Pages

Tuesday, June 30, 2009

Penstabil Hentakan Emo

Hehehe..

Tah hape hape tah bunyiknya kan? Macam absorber nitrogen gas (show off skets) yang Obit pakai sekarang je. Sesuai dengan namanya, penyerap hentakan ini membuatkan anda merasa keadaan yang sangat selesa didalam kereta walaupun melanggar lopak dan lobang jalanan yang sangat dahsyat. Lepas tu bawak la si Obit tu drift (la sangat!) dan potong tang konar. Komfem nyaman sekali melayan pemanduan yang membuatkan anda merasa seperti pemandu perlumbaan F1, kan?

Peh!

Tapi kengkawan sekalian, aku bukan bercerita mengenai penyerap hentakan kenderaan. Aku bercerita mengenai penstabil hentakan. Lain tu kawan kawan sekalian. Lelebih lagi bila melibatkan emo. Maklumler, aku kan manusia beremo.

Apa ke taknya aku nak beremo lagik semalam (Muahahaha). Semalam seperti biasa aku suka balik solat zuhur kat rumah semasa waktu makan tengahari. Ohh! Janganlah menjelesi diriku ini. Opis ke umah tu dokek jok. Lam 10min dah blink~@! Sampei. Jadinya bila aku nak parking si Greenie (sebab ayanbunda dan Taro ada di Kuching dan menggunapakai Obit untuk jenjalan) alangkah marahnya aku apabila kereta neraka Honda buruk bewarna kuning itu tetiba kulihat memarkirkan dirinya (ini analogi neraka saja) di tempat asal si Obit selama setahun itu. (Dan kendiannya dihijack secara tidak beretika oleh Jiran dari Neraka). Peh! Kalau Modjo baca ni, komfem dia nanges ni. Sebab apa tau?

Sebab...

Sebab Modjolah si Penstabil Hentakan Emoku (PHE). Aku pun anta mesej berapi kat Modjo. Aku tulis:
>:( B! Jiran syaitan bb kan, dah parking keta neraka kuning dia kt tpt obit! Setan kan?

Modjo balas mesej aku macam ni:
Hep! Xmo ckp cm 2..Cr la tmpt laen sayang..xmo mrh2 dh..Kang jd laen

Sebab hangen emo aku bagaikan taufan Mak Enon (ni aku bagi nama taufan baru),
Bb dah agk dh! Sbb dia xpuasati, tu yg umah bb kena mcm2! Mmg komfem dia punya keje. Slama ni, keta 2 xada kt cni pwon! Dia ada 2 umah k. Bia abah tau. Bb dah ceta kt beliausmalam psl jiran fm neraka neh

And then selepas Modjo tak reply mesej aku, aku pun sms lagik:
Bb nak wat bodo je kt orgtua neh. U r rite. Bb ikut ckp b. Jap nak solat, love u!

Barulah Modjo sudi membalas emo aku yang tah hape hape ini:
Jgn nk cr pasal dh, klau bb mrh2 dia pn api lg truk jd..Xmo cm 2.. Biarla dia melekt kt tmpt parking 2, bb cr tmpt laen ye sayang, b sayang bb

Bila aku nampak ayat melekat tu, and imagine muka jiran yang tak bleh blah itu melekat kat parking, makanya aku gelak kuat giler sorang sorang kat umah. Peh! Imaginasi aku memang tinggi gila. So Modjo really made my day pastuh. Aku happy balik~@! Pastu sebab aku sedo nak jadik bakal wife orang neh, perangai kena ubah kan? So aku balas:

Ok b. Sy yg menurut perintah, yg benar – bb. p/s: b mmg syg kt bb kan? U r truly my emo balancer shayg! Emmuahhs! Thk u hunny bunny bucuk

En. Modjo shaygku pun reply:
Yg ayt dpn2 2 dh wt b tharu dh siap rse nk nangs dh ni, tp npe last word “bucuk?!” spoil la

Aku yang baru pas Zuhur pun tersenyum senyum cam kerang busok. Haila...
Hahaha maka gelakla Encik Modjo lam sms beliau diikuti dengan sms Love u shayg

So korang nak tau kan cemana aku handle mamat saiko jiran path tuh?

1. Aku mesej abah suh dia parking kat lot Greenie yg designated tok umah aku

2. Aku puleyk parking kat tepi blok aku di mana snonye lagi best dan terbaek. Sbb, kalau hujan lebat, aku lari sat je dah sampai pintu Greenie berbanding parking kat depan umah yang agak jauh dari tempat berbumbung. (Potensi tok main hujan lagi besar).
FYI: aku parking betol2 seblah jiran saiko yg dah didesignated untuk dia. (Dia dah hambik 3 parking space berbumbung tmasuk yang satu ni tok dia)

3. Aku hambik gamba Greenie takut jadik pape. Maklum, better be safe than sorrryy

4. Aku happy jok masuk umah sambil nyanyi nyanyi utk dat positive vibe.

5. Lihatlah Greenie kat belakang ni, macam aman jok dia kan? Hehehe


Mana taknya, sejak aku ulang alik Kch-Kl sejak awal bulan 5 sampai ujung bulan 6 kan? Aku perasan beberapa benda yang agak sukar dimengerti seperti:

(Kot ada masa terbuang aku hambik gambo bukti)

1. Depan pintu umahku ada kotoran berminyak, tulang temulang dan hitam hitam. Aku pasan nape stokin aku licin, rupanya, aku terpijak benda ni kat depan pintu umah antara grill dan pintu kayu

2. Paip getah yang sambungkan mesin basuh ke paip atas dia dah hilang. Penat aku carik bawah mesin basuh dan keluar jenguk ke bawah. Tak ada!

3. Air paip washing machine aku terbukak kecik. Padahal aku tak basuh baju pun sebelum tu, aku anta dobi sebab nak cepat basuh dan kering, aku nak bawak gi KL. (ni pasan lepas akubalik dari KL)

4. Pantry aku bersepah dan tunggang langgang. Habis penyapu lidi, penyapu brush keras, pongkes dan tikar getah aku kat atas lantai dalam keadaan ribut taufan.

5. Blinder buluh yang aku buat cover balkoni yang terbongkang luas kat jalan (maklum aku dok kat aras bawah jok) terputus di hujungnya mcm kena gunting. Blinder yang terputus tu, dibalik tiang yang menyambungkan balkoni aku dan juga koridor ruang pejalan kaki blok umah aku. Siap bleh lepak kat celah celah tu hisap rokok (kalau dorang nak buatla)

6. Pantry aku ada tulang ayam berulat ulat dan beranak pinak

7. Tayar depan kiri Obit mencium bumi. Bila gi mekanik, dia kata ada paku beso 4 inci kat celah celah antara tayar dan rim dari belakang. Aku perasan lepas aku kua dari kuarantin H1N1 baru nih. Pelik sebab dah sebulan aku tak pakai Obit. Lama betol paku tu nak kuakan angin tayar Obit enh? Sebelum aku masuk kuarantin di rumah, aku tengok tayar Obit okeh jok. Takde tanda pancit pown? Aku tau sebab aku penah cuba nak start henjin Obit, tapi batt Obit flat sebab lama tak bawak and terdedah keluar bumbung teduhan kat parking lot tuh.

Dahlah Bateriku kong, tayar pulak menyembah bumi...uhuuuu~


Kelihatan serba baru tayar ini. Tupun aku bawak tayar spare tahun 2001 dengan Greenie gi pam angin dulu, import Ah Cun mekanik biasa si Obit untuk dia repair kat umah. Sonang koje den.

8. Jangan cakaplah calar balar segala kat Greenie dan Obit.

9. Cermin sisi Obit terkepak ke depan kereta, bukan ke belakang. Pastu, Viva putih jiran Neraka tu dok paking betol2 dpn si Obit antara umah aku dan paking. Hmm..

Bak kata Modjo. “Bb ni ngade taw. Suka pk yang bukan bukan. Think positive!”
So aku bersangka baek jelah lepas Modjo dah ckp camtuh.

1. Kucing liar yang membawa kotoron itu

2. Paip itu kucing yang membukanya lantas menjinjing dengan mulut beliau untuk bermain seperti seekor hanjing.

3. Aku yang lupa tutup paip tu

4. Ada angin taufan yang tiup belakang umah aku merangkap pantry

5. Ada batu tajam terbang dan terpelanting mencantas benang blinder balconi aku akibat dari tindakan si pemotong rumput. Maklumler, rumah aku rumah bawah.

6. Jiran atas baling makanan nak bagi kucing makan, tapi tak tersengaja masuk kot balkoni pantri rumahku. Tak pun kucing yang bawak masuk pantry sebab pantri tu Cuma digrill aje. Celah mak bedah dia beso.

7. Memang paku tu makan masa sebulan nak flatkan terus tayar Obit

8. Aku yang ganas bawak keta langgar sana sini situ sinun

9. Bebudak main baba chak kat Obit tak sengaja terkepak cermin sisi.

Itu jelah cara nak handle emo aku. Hati tak sakit. Jiwa tak perit. Kotnye Modjo dok kasik bahan tambah MSG + minyak goreng kat aku yang tengah panas membakar lagi berapi naga neh, mau aku bakar keta buruk Honda kuning orang tua saiko itu.

Huuu~@! Alhamdulillah aku dapat Modjo. Si penstabil hentakan emo peribadiku. Shaygnya dia pada aku enh? Shanteknya jiwa Modjo. Cemana Modjo bleh sangat cool dan penyabar? Handalnya dia jaga aku. Bukan saja atas faktor mengisi kesunyian hati aku tapi juga menjaga tingkahlaku dan keperibadian aku.

Disebabkan ini semua ini Ya Allah, aku bertambah tambah mensyukuri nikmatMu. Alhamdulilah...Moga kau satukan jiwa kami dengan izin dan rahmatMu. Aminn...

6 comments:

Arin said...

tang pantry..mmg rasanya kucing..lelain?tak pasti le nak di kategori kan apa...

Anasfadilah said...

elehhh,orang cakap jgn layan..tak mo dengar,kekasih hati cakap nak dengar..elehhhhh.

kecik hati neh.

Taichee~@! said...

Arin:
Kategori Misteri Nusantara. Muakakaka

Dilot;
Of kos laaa..sbb cara dia buat saya mao dengar hokeh. Sangat seswai ngan jiwa pemberontak dan melawan arus ini.

Alalala...jgn kecik ati k? I'm learning to be a dedicated solehah wife neh. Bukan sonang tahu. Uhuuu~@!

en_me said...

emo ghiteww.. ehehe, salammm

kukubal said...

pasal parking pun nak kecoh..melambak lagi parking laen..park je la tempat laen..jln sket..jgn malas..grow up..hahaha..chill

Taichee~@! said...

en_me:
Iyup :)
Wsalam

kukubal:
the problem is, unlike ur spot belah sinun tu, kat blok aku takde.

Anyho. Dah setel. Modjo dah pujuk aku style tak underestimate perasaan aku and dia pun tak panaskan aku dengan jiran aku tuh. He's truly my emo balancer. Deswai I love him so much. lalalala~@!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails