Pages

Tuesday, July 22, 2008

+..Dari Sibu ke Kg. Beladin ke Sarikei ke Tg. Manis, Sarawak..+

[Pagi tadi dok teringat kat Ustat Radio Ikim jam 630 pagi punya terjemahan surah Al A'raf ayat 144-145 pasal dakwah, pasal tugas Daie, pasal jangan sangka kita dah cukup ilmu, pasal ujian pada orang2 yang berilmu, pasal kita kena sentiasa kena mencari guru dan mempelbagaikan ilmu...alhamdulillah...syukran jazillan Ustat yg aku tak ingat namanya itu]

Subhanallah, cantiknya pemandangan....

Alhamdulillah. Orang kata, jauh perjalanan luas pandangan. Banyak yang Allah nak tunjukkan pada kita yang terhad ilmu ini tentang kekuasaan dan kebijaksanaanNya (itupun pada manusia yang beringat, kalau dia syok2 je ingat dunia ni terjadi sendiri aku tak tahulah, kan). Dalam perjalanan aku ke Kg. Beladin, sebuah daerah yang majoritinya Islam, aku menempuh perjalanan yang agak perlahan disebabkan hujan dan jauh. Edwin, Melanau bukan Islam merupakan seorang supervisor depot dan menemani aku untuk mengira jarak perjalanan dari Sibu ke sana.

Jalan sangat licin, kereta lama. Nasib jalan cantik, sebab kerajaan Sarawak buat jalan bertol RM5 sekali masuk. Heheheh...
Ni dah sampai Kg. Beladin, jalan sempit bangat...

Kira kira dua jam 15 minit kemudian, maka sampailah aku ke pelabuhan feri di Pusa' yang menghubungkan kami ke Kg Beladin di seberang sungai. Feri yang kami naiki di waktu hujan itu sungguh mencuakkan disebabkan ia merupakan feri yang tidak berbumbung dan agak kecil.
Pelabuhan feri yang simple...

Atas feri, ketika hujan. Agak cuak...


Lepas hujan, tengahari. Atas feri.



Alangkah marvelesnya cuaca selepas Allah turunkan rahmatNya...

Di Beladin, kami sampai terlebih dahulu daripada pelangganku, persatuan nelayan terbesar di sana. Perutku dan Edwin sudah mulai berkeroncong dan perlu diisi segera. Kg. Beladin yang agak tersorok dan jauh di pedalaman ini tidak mempunyai gerai makan atau restoran yang jelas kelihatan. Puas kami cari, akhirnya berjumpa juga dengan sebuah kedai yang agak buruk dan lama. Tapi...

Gelegar pelabuhan yang sempit, tapi banyak juga lori yang menggunakan feri ini

Seronok menikmati bayu sejuk selepas hujan di bawah pondok desa

Laksa Sarawak yang lazat! Huhuhu...Nak lagi! Nak lagi...

Hehehe. Alhamdulillah, di waktu hujan lebat di pagi hari itu, kami memesan Laksa Sarawak panas yang amat lazat! Nang nyaman, bak kata penduduk tempatan. Slang penduduk sini pun agak pelik bunyinya. Ada jadi ado, rasa jadi raso. Lagu tutur percakapan mereka pun beralun alun macam menyanyi. Hmm...semakin aku cuba mengenali Sarawak, semakin banyak yang aku tidak tahu. Bumi Sarawak adalah bumi yang mempunyai pelbagai suku, kaum dan bahasa. Malahan bahasa Melanau Kuching tidak akan menyerupai Melanau di Sibu. Melanau di sini ada yang beragama Islam dan ada yang Kristian dan pagan.
Di Kg. Beladin, sambil bermesyuarat, kami dihidangkan dengan ikan terubuk dan telurnya masak asam Sarawak. Aku sebenarnya tidak pandai makan ikan yang banyak tulang halus, tapi masakan pekerja di sana memang sedap. Penat aku buang tulang temulang tu semua.

Ambil gambar dari atas feri, hujungnya tiada penghadang

Pulang ke Sibu hari pun sudah lewat. Aku sempat membawa pelangganku makan di Restoran Kasturi, restoran yang menghidangkan umai paling lazat dan segar. Alhamdulillah. Esoknya, kami ke Sarikei dan Tg Manis untuk melihat pelabuhan mendaratkan ikan di sana. Dulunya Tg. Manis dikenali dengan nama Tanjung Mani. Sebab kedengarannya agak jelik, maka tambahlah huruf dihujung. Manis dan sedap sikit dengar.

Pelik aku tatkala hanya bot bot besar Thai saja yang berada di sana. Padahal minyak yang diambil merupakan diesel bersubsidi untuk para nelayan. Manaperginya rakyat Malaysia dan bot kepunyaan rakyat? Dahlah kita bekalkan minyak bersubsidi pada rakyat Thai, pulak tu, kita "halalkan" mereka mengambil khazanah laut kita untuk mereka bawa ke kapal induk yang menunggu di lautan antarabangsa.

Feri di Sarikei, nak ke sana kena naik feri ini dulu.


Pekan Sarikei dari feri.

Pelabuhan bot ekspress dan bot laju (pecutkah? speedboat)


Kalau nak naik bot ekspres, kena tunggu masanya. Sejam sekali

Abang pemandu kami yang penat menunggu bot laju dan bot ekspres yang masih belum bergerak

Inilah bot laju kami, akhirnya!


Kelihatan Pat yang tidur di atas bot laju. Syok betul mamat ini.

Hasil yang rakyat dapat adalah ikan ikan kecil dan satu jenis saja. Mungkin untuk "mengaburi mata" orang Malaysia, mereka menggunakan bendera Malaysia di atas kapal (peliknya ia sentiasa kelihatan baru dan penuh warna), kadang kadang trend membawa ikan pun, sekali sekala baru kelihatan tuna dan tongkol, siakap dan kerapu, udang besar dan udang galah serta ketam laut. itupun bak kata mat saleh, "once in a blue moon". Drama yang mereka mainkan pula berulang tayang, dok putar semula ambil ikan kecil bewarna merah tadi, masukkan dalam tong ikan dan tuang balik atas bot. Drama betul aku tengok.

The Mighty Rajang River? Why? Beats moi!

Hasil balak Sarawak...inipun dah makin kecil balaknya akibat kerakusan manusia.


Bot Nelayan Siam yang mendaftar dengan kerajaan Malaysia, berlabuh bukan di tempat yang sepatutnya...


Dari atas bot laju, cubaan aku untuk berdiri mengambil gambar bot bot Siam.

Barisan bot Siam ini besar besar. Bak kata Pak Daeng, orang kita tidak mampu mempunyai bot sebesar itu.

Beratur dengan sabar, apa sangatlah penantian mereka ini, berbanding subsidi diesel untuk mereka hantar ke kapal induk/ guna untuk tangkap ikan laut kita dan dibekal balik ke kapal induk ke Siam? Huhu..sadis sadis...kita dirompak di bawah lubang hidung sendiri.


Tidak percaya dengan bendera yang cantik. Ha! Klik je gambar tu, tengok betul betul! Takkanlah berjam jam dilaut tapi bendera Malaysia masih cantik berkilat? Mesti diorang tukar bendera Siam lepas tu (kata aku bersangka buruk)

Mamat nelayan Siam yang bergembira di atas bot mereka


Drama Ikan Yang Ditangkap, Diulang tayang masuk dalam Peti.


Ikan merah yang kecil bangat! Takkan ini je ikan bang oiii...



Tg. Manis. Tempat kami makan tengahari. Ok ok jelah. Cuma udang sia nyaman bangat!

Begitulah perjalanan kehidupan aku. Dalam masa 40minit naik bot laju itu, aku tak jemu jemu memandang langit lepas yang bersambung dengan sungai jauh di ufuk sana. Lihat betapa cantiknya ciptaan Allah, betapa sempurnanya. Betapa kerdilnya aku hidup di dunia sementara milikNya. Terkedu senyap sahaja aku sepanjang perjalanan sambil melirik ke arah Pat yang lena di kerusi bot di depan.

wallahua'lam bissawab.

2 comments:

Anonymous said...

Nama ustaz tu Hj Zahazan Mohamed.
Banyak tmpt Chee dah merayau disana ya!

-Marlb

Taichee~@! said...

Ha...Ustaz Z je ingat nama dia dulu. Mekasih Marlb! Sbb ingatkan...

Byk tempat, n alhamdulillah dpt peluang camtu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails