AMARAN MENGADA NGADA:
Aku blog guna bahasa sesedap rasa aku. Aku melanggar segala bentuk dan peraturan bahasa Malaysia dan juga Bahasa Kolonial. Sebab: sukati aku lah kan? Bukan aku nak dapat A pun hatta nak karang buku novel pown. Kepada korang yang sedang belajar di sekolah, gunalah bahasa Malaysia dengan betul.
Mesej awam ini dibawakan khas kerana gembira memakan Sambal Daging Bonda. Aku tidak mahu bertanggungjawab jika korang fail bahasa Malaysia. Dah syoh syoh~@!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
{lagu latar: cepat cepat - Jac}
Kuakuakua...~@!
Nak tau?
Aku nyanyi lagu ni live kat Modjo malam semalam. Aku nyanyi, pastu dia dok koruskan
lalala tak dengar.... lalala tak dengar
Aku nyanyi je cam selamba tak kesah gangguan speaker dia. Pastu tah tetibe dia sebuk nak koruskan
cepat cepat...cepat cepat....cepat cepat
itu jelaaa yang dia dok korus (ni kira dia dah bengang la dia kacau aku nyanyi tapi tak berjaya, muakakaka)
Ahhhh...bestnya la bulan 5 ni enh? Besides sudah menjadi tua kerepot cam makcik (ye, ye aku tau so what? Ada aku kesah?) bulan 5 ini juga menyaksikan aku ulang alik ulang alik merentas seberang laut sesukati aku. Maklumler, aku udah atur training aku baek punyek. Sejak 22hb tuhari, aku sangatlah bahagianya!
22hb aku touch down KLIA dan terus balik ke rumah. Kali ni, aku takmo Ella amik aku sebab dia tengah praktikal jauh di sudut KL. Makanya, aku sangat teruja nak lepak dengan dia dan LiNa kat NZ (bukan tempat LiNa baru melawat haaa) malam tu. Tujuan utama aku sebenarnya nak beli bantal kekabu aku yang dah lama terburai segala tok nenek isi perutnya di Kuching. Tak sangka pulak ada jual kat NZ. LiNa kata kat Kelantan termasuk yang bantal peluk dan adik beradik dia, LiNa beli cuma RM25 jok! Peh..
Ok. Berbalik pada cerita NZ, aku pun dijemput dengan seronoknya oleh LiNa maklumlah. Hehehe moto baru nak? Borak punya borak, Ella call tanya aku kat mana. Bunyi cam kelam kabut jek. Aku kata ek elee. Cool lah aku dah nak dekat simpang NZ. Carik parking punyalah payahnya. Ada plak satu parking, dah terhimpit dek motor. Masa nilah, aku macam terpandang satu wajah yang sangat familiar tapi tak dapat nak fikir lama sebab aku terpandang satu couple nak kena pelampang baru parking Satria dia kat satu spot nih. Ada ke patot couple tu, pompuannya pakai tudung dok bercomolot dengan gembira di dalam kereta lepas parking? Pehhhh panas telinga aku tengok. Kok ye pon korang nak buat maksiat jangan bagi aku tengoklah wei! Me being me, aku buat sesuatu pun (LiNA: ko jek tau) dorang bleh selamba sambung comolot? Pehhh....malas nak tengok lagi, LiNa dok cari satu spot yang agak jauh dari situ. Makanya lepas dah parking, LiNa ajak tengok jap survey pukul berapa gerai bantal kabu tu tutup and survey harga lebih kureng.
Makanya, aku dan LiNa pun berjalanlah cari Mek Ina dengan familinya. Masing masing muka lentok keletihan. Aku pun dah nampak Ella ngan balak mana tah. Aku suh dorang join meja Mek Ina sebab meja dia panjang. Order air dan borak borak gedongding aku pun bagi Mek Ina ikan terubuk yang beliau pesan. Peh berat tu beb. 6 ekor hokeh! (Tapi sebab aku gak yang ajar dia beli ikan terubuk, tak dapeyk nak mark up la)
Sambung borak ngan Ella and Perez. Gedongding makanya aku dah ngantuk nak balik umah. Masa ni, Ella suruh aku ikut dia ke kereta dia untuk memberi aku SD card yang dibeli Modjo. Yelah. Aku saja je ngada nak suruh dia belikan SD card yang dah hilang masa kelam kabut naek Airsux tuhari. Harus dia ganti double. Dari yang biasa 2GB, dia dok belikan aku 4GB SD HC. Hmm..aku tau lah dah murah sekang. Haih! Shayang aku nih..~@!
Sebelum balik, aku sempat beli satu bantal kabu hijau dan satu bantal peluk kecik. Balik tu aku dok cerita secara sepintas lalu kat LiNa pasal Modjo. LiNa kata, aku rasa entah entah Modjo ada kat sana sebab tempat tu seswai no nak menyorok and blend in. Aku kata, hmmm tak mustahil.
Sampai umah je. Hmm..
Modjo telefon aku and tanya
Hmm...tadi shayang bagi mamak tu kertas oren enh?
OMG!!! Gerammmmnyaaaaa~@!
Komfem LiNa betul. Modjo ada all the while aku datang sampai aku balik NZ. Dia dok peratikan aku dari jauh. Tempat strategik dia kat beberapa langkau belakang tempat original Ella duduk so dat memang sengaja dia position aku kat situ so that dia boleh tengok aku terus. Ella pulak serba salah nak bersekongkol dengan Andeh (Modjo la ni) dia sebab kesiankan aku. Memula tu aku agak hangin la jugak kan? Nape plak jadik boipren tak bleh say hi ke kat aku? Nak sekodeng dari jauh kunun. Tapi kan, lepas LiNa ingatkan aku
Beb! Tak boleh salahkan dia beb. Ko gak yang letak syarat, kalau nak jumpa ko, dia kena jumpa parents ko dulu. Ni kira Modjo kreatif la ni. Tak tahan rindu kat kau tapi tak boleh nak jumpa parents ko. So dia buatlah cara lain. In a way, dia still pegang pada janji la.
Adeyh.
Menyesal pun ada letak syarat camtu. Tapi aku dah serik la dengan orang dok memainkan hati dan perasaan aku yang sangat sensitip ini. Makanya aku letak syarat camtu kat Modjo. Knowing Modjo, aku tau, dia ni perfectionist dan follow step by step punya orang. Buat apa nak gelojoh? Tapi disebabkan dia rindu kat aku, maka dia ada priviledge buat camtu. Tak pernah la orang yang sayang aku bangat cam dia. Kalau lelaki biasa ni, harus gelojoh jumpa aku there and then. Paling tidak pun tergesa gesa jumpa parents aku. Dia ni, still ada step by step lagi. Dia perfectionist nak jumpa mama abah dalam keadaan dia tak kelam kabut, dia sehat walafiat, dia takde masalah lain dan setelah beberapa langkah dia dah buat tok aku (tak taulah apokobondonye).
Kebesokannya:
Modjo pepagi dah bangun nak borak ngan aku. Dia kata,
hari ni u tengok wayang ngan Ella enh?
Haah
ceta apa?
Star trek kot?
OooOOooOOo
Nape?
Ala...rajin bertanya tak sesat jalan kan?
Ek elee shayg ni. Tah pape tah. U buat apa nanti kang?
Keja la shayg...
gedongding gedongding, dia tanya aku nak dia call kan Ella ke pasal appointment we all? So aku brief la dia haah. Jam sekian, tempat sekian.
Sebab aku pun tak percaya penyampaian mesej yang berkesan makanya aku pun call Ella sendiri. Aku tanya ada Andeh call tak? Ada. Peh. Sebaik aku cek balik. Kalau tak harus minah tu lambat tengok movie ngan aku.
Gedong ding tah cemana kol 1 kami pun baru terhegeh hegeh nak masuk. Tepat jam 1pm, Modjo pun mesej tanya aku tengok ceta apa. Aku kata Star Trek. Tah cemana lah aku boleh rasa, dia ada dalam tu. Rasa berdebar semacam nak luruh jantung aku. Padahal aku pegi ngan Ella. Buat apa semua tak kena. Maklumla malam tadi dia dah peratikan aku punya perangai. Modjo kata dia suka tengok aku gelak, aku cakap, aku marah mamak, pendek kata semua pasal aku. Aku angin la sebab kira tak acilah dia boleh tengok aku tapi aku taktau dia minum cemana, makan cemana, jalan, cakap, even tinggi dia pun aku taktau. Huwaaaa~@!
Apa?
Korang ingat selama ni aku gi dating ke? Aku tau Modjo kata aku tinggi paras bawah telinga dia (OMG! Aku pendeks). Dia kata makin dia tegok aku, makin dia rindu lagi ada. Ek elee...kalau camtu aku takmo ah jumpa dia lagi. Kang aku rindu banget kang camne?
Dibuatnya cerita kan, Modjo dok sms aku lepas movie. (Sebab dia tak angkat fon and tak balas mesej aku, menambahkan saspek tahap polis aku ni). Dia sms tanya
Kenapa shayg pandang pandang belakang? Carik B enh?
Ek eleee perasannya! Sapa tah nak carik B (aku tipu je)
Hhehe... eleh! Nampak sangat!
Tapi kan mana B duduk enh? Nape tak nampak? I tanya Ella pun dia tak nampak.
Hehehe...
Geram betollah!
Tadi masa I call u tadi, u ke yang batuk tu?
Hehehe...
Ya Rabbi! I dah saspek dah! I cakap kat Ella, if ada orang batuk sekali lagi, memang i carik.
U tak tau betapa siksanya i nak cover batuk tau!
Sapa suh?
So itulah dia. Modjo yang nakal. Aku tanya dia bilanya dia nak jumpa mama & abah? Dah hint banyak kali pun, dia kata, insyaAllah. Aku tanya lagi, bila nak masuk minang? Dia kata, insyaAllah, dia kata jap jap nanti dia pegilah. Haih! Geram hokeh!
(malas nak blog detail detail sebab aku ngantuk)
p/s: besok balik Kuching. Pastu aku datang balik KL. Pastu cuti Gawaiiii~@!Yabeda beduuu
No comments:
Post a Comment