Pages

Wednesday, April 02, 2008

+..Surviving A Nite..+

Last night was the first night I spent at my new bare apartment. Alhamdullilah mama already bought a simple single katil, its tilam murah and two pillows, a bed sheet set with its comforter and a simple wardrobe.

The verdict?

It was a cuak night for me as I just realized, the back grille (pantry area) can be easily opened as we overlooked the mangga's location. Huhuhuh....So I sought Allah's help banyak banyak. Yang kelakarnya, I just put a simple, bodoh alarm device di pintu dapur tu, just in case! Ya Allah...seremmm la jugak!

Mana taknya, pasang mp3 Al-Baqarah sampai ke pagi (pulak tu, lupa nak on kan switchnya! Sedar sedar senyap aje my lappie) sebab nak kasi tenang hati. Selain daripada baca sendiri dan doa sendiri sendiri lah kan? Padanlah si Rizam sibuk madah, kalau ada apa apa, telefon dia. Oh ye! Jiran aku si Rizam ni, merupakan office mate yang duduk di belakang blok rumah aku! Dia dan 2 orang lagi rakan dia. Jadi, kalau ada apa apa yang tak best, jerit je sepelaung. Orang kata boleh buat mesyuarat tingkap.

Early subuh morning (here the subuh time is 530am), I noticed the room's temperature was really cold, as if the air cond was being switched to 16 degrees. But hey! Mana ada air cond? Pasang kipas pun lajunya, satu. Bukan maksimum! Wahhh! Sejuk bangat! Tak tahan saya!

Pagi rasa macam malas nak mandi, sebab tak ada water heater. But I braced the cold regardless. So this morning while touring the town with Nelly (to know the area for my jobscope later), I was sneezing my nostrils out! Rasa nak tercabut hidung. Dahlah air cond di ofis macam pergi Beijing masa musim sejuk je cuacanya! Adoiii...Macam nak demam. Encik Abang sudah pesan, malam letak minyak panas di kaki sampai betis. Ya Allah. Syahdunya saya di ketika ini. Teringat mama, abah dan adik adik lagi. Jadinya tiap tiap hari saya telefon keluarga di Semenanjung sana, agar rindu dihati saya terubat. (Mesti orang yang duduk overseas lainnya, menyampah dengan saya, sebab saya masih dikira berada di Malaysia!)

My traveling time from my house to the office takes about 10 mins. 15 mins maximum due to traffic light "jam". So pagi tadi keluar rumah jam 745 am. The only minus point here is the coupon system for parking. Dah banyak dapat surat cinta kompaun sebab kat sini pakai sistem 30 minit, 30 minit. Lagi lama parking, lagi banyak kupon. Hmm...harus hujung bulan beli monthly pass. Tatahannn woo~@! Tapi tadi aku dah bayar kompaun 3 hari itu. Cuma RM10 saja. Tapi aku masih rasa tak best!

Makan?
So far makan pada aku best lah. Lucky I'm adventurous as well when it comes to food. Yang penting, Halal dan Toyyib! Aku sudah cuba Mee Kolok, Laksa Sarawak, Teh Tarik 3 layer (kadang letak gula apong!), ayam penyet yang lazat! Tak tahulah mana lagi bebudak opis nak bawak aku ronda ronda. Alahmdulillah asbab ada kereta, aku senang nak kenal jalan jalan di Kuching ni. I was amazed with the urban planning! Really!

Shopping?
So far, aku cuma shopping bebarang asas kat depan rumah aku tu. Oklah boleh dapat diskaun. Yang penting di sini, kamu orang kena ramah. Bila orang Kuching sukak, kitak senang buat kawan, tek! Aku cadang nak ke Selikin, tapi hujung minggu masih belum ada member boleh temankan. Takpe. Hujung minggu ni, aku nak kasi rumah cun cun. Kat sana, ada jual tikar Sarawak dan macam macam lagi, ala ala Rantau Panjang area. Menarik! Tapi ramai nasihatkan aku, jangan pergi sorang. Kang tak pasal, aku yang adventurous ini akan diculik Indon (sebab sempadan Kalimantan tuh!). Hehehe...macam tau tau je aku ni suka pergi sengsorang.

Malam ni, lepas Maghrib, nak cuba tengok The Spring. Orang kata, ala ala MidValley. Boleh pergi Parkson nak beli langsir and alas kaki. Ala si Rizam dok temankan, sebab dia pun bosan kat rumah sorang. Pada awak orang semua, Rizam HANYAlah seorang sahabat dan jiran yang baik pada saya. Lagipun dia sudah ada isteri dan anak (di Semenanjung). Tengah tunggu budak Haf tu balik dari KL, jadi best sikit ramai ramai. Tak adalah orang nak syak wasangka. Sini staff perempuan tak ramai. Tu yang haru tu! Budak Maz SDD (perempuan ni) pun dah balik KL, kalau tak aku pasti jadik geng baik dia.

InsyaAllah, dapat gaji baru nanti, aku nak sempurnakan rumah dengan water heater, TV dan Astro, mesin basuh manual dan mini peti ais. Juga tidak dilupakan tikar Sarawak idaman dan bean bags (atau kusyen giant tok melepak ala ala cool di ruamg tamu). Gaji terlebih boleh beli tilam queen tok mama dan baba atau sesiapa yang sudah berkahwin tu datang rumah serta kabinet simple di dapur. Juga, nak beli dapur dan periuk kuali untuk masak. Tak boleh lah asyik nak makan luar je! Padahal sini barang mentah murah bangat! Lagipun, kena asah skil masak macam Linaminami. Maklomlah, mana tahu, kot jumpa orang Melanau yang single, dia berkenan nak buat bini ke apa. At least aku dah ready lah. Wakakaka...berangannya!

Besok dan lusa aku akan berada di Miri untuk meeting dan teambuilding games. Kalau ada wifi ke apa, aku masuk internet lagi. Gembiranya rasa boleh berhubung dengan manusia di Semenanjung!

Nanti aku update lagi. Sebab dan Maghrib kat sini (jam 639pm). Aku nak balik mandi, solat and ngaji. Pastu nak jenjalan Spring. Will tell about it later~@!

Salaam peeps!

6 comments:

Obefiend Weiland said...

geli gak la rindu2 padahal kat kuching

gua kat londre dulu pun chill jek. hahaha. apa la kamu! i loled. hmm... seems like a nice place. at least ade tempat nak crash should Shannon ( hosmet aku- di a jantan btw)nak bawak aku ronggeng kuching ke apa. jajaja

apa lagi?

selamat enjoy kuching. tapi hamba sedih dengan satu perkara. wayang sana lembap. have fun la carik filme terkini

east43street said...

Baru beli apartment ke ni?? Congrats lah....

Anasfadilah said...

bukan la eaststreet....dia baru pindah keje kat kuching...kekeke

east43street said...

Aik..... pakai jurucakap ke?

Taichee~@! said...

Dear Obefiend and anasdila adek~@!

Wahahaha...so terharu for your comments here, and as my jurucakap. Well, its tough living 10 mins away from the office and without any real internet connections there. So here i am kat Starbux surf for *free* kunun. Padahal akukena beli Cafe Mocha dulu.

Anyho, east43street:
Hows New York? Lucky I'm not at your place ler. If not nanges tak berlagu aku jauh dari family and my encik Abang~@!

Taichee~@! said...

obefiend:

My house will be completed as my Fab Crib (my house's name) come end of this month (april). Will install astro, queen size bed and a lil cabinet for ayahbonda to come, water heater, aircond and Samsung 21" TV. I think if I'm dead bored, i will buy that PS3...wakkaka! NOT!!!

So, bila kitak mau datang umah kamek? Kamek pun boleh bawak kamu oghang jalan2 Kuching bah!

Huhuhu..aku menangis kerinduan dan kesorangan di sinih!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails