Saturday, April 12, 2008
+.. Sabtu Aku..+
Heh.
Agaknya ramai juga yang tertanya tanya, bagaimana aku menghabiskan masa di hujung minggu sengsorang di perantauan, kan?
Pagi tadi kerana cuti yang Allah kasi, aku bangun jam 730am. Bukak mata je, terus teringat kat Encik Abang, sbb masa tu, Encik Abang sudah habis shif malamnya. Tapi instead of calling him, aku berjalan ke ruang depan, pasang TV (sekarang dah ada ASTRO, that explained the err...silap bajet bulan ini.)
Lepas tu, sebagai ritual setiap pagi sebab aku perlukan fresh air, jadinya aku bukak langsir dan kuak tingkap semua bilik. Sliding door pun aku bukak besar besar, kasi fresh air pagi yang amat nyaman disini. Malang sekali, sebab langsir aku tiada day curtain, so agak terasa terdedah, terpaksa buat sesuatu untuk menyorokkan privasi aku. Hmm...that reminds me of installing the apakah namanya tu, err...ala ala penghadang nyamuk, tapi sebenarnya ia sebuah shade. Rasa tak best plak dan merapu nak pakai tudung even dalam rumah dan memakai pakaian yang sangat sopan santun di rumah, tanpa manusia...lainlah depan suami ke apa (nak menyeksi), at least berbaloi! Hmm..adus. Aku ni dah parah agaknya.
Okay.
Seterusnya, aku ada appointment nak bawak Greenie pergi servis sambil komplen kat FORD, tayar dia ada sedikit bunyi, di samping nak betulkan bumper depan yang ternganga sebab aku jugak. Masa parking tak perasan ada paip kat depan, so masa reverse tu, hmm..sekian terima kasih. Nasib baik semuanya ditaja. Hmm... Dah tak hemsem si Greenie.
Oleh kerana aura aku terhadap Encik Abang sangat kuat, maka beliau menelefon aku pagi tadi. Dia kata, aku tak boleh tidak dihubungi sebab aku sengsorang di tempat orang, nanti aku sunyi. Oh! Tepatnya Encik Abang punya fikiran tentang keadaan aku yang mereng ini. Macam macam Encik Abang pesan dan utarakan. InsyaAllah...Segala galanya dalam perancangan Allah. Manusia rancang macam macam pun, belum tentu natijahnya apa yang kita kehendaki, sebab Master Plannya dipegang Allah. Tapi kita masih boleh usaha.Semua tu hanya sebagai suatu asbab saja.
Sampai di Pending, kira kira 35 minit perjalanan (termasuk banyaknya traffic light), Goh kata, SESCO nak potong api in 10 mins. Jadi, tak boleh servis si Greenie hari ni. Hampeh, he should have let me know before I came all the way. Adess...sibbaik ada Ford Focus baru dan Black Mamba yang aku tengok sangat mengujakan. Mana tahu, ada pulak rezeki terlebih lebih, aku angkat satu kan? Baru RM120,000, Hensem dan bergaya untuk aku ni. Cuma, ingatan aku masih pada Obit....hehehe..that reliable, zippy Obit! Lagipun aku nak beli rumahlah. Senang kalau dah ada famili sendiri. Kalau joint loan (sama suami) dengan organisasi kerja aku haruslah jumlahnya lebih banyak. Tapi kan, nak beli rumah mahal mahal sangat pun buat apa kan? Banyak lagi benda kena fikir dalam dunia ni. Nak pergi haji lagi, nak set akaun pendidikan (aku nak masukkan anak aku belajar sekolah swasta Islamik - yang menanamkan sifat khalifah dalam diri anak anak, belajar bahasa Arab dan Inggeris serta Sains) dan tabungan anak anak lagi, kecemasan lagi. Hmm...Jauhkan pemikiran aku ini? Menerobos ruang kosmos lagaknya. Hmm...aku dan Grand Plan aku yang masih belum diapprove oleh The Greatest Planner.
Anyho,
Setelah kecewa Greenie tidak boleh diservis, aku berasa sangat lapar. Jadi aku singgah di kedai sebelah kedai Ayam Penyet untuk menikmati Lontong Special (ada rendang). Kalau ada Encik Abang ni mesti best sebab dia kata dia suka masakan yang rasa lebih masin. Huhuh...Kat bandar yang kecil seperti Kuching ini, orang akan merasa pelik bagaimana seorang perempuan boleh minum sorang sorang.
Balik ke MJC saja, aku masuk rumah, ambil baju untuk dihantar ke laundry. Apa yang harus dibasuh tangan, aku hold dulu hari Ahad nanti. Sebabnya, nanti Ahad aku tiada kerja yang best untuk dibuat. Sepanjang tengahari dan petang tadi aku sibuk sapu rumah dan bersihkan tandas. Ye. Sampai berkilat kilat lantai dan dinding hatta mangkuk tandasnya sekali pun.
Sampai tak ada benda nak buat, aku periksa diri sendiri sama ada aku boleh solat ke tak. Malangnya tidak diizinkan Allah lagi nak solat dan ngaji. Adus. Apa nak buat lagi, ya? Jadi, tadilah kali pertama aku marathon Astro sambil tulis diari. Heh. Mana sama blog ngan diari sebab diari lebih privasi pada aku. 7 kaki dalam wo! Akhirnya aku tertidur dalam bilik sambil dengar Oasis (bukan band, tapi saluran di Astro). Sempat aku tengok cerita jemputan UMRAH. Huhuhu tetiba macam rindunya nak jadi Tetamu Allah. InsyaAllah ada rezeki, aku akan ke sana juga...kalau boleh nak pergi dengan suami tersayang. Baru bermakna...
Petang, aku periksa, aku dah boleh menghadap The Biggest Boss in the Universe. Alhamdulillah. Sebab tu aku keluar rumah agak lewat untuk makan malam di Secret Recipe, The Spring. Sebelum tu, Allah bagi aku rezeki potong rambut dengan harga RM25 sahaja di sini!!! Uwaa tekezut jugaklah aku bayar harga murah tu berbanding harga Peekaboo. Dah la tu, tempat dia tersorok dari pandangan orang ramai, dan semuanya pekerja perempuan. Waaa...alhamdulillah, cun pulak potongan rambutku ini. Pandai si Iris potong sesuai dengan bentuk muka dan keadaan rambutku. Alhamdulilllah. Bestnya!
Parking kali ni, betul betul depan Starbucks. Senangla aku nak balik nanti, tak macam hari tu parking di basement yang mencuakkan. Cuma alhamdulillah ada mamat Starbucks yang sudi temankan aku ke bawah, betul2 depan pintu keluar tangga. Huhuhu...
Tadi pun dah borak dengan mama dan adik adik. Just to keep tabs on them. Memang baru 2 minggu tapi aku dah rasa macam dua bulan kat Kuching ni. Encik Abang? Hmmm dia aku tak jumpa dah sebulan. Ada rezeki dan diizinkan Allah, aku pasti ketemu dia.
Penat pulak lepak sini. Kejap lagi nak balik dan tengok movie di channel 400 tu. Hehehe...Sports di rumah aku telah diharamkan. Jadi kalau encik Effi mok datang jenguk kamek, kitak sik dapat tengok bola! Wahahahaha....Bestnya...Tapi kitak masih boleh hidup bah, tengok saluran 555, saluran kegemaranku juak!
That's basically what I did today. Besok? Hmmm yang pasti, segala urusan aku sekarang aku buat secara solo. Entah kenapa agaknya, apa aku buat, aku mesti fikir keluar sebagai seorang isteri, maknanya, sentiasa jaga syariat dan fikirkan tentang bagaimana mahu jaga hati suami. Kejap lagi agaknya Encik Abang telefon. Walaupun secara fitrah dan zahir serta halalnya masih belum diizinkan, tapi aku sudah berfikir ke arah itu. Hmm...another hijrah, maybe?
Maybe...
Till later. Salaam peeps!
Labels:
Aku Yang Merantau,
Blabber blabla,
Love,
Loving Kuching,
Shopping
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment