Hidup kita ini bukannya satu kebetulan. Segala gelombang tsunami politik yang terjadi pada PRU2008 ini adalah natijah, kesan sejarah dan gelombang yang sudah bermula sejak zaman penjajahan British lagi, membawa kepada mercu Kemerdekaan, pembentukan Negara, ketepuan politik perkauman dan isu pembangunan, dan akhirnya membawa kepada satu Revolusi Minda atau anjakan paradigma politik semua bangsa di Malaysia. Revolusi minda inilah yang bakal membawa Negara ke peringkat yang lebih maju dari segi budaya, pemikiran dan sikap seperti Negara Negara maju lainnya. Syabas rakyat
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ultramankah?
Tak. Tak. Bukan cerita Ultraman, hero fiksyen Jepun yang suka fire raksasa sejak aku masih hingusan sampai sekarang masih ada lagi (cerita Ultaman itu).
Ini Ultra Perkauman. Aku fikir dari pembacaan dan pemahaman aku adalah akibat kebobrokan Parti Perikatan (Barisan Nasional) itu sendiri pada masa pra-merdeka. Kerana parti perkauman lah momentum sikap ultra dan dengki mendengki antara kaum di
Gambar 1: Kedatangan Penjajahan Portugis di Melaka
Sebelum itu, kedatangan British ditentang oleh pejuang dan pahlawan Tanah Melayu kerana dasar penaklukan Penjajahan British itu sendiri. Mereka datang kerana
1) ingin MERAMPOK dan mengeksploit hasil bumi Tanah Melayu,
2) pelaksanaan pentadbiran British terhadap masyarakat tempatan,
3) menyusahkan penduduk,
4) hilangnya kuasa dan pengaruh Pembesar pembesar Melayu serta
5) campurtangan British dalam adat resam Melayu yang membangkitkan perasaan amarah.
Disebabkan perkara perkara inilah, gelombang kebangkitan menentang kezaliman dan gila kuasa British bermula.
Sejarah mengajar dan mengingatkan kita agar dijadikan pengajaran. Nampaknya kali ni, sejarah penjajahan Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun berulang semula dalam bentuk penjajahan moden BN. Tak keterlaluan kalau aku katakan, tindakan Rakyat menentang Bekas Kerajaan 2/3 BN pada 8 Mac 2008 adalah atas faktor faktor ulangan sejak sebelum Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu lagi. Gelombang ini akan sentiasa ada seumpama tenaga yang tidak akan terhapus (konsep Tenaga Fizik), sama ada kuat atau lemahnya gelombang rakyat ini adalah sebagai respons betapa gila dan mabuk kuasanya sesuatu kerajaan/ pemerintah (yang lupa akan rakyatnya!). Cuma anda perlu ubah faktor faktor peta konsep penentangan terhadap PENJAJAH dahulu kepada kaedah moden zaman sekarang - dengan berlatarbelakangkan Teknologi Informasi dan Maklumat seperti blog, youtube, emel dan pesanan khidmat ringkas. Pada dasarnya, faktor penentangan ini merupakan faktor sama yang membangkitkan amarah rakyat tidak mengira kaum dan agama di Malaysia kini dengan penentangan penduduk tempatan sebelum Perang Dunia Kedua sebenarnya! Itu yang mengilhamkan aku untuk menulis blog ini. Kita lupa mahu semak sejarah sebenarnya...
Perjuangan PAHLAWAN dan PEJUANG TEMPATAN MENENTANG BRITISH
Dasar penjajahan British yang menggalakkan sesiapa sahaja datang untuk melabur, berdagang, bekerja dan menetap di Tanah Melayu menyebabkan peningkatan jumlah imigran di Tanah Melayu dan menimbulkan persaingan kepada orang Melayu di kampung kampung. Mereka (imigran) menguasai ekonomi Tanah Melayu dalam bidang perlombongan bijih timah, perladangan getah dan perniagaan. Orang Melayu yang berpendidikan bukan Inggeris (ada juga yang bersekolah pondok) kekal dengan pertanian padi yang sengaja tidak dimajukan British. Yang berduit sedikit, dihantar belajar mendalami ilmu agama di Timur Tengah. Mereka inilah Golongan Islah (Reformis) atau tajdid (beserta ijtihad) sebaik kembali dari Timur Tengah hasil pengaruh Jamaluddin al-Afghani (1838M-1897M), Sheikh Muhammad Abduh (1849M-1905M) dan Rasyid Redha (1865M-1935M). InsyaAllah, ada masa aku blog pulak pasal kebangkitan Kaum Muda ini dalam mencorak (atau bantu mencorak) lanskap politik
Orang Melayu tetap tinggal di kampung dengan segala kekurangan berbanding dengan kemajuan ekonomi di bandar baru. Bandar baru ini wujud sebagai pusat pentadbiran British dengan kewujudan prasarana seperti elektrik, pos, telefon, sekolah, hospital dan lain lain. Diskriminasi British terhadap orang Melayu (yang bersekolah Melayu dan duduk terbiar di kampung) ini memundurkan lagi orang Melayu kerana menjarakkan jurang taraf hidup antara orang Melayu dengan imigran
Gambar 2: Kependudukan Jepun yang Kejam
Jurang perkauman lebih hebat setelah kependudukan Jepun di Tanah Melayu yang mengajak orang tempatan (Melayu) bekerjasama dengan mereka bagi Kawasan Kesemakmuran Asia – moto kependudukan Jepun pada masa itu. Oleh kerana perasaan dan semangat untuk menghalau British daripada Tanah Melayu itu sangat menebal (akibat mungkin berdasarkan faktor diskriminasi British pada orang Melayu), maka Ibrahim Yaacob bersepakat dengan Jepun pada tahun 1940 di bawah Kesatuan Melayu Muda. Begitu juga dengan Ahmad Boestamam yang menubuhkan Barisan Pemuda untuk menyatukan pemuda pemuda Melayu untuk menentang British. Tidak ada neutrality semasa Jepun menjajah Negara pada tahun itu.
Malah, kesedaran semangat kebangsaan Tanah Melayu pada 1941 sehingga 1945 adalah disebabkan dasar pemerintahan ketenteraan Jepun yang menyekat kebebasan bersuara ke atas penduduk Tanah Melayu, tidak mengira kaum di Tanah Melayu. Jepun hanya memberikan kebebasan kepada pertubuhan yang menyokongnya. Akibat tekanan kejam dan zalim Jepun, kekurangan makanan dan ubat ubatan, maka sebahagian besar penduduk Tanah Melayu membenci segala bentuk penjajahan sama ada daripada kuasa barat ataupun timur. Kerana itulah Malayan Union ditentang pada 1946 oleh orang orang Melayu.
Gambar 3: Penentangan Terhadap Malayan Union oleh Kaum Melayu
Pada masa sama, gerakan komunis melalui Parti Komunis Malaya di bawah Malayan People’s Anti Japanese Army ditubuhkan pada tahun 1945 untuk menangkap dan membunuh sesiapa sahaja yang dianggap penyokong Jepun dan melancarkan perang gerila terhadap Jepun dengan pemberian bekalan senjata, kewangan, latihan dan sebagainya oleh Pihak British. Licik bukan bangsa penjajah ini?
Kalau nak baca sedikit sebanyak cerita sejarah kemerdekaan Tanah Melayu dan Kemerdekaan (separa- tapi minda masih dijajah British) sila Klik Sini. Sejarah lainnya, sila cari sendiri di dalam buku, ahli akademik dan bahan bacaan lainnya.
[Bersambung...sebab dari jam 330pm lagi aku cuba nukilkan idea aku ke dalam bentuk penulisan. Payah sebenarnya! Lagipun esok aku akan memulakan kehidupan baru di organisasi baru, dan aku masih belum menggosok baju kerja lagi!]
6 comments:
ya? ada pa panggey saya? hehe
sebagai orang syarikat "ehem" saya cadangkan anda kurangkan retorik sebegini
sama ada anda suka atau tidak bila bekerja dengan syarikat sedemikian kenalah be more tactful. jangan show your cards to the prying eyes sangat. trust me. this is the only piece of advice that i may give you
as for the entry itself
TLDR..
but it can be summarised in one word
" we are malaysian. as malaysian we are supposed to have the same rights as our brothers and sisters. regardless of colour, religion or body stench"
thats is a good summary i think. without having to resort to history that most people would classify as "orientalist" or "rewritten"
sekian
have a good day in the office. enjoy the new enviro. i heard the view is beautiful from up there
Kepada Encek Taro:
Bila? Ada panggey kah? Tapitak ingat pulak! Telefon anda baru beberapa minit yg lalu saya dail, tapi tidak diangkat.
Kepada Encek Obefiend:
Tp kat dalam syarikat ehem itu sendiri sudah ribut taufan dan aku tahu ke mana hala tuju kapalnya. *wink*.
Kalau ada sekatan minda sebegini, bagaimana rakyat mahu maju setanding dengan negara negara maju lainnya? Aku tidak mahu diklasifikasikan sebagai jumud pemikiran. We work as professionals. You keep your views and opinions, I keep mine. Anyho, I'm not criticizing anyone.
I'm giving my views on how the past connects to the NOW. Tsunami Politik Malaysia tidak berlaku tiba-tiba. Gelombang kecil tsunami itu sebenarnya sudah lama ada, cuma tidak sekuat 8 Mac 2008. Peta Konsep Penentangan Rakyat ini masih tidak lari daripada konsep penentangan sebelum Perang Dunia Kedua, cuma sekarang ia jauh lebih kompleks dan lebih mendalam.
Sejarah itu SANGAT PENTING.Jangan cuba tuduh ia bersifat orientalist atau re-written. Aku punya sumber bukan dari satu sumber yang sama. Even Buku Sejarah Tingkatan 5 itu terlalu dangkal dan cetek garapan sejarahnya, takut berbaur perkauman. Tapi itulah sejarah, apa yang benar kita selongkar.Ia pasti ada. Sama ada kita mahu cari ilmu atau tidak saja.
Kerana sejarah penjajahan lah yang menjadikan kita sekarang. Yang Melayu Ultra, yang Melayu moderat, yang Cina Ultra, ada juga Cina Moderat, ada juga India yang Ultra dan Moderat. Ini semua tergantung kepada pemahaman, pendidikan dan cara hidup mereka. Aku tak salahkan rakyat jika mereka masih buta, pekak dan bisu. Sebahagian apa yang terjadi sekarang adalah atas dasar politik kepartian, dasar sebagainya yang sudah obsolete dah tidak boleh digunapakai.
Tengok saja Piagam Madinah yang cantik itu. Dibuat untuk merangkumi pembinaan Negarabangsa bagi Kaum Yahudi, Nasrani dan Islam itu sendiri.
Ini baru Part 1 kawan...
Aku masih belum simpulkan, bagaimana mungkin kau simpulkan tanpa fakta yang kukuh? Nanti ada masa aku sambung dan simpulkan blog aku sendiri.
My view is from the 33rd floor. But i was away from the window. sigh!
my fav is ultraman bertanduk. what is his name eh?
Dear gravtkills:
Tomen Kobau agaknya. LOL
I haven't keep track on remembering their names except Ultraman Taro (just so happen cos, my sis' nick - Taro...hehehe)
errrr....mcm cikgu sejarah plak :D
pheewwiitt!!! pheewwiitt!!! hehhe
Post a Comment