Pages

Monday, July 07, 2008

+..Kenapa Nak Salahkan PETRONAS lagi?..+

Hmm bosan la dengan senario politik terkini.

Tengok Buletin Utama je aku muntah hijau. Jadi lebih baik aku tengok Astro Oasis, dengar zikir dan kalam Allah.

Lagi elok aku baca buku, baca Tafsir dan benda benda yang mendatangkan manfaat.

Che Det ada berblog pasal MINYAK dan PETRONAS.

Ni link dia. Aku pelik betul sentimen perasaan manusia membutatuli orang yang tidak faham dan cuba cuba tidak mahu faham. Main terjah je. Kalau nak marah sangat harga minyak naik, salahkan diri sendiri dulu, tuding jari kat batang hidung sendiri dulu. Selama ini, orang take things for granted sebab well, Malaysia kan banyak reserve minyak?

Ada lagi satu blog kickdefella yang amat menarik. Heh ni aku tepek kat blog aku.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kickdefella Bares All

16 06 2008

While waiting for Petronas to bare all next week, Kickdefella reveals all the Government and Petronas data pertaining to the petroleum revenues. These are public data and readers can find it in the net and it is either belong to Bank Negara Malaysia, The Treasury or Petronas itself.

Hassan Merican, the Acting Chairman, President and CEO of Petronas claimed that Malaysia will be net importer of crude oil by 2011. He however was forced to clarify that Malaysia will become net importer because the domestic demand of fuel is more than our supply by 2011 and not that our crude oil has dry up like what being claim by those Pariah in the Government.

Please take note that in Petronas Yearly Report is clearly mention that in 2006 the ‘replacement ratio’ of our crude oil is 1:1.8. Which in layman terms, it means for every litre of petrol we use, Petronas has found 1.8 litres of new source. Which means when the country used 400,000 barrels of crude oil a day, Petronas found 720,000 barrels of crude oil reserve. That is 720,000 x 365 days.

Dear readers, to help us understand how the government can actually reduce the price of petrol and diesel, I have prepared the below essay.

Siapakah Yang Untung Dengan Kenaikan Harga Minyak Global

Jawapannya tentu sekali negara-negara pengeluar minyak, termasuklah Malaysia.

• Malaysia sebagai negara ‘net exporter’ minyak mentah menerima habuan besar daripada kenaikan harga minyak dunia. Data-data yang dikeluarkan oleh Kerajaan menerusi Bank negara Malaysia dan Pembendaharaan Negara serta data-data dari Petronas sendiri menunjukkan semenjak dunia di landa krisis harga minyak mentah yang melambung, Malaysia menikmati pulangan yang semakin tinggi.

• Malaysia mengeluarkan 650 ke 700 ribu tong minyak mentah sehari (Bergantung kepada keluaran semasa).

• Malaysia menggunakan lebih kurang 400 ribu tong minyak mentah sehari.

• Ini bermakna Malaysia mengeksport bersih lebih 250 ribu tong sehari.

• Bagaimanapun minyak mentah keluaran Malaysia diklasifikasikan sebagai “Tapis Blend”, yang didefinisikan oleh Exxonmobil sebagai “Tapis Blend is a high quality, extra light, low sulfur crude. It has high quality clean products and conversion feed.” Iaitu minyak mentah berkualiti tinggi dan disebut oleh Hassan Merican sebagai Sweet and Light.

• Tapis Blend tidak digunakan dipasaran tempatan sebaliknya di eksport untuk pasaran luar negara pada harga yang mencecah 30% lebih tinggi dari harga minyak mentah yang digunakan didalam negara.

Mekanisme Penjualan Minyak Mentah Malaysia

Sebelum 2004, minyak mentah Malaysia di jual pada kadar USD30.00 satu tong. Hari ini harga pasaran bagi minyak mentah global berkisar di paras lebih USD130.00 satu tong. Ini beerti pendapatan negara menerusi segala bentuk cukai juga meningkat.

Telaga minyak di Malaysia dikendalikan oleh Petronas dan beberapa syarikat pengeluar minyak antarabangsa. Syarikat pengeluar ini mendapat keuntungan amat besar pada harga pasaran hari ini.

Tun Dr. Mahathir Mohamed, selaku Penasihat Petronas menulis di blognya, “Hampir tiada peningkatan di dalam kos pengeluaran (Oleh Petronas semenjak 3 tahun lalu) oleh itu lebihan USD100.00 satu tong boleh di anggap untung bersih.”

Oleh yang demikian, memandangkan Malaysia memiliki lebihan sekurang-kurangnya 250 ribu tong sehari setelah ditolak penggunaan tempatan maka bagi setiap 1 tong itu pengeluar mendapat untuk bersih tidak kurang USD100.00.

250 tong x USD100 x 365 hari = Untung Bersih

Ini bererti pengeluar mendapat keuntungan berlipat ganda dan mereka terpaksa membayar cukai yang lebih tinggi kepada kerajaan.

Kesannya, kerajaan memperoleh pendapatan yang lebih tinggi menerusi cukai langsung, cukai tidak langsung, dividen dan royalti dari hasil petroleum dan gas, berbanding 3 tahun yang lalu.

Data Perbedaharaan menunjukkan kenaikan pendapatan hasil kerajaan melonjak semenjak Abdullah Ahmad Badawi menerajui negara dan lonjakan ini adalah disebabkan kenaikan hasil yang diperolehi kerajaan menerusi

• Cukai Langsung dari Cukai Pendapatan Syarikat Petroleum yang meningkat dari RM 11.5 B pada tahun 2004 kepada RM 20.7 B dalam tahun 2006.

• Cukai Tak Langsung dari Duti Eksport Petroleum yang meningkat dari RM 11.5 B pada tahun 2004 kepada RM 2.3 B pada tahun 2006.
• Hasil Bukan Cukai – Dividen Petronas daripada RM9.1 B dalam tahun kewangan 2004 yang melonjak 100% kepada RM18.0 B pada tahun berakhir 2006.
• Hasil Bukan Cukai – Royalti Petroleum dan Gas yang meningkat dari RM2.5 B pada tahun 2004 kepada RM4.2 B pada tahun 2006.

Benarkah Subsidi Petroleum Membebankan Negara

Kerajaan mendakwa bahawa kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia mengakibatkan kerajaan terpaksa menanggung beban subsidi petrol dan diesel yang tinggi.

Sebaliknya, data-data dari sumber rasmi kerajaan membuktikan sebaliknya. Data yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia menunjukkan pada tahun 2004, Kerajaan membelanjakan sebanyak RM5.8 B untuk segala subsidi iaitu termasuk subsidi bahan bakar (Petrol, Diesel dan lain-lain), subsidi bahan makanan dan lain-lain.

Pada tahun 2005, perbelanjaan kerajaan bagi tujuan subsidi bagaimanapun meningkat hampir 3 kali ganda kepada RM13.4 B tetapi perbelanjaan untuk subsidi bagaimanapun menurun semula pada tahun 2006 kepada hanya RM10.1 B.

Walaupun kenaikan pendapatan hasil kerajaan dari sumber Petroleum meningkat dengan mendadak yang membuktikan hasil kerajaan turut meningkat setiap kali harga minyak mentah dunia meningkat, tetapi subsidi yang dikeluarkan oleh kerajaan tidak meningkat pada peratusan yang sama.

Ini membuktikan bahawa kerajaan masih mengalami perolehan lebihan jika ia mengekalkan harga Petrol dan Diesel pada harga yang lama.

Pada tahun 2004, kerajaan membelanjakan sebanyak 6.3% dari Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Persekutuan untuk subsidi (termasuk segala bentuk subsidi) dan mencatat peningkatan kepada 13.7% pada tahun 2005 tetapi menurun semula kepada 9.4% pada tahun 2006. Subsidi yang dibelanjakan oleh kerajaan hanya mencatat peningkatan pada 0.4% dalam tahun 2007 walaupun kerajaan tidak menaikan harga bahan bakar sepanjang tahun itu.

Oleh yang demikian sebenarnya jelas bahawa subsidi bahan bakar petrol dan diesel sebenarnya tidak membebankan negara.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

True, Malaysian oil is low sulfur, making it a good quality one (sweet crude). PETRONAS exports this because it fetches a higher price in the market. In turn, PETRONAS buys lower quality crude e.g. sour crude.

Why? It makes economic sense. BUT, doesn't mean that PETRONAS fuel at the pump is 'dirty' or of no quality. The quality of pump fuel is all the SAME. It is being dictated by the RON number. That's why you can pump fuel interchangeably without worrying about 'mixing' different quality fuels.

On another note, the sour crude that PETRONAS buys is able to be processed into MORE value added products e.g. PetChem as compared to sweet crude.

Some fuel pumping tips:

1. Pump in the morning - if you pump when it is warm/hot outside, the liquid fuel tends to expand...making 1 liter less than what it should be.

2. Pump slowly and not max flow - max flow produces more vapor.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dorang ni agaknya, tak faham Minyak adalah satu sumber yang tidak boleh diperbaharui seperti sumber matahari, sumber angin. Hmm..

Politik Malaysia = KRISIS
Harga Minyak = KRISIS
MAKANAN = KRISIS

Aku tak hairan jika Malaysia akan mengalami kemerosotan jiwa dan akal pulak nanti, sekarang pun jenayah makin menjadi jadi...

Terasa kiamat semakin hampir...

Tetapi, apa usaha kita semua untuk tetap tinggal di satu dunia abadi nanti? Kekal aman dan bahagia?

3 comments:

Obefiend Weiland said...

jenayah makin menjadi takde kena mengena dengan harga minyak naik

its just a lazy excuse by politicain to push agenda. the real reason why crime rate naik ialah kerana kita makin lemah semangat kemanusiaan

kalau nampak makcik kena robek mungkin ramai buat tak tahu. pasal bukan makcik kamu

they actually did a research on this. it seems that we are so individualistic now we don't care what happens around us unless kena batang idung senirik

shameful? not really. welcome to the next step of human civilization!

Taichee~@! said...

memang takde kena mengena secara direct dengan minyak naik. But it help to alleviate the crime rate. Makin teruk dan makin menjadi2...

Ini masalah krisis jiwa dan akal. As you said, " the real reason why crime rate naik ialah kerana kita makin lemah semangat kemanusiaan"

Well, itu hanya pada the tip of the iceberg. Masalah sebenar ialah manusia dah ada krisis jiwa, krisis dalaman yg hebat, semakin kufur dengan Allah. Jiwa makin kosong.

Cuba manusia ni kembali pada Allah, takdelah makcik yg kena rompak tu dibiarkan. Sebagai ummah dan hidup bermasyarakat, sebab cintakan saudara dan sebagai wadah dakwah, lagi byk faedahnya tolong makcik tu. Dapat redha Allah lagi. Susah sangat ke nak cari Redha Allah?

I want to make sure my future generation won't be mislead by your interpretation of human civilisation. Jelas, semakin "civil" manusia dengan dunia, semakin mundur jiwa mereka.

Akan aku pastikan mereka kaya dengan Allah dan Rasulullah, dan tidak terlena dengan fitnah dunia. InsyaAllah...

13may said...

hmmm...bila jadik krisis camni...
mau nanti muncul pengebom berani mati nih...

aku sekrg cukup meluat ngan senario politik mesia!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails