Bismillahirrahmannirrahim...
Jauh aku melihat telefon mobilku. Sudah berapa hari ia senyap sunyi. Kalau ada pun cuma di waktu pejabat, ramai orang cari aku atas urusan kerja. Arin ada juga memanggil bertanyakan hotel mana yang murah di Kuching. Ah! Rumah aku yang sunyi tu kan ada? Buat apa nak membazir bayar hotel? Lengkap segala, katil Queen, dapur memasak, peti sejuk, TV, Astro, bilik air dan barangan untuk mandi, mesin basuh, barang nak masak. Pendek kata, lengkap! Cuma ia masih terasa kosong.. sekosong hati aku kini.
Mama juga ada menelefon aku bertanyakan khabar. Ibu mana yang tidak tahu jika anaknya dalam kesusahan (hati). Dalam tangis aku, berulang kali aku minta maaf pada mama dan abah kerana anaknya sekali lagi mengecewakan kedua orang tua dalam soal berkeluarga. Mama, Anaz dah cuba. Aku katakan pada Mama aku mungkin akan balik segera. Tidak tertanggung rasanya kesunyian yang memenuhi setiap neutron dan proton tubuhku. Walau tidak terucap oleh kata kata, mama tahu aku tengah sakit. Aku tengah bersedih. Mama kata, dia masih dan tetap berdoa pada Ilahi soal jodohku. Letak saja telefon sambil memberi salam yang paling syahdu, airmataku terus berjuntaian ke esok hari sekalipun dalam tidurku.
Dalam kesunyian dan kesedihan yang teramat pedih ini, aku kembali berdamping dengan benda yang aku jarang lakukan. Sepatutnya dialah teman baikku sejak datang ke bumi Sarawak ini sehinggalah Azim datang berjumpa denganku pada Hari Raya Korban yang lalu. Dialah Al-Quran yang banyak menyejukkan hati aku yang sangat sangat pedih. Dalam kesepian dan kepedihan hatiku, aku kembali berdamping dengan Rabbku. Bukan aku tinggalkan Dia, tapi barangkali aku kurang melakukan solat solat sunat seperti selalunya. Aku malu pada Rabbku. Aku malu padaNya kerana kealpaan aku pada makhluk yang aku fikir akan menggembirakan aku. Aku lalai. Aku banyak berdosa pada Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Aku malu untuk sujud dan berdoa padaNya. Aku malu dan aku risau jika ibadah ku ini dicampakkan semula ke mukaku... Ya Allah! Ampunilah hambaMu yang serba lemah ini. Baru sedikit ujianMu padaku, aku telah mulai leka dengan dia...
Ya Allah.
Aku bersyukur dengan apa yang berlaku padaku. Semua kesalahan dan kesilapan terletak atas bahuku. Aku yang pilih untuk lalai dan leka. Aku yang pilih untuk alpa. Tapi Kau yang tentukan segala. Tidak ada daya dan upayaku melainkan daripada Engkau Ya Allah! Tidak akan terjadinya sesuatu perkara melainkan dengan izinMu Ya Allah! Aku bersyukur kerana jika tidak kau tarik nikmat cinta manusiaku, tidak akan kembali aku mencariMu ya Allah. Benar. Aku manusia berdosa. Aku perempuan yang sangat lemah kerana kesunyian aku. Dalam hati aku cuma mampu merancang, tapi Engkau juga merancang Ya Allah! Rancangan Kaulah yang terbaik dan paling menjadi. Aku tidak layak untuk meminta minta padaMu asbab kelalaian dan kealpaanku. Ya Allah, aku benar benar mengharapkan agar Kau ampuni aku dan terima taubatku. Terasa aku begitu hina disisiMu ya Allah... Tapi Engkaulah Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Engkau jualah Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Menerima Taubat. Ampunilah aku wahai Tuhanku...
Benar. Jodoh itu hanyasanya milik Yang Satu. Dialah yang memegang rahsia jodohku. Aku pinta dalam doa kudusku, agar akhirnya dipertemukan dengan lelaki yang benar benar ikhlas padaku. Yang bukan seorang pengecut dan takut waima tentera Israel sekalipun untuk memilih menikahi aku. Yang benar benar ikhlas di hati, bukan sekadar kata kata. Yang benar benar menggembirakan aku sebagai isterinya, bukan sekadar teman yang dia suka. Yang bukan terdiri daripada lelaki yang mempermainkan perasaanku dan tipu helah semata. Yang boleh mempertahankan aku hatta nyawa dihujung Ak47 atau pedang sekalipun. Ya Allah...aku benar benar sudah tidak tertanggung dengan kepedihan yang kau uji aku ini Ya Allah. Sebagaimana Nabi Adam yang terlalu sunyi lalu Kau ciptakan Hawa baginya...aku juga begitu.
Dimanakah Adamku, ya Allah? Dimanakah suamiku Ya Allah? Kerana aku benar benar terlalu rindu untuk mencintainya sepenuh hati keranaMu jua Ya Allah. Agar dia membimbingku ke jalan penuh mawaddah, penuh rahmah yang kemudiannya kami bertemu semula di syurgaMu Ya Allah! Amin....
2 comments:
Chee...
seringkali bel rasa tersentuh bila chee berbicara tentang ni...
ingat chee setiap yang terjadi ada hikmahnya...
dan Allah tentu punya sebab sendiri mengapa jodoh chee belum tiba.
In the mean time chee cuba jgn terlalu fikirkannya...hidup terlalu indah untuk hanya memikirkan tentang cinta chee. isilah ruang-ruang kosong tu dengan pekara yang lebih berfaedah dan lebih membuat chee gembira. Chee harus belajar hidup gembira tanpa cinta...kita boleh che..memang boleh tapi ia memerlukan semangat yang sangat kuat untuk melakukannya.
yakinlah chee boleh...
bel doakan yang terbaik buat chee...
cinta itu tak sama seperti yang kita sangka...
It could be bad when we want it nice and it could be nice when we want it bad...
*peluk chee kuat-kuat*
sabar ye taichee..
Post a Comment