Alhamdulillah.
Pagi subuh tadi (Sept 22) aku bangun dalam keadaan yang sugguh ceria bak sang suria. Walaupun ada tanda tanda nak hujan lebat. Maklumlah tidur awal, bangun pun awal ler..
Kronologi Beautiful Blue Monday aku:
1. Bangun dan pasang radio IKIM, dengar orang mengaji
2. Gosok baju uniform hari Isnin dan tudung hijau cantik berbunga dari Beijing
3. Gosok gigi dengan ubat gigi Mukmin (aku nak beli Halagel pulak pasni), basuh muka dengan Biore Deep Pore Cleanser (haah cheapskate!), Mandi pakai sabun minyak zaitun dari Mesir
4. 630am harus dengan Tafsir Quran Ustat Zahazan Muhamad sambil pakai minyak zaitun kat tangan dan kaki
5. Dah pakai baju, pakai bedak Dior pulak. Pastu mesti baca pendinding diri yang Mama bagi (tak hafal lagi)
6. Buat air milo sambil minum depan Tanya Ustat kat saluran 119
7. Bagi Chomel makan
8. Start kereta baca bismillahi tawakkaltu allallah, la haula wala quwwata illa billahil a'liyil a'zim
9. Sambil tunggu enjin panas, baca Fatihah, selawat 7x, 3 Qul + Qul yaa aiyyuhal kaafiruun 3x semua, laila hailla anta... 7x, subhanallah walhamdulillah wala ila haillallah, allhuakbar 7 x
10. Aku bawak kereta ke opis sambil sambung baca ayatul qursi 7 x dan istighfar: astaghfirullahalazi lailahailla huwa haiyul qaiyum, wa atuubu ilaik 7 x
11. Turn on Durrul Hikmah (kalau takde kena mengena dengan perbankan, aku dengar la heheh)
12. Sampai opis kena punch kad old skool. Tepat jam 801am je bunyi TOOOOOT! kuat gila, and ink jadi merah. Tapi tadi aku clock in 30 minit sebelum.
13. Pegi cubicle hidupkan 2 suis lampu dan hidupkan Mr Hop (sekarang dah laju start up, sebab aku sendiri upgrade Service Pack 3! Hampeh punya orang IT kat sini)
14. Tengok emel especially tang harga kos
15. Bersiap sedia dengan proposal bermacam peratus itu dan lain lain
16. Tambah another RM130.20 claim bulanan sebab aku bayar dulu maintenance Greenie
17. Boss panggil short discussion dengan Ferdie
18. Aku tunjuk banyak proposal, tapi akhirnya Boss amik cadangan aku masa hari Jumaat hari tu
19. Pastu Boss suruh aku close door meeting untuk jeng jeng...Confirmation aku!
20. Boss suruh tambah dan edit lagi, aku dah tengok dah rating aku..weee~@!
21. Sambil tu, Boss bagi nasihat macam macam. Peh! Rasa terharu sebab based on apa dia observe aku, memang betullah, aku lah tu (sebab I know myself...heheh). Highlight apa kelebihan dan apa yang aku boleh enhance lagi, motivate aku, bagi example, bagi sebab napa GM pilih aku datang Kuching, bagi contoh idola aku (sampai sekang, Pat panggil dia "Cikgu kat rumah tu") Terharunya dapat Boss yang prihatin, best, leadership tinggi, firm, committed and sense of direction yang sangat jelas, and further aku hormat sangat Boss aku ni sebab dia dulu rank and file. Bermula dari peringkat supervisor - exec - manager. Peh! Respek! Tabik Spring toing toing toing! Teringat kat En. AA kat SIRIM. Cuma Boss aku sekang best lagi la.
22. Dia rate aku tinggi dan cakap, "I confirmed your position" Siap tandakan napa aku letak post aku salah? Hehehe..Alhamdulillah..Ini semua rezeki dari Allah Taala. Dia yang beri aku rezeki kat sini, Dia juga yang sebenarnya komfemkan kerja aku melalui Boss aku.
23. Aku sendiri faks dan email scan borang aku pada HR di KL, sebab diorang nak kejar dateline nak bagi aku 2 surat - Surat Komfem dan Surat Revision. Alhamdulillah. Tak kisahlah berapa pun, tu semua Allah punya rahmat dan rahim. Rezeki dari dia hatta sekeping roti pun aku dah cukup cukup bersyukur.
24.Aku selesaikan masalah si Hati Kering. Ye, walaupun dia kejam pada aku dulu, takmau bayar harga baru, tapi dia customer aku. Lagipun tak lama lagi ada survey untuk customer tentang servis kompeni aku, so bak kata Abah "Buatlah kerja dengan ikhlas kerana Allah, bukan pasal manusia".
24. Aku bahagia dan teruja sangat, so aku balik paling awal dalam 6 bulan pertama di Kuching, jam 407pm dah cabut.
25. Aku panaskan lauk tapau makan kat Top Spot - Midin Goreng Belacan, Bawal Hitam Masam Manis, Oyster/ sotong goreng tepung, Udang Butter.. Ni semua aku dan Fezal (laagi!) punya makanan tak habis malam tadi. Dia pulak taknak makan sahur heavy sebab ngantuk.
26. Aku goreng ikan bilis cili api tumbuk garing dan telur dadar (kotlah tak cukup sebab leftover tu sikit sikit semua)
27. Buat hot choc untuk 2 orang.
28. As usual, kalau dah bang buka puasa, dorang ni tak reti2 datang sendiri, nak kena panggil pulak. Si Ikbal selamba datang dengan muka bangun tidonya secara mengejut (bila panggil tak datang, bila tak panggil datang). Nasib nasi aku masak lebih. Hot choc aku kasi kat dia.
29. Abang aku call masa Fezal berebut dengan aku nak tengok DVD 4 in 1 aku (Oh yeh! Aku dah ada DVD player, Ikbal kasik cap MEC). DVD 4 in 1 (Wanted, Hancock, Mutant Chronicles dan Doomsday) RM5 hengget je. DVD copy heheh..TV cap Sagasonic aku je yg kureng! Menyesal beli awal. Tau aku beli Flat Screen terus. Takpelah, nanti nak pindah kang aku kasi Yati.
30. Abang aku kata aku merajuk dengan dia. Hehehe.."Mana Abang tau?" "Alah...abang tau anaz luar dalam la." Hehehe...aku pun lupa aku merajuk pasal apa tah? Berderet deret sms Abang hantar masa aku tengah busy dengan boss nak komfemkan aku and antara kerja Beautiful Monday aku. Aku balas sekali je.
31. In between the numbers above, Boe did call me. Tapi aku malas nak layan sebab busy gila dan soalan dia buat aku hang up on him. After all this while, he still didn't know that there are some questions that really hurts.. and I hate him for that.
But hey! Even Boe CANNOT ruin my Beautiful Blue Monday. I'm so happy today. Alhamdulillah. Especially after conveying to Abah (pelik aku call Abah dulu instead of Mama) that I've been confirmed. Siap Abah boleh joke lagi, " Nanti bolehlah belanja Abah makan sate "
Ala..bah! Jangankan sate kajang, sate dari Turki pun Anaz sanggup belanja abah and famili tau. Lepas tu, bergenang airmata aku bila abah ingatkan jangan lupa kasi duit kat Mama. Sedekah kat adik adik...
Ya Allah! Ampunilah dosa dosa kedua orang tuaku, Ya Allah. Jauhilah kedua mereka jauh dari siksaan kubur dan api neraka. Masukkan lah kedua orang tuaku yang amat aku cintai ke dalam syurgamu, dengan izin dan rahmatMu Ya Allah...
Amin amin...amin..Ya Rabbanal a'lamin...
5 comments:
Alhamdulillah!
belanja la adik mu ini seorang,walaupun dah kawen ye..adik ipo sekali jgn lupe..
belanja eskrem burger king pun jadik la..tak kisah..heheh
kaknaz come home quick...jom jalan2 shopping kat sini!
Salam!
Masih okay kah mkn seafood termasuk midin kat Topspot tuh?..ahaha...lama dah tak kunjung kat situ.
Marlb turut tumpang gembira Chee dah confirmed with flying colours lagik!
hurmm..tgk lah nanti, insyaAllah ada rezki ke kuch lagi dan kelapangan masa, maybe kita boleh meet up dan sembang2.
Dear adik aku yg sentiasa manja, ceria dan bublicious...
insyaAllah ada rezeki nantik kita sopping ek! Knaz nak cari baju raya tok kamu and ziyyad.
yg lain sumer insyaAllah knaz banje makanler.
to Marlb:
InsyaAllah ada rezeki Marlb banje makan kat Seagood sini plak k! Leh do the catch up. sbb masak asam pedas sana sooo goood.
thanks for your wish Marlb.
kaknaz
syukran jazilan..semoga murah rezeki lagi,InsyaAllah
:)
selamat hari raya chee!
Post a Comment