Pages

Friday, August 04, 2006

+..We Demand CEASE FIRE!..+

DOWN WITH ISRAEL!
DOWN WITH AMERICA!
DOWN WITH BRITAIN!


Kat sana nun jauh di Beirut, bergelimpangan mayat kanak-kanak. Ada yang masih bayi, ada yang baru merangkak, tapi semuanya tidak bernyawa. Sayu hati ini melihat mereka yang tidak tahu apa-apa mengenai perang tetapi mati akibat kerakusan bangsa Zionis.

Di dalam saluran berita, UN dibedil. Senyap. Sunyi. Kesemua gerombolan kafir keluar dari negara itu dan mungkin sekarang sedang bercuti di kepulauan mana-mana. US senyap. Kata Bush, dia senyap kerana tuhannya menyuruh dia berbuat begitu untuk tidak menekan Israel dari terus menunjukkan kuasa *invincible*nya. Dia juga berkata tuhannya menyuruh dia membedil Iraq dan menumpaskan Saddam. Oh! Bush sudah mengaku melancarkan anti Islam...konon atas dasar *terrorist*.

Disini, di Malaysia walaupun jauh kita dari gegaran dan bedilan bom...namun hati ini masih terbakar melihat negara-negara Islam dibedil sesuka hati. Di Malaysia terdapat perang yang mungkin akan menjadi perang seperti di sana juga suatu hari nanti. Aku takkan terkejut. Bangsa aku jugak yang menyokong Artikel 11 dan IFC. Kununnya untuk memperbincangkan bagaimana Islam di Malaysia patut dijalankan oleh orang Islam. Sebenarnya dari pengamatan aku, mereka cuma menghentam Islam. Tidak pula mengatakan memperbincangkan bagaimana sekeluarga Hindu yang menganuti Islam dibunuh oleh keluarga mereka sendiri. Ada ke kita sebagai bangsa Islam membunuh balik bangsa yang membunuh keluarga mualaf itu? Atau adakah kita membunuh org2 yg telah murtad? Padahal sepatutnya jika diikutkan mereka memang patut dibunuh. Jawapannya TIDAK. Tidak pula Sister in Islam (antara NGO penyokong Melayu tidak semestinya ISLAM) membawa ke muka pengadilan tentang kes perempuan bernama Hartina yang diculik oleh bangsa dan agama lain untuk dimurtadkan?

Kita diopres sedemikian di negara ini sendiri. ISLAM pada agama rasmi, ISLAM pada nama...tapi tidak dari segi syariat dan perlembagaan. seperti biasa orang yang dipangkah untuk menjalankan tanggungjawab senyap sunyi...malah menjadikan tempat mereka sebagai suatu tempat yang paling selesa di dunia. Korang jawaplah nanti kat Akhirat kelak...

Cuma aku mahu bising disini kerana seorang perempuan yang mendukung SIS dihati dan darahnya. Marah dia bila aku kata sebagai seorang yg kurang pengetahuan agama berbanding Datuk Harussani Mufti Perak, kita tak patut cakap dia menipu atau membuat fitnah. And perempuan ni pulak, panggil Datuk Harussani dgn nama saja, mengejek2 dan memperlekeh Ustaz Zulkifli Nordin, peguam yg membantah IFC dan Artikel 11 tu...so SIS ni sebelah sapa? So kita nak kata lantaklah Lina Joy tu biar dia Murtad...sbb kubur memasing. Emang la aku bukan seorang yang kuat agama...tapi aku masih sayangkan Islam...dan aku masih berdosa...ini isu besar...tapi sesetengah orang masih lena dan lalai dibuai AF, lena dan lalai dibuai hedonisme...benda seronok yg membuat kita lupa...akhirnya, kalau tiba-tiba ditakdirkan negara kita ditimpa bala macam di Indon? Macam di Lebanon? tengah syok-syok seronok tiba-tiba Tuhan cabot nyawa? Ish...takutla...Namanya SIS, tapi against Islam...maklomlah kununnya Islam Liberal...ni sume jargon-jargon yg dicipta kafirun.

Aku cuma minta nyawa aku cukup panjang untuk bertaubat...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails