Pages

Saturday, February 04, 2006

.:HAJI MARLBORO:.

Benar. Sebelum otak aku shut down malam ni (woh! sudah besok ya!), baik aku taip apa yang terbenak di otakku. Tadi sebelum aku bermain badminton bersama Puteri Kek (seteru dan lawan permainan aku), mulut aku menyumpah Haji Marlboro (aku panggil jugak jantan ni Haji Romen, tiada maaf kerana aku jijik dengan dia).

Sudah lama Haji Marlboro ni cuba menggatal. Dia akan bermain dengan penuh semangat kesukanan hipokritnya jikalau ada aku di dewan. Dia akan cuba panggil-panggil nama aku dengan suara ala-ala manja. Ptui! Dasar rumah kata pergi, kubur kata mari, cerminlah muka dulu. Sudah tentu, kegatalan dia bermain asmara dengan aku (sudah tentu bertepuk sebelah tangan) dikenali dan disampahi pemain-pemain badminton lain di dewan itu. Aku peduli apa dengan Mercedes E-class buruknya, aku peduli apa dengan sikap pemurah hipokritnya dan peduli apa aku dengan pemberian Honda Civic baru kepada bininya. Out of respect kerana dia orang tua maka aku diam dan hanya menjawab yang perlu. Pakkal kerana dia orang yang *agak* berpengaruh dalam arena ini.

Pagi tadi di kafe, Cik Happening dan Puan Rebonding bercerita pada aku. Nasihat sebenarnya, yang aku tidak perlu lagi memakai seluar capri sukan berwarna krim itu lagi. Kenapa? Kerana Haji Marlboro itu akan berkata-kata tentang belakangku. Benar. Belakangku. Argh! Lelaki Melayu yang lanjut usia, menjangkau umur 40-an mengapa suka sangat menggatal? Mid-life crisis? Aku geli!

Aku geli kerana Haji Marlboro ini juga aku gelarkan Haji Romen. Habis sudah janggut hajinya ditebas. memang patut ditebas pun. macam rimba! Haji romen kerana sanggup dia menunjukkan gambar-gambar romen petikannya sendiri pada sahabat-sahabat lelaki yang lain. Termasuklah Puteri Kek seorang perempuan. Dengan gah bodohnya, menunjukkan wajah kekasih barunya, seorang gadis lepasan SPM sedang berbuat sesuatu yang disukai lelaki. Gampang Haji Romen ini. Bukankah tahun lepas *pakcik* sudah menunaikan fardu kelima? Argh! itulah Haji Marlboro! Orang impikan Haji Mabrur, engkau terkial-kial dengan Marlboro. Kasihan orang tua yang dikahwininya sekian lama. Kasihan anak-anak angkatnya yang remaja. Bapakku beromen dengan gadis sebayaku!

Ada hati lagi orang tua tak sedar diri ini meminta nomborku. Ada hati nak panggil diri sendiri *abang*.

"Abang nak mintak nombor baru..."
"Mana ada nombor baru, HAJI?"
"Kalau gitu, kenapa abang telefon masuk peti suara?"
"Mungkin masa itu, saya sedang asyik melepaskan rindu dengan boyfriend kot? Selalunya memang berjam-jam laaa"

Muka Haji Romen tu toye saja aku lihat. Ada hati bertanyakan pendapat orang lain mengenai belakangku, ya? Dasar Buaya Tua Keparat! Tapi ini semua aku sumpah dalam hati. Aku geli dengan perangai jijiknya. Minta maaf, jika benar Neo ada dipersekitaran sini, sudah tentu Haji Marlboro ini diganyangnya kerana sikap kurang ajar dan tidak menghormati kaum Hawa.

Huh! I wish. Mungkin agak high time untuk aku bergelar Puan. Mungkin baru dengan gelaran ini, sekaligus membuat Kaum TUA Gatal tunduk dan menghitung hari untuk dipanggil ke dalam lahat. Mungkin?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails