[Sempat makan di Sushi King, Selayang Mall ngan Piko. Aku masih dengan feveretku,
Kodomo Bento! Argh! Tak kesah gemuk...!]
Kodomo Bento! Argh! Tak kesah gemuk...!]
Wah! Tak sangka dah Ahad dah! Macam baru je sampai dari seberang Laut China Selatan, dah nak pulang sinun balit petang tok!
KAWAN KAWAN TAKMO LAWAN
Aku tak jumpa kawan selain dari yang call aku dan carik aku je. Pergi SIRIM atas alasan nak amik payslip terakhir dan kebetulan jumpa balik geng geng lama, Aman, Alin yang dah bersalin anak keduanya, Azim Haris, KakWa, Kak Ct, Kak Nunen, Ogy dan Kakni yang baru balik Bali, AA exboss yang best di SIRIM. Jumpa balik Pozan yang baru baik dari lelah tapi masih kepingin nak ajak aku ambik lesen scuba diving di Redang. Jumpa Fidi bekas bassist Seven Collar Tshirt yang masih aktif cipta lagu dan cerita hal hal masa kami satu band dulu. Jumpa Mak Tan, main badminton dengan Abang Mi. Ngelakar Sawak ngan Pat tapi nya madah laju gilak sama aku. Hehehe...
SEMPAT SPLURGING LAGI
Aku juga hanya sempat pergi ke OU dan Ikea asbab nak cari benda. En. Abang dah approved benda yang aku nak beli (boleh tak reimburse jeans yang RM10 x 2 itu?) Cuma nak pergi KL sia petang semalam jak aku sik sempat asbab satu kemalangan kecil yang berlaku semalam, Jun 7 lepas balik dari Selayang Mall.
KEMALANGAN: SATU UJIAN KESABARAN AKU
Hmm, innalillahiwaiina ilaihi rojiunn...
Entah kenapa, aku yang dah lama cool, macam meletup pulak bagai lahar gunung berapi semalam. Astaghfirullahala'zim. Sampai termenung je aku fikir balik, kenapa aku boleh invoke api kemarahan melampau? Sampai aku letih dan lembik, seolah olah habis hilang tenaga aku dek kerana mamat yang melanggar aku tu.
Mana taknya, aku dah elok elok di lane nak masuk ke kanan tu, sebab hijau maka aku drive la as usual, dari 0 - 50kmj. Entah cemana ada seorang mamat Kelate ni, bawak Kenari CBK**40 kepunyaan adik dia, dok cilok macam dia bawak moto kapcai, last minute di sebelah kiri aku.
Gedebang! Dia langgar side mirror aku. Lepas tu, dengar pulak sreet sreet sreet kat belakang. Tak lama kemudian, dengar bunyi hon bertalu talu dari sebuah Camry lama warna emas coklat di belakang, sebab Kenari tu, dah halang jalan dia, dan hampir dilanggar. Lantas, dari hijau lane aku terus merah dan aku berhenti tak sampai hujung lane tu.
Peh! Memang syaitan suka benar orang marah ni kan? Entah kenapa semangat dorman aku yang selama ini aku nak simpan selamanya, terkeluar macam Naga yang baru dibangunkan dari tidur yang lena. Aku keluar dari kereta aku dan terus tengok ke arah tempat yang dilanggar sambil menggenggam penumbuk di kedua dua tangan. Entah jiwa mana yang meresap keluar agaknya, aku tanya mamat tu dari luar kereta aku. Mula mula aku tanya pakai bahasa isyarat, sebab dia tak keluar kereta. Aku dah hangin dah. Sebab tak ada daya langsung dia nak keluar mintak maaf ke apa. Cekak pinggang, mata dah makin besar. Terasa urat urat di badan mengembang satu macam. Ala macam sapa tu, Hulk Hogan la aku rasa!
Last last dia keluar jugak asbab aku berdiri di tengah tengah lane, as if I won't budge an mm even.
Aku jerit, "Apesal kau langgar aku haaaa!!".
"Saya nak ke kanan tadi..."
"Aku tahu kau nak ke kanan, sebab tulah kau langgar aku! Aku tahu kau nak potong lane, dok cilok aku kan?!!"
Masa ni, tangan aku dah hilang arah tujuan. Tapi masih dalam keadaan penumbuk.
"Dah lah tu, kita bincang kat tepi je, masuk la dalam kereta!" Dia jerit dari jauh.
"Alah! Lambat lagi nak hijau...Meh sini aku tengok roadtax kau!"
So aku tengok masih hidup dan aku hafal pletnya. Takut dia lari. Sempat aku tengok bini dia yang mengandung duduk diam diam dalam kereta. Mungkin baru 4-5 bulan.
"Adik, amik kamera kaknaz dalam beg. Nak amik gambar ni."
Aku belok masuk ke simpang FRIM dan berhenti diikuti Kenari tadi. Mamat yang bawak tu, tinggi sikit dari aku. Hitam manis, kurus. Pelat Kelate.
"Apehal kau bawak bini mengandung pun nak memandu macam tu?!"
"Janganlah marah marah kak! Ni pun ok ni saya berhenti jugak, bukannya saya nak lari..." Ok. Aku dah sejuk sikit. Aku terus snap gambar kereta dia guna kamera fon. Dan yang selebihnya, guna kamera Pentax aku.
"Macammana cerita ni?"
Mamat tadi tengok kereta aku. I don't even bother tanya kereta dia, atau bini dia dah nak terbersalin asbab laki dia bawak macam orang hilang akal.
"Ha...nasib baik tak makan dalam, tak kemek. Alhamdulillah...ni polish je boleh hilang ni kak... Akak hantar polish lepas tu, panggil saya, saya bayar."
" Hmm...ok. Berapa nombor telefon awak ni?"
Dia bagi dan aku cuba dial nombor tu. Depan mata aku, fon tu bunyi.
"Awak nak pergi mana ni tergesa gesa?"
"Saya nak balik rumah kat Taman ***** je"
"Laa...saya duduk kat ________je awak kat lorong mana?"
"Lorong ______ dekat klinik tu."
"Hmm...dekatlah tu. Oklah, nanti saya tengok dulu macammana, lepas ni kita contact lagi lah."
"Ok."
ALHAMDULILLAH! SEGALA PUJI HANYA BAGI ALLAH
Jadi puaslah aku ambik gambar.
First time Piko mengalami kemalangan kereta camtu. Kasihan dia. Adrenaline rush aku masih di tahap lebih tinggi dari paras normal. Aku balik rumah, cakap pada Abah yang on the way nak ke surau. Mama suruh aku carik Ah Seng Gemuk. Tanya dia macam mana nak settle kereta ni.
Nasib baik rumah Ah Seng tu dekat bengkel dia. Dia kata, memang boleh polish je. Tak perlu ketuk dan cat balik sebab tak makan dalam dan tak kemek. Alhamdulillah. Baru terbit syukur di mulut aku. Alhamdulillah, baru tersedar aku, yang aku dan Piko tak apa apa. Masih selamat in one piece. Alhamdulillah, Ah Seng ada kat rumah dan boleh tengokkan kereta tu macam mana. Ah Seng kata, sebelah je boleh polish dalam RM100. Kalau full body RM200. Cat satu body RM400.
So lepas abah balik surau tu, kami keluar balik untuk lawat Aunty Zenon yang baru discharged dari DSH. Sambil lalu lorong rumah mamat yang bernama Fir itu. Bila dah pastikan itu rumah dia (siap tanya mak bapak dia, betulke Fir duduk situ, macam polis pulak!). Jadinya abah terus buat appointment nak jumpa dia hari Ahad, bincang elok elok. Sebabnya, mamat ni, kerja kontrak dan baru berhenti. Dah nak balik Pahang pulak. Seeloknya, abah nak Fir bayar dulu senang. Fir setuju dan terus bayar RM100 kat abah (sebab tu sebenarnya kereta abah) Alhamdulillah dah selesai semuanya.
Tapi kan, aku masih rasa lesu asbab kejadian ni. Malam tadi masa di Jasima, aku tak makan pun pizza dia yang sedap tu hatta karipap lazatnya. Aku hanya diam dan minum Milo Suam je. Mama dan abah puas suruh aku order apa apa. Tapi selera aku hilang. Nenek pun tak berjaya buat aku makan, aku cuma minum teh o di rumahnya.
Aku frust sebab aku gagal ujian kesabaran jalan raya aku. Aku frust sebab aku keluarkan tenaga yang melampau secara sia sia. Aku frust sebab bila aku nak solat, Allah tak izinkan lagi. Jadi aku lembik dan penat gila malam tadi. Masa tengok cerita Battousai tu, siap boleh tertidur di tengah jalan. Tenaga aku macam keluar terus dan susah nak fully recharge balik. Ya Allah. Ampunkan dosa dosa aku Ya Allah. Ampunkan juga dosa orang yang melanggar aku tu Ya Allah. Semoga dia dimurahkan rezeki dan dipenuhi hidayahMu. Semoga Kau permudahkan perjalanan Fir dan isterinya Ya Allah...
SELESAI SEMINGGU!
Aduhai.
Cepat benar seminggu aku kan?
Cuti pun tak macam cuti sebab banyak perkara berlaku yang memerlukan aku bertindak dalam keadaan remote dengan ofis di Kuching. Selalu kena bukak sistem dan email. Selalu dihubungi customers aku walau mereka tahu, aku sedang bercuti. Huwaaaa~@! Aku nak nangislah. Tak sempat jumpa ramai lagi sahabat dan kawan kawan!
Yang paling best ialah aku dapat jumpa family aku. The ones I miss the most! Alhamdulillah. Takkanlah, aku tak bersyukur lagi? Bukannya aku ni koma atas katil dan tak dapat melihat, merasa, menghidu, menyentuh, berjalan, berdiri dan berlari?
Alhamdulillah Ya Allah, kerana mengizinkan aku berjumpa dengan kedua orangtuaku, sekalipun pelbagai ujian dan cabaran Kau beri padaku dalam seminggu ini, Ya Allah. Alhamdulillah. Alhamdulillah syukur! Semoga Allah panjangkan umurku untuk aku kembali ke pangkuan famili aku. InsyaAllah...
Lepas ni, aku terus fly ke Btw dan KK. Doakan aku sihat walafiat dan sukses sepanjang Borneo Games aku diKK nanti, ok!
6 comments:
Lagi lagi muka ni jer lah yang mengomen...:p
Akak saya rasa akak marah2 tu bukan sebab ape..sebab akak lebih kepada terkejut ttg xciden tu..maklumlah kite ni pompuan cepat lemah semangat..Tapi alhamdullilah akak bukan berdepan dengan gengster jalanraya..still nice n dia pun dah bayar..
Lepas baca entry atas tu pun..baru saya tiba tiba teringat.yang akak dan si semek adik badik..hehe betul ke? dan baru saya teringat yang rumah akak dekatttttttttt jer dengan rumah saya:p
takpe naja, komen la pepanjang akak tak kisah pun lehhh...
tapi tulah instead jadik lemah semangat, akak jadi berkobar kobar pulak. Tapi dia kata ngan abah akak, akak pulak yg langgo dia. hmmm saba jelaaa..
semek? heheh...panggil je dia Effi. mmg adik badik. jap gi dia hantar gi epot. dekat ke umah kita? insyaAllah ada rezeki leh jumpa minum kat mamak kat selayang nun...
hahaha...kaknaz marah boleh kuar api macam naga woo...heheh
ala sket je tu langgar
gilo la ko marah!! hish. garang jugak ko neh ropanya@!~
dilot:
Yelah. memang dah nature naga kan? Nak buat camne?
gravtkills:
haah. tulah tak baloi kua tenaga HIten Mitsurugi. Penat buang tenaga je...wahuahuahuahu...
jiji:
hish. sikit je tu. masih belum keluarkan final attack lagi. masih ada simpanan tenaga terpendam. lalallala...
Post a Comment