Sebab apa?
Sebab saya mengada.
Blog ini sentiasa sampah. Tak ada apa pun bahan porno best utk dikopipasta seperti blog Obefiend
Lagipun saya bosan.
Saya malas mahu mengemas rumah di hari Sabtu walaupun pada hakikatnya saya telahpun berjanji untuk melakukan segalanya sepeti membasuh baju, memvakum rumah, mengemop dan mengatur dan melipat dan membersih apa adanya. (Phew! Itu adalah ayat yang agak panjang). Saya pun telah berjanji pada sibuahati bucuk saya untuk melakukannya dengan komitmen yang tinggi. Tapi, semuanya musnah setelah saya menghidupkan suis HBO dan kini ANTM edisi ketot di saluran 711. Haishh...
Takpelah.
Yang saya tahu, kini saya semakin pudar dan gelap akibat sukan kompeni saya yang terhebat setiap tahun itu. Terima kasih kepada kemalasan saya mengenakan sunblock SPF150 ke kulit sedangkan itu yang paling penting apabila bermain di bawah terik matahari pagi dan petang.
Takpe. Sibuahati bucuk telahpun memanggil saya minachi. Saya tak kesah sebab saya rakyat Satu Malaysia (tiba tiba!)
Baeklah. Saya harus pergi sekarang. Kalau tidak Sabtu saya akan menjadi sia sia. Ciou cincau~@!
2 comments:
Sapa ckp ini blog sentiasa sampah? At least ure updating :) I miss u la Anaz..lama tak melepak togeder-geder
waaa me baru bukak blog taw ka?
awwww Sherie, me are miss you too! nanti kita lepaks karoks n ngetehs okeyh~@!
U take care gal~@! Keep on rawk n rawling
Post a Comment