Pages

Sunday, August 23, 2009

Menjaga Hati, Meminta Maaf dan Memaafkan = KEIKHLASAN

Alhamdulillah...

(ingat nak tukar layout blog, tapi aku malas - jadi aku open balik blog yg bosan ini)

Air terjun Sungai Balom

Berjumpa lagi aku dengan Ramadhan. Kali ni rasanya lagi best sebab, aku ada Modjo. Hikhikhik. Bukanlah kerana aku boleh bersahur berbuka dengan dia. Oh! I wish that was true. Tak sabar rasanya nak tunggu saat saat tu. Tapi sebab, dia banyak mengajar aku tentang menjaga tingkah laku, jujur, komunikasi sesama manusia, menjaga hubungan sesama manusia lain dan banyak lagi yang aku rasa, failnya aku ni sebagai teman dia. Dia menjadikan aku orang yang lebih baik. Sampai aku malu dan berazam nak ubah menjadi manusia yang lebih baik. Bukan senang aku nak berubah. Aku tabik betul ngan Modjo. He's too good to be true dan dia sepatotnya tidak wujud dalam hidup aku. Sebab dia seorang Listed Man. Orang yang aku "angankan dan tuliskan" hanya dalam diari kecewa aku everytime lepas aku break dengan ex ex aku.

Alhamdulillah, Allah temukan aku dengan Modjo terchenta juga selepas say 13 tahun aku fail in relationships. My better significant other yang bring out the best in me.Okeh. Enuff. Aku snonye nak ceta pasal apa aku blaja masa Teambuilding aku tempohari.

Masa 11-13hb Ogos baru ni, kompeni hantar aku pegi Teambuilding di Broga. Aku ingat kat Negeri Sembilan, rupanya kat Semenyih jok. Haih! Pulak tu, kat tempat ni, line sangat hampeh. Bukan je Celcom jok, malahan Maxis jugok. Petah lagi Digi. Dan kerana line hampeh ni, Modjo dah tak keruan tak dapat bercakap ngan aku dan aku plak cam orang gila dok lekatkan telinga kat dinding belakang pintu bilik (sebab kununnya line lagi bagos dengan buat camtu).

Haih. Terasa diri ini begitu disayangi dan dihargai. Tak pernah rasa orang bagi aku sebagai prioriti. Sebelum kenal Modjo, aku dapat title second class citizen jok. Uhuuu...(sori tak bleh tak bercakap pasal Modjo yang sangat sayangkan aku)

So dalam masa aku masuk kursus teambuilding ni, ada sorang Prof Haji Hanim (ye, nama dia seakan nama perempuan) yang sangat kelakar. Dalam pada dia menyampaikan mesej tu, dia buat lawak yang sangat terkena batang hidung. Sangat menyedarkan aku apa yang dia cakap tu, adalah ciri ciri lelaki kesayangan aku, Modjo. Rasanya, sifat aku dan Modjo sangat berbeza. Bak cerita Up yang aku tonton malam tadi, Elie cakap banyak dan hyper, tapi Mr Fredrikson tu, senyap jok. Itulah Modjo, cakap bila perlu sahaja dan sentiasa senyum. Dia banyak mendengar sampai pernah one time sebab aku cakap banyak sangat, dia tegur, "Bb, diam diam diam. Cuba diam jap" Hehehe..Mcm game yg si budak tembam lam citer Up tu. Haih! Rindu plak aku kat Modjo ni. Memang aku kena blaja cakap bila perlu jok. Sebab tu, Allah jadikan 2 telinga dan 1 mulut. Lagi banyak cakap, lagi senang kita wat dosa. Yang selalunya kecik hati ngan perangai kita (aku lah!) ialah orang yang paling rapat dan dekat. Selalunya orang yang paling dan sangat kita sayang.

Apa yang aku belajar dari kelas Prof Hanim (selain dari cemana nak dapat anak laki/ anak pompan) ialah daripada Four Golden Rules of Human Relations:-

1) Do to Others What You want Others to do to you
2) Don't do to others what you don't want others to do to you

Okeh. Yang 2 pertama ni nampaknya kebanyakan kita mungkin boleh buat. i.e:

1a) Sayang orang, dan orang akan sayang kita
2a) Jangan Mengata orang kalau kita taknak orang mengata kita

Contoh aje. Tapi kan yang 2 terakhir ni, aku memang susah nak buat. Aku cakap jujur je. Dan masa nilah baru aku realise, aku sayang sangat kat Modjo sebab sifat sifat dia ada dalam 2 yang terakhir ni.

3) Do to Others What They Want You to Do, Even Though They Don't Do What You Want Them To Do

Ada faham kah?
Buat sesuatu yang orang nak kita buat, walaupun dorang tak buat apa yang kita nak dorang buat.

3a) Contoh terkini ialah seperti: Kita rajin tegur dia lam komen blog/ FB tapi dorang tak hingin pun nak jenguk blog kita, tinggalkan komen kat blog atau lam FB. Ni contos jok.Kalau kita berkira ngan orang tu, makanya, kita dah fail dalam nombor 3 ni.



Katakan camni:
Pernah satu ketika, orang mintak tolong aku. Aku pun tolonglah kan sebab dia mintak dan kita kesian. Tapi bila kita tolong orang ni, ada tak pernah terlintas atau terkata lam hati, satu hari nanti, if kita susah, kita nak mintak tolong orang ni lah, sebab aku pernah tolong dia mesti dia rasa terhutang ngan aku?

Pernah tak?

Kalau ada kita terfikir camni kan, maka sekali lagi kita fail. Sebab takde keikhlasan dalam hati kita. Nak kena kosong-kosong pulak dalam hal tolong menolong. Aku belanja ko makan RM100 arini, haaa pasni, ko belanja aku makan RM100 jugak haaa... camtu pulak! Maka gagal lah kita mendapat pahala tolong orang tu.

4) Don't Do to OthersWhat They Don't What Done to Them, even though They Do To You What You Don't Want Them To Do.

4a) Kita jangan aniaya jiran tetangga kita dengan memancetkan tayar keta dia, walaupun dia buat pada kita macam tu, dan kita sedeh sangat.

Aku pernah bagi satu soklan cepumas pada Prof Hj Fadzilah Kamsah tentang, " Forgiven but Not Forgotten". Macammana kita nak maafkan orang ni sebab dia pernah aniaya kita. Sakitkan hati kita sampai bila hati tu boleh dilihat, agaknya sampai sekang darah kelukaan tu masih mengalir. Itu maknanya, kita tak boleh lupa apa orang tu buat pada kita. Prof kata, sebaik baiknya, maaf dan terus lupakan apa dia buat. Tu baru erti maaf yang sebenar. Didik hati untuk jadi bersih dengan maafkan orang tu tiap malam sebelum tido, buat solat taubat dan solat tahajud, doakan orang yang aniaya kita tu, jadi orang yang lebih baik. Takde kes ungkit mengungkit cerita bertahun tahun hatta berbelas tahun dahulu. Lagipon, kalau dah maafkan orang, perlu ke nak ungkit dan timbulkan balik? Jadi, adakah maaf kita pada orang tu, kemaafan dengan ikhlas? Sungguh sungguh dengan nekad hati, maafkan orang tu?

 Mari kita ubati hati

Macam kes aku lah kan? Ada orang curik duit sampai RM20 ribu kan. Susah nak maafkan orang ini, sebab dia tipu dan aniaya aku, walaupun aku dah merayu pulangkan balik. Kita mungkin maafkan dia sebab dia ni gone case lah. Dan kita berserah diri aje pada Allah lepas tu. Tapi bila dia muncul balik, dok suruh kita pulak yang telefon dia nak setel duit tu, macam kita pulak yang berhutang, dok cakap macam macam, cemana kita nak maafkan dia? Sedangkan, kita dah nak lupa hal tu pernah berlaku. As if benda tu satu nightmare. Kenapa orang macam ni macam tak reti reti? Susah sebenarnya nak Forgive and Forget ni. Bukan satu benda yang mudah dilakukan. Aku harap dan aku masih berdoa, Allah ampuni aku dan semoga orang yang buat aku tu bertaubat.

Dan ada jugak kes, orang yang benar benar mintak maaf kat orang yg buat salah pada dia sebab tak kemana pun kalau gaduh gaduh. Terbalik la kes ni. Orang A mintak maaf kat Orang B yang bersalah kat Orang A. Lagi pula bila melibatkan orang C. Sebab Orang C salah faham kat Orang B. Orang A yang dok tengah tengah pulak yang terasa dia yang bersalah dan mintak maaf pada kedua dua pihak. Tak ke tinggi budipekerti dan akhlak Orang A? Malahan bila ditanya, apa cerita sebenarnya pada Orang A, Orang A simply jawab, "Hentah. Tak ingat". Macam ni lah baru dikatakan forgive and forget. Bila kita cerita dan tanya balik kat Orang A, Orang A akan cepat cepat divert kepada perkara lain dan cakap benda tu dah lepas, tak payahla nak ingat. Huuuu....terasa sangat aku ni, kecikkkkknye lah berbanding ngan dia. Akhlak orang ni, memang susah nak dapat sekarang sebab selalunya ramai orang simpan dendam.

Dan satu lagi, bila kita mintak maaf pada orang, adakah kita benar benar ikhlas mintak maaf? Kadang kadang sekadar melepaskan batuk di tangga punya mintak maaf. For the sake of just because. Maaf sekadar kata kata jok. Bak kata seseorang, "kalau camtu, senang je lah pencuri dan pembunuh nak lepaskan diri. Sekadar mintak maaf. Tapi kendian buat balik"

Huuu paling susah dalam dunia ni ialah Hubungan Sesama Manusia. Ingat senang ke nak jadi khalifah dimuka bumi? Lelagi dalam era yang sangat mencabar seperti sekarang. Nak duduk lam gua pun tak boleh. Sebab kita kena tunaikan fardu kifayah gak. Kena berbaik ngan jiran tetangga hatta kepada yang Belum Islam sekalipun cam aku punya kes kat Kuching. Rasa korang lah kan, orang yang mendengar kemaafan tu boleh tau tak keikhlasan meminta maaf? Dan kadang kadang kita ni (termasuk aku lah terutamanya) take things for granted. Just because. Alaa...minah/ mamat tu dia okeh punya. Dia pemaaf. Dia bukan jenis amik port punya. Dan kita yang perasan diri kita cam bagos dan know-it-all, kunun kita matang gila tak hengat di dunia yang fana ni, memperkotakkatikkan orang lain sampai apa yang kita rasa tak signifikan pada diri kita, tapi amat besar luka di hati orang lain. Pernah fikir tak?

Rasa cam kita tegor orang kita lah yang paling baek, tapi sebenarnya cara kita menegur tu, ada tak bil hikmah? Ada tak kita letak diri kita bila yang ditegur oleh kata kata kita sendiri? Pernah tak amik kira perasaan orang lain? Dan kalau silap, kenapa nak bertangguh tangguh mintak maaf? Kenapa nak tunggu dia mood ok sikit? Kenapa nak tunggu masa Raya je? Atau bagi alasan tak perasan dia wat silap (lepas dah lama masanya). Bila orang yang terkecik hati tu termarah asbab kesilapan kecik orang yang "buat silap" tu, orang "buat silap" tu pulak yang naik hangin?

Dah tentu manusia ni macam macam kadar emosi dia. Kot terkena orang yang hati dia sensitif sebab keadaan dia, sejarah dia, status dia sekarang? Terasa luka yang sangat dalam cemana? Sekalipun pada kita, benda tu takde maknanya. Silap kecik aje? Nak mintak maaf kena tunggu dia lepas balik keje ke apa? Nak mintak maaf, kalau ikhlas terus jumpa dia je. Tak kisahlah hatta dia tengah tension atau marah. Ada cara kita nak cakap. Bil hikmah. Mana tau, pas kita mintak maaf tu, sejuk hati dia, terus dia ok. Yang paling teruk orang yang suka tegur orang cam bagos ni, ialah dia buat bodow je kalau tau dia salah. Buat macam dia dah pandai dan tak mahu makan nasihat. Orang dah mintak maaf ngan dia pun, dia lagi nak ulang ulang benda yang sama dan  have the final say. Adoyai...susahnya menjaga hubungan sesama manusia ni.

Bak kata orang orang yang lebih berilmu dari aku ni, sebab tu kadang kadang, apa yang kita nak tak dapat. Rezeki belum sampai dan kadang kadang ada je benda yang kita rasa tak best. Contoh: Nak gi makan, tapi restoren tu penuh. Nak dapatkan pertolongan tapi sentiasa ada halangan dan cabaran? Duit pulak kadang kadang banyak tapi macam tak melekat. Pegi mana pun taktahu. Sebab apa? Sebab ini merupakan refleks kepada apa yang kita dah buat pada orang sama ada kita sedar ataupun tidak. Macam kes aku ni, jodoh tak dapat lagi sebab barangkali, aku ada tak maafkan orang atas apa yang dorang buat pada aku. Dan ada jugak on top of that, kita tak mintak maaf pada insan yang kita buat salah. Pada ibu bapa contohnya. Mungkin ada percakapan dan perbuatan kita yang menghiris hati mereka. So selalu selalulah mintak maaf dan memaafkan dengan penuh keikhlasan. Pendek kata, pengajaran kali ni, ialah Hati Kena Sentiasa Bersih. Baru senang malaikat rahmat dan rezeki nak datang melawat. Bila Hati Bersih, segalanya dipermudahkan InsyaAllah.  Baru terasa kemanisan rahmat tu. Duit sikit tapi berkat dan bahagia. Makan sikit tapi kenyang dan gembira. Hidup sederhana tapi penuh dengan gelak ketawa sesama ahli keluarga. Takde komplen komplen pun, baju pakai 5 tahun lepas ke, fon kalau baling anjing, anjing leh kiok ke pe. Syukur saja.

Ikhlas + Syukur apa yang ada + Sabar = BAHAGIA.

InsyaAllah. Aku nak didik hati aku untuk menjadi bersih dari segala prasangka dan yang negatif. Aku mahu amalkan forgive and forget. Aku nak kurangkan komplen dan tidak bersyukur. Aku nak didik diri untuk menjadi lebih penyabar. Syukur Allah bukakan peluang untuk aku bertemu orang orang berilmu dan penuh dengan contoh contoh terbaik yang mengingatkan aku tentang aku. Syukur, ada juga insan yang sudi terima aku yang tahapehape hentah dan emo taktentupasal ini dan tahu pula cemana nak handle emosi aku sampai aku sedar dan insaf (bukan bertambah marah dan sedih). Alhamdulillah...syukran Ya Allah!

Sebelum aku tido, aku nak ingatkan diri sendiri:

1. " dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu..." - Ali Imran: 159
2. Dari Abdullah Ibn Harith r.a. " Aku tidak pernah melihat satu orang yang lebih banyak senyum daripada Rasulullah s.a.w" - Maka bersedekahlah kita dengan cara paling senang ini
3. Apa yang kita tidak dapat dari orang lain mencerminkan apa yang kita enggan berikan kepada orang lain
4. Bila kita memberi, kita pasti akan menerima

Wallahua'lam bissawab.

p/s: Selamat berpuasa, beribadah dan menjaga hati ya kengkawan semua.
Harap maafkan lah aku dalam setiap penulisan blog ni, sebab mana tau, ada yang terasa pulak. Padahal blog ni, aku tulis untuk aku sebagai cermin diri. Jom kita jadi khalifah terbaik di muka bumi ini. InsyaAllah!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails