Pages

Sunday, March 09, 2008

+..Kepada Pak Lah, UNDUR LAH!..+



(AMARAN: Ini merupakan surat yang aku mimpi akan buat, hasil daripada pemikiran kreatif kekalahan teruk BN)

Assalamualaikum wbt Pak Lah.

Semoga Pak Lah di dalam keadaan sihat sejahtera bersama keluarga tercinta.

Walaupun kekalahan BN kali ini yang terburuk sejak 1969 apabila tidak berjaya mengekalkan dominasi majoriti 2/3 di parlimen, Pak Lah masih boleh bersyukur kehadrat Allah Taala yang membenarkan Pak Lah memilih untuk berundur secara terhormat. Be a gentleman, Pak Lah. Ikutlah cara Koh Tsu Koon yang tahu diri untuk mengundurkan diri setelah diberi tamparan hebat di Penang SAHAJA. Terus dia mengundur diri dari menjadi NAIB PRESIDEN GERAKAN (edited 10/3 - thanks to kawan). Dia undur dari menjadi PENGERUSI Gerakan Penang, sebab katanya dia bertanggungjawab atas kekalahan teruk dan malu lagi nak jadi Pengerusi kat sana. Bravo Koh Tsu Koon!

Hai Pak Lah!

Kalau saya di tempat Pak Lah saya amat malu sekali. Kalau saya jadi Pak Lah, saya sudah melarikan diri ke ISS kerana malu dengan kad laporan saya yang sangat buruk. Saya malu walaupun sudah hebat orang media utama saya, Zam Maidin berKEMPEN di media massa, baik di TV, Radio, billboard hatta di pop up internet sekalipun, kali ini, BN kalah memalukan yang sangat besar sehingga lima (5) negeri ditawan Barisan Rakyat. Penat sudah segala pelaburan ini (tidak mengira jumlah undi pos dan undi hantu mi segera dan duit kopi rakyat - kain pelikat, beras, tandas duduk, duit balik negeri masing masing yang boleh diclaim lagi) dileburkan bernilai jutaan ringgit, tapi sia sia belaka. Kesemua ini tidak bermakna jika dominasi majoriti 2/3 tidak diperolehi. Hanya majoriti simple saja. Macam cincai saja kemenangan BN yang tidak bermakna ini.

Oh! Tersungkur keangkuhan dan kesombongan UMNO tatkala mereka memegang tampuk kuasa! Kerana Pak Lah dan UMNOlah, parti parti lain turut tersungkur tumbang rebah menyembah bumi marhaen ini. Kerana Pak Lah dan UMNO lah yang menyebabkan MIC dan MCA kalah teruk, dipukul bukan tamparan manja, tetapi dimuay thai sebegitu dahsyat menggunakan teknik terajang lutut terbang ke bahu dan teknik pusing siku ke belakang yang amat unik itu.

Pak Lah,

Mengaku kalah sahajalah. Mengaku sajalah kepada rakyat dan orang orang bawahan Pak Lah (UMNO khasnya, MIC serta MCA amnya - bukankah Pak Lah Bos Besau BN?) bahawa Pak Lah lah yang membawa suwey kemalangan teruk BN di seluruh negara. Ibarat macam terjatuh kerana terlanggar kulit pisang, tercium tahi ayam dan terpeleot pula kedua dua kaki (Maaflah, ini saja analogi yang aku gambarkan kepada BN sekarang). Majoriti yang makin menipis menunggu pupus serta kekalahan teruk menteri dan timbalan menteri ini merupakan bahawa rakyat TIDAK MAHUKAN seorang PM yang suka tidur dan bermimpi indah memeluk Michelle Yeoh. Hobi Pak Lah yang amat digemari Khairy Jamaludin menantunya sebab bila Pak Mentua tidoq, maka dialah yang paling hebat dan gengster paling berlagak sekali di Malaysia ini.

Oh! Pak Lah.

Baiklah Pak Lah berundur secara terhormat. Cek Det dalam rejim permerintahannya selama 22 tahun pun tidak pernah mengalami keadaan malufying yang sebegini teruk! Cek Det dalam 22 tahun pemerintahan ala kuku besinya tidak pernah mengkayakan anak menantunya sendiri, malah mahu melihat Cek Det memeluk pinggang si Michelle Yeoh itu pun amat susah. Cek Det semasa 22 tahun pemerintahan bijaknya mampu berbelanja dengan jumlah yang sama dengan Pak Lah memerintah selama 4 tahun sahaja. Oh! Rampokan yang sangat professional! Ekonomi rakyat di zaman Cek Det pun tak sebegitu papa kedana di dalam pemerintahan Pak Lah. Tak ramai orang yang muflis macam calon BN tu di zaman Cek Det! Cek Det rajin membaca dan menulis. Dia tidur pun kurang. Otak Cek Det selalu berfikir itu dan ini. Tetapi Pak Lah?


Oh! Pak Lah.

Saya tahu, di UMNO tidak ada seorang pun yang layak menjadi pemimpin pengganti. Tidak nampak pun aura aura kepimpinan di kalangan orang orang BN. Maka, saya faham kenapa BN TIDAK MAHU mengadakan debat intelektual politik seperti yang dipraktiskan di US. Sebab saya tahu orang BN pasti akan menjadi tergagap gagap ala menyanyi lagu rap seperti Zam Maidin yang tumpas itu akibat emosi tidak terkawal dan daya intelek yang tidak begitu memberangsangkan. Padahal rakyat tidak mengira Melayu, Cina dan India serta bumiputra yang lain kebanyakannya sudah mampu berfikir tanpa propaganda murahan dalam kos mahalan itu. Maka untuk satu level dengan pemikiran rakyat begini, orang orang BN harus bijak berdebat ala Nabi ( yang peliknya, debat ala Nabi ini, dipraktiskan oleh non-Muslim seperti Barack Obama dan Hillary Clinton! Kau cakap, aku dengar, aku cakap, kau dengar!)

Oh! Pak Lah.

Inilah dia Gelombang Kebangkitan Rakyat yang BN perkotak katikkan itu. Inilah gelombang rakyat yang BN cabar dibawa ke dalam kotak undi (bukan di jalanan). Dari perspektif Islam pula, ini adalah janji janji Allah kepada orang orang yang sabar. Kita dah biasa kalah. Tak sangka pula Allah beri kita 5 negeri sekali. Saya yakin, Allah akan beri lebih banyak lagi kejayaan jika Barisan Rakyat mengotakan janjinya mengikut REDHA ALLAH. Sebab dengan redha Allah lah, maka datang redha manusia. Sebab dengan Cintakan Allah lah, maka datang cinta manusia. Apa apa yang kita buat adalah kerana Lillahi Taala. Tak kira pada kaum apa dan agama apa sekalipun. Itulah indahnya Islam. Sudah tampak jelas di Kelantan yang meriah dengan pelbagai kaum dan agama. Mereka adalah orang orang Kelantan. Maka aku yakin dengan janji Allah, bahawa kita suatu hari nanti akan menjadi orang orang Malaysia. Sudah tidak wujud lagi kaum Melayu, kaum Cina dan kaum India. Hanya Kaum dan Bangsa Malaysia.

Kepada Cek Det pula.


Saya mahu mengucapkan terima kasih kerana rancangan menjadikan Pak Lah ssebagai batu loncatan Najib menjadi PM pengganti itu. Apa yang Cek Det rancang itu memang baik. Tapi Cek Det, rancangan Allah lah yang TERbaik dan paling berjaya! Asbab Cek Det letak Pak Lah tido menjadi PM lah, maka kami, golongan rakyat bangkit merubah corak pemerintahan di Malaysia. Inilah natijah rancangan dan asbab asbab yang Cek Det, Pak Lah dan KJ lakukan kepada rakyat Malaysia.

Alhamdulillah. Allah itu sangat cantik ilmuNya.
Aku jatuh cinta lagi buat kesekian kalinya. Segala apa yang berlaku itu datang dari Allah yang Maha Kuasa. Hanya dengan izinNya saja. Ya Allah, Kau izinkan pula Barisan Rakyat mengotakan janji mereka dengan mencari redhaMu ya Allah. Di TV masih hebat mempersoalkan keupayaan Barisan Rakyat untuk mencorak perubahan. Masih rakus persoal agenda agenda berlainan. Ya Allah! Kau permudahkanlah Barisan Rakyat menjalankan tanggungjawab yang diberi olehMU untuk menjadi KHALIFAH RAKYAT. Hanya Engkaulah Ya Allah yang memberi izin, rahmat dan rezeki kepada kami.

Islam itu indah dan cukup sempurna. Kini dah ada dua negeri yang pasti berlandaskan Islam dan syariat. Dua negeri sebagai contoh bahawa agama lain tidak ditindas dan bukti bahawa bangsa bukan Melayu, berlainan agama boleh hidup bahagia dan harmoni bukan atas dasar permukaannya saja sesama orang Islam (Islam = termasuklah Siam, Melayu, Cina, India, Belgium, American) yang lain.

Pak Lah.
Undurlah...janganlah lagi mencari Imam Ghazali dan Imam Shafie di dalam tidur semata. Bangunlah, dan undur secara terhormat!

1. Lagi Berita Malaysiakini
2. Kedudukan Pak Lah Bagai Telur di hujung Tanduk dalam Harakahdaily
3. Koh Tsu Koon lagi gentleman daripada Pak Lah

2 comments:

Obefiend Weiland said...

tidak

biarkan pak dulah disinggah sana, biar dia ranapkan terus BN. buat apa suruh si sleeping mufti ni turun.not good for BR pun

i disagree.keep him as PM. more ammos to throw at him. hahaha

Taichee~@! said...

wuhuhuhuhu....

Bagos gak strategi ko nih..
Tapi bila aku blog hopping kat antikhairy, katanya, khairy tgh nak create plan buat havoc (agenda: HAK2 ISTIMEWA MELAYU). Nak buat ala ala peristiwa 13 May 1969 - racial tension.

So that, keputusan pilihanraya akan jadik null. And PakLoh akan dianggap Superman Melayu nantik...

Kita tak boleh terpengaruh. Just be careful!

Ada idea nak blog hari nih! Wuhuu thank you bro!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails