Pages

Wednesday, April 30, 2008

+.. 1 MAY: SELAMAT HARI BEKERJA..+


[kesejukbekuan aku di opis ari ni, macam di Artik]


Mulai May 1 inilah makanya aku akan start mengerah tenaga dan otak untuk bekerja di opis baru ni. Selama ni? Well, aku in training, jadinya kena settle handover jobs dan belum apa apa, ada customer jumpa aku, bagi aku masalah masalah dia. Belum apa apa dah kena jerit sampai telinga aku pekak. Belum apa apa aku dah tahu masalah besar akan melanda aku jika aku tak betul2 closely monitor customers aku. Huhuhu...dah lah area meja aku ni jauh daripada manusia lainnya. Bayangkan ada 2 lubang air cond besar di atas kepala aku, lepas tu pulak hujan selebat lebat tidak. Kang mahu aku bawak winter glove aku kang haa...biar orang gelakkan asal aku tak terketar ketar. Nak solat pun meringkut ringkut kesejukan, asbab area opis aku sebelah sini, kurang orang. Surau pun tak meriah je nampaknya, takde jemaah pun. Semua solat sorang sorang kecuali jika ada meeting yang involve ramai orang.


Tadi tengahari aku nak cuba urut badan dek kakak tea lady di tingkat bawah. Adeh. Rusu aje urutannya. Macam tergesa gesa mengejar masa. Aku rindu urutan kak fitriah di opis lama. Tak puaslah kakak tealady ni urut...aku rasa kalau aku diberi peluang urut orang, mungkin lagi okey kot? Ala ala bersepah style urutannya. Takde flow. Tapi takpelah. Aku bersyukur jugak sebab akak ni sudi urut badan aku, walaupun dia penat menghidang air.


Di Fab Crib aku alhamdulillah. Semua fasiliti untuk rumah wanita bujang dah complete. Kecuali untuk tetamu yang sudah berkahwin cam adik aku Dilot dan Ayahbondaku. Nantilah slow slow. Aku ni suka barang yang BERKUALITI sahaja. Bukan nak pakai dalam jangka pendek, tapi aku fikir nak bawak pindah nanti, senang. Tak perlu beli baru. Jadinya, nak beli katil pun, aku fikir 14 ratus juta kali akan design katil tersebut. So far, aku berkenan dengan katil di Lorenzo dekat dengan rumah aku tu. Tapi harganya, hehehehe...nak dekat gaji aku sebulan wo. Belum masuk tilam lagi. Dari dulu lagi aku mengidam nak katil king size (best katil besar boleh letak bantal banyak banyak) yang rendah arasnya, tak tinggi cam katil aku yang sekarang. Bentuk moden tapi praktikal. Tak semak mata aku. Kalau ikut nafsu lah kan? Tapi kita tak boleh bertuankan nafsu. Kita yang kena jadi tuan nafsu, baru selamat hidup ni.

Sebab tu, semalam adik angkat aku dak Yati temankan aku gi area perabot dekat Waterfront. Aku beli kabinet gas aku, tempat letak pinggan dan almari letak barang kecik kecik aku for RM190 aje. Tapi dengan syarat aku angkut sendiri lah kan? Nasib baik ada Greenie and Dak Yati. Kami dok angkut sendirian berhad je. Itu yang agaknya berlari lari anak urat belikat aku ni. Huhuhu...

Alhamdulillah. Aku Ok je ni. Sebabnya, aku dah pun mulai join 2 grup usrah di Matang dan Petrajaya. Satu di surau Matang, ada ustazah dari JAKIM Sarawak conduct dan satu lagi di rumah rumah orang (rotational basis) yang dihadiri mostly oleh cikgu cikgu agama dari Semenanjung. Yang pertama, kelas ngaji Quran dan lain lain hal, sambil belajar kelakar Sawak. Mun aku sik faham apa yang ustazah madah, macammana nak belajar tek? Aku rasa terharu sangat sebab Allah tunjukkan dan permudahkan urusan aku untuk belajar lagi mengenal Allah dan Rasullulah di tanah asing ni. Ada pulak saudara saudara Semenanjung yang makes me feel at home, ada dari Kelantan, Kedah dan aku sendiri (yang lain lain aku belum jumpa lagi). Rasa semangat ukhuwwah tu makin rapat dan berkembang risalah Allah dan sunnah Rasullullah. Apa aku tahu, aku boleh bertukar2 pendapat dengan diorang (aku diminta huraikan Sains dari Al-Quran).

Huhuhu berat tanggungjawab tu, bukan senang nak jadi naqibah. Salah sampaikan ilmu kang senget aku kang, ditanya dek Allah kenapa aku sampaikan ilmu tak betul. Kena buat banyak banyak homework lepas ni. Aku heret dak Yati join aku, nasib baik dia nak pegi ikhlas. Walaupun tiada paksaan dalam agama, tapi kita kena sentiasa ingat mengingati, ajak mengajaki (ada ke ayat ni ek). Apa apahal, niat di hati sebenarnya nak betulkan diri sendiri dulu, bukan nak tunjuk yang kita tahu tentang ilmu tu. Takut jadi riak dan takabbur. Takut apa yang kita sampaikan tu, Allah tanya apa niat kita sebenarnya, cemana cara kita? Bil Hikmah kah? Perlikah? Macam aku berblog ni, sebenarnya nak ingatkan diri aku sendiri tu lebih. Sebab fitrah manusia ni pelupa nya Masya Allah.

Lepas ni, insyaAllah aku akan busy sangat sangat. Aku tak tahu bolehkah aku cope dengan tanggungjawab dan cabaran yang sangat sangat besar di organisasi baruku ini. Apa apa pun, aku sentiasa mohon pertolongan dan petunjuk dari ALlah, sebab aku tahu, aku tak mampu buat apa pun tanpa pertolongan dariNya. Aku ni sangat sangat lemah.

Sempena Hari Pekerja Besok, 1 Mei 2008, aku nak ucapkan kepada semua: SELAMAT BEKERJA DENGAN MENCARI REDHA ALLAH sama sama. InsyaAllah, aku akan improve apa apa yang patut. BERUSAHA!

Nota kaki:

Besok aku akan berangkat ke Sibu pulak, nak tengok site. Dari Sibu aku akan ke Tanjung Manis naik bot laju yang tak tentu ada life jacket. Tolong doakan aku selamat ye!

4 comments:

Nonchalantly anxious said...

Assalamualaikum Chee,

Semoga kau baik-baik saja di perantausan sana. Sudah lama tidak bersua, di alam maya, dan juga virtual.

Aku mahu ucap tahniah sekali lagi atas jawatan yg baru, kau nampak gembira, itu sudah baik.

Gembira aku membaca blogmu, seakan kau sudah benar-benar menyesuaikan diri di sana.. Semoga rezeki sentiasa murah buatmu, dan kau bahagia selalu.

Salam sayang ,
Aida

Nonchalantly anxious said...

Ooopss..lupa nak puji... office kau sangat cantik dan cozy. Good ambience it seems! Good luck Chee!

Taichee~@! said...

Aida!

looks weird when you speak perfect Malay to me. Heheh..tetiba cam terharu pula.

thanks for your kind words. my opis tu normal jak. takde apa apa yg cantik pun. Sejuk bangat cam peti ais. Will put a big fat flower arrangement here. To mark my territory huhuhu...

thanks again..

love you too!

Nonchalantly anxious said...

Oh Chee,


Aku juga sejuk hati, sesejuk air batu tatkala membaca blogmu.
Dari pengamatan aku ini, kau nampak bahagia dan tenang sekali di sana. Selamat berjaya aku ucapkan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails