Pages

Thursday, November 13, 2008

Kemudahan dari Allah Juga...

Gambar dipetik dari BLOG INI

[Lagu Senja]

Semalam jam 415pm aku telefon Mama, tanya di mana mereka berada. Rasa tak syok pula bila sampai rumah, disambut sorakan sunyi. Maklum, Piko harus diambil dari sekolah dalam jam 430pm asbab SPM.

Balik dalam dua hari ini dari isi perut KL, aku senyum panjang panjang, meleret leret. Sambil senyum, sambil buat rancangan dalam kepala. Semalam, aku ucap terima kasih pada penyampai kursus dari COG sebab tamatkan latihan kami seawal 415pm. Balik rumah terus pengsan dan bangun kembali sebelum Maghrib.

Tadi, jam 330pm dah habis dah kursus dua hari aku. Macam tak sangka betul. Faham fahamlah, KL kalau waktu berebut (rush hour) ditambah dengan keadaan hujan lebat pulak tu, haruslah siput babi itu meluncur lebih laju daripada kereta.

Maghrib semalam, Boss telefon minta aku hadir roadshow Kerjaya Kepakaran Penerbangan (Aviation) Isnin ini. Bukanlah diminta menjadi juruterbang atau pramugari. Dua dua aku tak layak pun. Jauh panggang dari api lah kan? Mata dah rabun, tak bijak Fizik dan Matematik malahan gagal bermain Flight Simulator di Sony PS2. Apatah lagi badan tidak berbentuk seperti gitar, muka tak licin dan manis, malahan pendek pula. Hohoho~@!

Jadinya, satu perkataan yang mampu aku keluarkan dalam ketiga-tiga situasi diatas

A L H A M D U L I L L A H


Cantiknya perancangan Allah Taala. Aku memang menunggu pulang awal dari kursus sebab ada sesuatu yang harus aku lakukan sebelum Maghrib. Aku hanya mampu memohon padaNya agar dipermudahkan segala urusanku. Dimurah dan dilapangkan rezeki. Pulang awal dan mengelakkan kesesakan juga satu rahmat. Walau pada orang lain itu biasa biasa saja, tapi bagi aku besar maknanya.

InsyaAllah. Aku akan berusaha apa yang termampu. Apa yang sudah Allah bukakan ruang wajar aku rebut peluang dan gunakan selagi mampu. Sudah banyak Dia tunjukkan jalan dan kemudahan. Tinggal lagi, aku mahu atau tidak saja. Hendak atau enggan? Apatah lagi jika sesuatu itu mendapat sokongan dan doa kedua orang tuaku. Ya Allah...tak mampu aku nak luahkan. Engkau memang Maha Kaya lagi Maha Pemurah, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Rasa kerdil dan kecil sekali aku pada Rabbku.

Pada Mama dan Abah, macam tak layak pula aku jadi anak mereka berdua sebab kasih sayang keduanya pada aku dan adik2. Tak pernah kenal erti pilih kasih, tak pernah kenal erti jemu mengasihi dan tak pernah kenal erti putus asa pada kami yang banyak masalah ini (macam aku lah...)

Tiada daya dah usaha, satu apa pun yang aku usahakan dan perolehi ini, tanpa izin dan RahmatMu jua Ya Allah...
A L H A M D U L I L L A H

Aku menangis lagi, entah yang keberapa ribuan kali...

5 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah...

gravtkills said...

alhamdullillah

» NAJA « said...

Alhamdullillah..
Seronok tgk akak hepi..Tak sonok tengok akak sometimes macam down jer..Allah Maha Adil..
Sangat Adil..
Me 2 3 menjak ni rasa down sgt kak..
Hati rasa tak bape sedap jer ..

Taichee~@! said...

To All:

Syukran jazillan for the comments.
Akok down? Heheh takdelah down sangat. Biasala manusia kan punya emosi. Rasullulah pun sedih bila Siti Khadijah r.a meninggalkannya.

Ikut je akak bila down. Baca Quran bebanyak, lelamakan solat and doa. InsyaAllah dalam Quran tu sendiri ada penawarnya...solat tu sendiri kaunseling kita drpd Allah...

Wallahu taala a'lam

13may said...

syukur :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails