Aku terpana sekejap melihat keindahan neon bandaraya tempat kelahiran aku ni malam tadi dari Boeing 737. Cantik, sungguh cantik sampai mungkin KL ni merupakan penyumbang kepada kadar pemanasan global dunia sekarang. Well, itu cerita alam sekitar, cerita kegemaranku yang lain. Efisien sungguh Kak Nel untuk booking seat number aku di tepi tingkap. Selalunya aku duduk di aisle, sebab senang nak keluar cepat dan nak pergi lavatory.
Aku nak cerita tentang betapa gembiranya aku pulang ke pangkuan mama, abah dan adik adik di sini. Malam tadi, driver limo seorang India pun aku tunjukkan kegembiraan dan keterujaan aku. Mungkin dia pelik, why does this weird tudung clad malay lady talk to me as if I'm her long lost relative? Hahaha...ok. Tak kelakar. So, this is not Kuching where everybody treat everybody like relatives. Hokayyy...mari tukar topi KL pulak (change hat)
Lepas berbual dengan Encik Abangku yang best, dan bercakap sorang sorang akibat bateri fon yang kong (tak perasan sebab best sangat borak dengan buah hati), aku mengambil keputusan untuk beristighfar, berzikir dan bersalawat aje sepanjang perjalanan (asbab mamat driver tu bosan layan borak aku). Aku cukup bersyukur sebab mamat driver tu tak pasang lagu lagu yang membuat kepala aku pusing. Walkie talkie nya pun cukup untuk pendengaran telinga dia saja. Alhamdulillah. Aku letih dan mengantuk sangat, tapi aku takut kalau tertidur kang, macam mana? Hisk! Teruk betul pemikiran aku ni. Tak baik buruk sangka sesama manusia, cuma kita kena belajar berhati hati.
Sampai saja dirumah, perkara pertama yang aku buat ialah senyum sampai ke telinga dan memberi salam kepada kedua mama dan abahku. Huish baru 2 minggu, Chee...korang kata kan? Tapi bagi aku, 2 minggu tanpa keluarga tu umpama 2 bulan tau! Aku rindu sangat...penat mama ngan abah kena cium dek aku...serupa la ngan Taro dan Piko, peduli apa aku dorang dah tido ke apa...hehehehe. Kalau ada Dilot pun aku cium cium dia. Effi je aku tak cium sebab dia busy main PS2.
Lepas tu aku borak borak ngan mama, walupun nampak mama mengantuk, tapi mama sudi jugak dengar ngomelan aku. Abah pulak dah sambil dengar sambil baring dah. Kesian mereka aku buat camtu..
Malamnya, aku rasa aku nak hadiahkan seseorang dengan sesuatu yang jarang orang lain buat. Tapi takpelah memandangkan aku tak berduit sangat sekarang (sebab pindah Kuching banyak pakai duit wooo). Hari ni, 17 April merupakan hari ulangtahun kelahiran Encik Abangku. Aku dah niat nak buat khas untuk hadiah ulangtahun dia. Aku tanya dia nak apa? Dan jawapannya Al Kahfi. Takpe, aku tahu surah tu susah bagi aku sebab aku jugak yang jarang membacanya. Hehehe..tapi permintaan tuan punya penerima hadiah tahunan tu harus dihonour (ditambah perisa kasih dan sayang). Susah cemana dan terbelit cemana pun, yang penting, aku kena baca slow slow sampai habis dan niatkan untuk Encik Abang. Kalau Allah izinkan, sampailah.
Pagi dan petang tadi, aku terpaksa berhimpit ke tempat kerja dan balik naik LRT. Oklah, aku bawak buku sambil berdiri mengharap aku tak jatuh, sambil kek lapis Sarawak yang dipesan orang tu, aku letak dalam beg di atas lantai LRT. Jadi tak buang masa kan? Aku baca pasal indahnya dan nikmatnya menjadi Umat Rasullullah SAW, sampai aku rasa nak menangis, betapa rindu dan sayangnya Rasullulah pada kita semua ni. Tapi apa yang kita buat? Padahal kitalah umat terakhir yang akan berdiri paling kehadapan di akhirat kelak. Banyak fadhilat dan nikmatnya, lagipula, cabaran kita ni, kalau kita buat amal makruf dan nahi mungkar, panjangkan risalah Allah ke merata bumi ni, tanpa dapat melihat Rasulullah (tak macam zaman para sahabat dan tabiin), fuhhhh lagilahhhh Rasullullah amat rindukan kita. Siap boleh kenal kita dari nur yang terpancar dari jasad kita di akhirat kelak. Pulak tu, Allah bagi kita macam macam tawaran hebat dan diskaun untuk kita meningkatkan ketakwaan dan iman kita. Sampai terkesima aku dibuatnya. Apa yang aku dah buat selama 32 tahun ni? Ke mana aku pergi? Kenapa aku yang gila shopping ni, tak berebut rebut ambil tawaran sementara stok masih ada di dunia ini? (selagi aku masih belum dipanggil menghadap dan selagi pintu taubat masih terbuka). Huhuhu...tolak faktor faktor tu semua, tinggal berapa lama je lagi masa yang kita ada?
Masa lunch break selepas kursus tadi, aku lepak di surau tingkat bawah. Padanlah hati macam ditarik tarik aje, rupanya ada ceramah agama. Adoi dah rugi 30 minit. Jadi rezeki aku dengar tu, tak sampai 30 minit je sebab aku nak solat awal. Aku rasa macam bestnya duduk di Semenanjung (KL) ni, sebab benda benda camnilah! Susahnya aku nak carik kelas usrah dan kelas kelas agama (free pulak tu!) di Kuching. Mungkin juga sebab aku duduk di kawasan majoriti non muslim dan sebab masih tak hubungi Akh Saidi lagi.
Bestnya duduk di KL ni sebab tulah, fasiliti nak solat dan kemudahan Islamik tu sangat banyak. Teringat aku masa main badminton malam kelmarin, alang alang tak betulnya timing mereka jam 6 - 8 pm. Antara masa Maghrib - Isyak. Aku ni, punyalah kunun nak carik surau atau masjid di BDC. Macam dekat je bila si Haf dan Rizam cerita. Tapi tah mana mana aku pusing? Sampaikan berhenti tanya Shell dekat dekat tu, stesen petrol tu, memang takde surau macam di KL. Adoiii naik pening aku. Padahal masa tu lagi 30 minit je lagi nak Isyak. Rasa nak nangis jugaklah. Padahalnya aku tak ikut naluri aku yang bentang sejadah, tutup aurat, tak kisahlah kat mana pun, asalkan tempat tu bersih dan menghadap kiblat (kompas pun aku bawak sekali). So padanlah dengan muka degil aku. Last last jumpa sebuah masjid yang standard surau di Taman Ehsan. solat jelah ala masuk hutan tu, Memang nampak keimarahannya, sebab ustaz tu dok bagi tazkirah bahasa semenanjung, dan ramai pulak orang yang datang dengar sebelum Isyak tu. Malangnya aku tak dapat nak join lama sebab dah janji dengan adik Iqqy nak ambil dia di airport. Ok! BDC ada masjid dan ada tazkirah yang best. Checked!
So itulah benda yang aku rindu di KL ni, selain famili aku. Korang yang ada di KL ni patut bersyukur masjid dan surau berada di mana mana. Tinggal nak join je. Kekuatan umat Nabi akhir zaman ni, yang aku baca tu lagi terletak pada jemaahnya. So, janganlah solo solo...ibarat lidi lah kan...kalau sebatang senang nak dipatahkan, tapi cuba patahkan seberkas penyapu lidi, tengok senang ke susah? Macam tulah konsep Jemaah, konsep teamwork dalam Islam. Kalau kat Barat ni, banyak jargon dia, padahalnya konsep tu semua dalam Islam Addeen. Agama yang syumul dan sempurna, lengkap dah segala.
Adoiiii bilalah nak ramai orang Islam di Kuching ye? Dah ada tapi hmm...aku "tak nampak" ramai lagi...huhuhuhu....melainkan kat kawasan Masjid Jamek tu, dan sekitar kawasan Petra Jaya je. (alah! masa main badminton tu, ramai yang ngaku Islam dan pasang nasyid di opis, tapi kat mana dorang solat ek? Aduiiii)
2 comments:
Cupcakes. yea I miss u too.
salam
lama tak buka blog u ni..skali tkejut bangat u dah ada abg baru huah3 u go girl! semoga ada jodoh. amin.
p/s- en abg u tu takde kembar ke?
Post a Comment