Wah! Dah lama juga aku tak masukkan entry susulan ULTRA. Maklum aku sibuk menguruskan diri sendiri untuk masa hadapan yang lebih cerah mencari Redha Allah (hijrah, insyaAllah). Ini adalah entry yang dijanjikan kepada anda semua. Lepas entry ni, aku akan
Sebenarnya aku cuba mengelak daripada menggunakan perkataan RACISM atau perkauman. Sebab perkataan ini bunyinya negatif lagi penuh dengan DISKRIMINASI. Jadinya aku guna perkataan ULTRA atau bahasa kampungnya, TOTOK.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Okay.
Mari balik ke dunia ULTRA pada tahun 2008.
Tak perlulah aku ulangi senario politik semasa yang menjadi race-centric itu. Di
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Senangnya menjentik api kemarahan rakyat dengan menjadikan "kaum" sebagai agenda perjuangan. Sempitnya pemikiran dan skop perjuangan. Pulak tu, media
Hmm..tapi itu cuma berlaku pada segelintir rakyat yang masih kurang faham, tidak kiralah pada Melayu, Cina atau
Teringat aku tentang temuramah dengan mantan PM, Tun M mengenai isu Hak Hak Istimewa Orang Melayu pada 17 Januari 2002 di dalam The Star.
“Yang kedua, saya anggap hak istimewa
orang Melayu adalah satu tongkat. Dan kalau
kita selalu guna tongkat, sampai bila pun
kita tempang.”
Artikel berikut adalah yang asli daripada akhbar The Star. Aku tidak akan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
THE Prime Minister is at his wits’ end about dealing with Malays who will “not let go of their crutches” and those who continue to ask for government subsidies to compete with other races.
On whether recent events point to a gradual erosion of the Malays’ special rights, Dr Mahathir said he did not think so but such rights should not be regarded as crutches.
“If we can be rich, can buy property now owned by the Chinese and others, can be smarter than the Chinese, what then would be the use of the special Malay privileges?
Dr Mahathir said while there had been improvements within the party and among the Malays, negative elements had crept in and caused targets of the New Economic Policy to go astray and attitudes as well as values among the community to dwindle.
He said while the target was for the Malays to control 30% of the national economy, for a while it touched 20% but was now hovering at about 19% only.
Of this percentage, he said 17% involved bumiputra institutions managed by the Government while the other 2% was the actual portion controlled by bumiputra entrepreneurs.
“Not that we have not given them anything. If we are to take into account what we have given to the bumiputras, it would exceed 30%. However, most had been sold back. That is why we cannot meet our target.
“Our people (the Malays) wants quick money. Selling would reap quick profits. To save means not to enjoy (the benefits),” he said.
The Umno president said he had failed, as head of the party, to bring about a change in the Malay attitude.
“Umno, too, sometimes become spoilt because too many people are grabbing positions.’’
http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2002/6/17/nation/mahacrutch&sec=nation Adalagi satu artikel yang ditulis oleh seorang Bumiputera When will Malays stand on their own feet?
Oct 12,
A leader in Bolehland once said: ‘The Malays should stop sending memorandum after memorandum to the government asking for aid and other things for themselves’. He even courageously opined: ‘Such an approach is no longer suitable because the time has come for them to stand on their own feet’.
He echoed loudly the question of many, especially that of the non-Malays: How much longer must the Malays depend on the government and the privileges accorded to them? How much longer must they remain mediocre?
That brave voice was none other than the then prime minister Dr Mahathir Mohamad. He was delivering a speech at the ‘Reaffirming the Idealism of Undergraduates in the New Millennium’ symposium at Dewan Perdanasiswa, Universiti Malaya in 2001 (the 30th anniversary of the NEP).
Speaking to the predominantly Malay crowd, Dr M continued: ‘How do you view the beggars on the street and then ask yourself what is the difference between their circumstances and yours? The government has done so much to elevate the position of the Malays, be it in business or education so that their achievement would be on par with the races, yet these efforts are never enough.
‘If the Malays could compete on the same level with other races there would no longer be a need for them to restrict themselves to the quota for everything. Must we lower the eligibility standard to the point where even useless students can go to the university just so that we can fill up the 55% bumiputra quota in the local public universities? ‘If so, we must remember that some of the students who go to the university in this manner will some day become doctors and engineers. How can we entrust our life to such doctors or what will be the quality of our infrastructures if they are built by such engineers? It would be much easier to tackle the problem affecting the Malays if they are proven stupid because all that is required would be to encourage them to study harder.
‘However, the underlying reason is much more difficult to address because it is caused by negative attitude and their reluctance to work hard.’ (As reported by The Star,
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Okay. Kepada anda yang berbangsa Melayu seperti aku ni, anda semua panas telinga dan matakah?
Maaf, aku cuma mahu bercakap dari perspektif dan kepada orang Melayu untuk Melayu. Sebab aku orang Melayu jugak.
Mari kita semak apa itu Hak Hak Istimewa Orang Melayu?
Setiap orang di Tanah Melayu mempunyai hak-hak dan kewajipan yang sama, namun, rakyat yang berketurunan Melayu mempunyai hak yang istimewa berbanding bangsa lain di Tanah Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu ini bukan merupakan peraturan baru, malahan hak-hak ini telah tercatat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, dan perjanjian-perjanjian ini telahpun diamalkan di negeri-negeri Melayu yang tidak bersekutu sebelum perang lagi.
(b) Kuota yang diutamakan bagi kemasukan ke dalam perkhidmatan-perkhidmatan Kerajaan. Dalam Perkhidmatan Awam Melayu, empat perlima akan terdiri daripada orang-orang Melayu, dan tiga perempat dalam perkhidmatan-perkhidmatan
lain.
(c) Kuota yang diutamakan bagi lesen-lesen untuk menjalankan perniagaan tertentu.
(d) Islam menjadi Agama Negara.
(e) Bahasa Melayu akan menjadi Bahasa Kebangsaan tetapi untuk 10 tahun yang pertama, bahasa Inggeris akan terus digunakan sebagai bahasa rasmi.
Hak-hak istimewa orang Melayu adalah dibawah perlindungan Yang di-Pertuan Agung. Yang di-Pertuan Agung hendaklah mendengar nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri, dan segala perubahan baru berdasar hak-hak istimewa orang Melayu adalah berdasarkan persetujuan Raja-raja Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu di negeri-negeri Melayu adalah terjamin selain daripada hak-hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.
Hasilnya, dalam bulan Mac 1956, satu Suruhanjaya Perlembagaan yang dipengerusikan oleh Lord Reid telah ditubuhkan. Suruhanjaya ini dibuat dengan mengambil kira dan menjamin kedudukan serta martabat semua sultan sebagai pemerintah berperlembagaan di negeri masing-masing. Suruhanjaya ini juga diminta menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan hak-hak yang sah kaum-kaum lain. Dalam masa setahun dari tarikh pembentukannya, Suruhanjaya ini telah berjaya merangka sebuah perlembagaan bagi Tanah Melayu berdasarkan tinjauan dan memorandum yang dike mukakan oleh pelbagai pihak sama ada dari parti politik, pertubuhan dan orang perseorangan.
Memorandum yang dikemukakan juga merupakan memorandum yang bersifat tolak ansur. UMNO telah bersetuju menerima prinsip jus soli iaitu pemberian kewarganegaraan bagi mereka yang dilahirkan selepas kemerdekaan dan bersetuju supaya kelayakan-kelayakan yang lebih longgar diberikan kepada orang bukan Melayu yang dilahirkan sebelum merdeka. MCA dan MIC telah bersetuju untuk menerima kedudukan istimewa orang Melayu dan Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi.( Simandjuntak 1969)
NOTA:Jus soli (Latin for "right of the soil" or, somewhat figuratively, "right of the territory"), or birthright citizenship, is a right by which nationality or citizenship can be recognised to any individual born in the territory of the related state.
Untuk Hak Hak Istimewa Orang Melayu ini, Arwah Tun Dr Ismail pernah menyatakan pandangannya sebelum pra-merdeka lagi:-
Giving the Malays a handicap if they were to compete on equal terms with the other races.
Arwah Tun Dr Ismail pernah menyatakan akan berlaku pada satu masa akan datang (sekarang pun dah kita overdue) satu kontroversi yang melibatkan jangkamasa kedudukan Hak Hak Istimewa Melayu ini – Perlu ada Had Masa, atau dibuat secara KEKAL?
