Sabtu aku kali ni sungguh sepi.
Sunyi sekali. Bosan yang amat. Puas sudah aku belek HBO, dari Ocean 13 ke The Omen. Tukar lagi ke saluran lain untuk E News! Tah hapa hapa lagi sampai aku ke Food Channel. Lapar. Tapi aku tiada mood mahu makan makanan yang sebenar. Aku belek udang salai pemberian Wong Sibu. Rangup dan garing macam keropok. Tapi aku bosan, aku makan keropok lain pulak. Buat air white coffee segera dan ribena. Heh. Aku malas hari ini tapi aku juga bosan. Teringat nak masak stim ikan bawal hitam dan putih pemberian Wong. Tapi nak makan sorang? Haih patheticnya.
Entah kenapa, di saat kita paling perlukan seseorang untuk berbicara soal macam macam, seorang manusia pun tidak kedapatan, baik En. Abang, baik Q, baik Boe, baik zirafah atau sesiapa saja, termasuklah Dak Yati, Alynn, Sutun, Pozan.
Argh! Apa nak jadi dengan aku hari ini? Adakah ini juga satu ujian bagi aku menghadapi kesunyian dan kesepian? Aku diuji Allah untuk menghadapi ujian yang sangat sukar ini seorang diri. Kerana itu Allah menutup rezeki aku untuk berbicara dengan manusia yang rapat denganku. Aku faham En. Abang sibuk dengan urusan kerja dan lain lain hal yang tidak memungkinkan dia menjadi pendengar luahan rasaku. Aku tidak akan menyusahkan dia dengan hal hal remeh. Soal sepi ini, biarlah aku tanggung sendiri. Aku tidak akan menyusahkan dia hatta soal aku sakit sekalipun. Dia pun ada hal dia sendiri. Biarlah...
Ya Allah, ampunkan dosa dosaku...Aku sedar aku cuma perempuan yang serba lemah, hina dan penuh noda...ampunkan aku wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Mesti ramai member akan merasa pelik kenapa pulak aku kena telefon Boe? Walhal dia merupakan sejarah silam aku. Aku masih tidak boleh melupakan lelaki itu. Dia berada di Kuching dari hari Khamis atas urusan kerja dan Rainforest World Music Festival di Santubong! Pelik dan janggal saja bunyinya tika dia berada di atas tanah dan udara yang sama dengan aku. Tapi dia kata, dia tidak akan berjumpa aku kerana terlalu "sibuk".
Hmm...sempat jugak mamat itu menghantar mms tattoo di belakang tengkuknya. "Ala...tak dapat yang betul, tipu tipu pun jadilah.." Mesej Boe lagi.
Boe...Boe...dia memang cool macam tu. Walau macammana pedih hati aku padanya, kadang tercuit sedikit rasa rindu. Maaf. Aku sekadar berkata benar tentang hati aku pada lelaki yang pernah aku cintai. Dalam sangat, sampai pedih bila mengingatkan cinta aku padanya. Cinta yang tidak mungkin.
Biar aku serahkan saja soal jodoh ini bulat bulat pada Allah Taala. Mungkin, kalau aku diuji tidak punya jodoh di dunia sementara ini, mungkin ada jodohku diakhirat kelak. Aku hanya inginkan redhaNya saja. Kalau itu yang Allah mahu menguji aku dan akan redha padaku, aku redha, Ya Allah. Aku tidak putus asa dengan rahmatNya, malahan aku sentiasa berdoa, kerana aku terlalu rindu menjadi seorang isteri dan ibu yang solehah. Tidak mungkin orang seperti kamu di luar sana faham tentang hati kerdilku.
Tadi siang, si Kebal JT bunyikan loceng pintu rumah aku. Katanya dia mahu ke Damai Beach dengan member member MLNG dan ABF. Apa ke mimpi mamat tu beritahu aku benda benda ni semata mata? Aku nyaris nak ikut sebab kebosanan dan kesepian yang melampau. Nasib baik mamat tu terus pergi aje. Alhamdulillah, Allah selamatkan aku.
Masa lepas Asar nak tunggu Maghrib, aku belek tafsir Al An'am. Begitu indah ayat ayat Allah sampai menitis mata aku menghayati risalahNya. Alangkah kerdilnya aku ketika itu, begitu tidak bersyukur aku dengan apa yang ada. Sekadar sunyi dan sepi tanpa teman. Sekadar cinta seorang suami yang tidak pernah hadir...apa sangatlah dengan ujian kecil ini berbanding orang yang lebih teruk diuji? Malahan apa yang ada dalam hati kecilku ketika itu juga secara tidak langsung "ditegur" Allah semasa aku membaca tafisrnya...MasyaAllah. Terpana aku sendiri. Kenapa dengan ujian kecil begini aku harus kalah? Aku petik ayat 151 Surah Al An'am yang menampar aku kiri dan kanan. Menyedarkan aku betapa lemahnya iman aku ketika itu...
Aku petik dari SINI
151 Katakanlah:` Marilah kubacakan apa yang diharamkan atas kamu oleh Tuhanmu, yaitu: Janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia, berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu bapa, dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu karena takut kemiskinan. Kami akan memberi rezki kepadamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya maupun yang tersembunyi, dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang benar `. Demikian itu yang diperintahkan oleh Tuhanmu kepadamu supaya kamu memahami (nya).(QS. 6:151)
Al An'aam 151
Sepuluh ajaran pokok itu para ulama tafsir menamakannya "Al-Washaya Al-Asyrah" (sepuluh perintah) yang mana dalam ayat 151 ini disebutkan
(2) Berbuat baik terhadap dua orang ibu bapak. (3) Jangan membunuh anak karena takut kemiskinan. (4) Jangan mendekati (berbuat) kejahatan secara lahir maupun secara tersembunyi. (5) Jangan membunuh jiwa yang diharamkan membunuhnya oleh Tuhan.
Rasulullah saw. menjawab, "Salat tepat pada waktunya." "Apalagi sesudah itu?" Jawabnya, "Berbuat baik terhadap kedua orang tua." "Apalagi sesudah itu?" Jawabnya, "Berjihad di jalan Allah."
Oleh karena itu pada ayat ini Allah menerangkan "Kami akan memberi rezeki kepadamu" yakni pada orang tua yang membelanjai anaknya, "dan kepada mereka" yakni para anak yang dibelanjai orang tua, sedang pada surat Al-Isra Allah menerangkan "Kami akan memberi rezeki kepada mereka" yakni anak-anak setelah mereka mampu berusaha kelak, "dan kepada kamu" yakni pada orang tua yang mungkin karena kemiskinannya akan dibelanjai oleh anaknya. Pada ayat ini Allah melarang mendekati perbuatan-perbuatan keji apalagi mengerjakannya, baik berupa perbuatan seperti berzina, atau menuduh orang berzina, biar pun perbuatan itu dilakukan dengan terang-terangan atau dengan sembunyi.
Maka dengan ayat ini Allah mengharamkan zina secara terang-terangan atau tersembunyi. Pendapat lain mengatakan bahwa yang dimaksud dengan perbuatan yang nampak (terang) ialah semua perbuatan anggota tubuh, sedangkan yang tersembunyi adalah perbuatan hati, seperti takabur, iri hati dan sebagainya.
|
Tika ini, aku tidak signifikan, sekadar sebuah perhentian bas biasa yang makin uzur dan usang. Sunyi tanpa laluan dan singgahan. Tika ini aku bak bayu yang bertiup lembut menyapa muka insan yang aku cinta, tidak berbekas malahan dilupakan yang aku pernah menjadi sapuan angin lembut. Sayu. Hati aku memang selalu rapuh begini. Mungkin ujian aku ketika ini, Allah berkehendakkan aku sunyi dan sepi. Allah mahu aku cari Dia dihati. Allah mahu aku jadikan Dia sebagai tempat mengadu, mencurah rindu dan kasih. Penuh harap dan cinta. Allah mahu aku kuat. Apalah daya dan kekuatanku ini tanpa Allah di hati?
[Ampuni aku wahai Tuhan. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Megetahui. Hanya Engkaulah Yang Maha Memahami isi hatiku yang paling kerdil, kecil sekali.]
4 comments:
Aku masih disini.
Sudah jam 1203 pagi.
Tadi aku tidak keruan berjalan merata dan melata.
Melayan perasaan dan hati yg rajuk dan gulana.
Gerhana hatiku melanda.
Terpana aku berhenti memerhati.
Indahnya duniaku yg sepi sekali.
Kerana hati nan sepi mendekatkan aku pada Ilahi...
Hanya Ya Rabbi. Dia yang Aku Cari...
byk2 kan zikir..insyaAllah...DIA peneman hakiki..
La ila ha illa anta...subhanaka inni kuntu minaz-zolimin...
Syukran Jazillan wahai Adik yg aku sayang.
InsyaAllah zikir yang paling afdhal ialah bacaan Al-Quran. Selain zikir2 lain termasuklah istighfar banyak2 kali, kalau boleh nak capai 70 ribu kali istighfar...sukar tapi tak mustahil. Slow slow kayuh.
InsyaAllah, selagi ada kekuatan dengan izin Allah, selagi itulah kaknaz cuba nak buat.
Wallahua'lam bissawab
salam chee...
aku faham apa yang ko rase...
sepi dan sangat sepi.......
Ya Allah, berilah kami kekuatan...amin
Post a Comment