Aku dah prepare my bag yang nak bawak ke KL. Barang yang hendak diberi pada family pun dah ada. Terujanya nak jumpa orang orang tersayang di KL sinun. Hari ni baru hari Isnin. Besok Selasa, hari beraktiviti sosial dengan orang orang di RO, main badminton atau bowling. Tengok dulu cemana. Memang mintak dengan diorang buatlah hari Selasa, sebab Rabu aku dah fly KL.
Teruja dan terkedu pun ada ni. Hmm...apa apa jelah yang aku fikir. Terkedu kenapa? Sebab tak dapat join selection for Borneo Games nanti. Asbab aku lebih chentakan family aku daripada benda benda lain.
Kerja?
I'm suppose to wait for Feroz nak ke Senari. Patutnya pegi pagi buta lagi. Dahlah pepagi buta kena bangun, ingat nak serang Senari awal awal. Tapi si Feroz nak pegi Klinik, depan RO ni je. Hmm...ni semua dalam perancangan Allah. Kita rancang, tapi Allah pun merancang juga. Semua yang aku plan tak menjadi, hehehe...Takpe, rancangan Allah itulah yang paling baik. Aku kena sentiasa ingat perkara ini. Aku cuma harap kek lapis Sarawak yang dipesan secara impromptu (family Kak Ika yang buat) itu lazat. Harapan nak bagi a piece of Sarawak Layered cake to orang orang yang aku sayang tu sangat tinggi. Cuma whether or not mereka boleh rasa tu je aku tak boleh jamin. Ada rezeki mereka, adalah. Kalau tak, insyaAllah lain kali.
So insyaAllah 16-20 hb aku akan berada di sisi keluarga yang aku cinta. Itu yang UTAMA pada aku. Bermanja manja dengan mama dan bergurau senda dengan adik adik, terutama Piko. Balik dari KL minggu depan, insyaAllah aku nak join usrah dan kelas kelas agama di Kuching ni. InsyaAllah, mana tahu, ada rezeki aku jumpa jejaka Melanau ke? Hehehe...apa apa jelah niat serong ni. Tak baik. Tak rahmat nanti ilmu yang aku nak belajar. Astaghfirullah. Tak niat aku sebenarnya, ILMU. Aku ni serba lemah dan fakir ilmu akhirat. InsyaAllah nak tingkatkan macam ilmu yang mama dan abah ada. Yang lain lain tu bukan tujuan utama, tu cuma sampingan dan bonus aje, rezeki yang Allah bagi. Aku kena banyak banyakkan bersabar sepanjang berada di bumi orang, ikut resam dan budaya orang sini, selagi tak melanggar syariat. Sebab tu, aku dah mulakan belajar bercakap bahasa Sarawak.
InsyaAllah.
Aku takkan sepi sendiri. Alone but not lonely.
3 comments:
kanaz, jom tgk congkak nak? ngn pika skali.kalo abg nak ikot, bleh gak.nak??
ok boleh. insyaAllah. sbb makcik free. Nak best lagi, agenda kta makan cuppacakes.
Amacam ada berani?
wawawawa!nak follow jugekkkk!!
Post a Comment