{AMARAN: BLOG ENTRI KALI INI AMAT POYO DAN EMO. SEBAB SUKATI AKULAH, AKU YANG EMPUNYA BLOG!!}
Salaam semua~@!
Ini disampaikan berita jam 3 petang, saya Taichee melaporkan dari Bilik Hotel di Miri dalam keadaan gundah lagi gulana. (Tapi masih bertenang lagi)
Pagi tadi sekitar jam 7 pagi, Taichee yang anda kenali sebagai seorang yang ceria dan cool telah mulai menggelabah disebabkan kesalahan membajet kewangannya sendiri. Ini kerana kebanyakan duit tunainya telah pun digunapakai sepanjang 10 hari secara bas express Rapid bersama adik bongsu kesayangan.
Oleh kerana otaknya sangat cepat berputar pada Bulan Lima (atau Mei) makanya segala tarikh pada bulan April ini suka dibawa kehadapan bagi mempercepatkan tarikh penting "Hari itu Dalam Sejarah". Tanpa usul periksa dan suka bersikap santai, Taichee pun bergembira berjalan ke mesin ATMnya untuk mengeluarkan duit meneroka kawasan Sarawak atas urusan kerja. mahu tahukah berita selanjutnya?
{Iklan Sebentar: Iklan ini ditaja oleh Syntium 3000 5W40: Pelincir premium untuk pengguna Volkswagen Golf R32}
Berita selanjutnya
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Makanya apabila Taichee melihat pada paparan skrin ATM itu alangkah hampanya duit gajinya yang dibajet masuk pada hari ini masih tidak kelihatan. Adakah kerana syarikat aku lambat masukkan gaji (tidak mungkin) atau mungkin disebabkan LHDN? Kemungkinan ini bermain dimindaku daripada KIA sehinggalah aku naik kapal terbang. Disebabkan tidur aku yang sangat mahal, disepanjang perjalanan aku hanya mampu terlentok kepala ke depan, ke kiri dan kekanan akibat tertidur dengan sedapnya. Sehinggakan aku malas mahu layan pramugari MAS yang sebuk tak nampakkah aku tertidur kepenatan ni?
Sesampai sahaja di Miri airport, aku cuba lagi untuk mengeluarkan duit dari Mesin ATM. Alangkah kecewanya aku ia masih belum dimasukkan. Lantas aku pun menelefon Kak Lenny sama ada gaji sudah masuk ataupun belum.
'Aiee...Cik Chee, gaji kita masuk 23 hb nak? Bukan hari tok!"
{pig Latin translation: Aiee Cik Chee, gaji kita kan masuk 23hb? Bukan hari ni!}
Maka aku pun seolah olah mahu ketawa sambil menangis hiba! Komfiden je aku ingat gaji masuk hari ni. Tengok purse tinggal bape kerat duit merah. Mana cukup beb nak cover sampai besok? Teksi lagi, makan lagi.
Okay. Aku pun bertenang sambil menelefon Piko. In fact sumer orang aku telefon sekadar nak bawak bawak bertendang. Tapi kan, waktu dan saat itulah sumer orang akan tidak mengangkat telefon hatta menjawab sms aku. Maklum baru jam 8 pagi. Jadinya aku cuba telefon staf aku di Miri ini. Adakah patut dia jawab begini:
"Saya baru saja nampak emel u Cik Chee. Baru saya tahu you sampai pagi ni"
Kan I dah sms?
"Tulah henfon saya pulak tak dapat tengok mesej. Ada rosak sikit..baru nak hantar hari ni!"
Tapi semalam saya ada call you tak jawab?
"Itulah semalam saya sibuk buat macam macam hal!"
Okay. Boleh la ambik I sekarang, I tunggu.
"Oh! tayar saya pancit pulak depan opis ni. Masa nilah dia nak pancit!"
"Macam nilah apa kata you duduk sana dulu. Kejap lagi lepas buat tayar saya datang ambik?"
Okaylah nak buat cemana (aku pun takde cash nak ke sana sini sinun!
Okaylah nak buat cemana (aku pun takde cash nak ke sana sini sinun!
"Kita call je nanti"
Okay (bunyi macam orang merajuk dah ni!)
Peh!
Tensi gilak aku bah!
Jadinya, aku pun termenung keseorangan di kerusi meja tepi mesin ATM, berhadapan dengan sebuah kedai yang membawakan bau yang lazat. Krooong krooong~@! Perutku berbunyi bunyi.
Ah sudah! Cash tak cukup, perut lapar. Aku lihat sekeliling airport Miri. Oh! Ada Starbucks. Pedulikan aku kalau aku beli kat sana buat masa ini. Darurat punya kes. I'm damn hungry and cashless. So aku order Hot Mocha with Vanilla & Cream + Chicken Finger Sandwiches. Semua sekali RM21.90. Aku keluarkan kad plastik aku. Time time begini, kad plastik ini penyelamat nyawa. Mat saleh hensem (rasa cam gay) kat belakang aku tersengih sengih (helleh, aku taulah aku takde cash, ko sengih pesal? sebab harga ni RM20 je ye?)
Sambil menunggu staf aku datang, aku telefon Piko untuk update berita terkini. Aku katakan padanya aku ada meminta tolong Effi, tapi lagi kena perli lagi ada. Takde mood la mau dengar budak membebel tak kena tempat. Mau tolong ok, mau bising get lost! Lagi hilang mood aku kang. Malas aku mo cerita. Piko update aku yang Pakcik Azam, suami Mak Itam aku meninggal semalam tengahari kerana menghidap kanser toraks ke apa. Innalillahiwainna ilaihi rojiunnn.. (Alfatihah untuk arwah pakcik Azamku)
Terkedu.
Sungguh.
Tak cukup lagi ke berita kurang enak yang aku dengar?
Aku pesan pada Piko untuk melawat famili Mak Itam dan menyampaikan salam takziah aku dari Miri. Sekurang kurangnya wakil mama dan abahku. Piko masih menunggu Effi untuk pergi bersama sebagai anak dan famili yang bertanggungjawab.
Aku mesej sahabat baikku yang kebetulan bekerja di Miri. Tapi aku boleh katakan padanya sambil gelak gelak. Mengaku akan kesilapan bodoh aku. Aku harap dia boleh bantu aku ringankan masalah ini sementara 23hb. Aduh! Malu beb. Mana mo letak muka? Tapi dia juga sahabat masa susah dan senang. Sudah 14 tahun kami dah cukup kenal dengan perangai dan diri memasing. Aku kata aku masih mandiri, cuma tinggal berjumpa dengannya saja petang ini. Dia pun kata mahu sangat berjumpa denganku untuk meluah rasa. Haaa elok sangatlah tuh.
Tiba tiba segala kopi dan rotiku rasakan hambar. Termenung aku agak lama sehinggalah si Jeremy sampai. Tersengih sengih mamat ni sambut aku. Hendak je aku hempuk kepala dia. Tapi aku balas dengan senyuman kelat sahaja.
(What else could go wrong today?)
{AMARAN: BAHASA SARAWAK/ PIG LATIN mengikut tafsiran kamu TIDAK AKAN DIALIH BAHASA SEBAB AKU MALAS}
Sesampai di tempat customer, aku ingat mereka bermasalah. Dipendekkan cerita, aku dan Jeremy yang malu sendiri. Rupanya masalah itu berpunca atas sikap ketidak professionalan pemandu pemandu dan sidak depo di daerah Miri ini. Benar benar sidak madah sama kamek sebab produk sik apat diatur bah! Ada jak problem sik ada lam sistem la tek, kena nanayak sidak driver la mun nya mauk anta ke sitok. Peh! Panas telinga aku dengar. Ada pulak tu bukti bukti yang aku tengok dengan kepala hangguk aku sendiri! Makanya aku pun snap snap gambo sebagai bahan bukti CSI ke 23.
So lepas dah gededak gedebuk dan dah malu yang amat melampau, makanya aku suruh Jeremy bawak aku dan customer makan di hotel (obviously la cash tak ada!). Jeremy ni pun bawalah kami ke Grand Palace makan kat Coffee House nya. Peh! Tempat ni ada kelas. Korang tau tak apa kami order?
Aku: Mihun Tomyam
Customer 1/ Pekerja: Nasi ayam hainanese
Customer 2/ GM: COD Steak
Tapi si Jeremy ini, sungguhpun dia tahu aku order apa, dan aku takde cash boleh dia order
COD STEAK JUGAK!!!!
OMG!!!
Ini orang memang tak belajar social etiquette ke apa. Even customer aku yg GM pun berhemah nak order nasi ayam je memula tapi lepas aku kata it's ok you can order anything you want its on me, baru dia nak order Cod Steak itu. Peh! Panas lagi hati aku ni. Tapi takpe. Kena pasang Poker Face, barulah namanya Exec Cabuk yang Cool Gilers.
So, lepas makan dan pujuk customer ini kami pun balik dengan harga makanan RM179. Aku gunakan kad plastik saja. Aku minta Jeremy hantar aku ke hotel sambil mencari cari di manakah IC aku untuk cek-in hotel. Puas aku selongkar bag laptop Samsonite bodo itu. Tidak kelihatan. Malahan, boarding pass aku pagi itu juga tidak ada. Aku sudah pun punya instinct tentang IC aku ini sejak semasa boarding pagi tadi di Kuching lagi. Tapi oleh kerana aku terlalu penat, aku buat bodo dan menyimpan IC aku beserta boarding pass aku dalam kocek seluar MNG aku sahaja. Aku tahu poket seluar bodoh MNG ini tidak begitu dalam. Tetapi disebabkan kebanyakan baju dan seluar aku di dobi yang tutup jam 6(yang komfem aku tak sempat ambik) maka aku pakai saja seluar yang ada (ye. aku pakai seluar. so?).
JEREMY! OMG! i think i've lost my IC
Cuba u cek betul betul
betul la nih!!!
Cuba ingat balik mana u letak
InsyaAllah la, last i nampak sebelum board my flight. I put in my pocket. Sekarang dah takde.
Oh!
Mana balai polis paling dekat sini?
Ala tu dekat Grand Palace sana saja.
U boleh hantar i kah?
Camni, I lagi mau ambik anak. U cek in dulu la
Cemana nak cek in kalau takde IC (bunyi aku sudah annoy)
Kalau macam tu, u duduk opis saja lah
Cheh. Takpelah i try cek in pakai driving license.
Ok! Bye!
Kurang asam punya staff. Geram aku. Next time ko punya PPA, aku takmo sokong. Hahahaha! Evil laugh!!
Aku text Niza lagi. Mengatakan aku memang sudah menjadi orang bodoh dan pening. Niza suruh aku rest dulu kat bilik. Petang karang dia akan bawa aku ke balai polis. INI BARU MENOLONG, BUKAN AH LONG BUKIT BERUNTUNG! aku tak perlukan bebelan. Aku tak mahu diignore. Tapi aku mahu penyelesaian. Aku rasa lega sikit (banyak sebenarnya!) Bertuah punya sahabat seperti KayBe. Sayang dia.
Jadi sekarang aku di bilik, sambung buat kerja. Tulis report. Ingat mahu tido. Tapi mana mungkin boleh tido jika hati aku tertanya tanya begini. Banyak sangat kejadian berturut turut sampai aku pening. Hahaha... Modjo pun ada mesej aku tapi aku kata, aku akan update dia malam ni lepas KayBe bawak aku makan. Aku tau dia tengah risaukan aku. Tapi aku tak mahu dia pening siang siang. Kang malam malam kang baru best. Boleh dengar dia pujuk aku.
Hehehehe...
Ujian betul aku hari ini ye?
Tapi aku kena sobar. Ni baru sikit. Apa sangatlah banding dengan sahabat aku di USA sana yang stuck takde passport dan uang mahu balik ke Malaysia? Kecik je ni.
{update: Modjo baru je kol tadi ni ha jam 4:03pm. dia bengang nape aku tak bagi tau dia awal awal, boleh dia bank in duit sebab risau aku tak makan and stuck nak ke mana mana. So Modjo pulak dah merajuk ni haa....adeyh!}
Huhu.
Sekian. Berita harubiru ini dibawakan khas oleh
1. MAS
2. Starbucks
3. Tayar Michelin
4. Coffee House Grand Palace
5. Kredit Kad Emas
berita ini ditulis semenjak jam 2:50 petang berakhir sejam kendiannya....
3 comments:
I LOVE Grand Palace! I stayed there for 6 days last year, courtesy of SLB :) Room service is awesome, try the Sarawak Laksa. And the SPA!! I spent hours in there. Love the Jacuzzi :P
Sorry to hear about your money issues. At least you have your credit card, no worries there ok. 2 more days je pun. No biggie okeh?
Njoy Miri! Don't forget to go to the Pasar Tani on Saturday..stock up on funny looking veggies and signature kek lapis :)
kencang dada baca berita ni...gila punya haru biru...dah jadik lebam!
>Cleo:
Hehe..My sayang Modjo already settled that. Hehehe syg sgt kat itu org. Myy I dont go for that but merely catching up with me olde best bud kat sana makan sushi kat manetah...BEST!
>Bel:
Harusss...tu yg jadik org bodoh selama 2 hari..sibbaik ada Modjo. Hehehe..bebelan dia itu sungguhpun speerti buat kelakar tp pehh sungguh bermakna dalamnya..(spt suruh setel masalah 1 by 1 and fokus, dia yg ingatkan suh setel IC dulu).
Duit?
Dia dah tlg setel. Huhuhu..(boleh Chee tak bgtau dia, dia sedey?)
Post a Comment