Tun Dr Ismail mencadangkan agar soalan itu ditinggalkan utk orang Melayu sendiri kerana beliau merasakan akan lebih banyak Melayu terpelajar dn memperolehi keyakinan diri yang tinggi. Mereka (orang orang Melayu) sajalah yang akan membubarkan hak hak istimewa ini memandangkan kedudukan isitimewa ini semacam suatu ejekan ke atas keupayaan org Melayu. Ia boleh diterima pakai (pada masa Parti Perikatan) disebabkan cara sementara yang perlu untuk memastikan kemandirian Melayu di dalam dunia moden yang sangat kompetitif, satu dunia yang hanya didedahkan kepada penduduk bandar (iaitu kaum CIna dan India dan anak anak Raja dan bangsawan sahaja)
SOURCE: Tun Dr Ismail (The reluctant Politician – Ooi Kee Beng)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pada aku yang sudah bergaul dengan pelbagai kaum di Malaysia termasuklah Sabah dan Sarawak, serta yang Cina dan India, aku merasakan bahawa Hak Hak Istimewa Melayu ini sebenarnya sudah hampir terpupus (atau memang dah tak ada pun pada majoritas Melayu, cuma pada kroni je yang ada). Kenapa?
1. Tanah Rizab Melayu pun banyak dah terjual dan terampas
2. Kuota lesen perniagaan pun hanya diberi pada kroni pemerintah tau ahli UMNO yang terpilih
3. Agama rasmi, Islam pun sekarang mengikut had tafsir manusia. Islam pada kad pengenalan tetapi TIDAK di dalam hati dan akal, malah susah mahu dilihat pada amalannya.
4. Bahasa Malaysia pun seperti diperkotak katikkan saja.
5. Yang ini aku sendiri tambah. Apalah yang ada pada Melayu dan sifat "Ketuanan Melayu" itu jika Agong dan Sultan itu sendiri dilawan secara terang terangan, keluar pulak First Page sok khabar cop Barisan Nasional? Macam perlakuan biadap dan seperti meminta "tulah". Kalau kita marah DAP pasal pernyataan Uncle Lim (sebab dia Cina), habis, ni yang mengaku melayu di Perlis dan Terengganu dan di Putrajaya tu bagaimana pula? Tidakkah biadap sungguh namanya? Aku tak mahu cakap siapa punya pernyataan, ye! Sendiri mau ingat la kata orang.
Jadi, aku mahu tanya, apakah RELEVAN lagi, hak hak istimewa Melayu yang diperjuangkan oleh UMNO itu? Sedangkan UMNO sendiri yang me'murtadkan' hak Melayu dan memperlekehkan Agong dan Sultan Melayu. Aku tak faham kalau mereka masih berdegar degar dok perjuangkan MELAYU. Apakah Melayu pada tafsir mereka? Jadi, masih relevankah UMNO dan parti perkauman lainnya?
Yok ramai ramai kita muliakan Al-Quran dan As-sunnah sebagai pegangan mencari Redha Allah semata, tak kisahlah nak mentadbir negara ke, nak bekerja mencari rezeki ke, nak carik jodoh ke hatta nak bela kucing sekalipun. Bukan lagi redha kroni ke apa...isk isk isk (geleng kepala). Lagipun, RasulLullah SAW sendiri kan dah Allah dah letak sebagai benchmark pada umat manusia masa hadapan (kita lah ni) tentang keperibadian, akhlak, cara fikir dan cara tadbir Baginda memimpin Madinah. Ambil je contoh Piagam Madinah tu, sempurna pentadbiran untuk SEMUA kaum yang berbilang bangsa dan agama.
Tak perlu pergi jauh lah. Meh kita tengok dan alami sendiri Kelantan di bawah pimpinan Tuan Guru Nik Aziz, jangan kata Melayu, yang Cina, yang India dan yang Siam pun siap tabik spring kat beliau. Sungguh disegani dan dihormati, mereka ni sanggup pertahankan maruah dan keselamatan Tuan Guru tau...tak perlu bagi duit upah SB pun.
Jadi, wahai PM:
KENAPA SAMPAI JADI BEGINI..........
DI MANA :
- Kepercayaan kepada Tuhan
- Kesetiaan kepada Raja dan Negara
- Keluhuran Perlembagaan
- Kedaulatan Undang-Undang
- Kesopanan dan Kesusilaan
3 comments:
Chee....
Mau lari kemana nih???
13May:
Lari merentas Laut China Selatan je la. Apalahko komen tak kena mengena ngan entry ku..hehehe
Chee.... a very good entry. Harap ramai yang terbukak mata. Sebab ramai yang dah terkeluar dari landasan.
Post a Comment