Aku ada bermimpi tatkala sedang terbang di awan tinggi.
Tidak. Aku serius. Masa tu aku dalam penerbangan menuju ke KL.
Dalam mimpi yang sekejap cuma itu (kemungkinan aku terlalu letih di siang hari), aku bermimpi akan Modjo. Walaupun aku belum ketemu dia secara rasminya, tapi dalam mimpi, dia sudah ada di depan mataku. Mukanya sayu. Lantas dia memeluk aku dan meminta maaf. (Taktau la masa ni aku dah kawen ke belum sebab dalam mimpikan?). Dia sungguh sungguh minta maaf dan mengucup kepalaku.
Kata dia, "Maafkan abang if abang tak terus terang dengan sayang"
Aku kata, "Kenapa bang?""Abang tak mahu sayang sedih. Abang happy sangat bila bb happy. Buat abang ceria hari hari..."
Aku dah mulai pelik.
Kata dia lagi,"Abang tak banyak masa dengan sayang..."
Aku semakin panik. Nape lak Modjo ni laen macam je hari ni. Aku tengok mata dia, cuba cari maksud kata kata dia. Mata aku dah berkaca kaca...
"Sebenarnya, doktor dah sahkan abang hidup tak lama...abang nak sayang happy and tak perlu risaukan abang selalu. Abang nak hari hari terakhir kita happy. Cuma sekarang, tak adil rasanya biarkan sayang tak tau pasal abang. Sebab abang rasa, bila abang pergi, sayang susah nak happy balik..."
"Abang..betulke?" Mulutku mula menggumam.
Dia anggukkan kepala.
Dan air mata aku laju berderai tanpa dapat ditahan tahan lagi, makin kuat aku peluk dia, seperti tidak mahu lepas.
sedey...
Aku terus terbangun sebab aku macam terasa pipiku basah dan suara macam teresak esak.. Aku mimpi rupanya. Tapi mimpi tu aku rasa macam real je. Terasa real dipeluk dan aku menangis...terasa real sangat masa Modjo cakap macam tu. Air mata aku terus bercucuran. Aku terfikir je. Kalau betullah Modjo aku tak banyak masa denganku.
1. Adakah sempat aku menjadi isterinya setelah hampir setahun kami bercinta?
2. Adakah sempat aku bergelar ibu untuk anak anaknya?
3. Berapa lama je masa yang ada antara kami?
Aku melankolik. Aku hiba bila terfikirkan perkara begini. Kalau dah ditakdirkan begini soal jodoh aku dan dia, maka Allah lah yang lebih mengetahui hikmahnya. Orang baik baik selalunya lebih awal dijemput Ilahi kerana Allah lebih menyayangi. Mungkin ini antara ujianku. Aku serahkan semuanya pada Allah Taala. Aku cuma mampu menadah tangan kerdilku agar Dia jodohkan kami dengan izinNya. Ya Allah! izinkanlah aku menjadi isterinya yang sah...berilah peluang kepada kami agar tenang dan bahagia bersama Ya Allah...(dan aku masih menitiskan air mata untuk kesekian kalinya di waktu aku menaip ini...)
Kalau benar begini, maka aku harus bersedia mulai sekarang. Bersedia dan redho jika dia dijemput pergi. Tidak pernah begini rasa hatiku yang terlalu dalam untuk seorang lelaki. Tidak ada seorang manusia pun faham bagaimana perasaan aku dan dia. Modjo ditohmah macam macam - gay, suami orang, penipu, tak genuine. Tak terfikirkah mereka akan perasaan aku yang mendengarnya? Aku perap dalam botol jeruk hatiku. Aku simpan jeruk ini lama lama. Tiba saatnya, aku beri mereka semua makan jeruk hatiku. Yang mereka ini salah dan berdosa pada Modjo. Kenapa hati itu tidak bersih dari buruk sangka? Kenapa tidak doakan kami dengan hati yang ikhlas?
Adakah mungkin, jika suatu masa nanti, Modjo dipanggil Ilahi - kamu semua sempat meminta ampun dan maaf daripadanya?
Dan bagaimana pula perasaan kamu jika kamu ditempat aku?
Bersediakah dan redhokah kita untuk kehilangan orang yang amat kita sayang?
Modjoku: Aku benar benar sayangkan kamu. Sesungguhnya cinta aku ikhlas kerana Allah Taala. Terima kasih kerana menyayangiku apa adanya...Kau tetap "Lelaki yang tidak mungkin wujud tetapi diciptakan khas untuk pasanganku". Jika kau pergi dulu sebelum aku, aku redho...aku redho Modjoku... :'(
2 comments:
mimpi je tu....
aku pon kelmarin mimpi sham atas stretcher sbb mesia mcm dilanda bencana. aku lak pakai telekung putih. lagi scary.
-pah-
p/s kau tau tak Man nak kawin. Eh dah kawin minggu lepas.
Dear pah,
1. Scary ok mimpi ko
2. tatau...hehehe akhirnya~@! One of the twins dah kawen :) Congrats to him
Post a Comment