[Background Music: Satu Perjuangan]
Ni cara penghijrahan dulu dulu. Contoh aje!
Salaam kengkawan!
Mungkin sudah ramai maklum akan penghijrahanku ke sebuah negeri yang jauh, yang tidak dapat diakses oleh perjalanan melalui automobil. terpaksa naik kapal terbang jet selama 1 jam 50 minit lamanya. Aku telah pun melapor diri di organisasi baru yang mencabar keupayaan maksimum aku, tapi itu cuma attachment di KL office. Waiting to be tapped to its maximum potentials. Itulah yang aku rasa. InsyaAllah...
A Journey Begins with a Small Step!
Sudah dua minggu kehidupan baru di organisasi baru bermula. Aku sungguh kagum dengan perjalanan cara kerja mereka. Dalam dua minggu ini, banyak yang aku pelajari. I was given the best people to teach me on things that I should know prior to survive and excel in the new organisation. Alhamdulillah, asbab Allah beri rezeki aku berjumpa dengan all these people, aku dapat memahami apa tugas, fungsi dan skop kerjaku dengan lebih menyeluruh. Alhamdulillah. Syukur kepada Rabbku yang Maha Kaya, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang! Aku juga diberikan tugas untuk menjadi ahli kumpulan di kawasan yang menjadi role model di jabatan aku ini. Alhamdulillah lagi. Banyak juga bos bos yang aku jumpa memberikan kata kata nasihat, perangsang dan thinker yang berguna untuk aku maju bersama sama team members yang lainnya. Mereka semuanya high flyers. InsyaAllah aku akan cuba benchmark diri aku yang sangat lemah dan kurang ilmu dan pengalaman ini dengan mereka yang lebih baik di sana.
Tekanan itu memang ada tapi aku pohon pada Allah Taala supaya Dia tunjukkan jalan terbaik, teguhkan iman, pelihara aku daripada membuat dosa, maksiat, kejahatan dan kezaliman sepanjang aku di bumi yang asing bagi aku. Aku mohon lagi agar Allah yang Maha Kaya itu cukupkan rezekiku setiap bulan dan dijauhkan daripada membuat hutang. Aku pohon lagi supaya aku ditemukan dengan orang orang yang soleh dan solehah untuk aku tambah lagi ilmu aku yang sangat mikroskopik ini. Lagipun, aku tidak mahu sunyi. Sunyi itu bahaya pada aku. I may be alone, but I don't want to be lonely, InsyaAllah.
Perasaan aku bercampur campur macam indeks bursa saham. Ada yang teruja, ada yang cuak dan ada juga yang sedih. Sedih sebab aku akan tinggalkan orang orang yang aku sayang di sini, mama, baba, piko (sebab satu rumah kan), Dilot & Family, Taro & Obeif, aku tinggalkan sahabat sahabat yang selalu membantu aku dan menyayangi aku seadanya, Sutun dan Vidz, D3katians, sahabat sahabat ofis lama yang cukup rapat dan baik, Aman, Alin dan Pojan, sahabat sahabat yang aku selalu liaise untuk PCIT, sahabat sahabat amnet dan blog aku (you know who you are!), sahabat sahabat di pejabat organisasi baru di PETT, dan tak lupa, seorang yang sangat istimewa di hati aku sekarang.
Kalau ditanya adakah aku akan merindui KL? Tak. Sedikit pun aku tak akan rindukan segala kompleks beli belah, aku takkan rindu traffic jam di setiap pagi dan petang, aku takkan rindu membayar duit tol, aku takkan rindu berebut rebut dan berhimpit naik LRT, aku takkan rindu berjalan laju dan tergesa gesa, aku takkan rindu perangai kiasu manusia. Apa yang aku rindu adalah apa yang aku telah sebutkan tadi. Orang yang aku sayang. InsyaAllah, setiap kali aku rindu pada kalian semua, aku takkan lupa panjatkan doa. InsyaAllah.
Oh! Syahdunya hati aku ni.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
All my bags are packed!
Jam 2 pagi tadi, aku bangun tidur semata mata nak berkemas. Ada aku sediakan checklistnya. Dari Obit (Ye, aku akan bawak Obit), barang kerja, sports & hobbies, casual stuff, electronics gadgets, memorabilia, toiletries, hinggalah ke akhirat stuff (solat & ngaji stuff). Semua aku detailkan takut tertinggal.
Kenapa jam 2 pagi?
1. Aku telah procrastinate maksimum, sebab aku runsing mana nak tinggal di tempat baru, lodging dan segalanya aku kena clearkan dulu di ofis KL. Aku juga runsing apa mahu dibawa.
2. Aku "jumpa" seseorang dulu di alammaya
3. Lepas tu, aku ngantuk, jadi aku tidur dulu
4. Alhamdulillah, my parents want to help bring my stuff ke sana. Jadi untuk urusan meriki rumah, abah dah volunteer dulu. Mama kata, dengan 2 orang, kapasiti beg boleh stretch ke 40 kilo! Senang sikit urusan bawak barang aku ke sana. Mereka pergi sehari sebelum aku. Tadi pun mama dah mesej, sudah selamat tiba (10ish am tadi). Alhamdulillah. Syukur aku ada parents seperti mama dan abah! Minta minta Allah balas jasa kedua orang tuaku dengan balasan syurga, dengan rahmat dan kasih sayangNya! InsyaAllah.
5. Masa ni, insyaAllah lepas aku berkemas, masa yang paling cantik untuk jumpa Allah. Appointment dengan Yang Maha Besar (Almighty Boss) masa nilah paling sesuai. Sunyi, aman dan tenang. Bolehlah aku cerita panjang panjang sikit, progress report dan bentangkan projection plan aku. Minta minta Yang Maha Besar bagi full endorsement dan approvekan. InsyaAllah...Aku tahu, wamakaru wamakarallah, wallahukhairul maakirin. Mana tahu, Dia nak bagi yang lagi best ke kan? InsyaAllah...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Countdown!
Obit berada di klinik Uncle Tan. Aku nak servis injinnya, tukar front mounting dan periksa kenapa setiap kali aku hidupkan air cond, ada bunyi yang sangat irritating. Orang yang nak pindahkan Obit pun dah telefon aku, suruh mintak surat pelepasan bank. Hisk! Kenapalah iman aku dicabar di saat saat terakhir. Semalam petang, aku di Shah Alam and nobody even bothered to tell me that I need that surat pelepasan bank. Aku cuma ada geran kereta dan cover note aje. Takpe. Allah nak uji kesabaran aku lagi ni. Astaghfirullah, tak pasal pasal mendidih jugak darah aku pagi pagi. Nasib baik dah makan mihun soto yang lazat dengan adik adik. Hehehehe...
Aku cuma tinggal nak pack casual stuff aku dan barang kerja macam Mr. Hop (lappie baru yang akan menjadi sahabat baik aku). Tak banyak sebab segala bala harta peribadi, sudah selamat sampai di sana (asbab mama dan baba tolong bawakan). Tunggu kain kering, ambil seluar yang dialter dan wallah! I'm ready to fly tomorrow morning!
Hopefully baba dan mama dapat pilihkan rumah yang best untuk anak dia ni, seorang perantau dan penghijrah. Senanglah nanti kalau mereka atau sahabat nak lepak sana, aku dah ada rumah. Jadinya, pada kalian yang aku tak mampu nak berjumpa disebabkan kesempitan waktu dan masih belum diizinkan Allah nak berjumpa, aku mohon maaf zahir dan batin. Minta halalkan makan, minum dan pakai kalau ada. InsyaAllah, aku rasa aku akan sentiasa to & fro Kch -Kl. Boss aku di KL suruh aku datang balik untuk in-house training, insyaAllah 17hb ni. Kalau ada rezeki kita jumpa, kita pasti akan berjumpa!
Salaam and so long friends~@!
2 comments:
u r leaving on a jet plane,dont know whne u will be back again....hehehe
always be a sunflower ok...heheh..i ll be the chirpy bird or the bz bee...heheahaha
now u have mention it...adik terlupe...i will getting on my own family...haih!rase masih kanak2 lagi...tahu2 nak ada kanak2 sendiri...kuikuikui
rindu kan aku laaa huhu@!~
Post a Comment