Pages

Thursday, February 02, 2006

.:Inilah Melayu:.

Argh. Blog aku selalunya tak pernah hendak menceritakan mengenai isu-isu yang sentiasa meniti buah mulut pekedai-pekedai kopi. Maklumlah, aku bukan seorang pemerhati arus perdana yang serius. Buat apa aku hendak menambah statistik meramaikan pengumpat-pengumpat dan penggelojoh politik. Lebih baik sekadar tahu dan diam. Pemerhati atas pagar? Tidak aku rasa, lebih baik aku diam, dengar dan lihat. Seperti genius-genius lain. Hahhaha...

Hari ini disebabkan ramai yang tidak masuk bekerja di pejabat, maka seorang sahabat mengutarakan betapa menariknya isu Melayu yang dibacanya oleh seorang penulis Mat Saleh. Mengenai our Constitution oleh Andrew Harding? Menarik, disebabkan sahabat aku ini seorang pekerja berijazah Kejuruteraan dan bila dah tua nak ambil ijazah undang-undang pula. (sebab komersial dan peribadi katanya). Jadi aku pun menumpangkan telinga.

Katanya, hak Melayu semakin tipis dan tipis, kerana itu bangsa kita bertambah celaru dan pening dengan identiti sendiri. Bak kata seseorang yang amat rapat denganku, Melayu sekarang macam bangsa Negro di Amerika(maaf, tapi inilah bahasanya). Sekurang-kurangnya, Negro di sana terkenal dengan tarian dan irama Rapnya, irama jazz, soul dan R&B nya, walau ceruk rantau mana sekalipun, irama lengguk bahasanya adalah bahasa yang sama; keNegro-an.

Melayu? Melayu kita ni nak jadi Negro jugak, "poser" bak kata Mat Saleh. Nak jadi pengikut Black Metal, tak minum arak dikatakan kekampungan, tak hisap rokok (bagi perempuannya) dikatakan tak moden dan tak happening. Bongok! Bagi aku kebanyakan Melayu (tak semua) sekadar mahu menjadi lalang dan Pak Iya. Angguk-angguk geleng-geleng macam dendangan Ahli Fikir. Melayu yang sama ini, nak jugak hak masuk asrama penuh, nak hak biasiswa, nak hak baja subsidi, nak hak tanah hakmilik. Hmmm...apa dah jadi dengan semua hak itu? Ada lagi kah? Dan yang bertambah menarik undang-undang yang melibatkan campurtangan Raja-raja (rulers) semakin dipinggirkan oleh penggubal undang-undang sendiri. Jadi hak apa yang kita ada? Dulu kita masih gah kerana ada rulers ini. Tapi sekarang bangsa lain (malah aku sendiri) persoalkan apa relevannya mereka jika mereka punya kuasa yang semakin hilang oleh kriptonite bangsa Melayu sendiri? Melayu ada tanah juga dulu, tapi kerana harga tanah itu semakin tinggi, maka butalah minda teranglah nafsu untuk menjadi miliyar secara ekspres.

Terfikir juga aku sebagai manusia, tanpa bantuan istimewa seperti itu mungkin kita biasa mandiri dan menjadi antara golongan yang kuat berusaha dengan kaki, tangan dan minda sendiri. Mungkin. Tapi adakah kita cukup kuat untuk mendepani *perang* bersama bangsa lain? Kerana bangsa lain bersatu, bergerak bersama dan mempunyai gol yang sama. Ekonomi banyak dijana oleh bangsa lain. Iya, memang benar kalau Melayu ada juga yang menjadi miliyar malah biliyar, tapi adakah mereka di kalangan 5 teratas?

Berbalik dengan perkara Melayu ini, tersenyum aku tatkala sahabat aku keletah bicara. Lihatlah di pejabat sahaja senyap sunyi. Asalkan ada saja cuti panjang maka mereka mengambil kesempatan untuk Cuti Kecemasan dan Cuti Sakit (alasan sambung cuti). Padahal, bukankah cuti ini untuk Bangsa Cina? Puas sudah Melayu bercuti untuk Raya Haji, sekarang sambung lagi cuti. Teringat aku seorang Melayu yang bergred lebih tinggi bertanyakan soal-soal yang sepatutnya sudah bijak ditanganinya (berbanding tahun dia bekerja), seorang Melayu yang bangga menonton porno dan kelab bogel di US (tatkala sedang belajar di sana). Melayu lupa diri ini begitu bangga dengan pembelajarannya dan pengalamannya di US. Tapi balik-balik, tatkala membuat laporan atau nukilan, pasti aku menjadi sasaran semak ejaan dan tatacara Bahasa Inggerisnya. Dahlah English pun hancoss. Tak confident nak jawab one trunk call from US, pass kat aku. Melayu bergred tinggi sekadar jual air liur basinya dan skil mengipasnya. Sekarang aku hanya mahu diam seperti aku tidak tahu apa-apa.

Macam inikah Melayu yang boleh bersaing dengan bangsa lain? Melayu poyo...tapi ini Bangsa aku juga. Nak buat macammana?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails