[Di saat aku ingin mengembalikan keyakinan terhadap diri aku sendiri, maka seeloknya aku senaraikan apa kelebihan dan kekurangan aku, bagi aku mensyukuri nikmat dan rahmat yang Allah beri pada aku selama ini...Alhamdulillah Ya Allah]
Jam dah pukul 4 pagi.
Sedari tadi aku tak dapat tidur bahana blog dan lompat blog dan meng google pasal Sarah Palin.
Kenapalah masa aku boleh puasa, aku tak terus terjaga macam ni ek? Hmm..apa nak jadi?
Sebenarnya aku yang tak mahu sebab nak basuh kain dan teruja nak mengemas rumah dan bagasi balik kampungku. Hish! Tak sabar nak jumpa Ziyyad yang dah pandai mengagah, senyum dan ketawa itu.
Dari jam 9pm, lepas makan kek keju bakar dengan Fezal, aku usha kereta idaman aku (lagi!). Dari Spring memandulah aku bersama Fezal ke Jalan Tun Jugah. Mentang mentang Greenie dah hensem dan wangi, baru aku teringat nak bawak meronda. Heh.
woooo~@! seksehhhh... you will be mine someday!
This baby rocks~@!
Woohh...sexy back
Sexeh Silhoutte~@!
This baby rocks~@!
Woohh...sexy back
Sexeh Silhoutte~@!
The Honda Civic Si and the Volkswagen Golf GTI may seem like two vastly different answers to the question: "What is the ultimate way to build an affordable two-door that's fast, fun, and made to last?" And that's the real difference here. The GTI is better at feeling out a road and going around unfamiliar corners. It's more confidence-inspiring, and thus more fun and effectively faster. In the end, though, the GTI is just more intense. It is always sniffing out corners, urging you to drive deeply into them. The Golf GTI may cost a bit more, but it's a car that's fun all the time, even at 30 mph, so it wins.What VW Golf Gti baby & moi has things in common?: The ones that I put in bold purple... (That's how I feel about myself. Biarlah korang nak kata aku perasan cos I know myself)
Kenapa oh kenapa VW Golf Gti merah itu sungguh menggiurkan? Dan kenapa pulak ada gangguan lain seperti Golf Plus bewarna biru itu ya? Kenapa aku gatal nak usha jugak sedangkan aku dah kata keutamaan aku adalah sebuah rumah bertanah (BACA: taknak rumah kek lapis).
Gatal.
Gatal ini gatal yang mengada ngada. Aku tahulah aku seorang wanita yang tidak memerlukan bantuan lelaki sangat, hatta soal hadiah hari jadi sekalipun. Apa aku nak, aku beli dengan hasil kerutan dahi dan perahan mindaku, dengan izin dan rahmat Allah (bukan titik peluh sebab aku bekerja dalam keadaan penyaman udara yang sangat sejuk seperti Artik).
Kadang terfikir juga aku. Bahagiakah wanita yang mendapat hadiah/belian daripada seorang lelaki? Sudah tentulah! Terutamanya kalau ia suatu kejutan. Tapi bagi aku, aku lebih puas hati jika aku beli dengan duit aku sendiri. Satu motivasi dan pencapaian. Jika seorang lelaki membelikan aku sesuatu, aku tidak mengharapkan hadiah mahal (macam rumah/ kereta/ barang berjenama). Cukuplah akan ingatan dia waima kad buatannya sendiri. Itu yang aku lebih hargai. Ataupun, dia peruntukan sejumlah wangnya untuk membelanja aku makan. Tak perlu restoran 5 bintang, cukup makan 10 cucuk sate atau sepotong kek keju bakar. Cukup.
Aku sudah tidak perlukan barang material lagi. Noktah. Syukur aku sudah ada barang rumah ku sendiri. Kecuali katil bujang, almari dan meja makan yang ditaja oleh Mama dan Abah sewaktu aku mula mula pindah ke Kuching, yang lainnya adalah hasil duit gaji ku sendiri. Alhamdulillah.
Baru minggu lepas Pozan emel menyatakan rindu pada aku. Katanya dia rindu aku terutama tang manja manja. Hmm..aku, manja? Heheh senyum saja. Mungkin sifat aku ni manja macam kucingku Comel. Terutama pada orang yang aku sayang. Aku nak manjakan dan dimanjakan. Tapi selalunya, aku yang manjakan diri dan manjakan orang. Hehehe.. Itu cara aku tunjuk yang aku benar benar sayangkan makhluk Allah lainnya (termasuk Comel). Sebab tu kadang memanjakan orang ni memakan diri aku sendiri tanpa aku sedar. Tapi takpelah. Dah rezeki masing masing. Macam Johar yang tak mahu pulangkan duit aku. Entah bila katanya dia nak langsaikan, itu urusan dia dengan Allah Taala kat akhirat kelak.
Baik aku manjakan anak yatim tanpa mereka sedar. Baik aku gunakan kasih sayang dan simpati aku pada orang yang lebih memerlukan. Itu yang sebaiknya.
Baik.
Berbalik kepada soal VW Golf Gti tadi. Sebenarnya berpunca daripada memandu uji (lagi!) Ford Focus 2.0 semasa aku menghantar Greenie ke kliniknya di Pending. RM77 ribu beb. Daftar kereta tahun 2006. Tapi sayang, tak seganas spesifikasi rally yang aku hendak semasa aku tengok dengan Boe dulu. Teruja juga mulanya. Itu yang membuatkan aku terfikir, alang alang nak tukar kereta, apa salahnya tukar yang boleh pakai lama dan berkualiti tinggi? Maksud aku, aku tidak mahu kereta Jepun, tapi kereta semi atau kontinental.
Daripada aku bayar RM150 ribu untuk sebuah kereta, baik aku bayar RM350 ribu untuk sebuah rumah bertanah pegangan bebas. Kereta tak penting lagi.
Senarai yang membuat aku seorang aku.
Aku manja, tapi sebenarnya aku lebih suka memanjakan. Biarlah aku berkorban dari dimanjakan. Takpe, sebab aku sendiri suka manjakan diri tanpa menyusahkan orang.
Aku baran tapi sedang sedaya upaya mengawal kebaranan. (Aku sangat memerlukan manusia lain bagi meneutralkan keadaan)
Aku kurang sabar, tapi sentiasa belajar nak fahamkan erti kesabaran (susah tapi setakat di Kuching ni, alhamdulillah, aku harus bersabar lebih lagi sebab cabaran kerja)
Aku berjiwa halus dan boleh "rasa", bukan terasa. Nasib Allah kurniakan aku dengan muka mandom dan toye.
Aku tahu bila aku tidak diperlukan. Senang aku nak "hilang" hehehe...
Aku ini tomboy. Aku suka aktiviti lasak dan mencabar. Aku suka adrenaline rush. Aku suka cabaran.
Aku perempuan yang berdikari.
Aku berkeupayaan dan bercita cita tinggi (nak jadi isteri dan ibu yang solehah boleh tak?)
Aku mahu Masa Aku tanpa sesiapa dan gangguan apa pun. Ini penting buat masa ini.
Jika aku hendak sesuatu, aku akan cuba dapatkan juga.
Aku tidak suka benda yang berulang. Bosan.
Aku moody. Terutama jika aku PMS. Jadi sesiapa yang berkawan dengan aku pasti sudah tahu aku tidak mahu diganggu dengan soalan dan benda remeh ketika ini. Strictly business, okay?
Aku banyak kekhilafan dan kekurangan.
Aku suka buat kesimpulan. Tapi selalunya intuisi dan kesimpulan aku kebanyakannya betul. Mungkin ini anugerah Allah.
Aku suka makan.
Aku tidak peduli apa orang kata pasal fizikal dan keadaan aku. Bukannya aku buat dosa dengan kesukaan aku makan (lainlah kalau membazir dan melampau). Tapi kalau keadaan fizikal aku membuat orang berdosa kerana mengumpat aku, itu antara dia dengan Allah.
Kalau mencintai Allah menjadikan aku dibenci manusia, maka biarlah. Aku lebih suka mencari redha Allah. Kerana Allah mencukupkan apa yang tiada padaku selama ini.
Aku sayangkan famili aku walau pun aku ni seorang yang moody pelik dan baran.
Aku tidak pandai memujuk.
Aku bukan seorang yang romantik.
Aku ni praktikal. Segala benda yang aku beli mesti praktikal.
Tapi aku juga nak kan barang yang berkualiti.
Aku suka membaca. Tak kisah la hatta membaca berlawanan sifatnya dengan aktiviti luaran lasak aku.
Aku sukakan pengembaraan.
Aku boleh merajuk kalau aku nak. Bila aku dah malas aku tekan suis "TUTUP" aje sampai hati aku jadi kering, tak peduli.
Bila aku tidak lagi dihargai, jangan fikir aku akan kembali. Aku tidak akan.
Aku tidak suka menjadi/ mempunyai / melakukan benda yang sama dengan kebanyakan orang.
Aku sukakan stimulasi intelek. Maka aku sukakan perbualan intelek yang diselang selikan dengan pelbagai perkara, dari enjin kereta ke membeli belah ke memasak. Banyak perkara!
Aku suka mengadu, tapi hanya pada Dia.
Hati aku pernah berkecai retak sejuta. Selepas ini, tidak akan ada satu manusia pun yang akan membuat hati aku pecah berderai, renyuk sejuta seperti itu lagi.
Kesimpulan yang aku pelajari, segala apa yang aku miliki bukan milik aku. Tapi milik Allah. Jadi aku tidak perlu risau. Sebab Dia boleh ambil balik bila bila dan beri yang lebih baik lagi.

Aku dah bangun.
Mataku dah terbuka.
Telingaku peka.
Deriaku merasa.
Subhanallah. Alhamdulillah. Lailahaillallah. Allahu Akbar.
Insya Allah. Kali ini aku sangat yakin. Sebab aku ada Allah Taala. Tiada Tuhan Melainkan Dia, Dan Muhammad itu Rasul Allah. Dan aku ada peninggalan baginda. Al Quran dan sunnahnya.
Jadi.
Apa lagi yang aku mahu?
Apa lagi yang aku mahu?
(Sebab itu aku selalu minta agar Allah jodohkan aku dengan suami yang boleh menjaga Imanku, agar aku tidak tergelincir dari jalan yang lurus, insyaAllah)
End@6am Sunday
No comments:
Post a Comment