraikan hikmah bagi mereka yang ditimpa sakit, antaranya ialah:

1- Sabar sebagai natijah menghadapi kesusahan dan kesulitan
2- Menghapuskan dosa dan kesalahan
3- Jalan menuju syurga
4- Mengembalikan hamba kepada Rabbnya dan mengingatkan kelalaiannya
5- Mengingat nikmat Allah yang lalu dan yang ada (sekarang)
6- Mengingat keadaan saudara-saudaramu yang sedang sakit
7- Mensucikan hati dari pelbagai macam penyakit


Sungguh..tidak Allah takdirkan sesuatu dalam hidup seorang itu dengan saja-saja…pasti sekali setiap apa yang berlaku terselit seribu hikmah yang berbaur dengan pelbagai rahmah.

Maka…berbahagialah wahai orang-orang yang beriman! Bila ujian itu melanda, bukan bermakna ALlah itu murka..tetapi itu adalah tanda ALlah ingin kita kembali kepada-Nya, sujud kepada-Nya dan sentiasa mengingati-Nya. Tiada layak yang kupuji melainkan DIA ALlah yang Esa. Alhamdulillah…]
– demikian blog saudari ni. Bestkan?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sebenarnya...
Apa sahaja yang Allah adakan dalam hidup kita ini sebenarnya cukup indah dan cantik. Segala apa yang diaturkan AlLah adalah untuk kita beribadat kepadaNya. Tidak sekelumit pun cara untuk kita lupa pada Allah sekadar hanya sebagai ujian, cabaran dan hiasan yang sementara cuma (umur manusia sekarang pun tak panjang mana). Di dunia sementara ini tidak ada nilai apa pun sebenarnya pada kita. Nilai kereta idamanku mungkin RM260 ribu di dunia ini, tapi tidak ada nilai walau sebutir pasir pun di akhirat kelak. Tak laku pun kalau kita trade in dengan api neraka yang sedang marak menyala (yang panasnya tidak boleh terbayangkan dek kita pun!), malahan langsung tidak terbanding nilainya dengan nikmat rahmat Allah berada di syurgaNya, kampong sebenar kita nanti, insyaAllah.

Jadi apalah sangat kesakitan gigi yang aku alami ini berbanding nilai sabar mengalami jerih sakitnya…Sebab Allah sentiasa menguji kita, sama ada kita rindukan Dia dan meminta pertolonganNya? Adakah kita berusaha untuk mengurangkan sakit? Semua tu perlu ada, bukan dok biar aja sakit itu melarat. Jadinya, aku kena juga usaha mengubati sakit gigi aku ni malam karang. Dah usaha, dah doa, dah istiqomah makan ubatnya dan barulah aku boleh tawakkal pada Allah, agar penyakit ini sembuh dengan hanya izinNya, insyaAllah.

Tetiba, teringat aku pada Encik Abangku yang sangat jauh dari mataku…Lepas tu pulak, baca blog Nurul Qalbii ni, ada satu sajak yang sangat mendalam maknanya. Maka aku pun paste disini. Ni semua nukilan saudari Umairah SH. Bukan aku punya idea tau! Bagus sajak ni untuk semua manusia Islam yang bujang di luar sana…

Allahua’lam Bissawab…
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Rindu Itu Hidup Dihati Ini


Aku terlalu rindu
Jiwa ku penuh dengan sendu
Menahan sakit rindu yang tidak tertahan
Ingin kuluah namun hajat tak kesampaian
Setiap hari rindu ini kusulam
menjadi bunga kasih di dalam jambangan

tersimpan rapi …bila ingin kusentuh, kukata “jangan”
kerana rindu itu adalah rindu terlarang

Sahabat
Dayuskah aku menyimpan rindu?
Pengecutkah aku memendam rasa?
Jangan hadiahkan senyuman sinis mu
Jangan berikan pandangan hina mu
Kerana aku takut pada Tuhanku

Kerana aku takut mendekatkan zina pada diriku
Kerana aku genggam bara syariat hingga bertukar menjadi abu
Hidupkah lagi rindu di hati mereka yang berpacaran?
Masih adakah lagi rindu pada mereka yang sudah puas dengan kemaksiatan?
Indahkah lagi rindu bagi mereka yang tidak peduli halal haram?
Maka disitu wujudkah cinta yang katanya ingin mencari redha tuhan?

Jauhkan aku dari semua itu wahai tuhanku,
Kuatkan aku yang berada di persekitaran hamba-hamba-Mu yang dahagakan cinta terlarang itu
Biar rinduku terlerai disaat yang haram menjadi halal
Biar rinduku terluah disaat ikatan perkahwinan sudah bersimpul mati

Hiaskan sabar pada rinduku, ya Allah
Indahkan ia dengan ketaqwaan, ya Allah
Moga rindu itu hidup dihati ini
Rindu itu hidup kerana-Mu
Agar bila disatukan,
aku berada di dalam rahmat dan keredhaan-Mu
Agar bila ditakdirkan tiada ikatan,
Aku redha dengan ketentuan-Mu

Ya Allah,
Engkaulah yang mengetahui rindu itu hidup di hati ini
pada hamba-Mu yang sentiasa merindui-Mu.

(Adakah KITA merindui-Nya?? Tepuk dada tanya iman)
Umairah SH
21 Mac 2007
UKM
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pagi ini: 8hb Mei
InsyaAllah, setiap manusia itu punya rezeki masing masing. Aku pegang janji Allah. Setiap apa yang ditakdirkan, walau bagaimana hebat dan kuat kita menolaknya, pasti ia akan datang dengan sendiri.
Wa makaruu wa makarallah, wallahukhairul maakirin.
Alangkah indahnya dunia ini,
jika kita benar benar faham konsep dunia ini hanya pinjaman,
segalanya adalah hakmilik Allah.
Tidak ada daya dan kuasa kita untuk mengatakan
apa yang ada pada kita ini adalah hak kita
hatta seorang suami dan anak sekalipun.
Bila bila masa rahmat dan nikmat yang ada pada kita ini
Allah beri dan tarik dengan kehendakNya.
Gigi aku ni ajelah sebagai contoh.
Dulu diberi rahmat dan nikmat untuk aku menggunakannya.
Asbab aku tidak menjaga nilai gigi tersebut
(sendiri cari penyakit, tidak mahu mengubat awal awal)
maka Allah tarik balik nikmat penggunaan wisdom tooth aku tu.
Subhanallah...
Jika ditakdirkan
perjalanan hidupku diwarnai dengan ujian yang lebih hebat,
ujian itu pastinya untuk menguji aku sebagai hambaNya,
yang bersesuaian pula dengan dayaku sebagai hambaNya
Maka aku harus redha dan taat. InsyaAllah, jika aku redha...
Allah akan redha denganku...
Sesungguhnya aku tidak layak untuk syurgaMu,
Tapi aku takut akan dosa dan siksa api nerakaMu Ya Allah
Maka ampunilah aku yang serba lemah dan hina ini Ya Allah,
terimalah taubatku...
Oh!...
Hanya Engkaulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Menerima Taubat...
Hanya Engkaulah tempat aku mengadu dan meminta pertolongan
Ya Allah
Engkaulah yang Maha Kaya, Maha memberi Rezeki dan Rahmat
Kasihanilah aku, Ya Allah.
Hanya Engkaulah yang memberi kekuatan padaku...
Jika dialah yang Engkau pilih sebagai pasangan hidupku,
Ya Allah
maka aku redha...
Aku pasti segala apa yang telah Engkau rancangkan
segalanya pasti untuk kebaikan
Amin....Ya Robbal A'lamin...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails