Hmm... Aku muntah purple lagi. Maafkan aku.
Malam tadi tatkala abah baru pulang dari menunaikan solat Isya' di masjid di kampungku yang permai, abah bergegas bertanyakan aku dan Piko di pintu rumah nenek, "Apa yang Rashid cakap pasal ink tu?"
Ini disebabkan abah melalui kawasan kedai makan yang mempunyai TV besar dan kuat pula bunyinya berkenaan si Rashid (Sori, En Rashid, saya tidak hormat anda sebagai seorang Tan Sri lagi..apatah lagi bila anda membuka mulut berkata kata, baik anda diam saja) Aku dan Piko yang sedang asyik melayan cerita comel si Coffee Prince pun bertukar tukar saluran mencari En Rashid. Oh! di TV3, dalam bualbicara. Penat aku lihat orang tua itu berkata kata dan memberikan alasan atas kenapa penggunaan dakwat untuk KETELUSAN PROSES PILIHANRAYA telah ditarik balik atas faktor keselamatan dan tah hapa hapa lagi. Kononnya, penggunaan dakwat tersebut menggugat perlembagaan dan hak rakyat. Uik! Sejak bila lah pulak En Rashid ni sibuk akan HAK RAKYAT dalam perlembagaan? Sedangkan hak berhimpun dalam perlembagaan macam BERSIH tu, tak pula dorang kesahkan?
Ya Allah, ampunilah dosa orang yang bernama Abdul Rashid Abdul Rahman ini. Namanya sudah cukup indah memujiMu Ya Allah. Tetapi perbuatannya tidak menggambarkan kecintaannya kepadaMu Ya Allah!
Abdul Rashid: Servant of the rightly guided,
Abdul Rahman pula kan ke Hamba kepada yang Pengasih/ Penyayang?
Untuk berita yang lebih terperinci lagi, silalah ke laman Free seminggu ini
1. PILIHANRAYA TERJIJIK DAN TERKOTOR
2. MENGHINA KEBIJAKSANAAN RAKYAT MALAYSIA
Oh yeh. Ada lagi berita terkini tentang rumah En Rashid yang disimbahi cat merah. Tapi anda semua boleh baca tentang jawapannya kepada Malaysiakini, tentang dakwat lagi! Aku masih rasa, dia perlu dan harus DIAM, jangan lagi berkata kata, sebab aku kasihan melihat daya inteleknya yang err..emm..baik aku yang diam. Takut berdosa megutuk dan melaknat dia. 3. RUMAH PENGERUSI EC DICAMPAK CAT MERAH SECARA MISTERIUS
Teringat aku akan kitab yang mengajar kita menjaga lidah. Oh! Sukarnya aku hendak menjaga lidah. Cerita tentang lidah ini pun telah diujakan oleh Tuan Azharjaafar di dalam blognya.
Bukan saja aku harus menjaga dari mengumpat En Rashid ini, tetapi dari pelbagai aspek lagi. Oh! Ya Allah...ampunkan dosa aku. Teringat aku tentang apa yang En Rashid katakan malam tadi di TV3 - Saluran BARISAN NASIONAL anda. Adakah benar tidaknya terdapat orang yang mahu sabotaj proses pilihanraya? Allahua'lam bissawab. Integriti dan kejujuran (dan keikhlasan) ini amat sukar diterima jika ketiga tiga manusia termasuk Rashid, Musa Hassan dan Gani Patail ini duduk semeja (dan depan kamera Saluran Barisan Nasional anda!)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Berbalik kepada lidah.
Dalam banyak banyak adab menjaga lidah (ingat senang ke nak jaga lidah?) itu, aku terjumpa banyak hadis berkenaannya.
Aku sebenarnya tertarik dengan isu lidah ni, bermula daripada blog azharjaafar. Oleh kerana beliau mungkin akan bepergian selama 40 hari untuk mengajak umat manusia mencintai Allah, maka terpanggil panggil jiwa aku untuk mengetahui apa bahaya lidah ini? (sungguhpun dah tahu, tapi banyak lagi yang aku tak tahu.)
Aku cuma ambil sedikit daripada banyak adab menjaga lidah. Anda nak belajar lagi, kenalah cari ilmu itu. Apa yang aku blog ini, jangan diambil 100 persen, apa aku blog ni, banyak kelemahan. Kalau nak pandai lagi, dan tepat lagi kenalah selalu bersahabat dengan alim ulama, ustaz dan ustazah, ok! (sebab aku ni masih dikit ilmu dan agama)
1. Kesaksian Palsu Sangat DIHARAMKAN
Abu Bikrah Nafi' bin al-Haris RA meriwayatkan sebuah hadis yang mengatakan bahawasanya Rasulullah SAW pernah bertanya kepada para sahabat:
"Mahukah kalian aku beritahu tentang dosa besar yang terbesar?"
Baginda mengucapkannya tiga kali.
Para sahabat menyahut:"Ya, benar, ya Rasulullah!"
Baginda lalu menjelaskan: "Menyekutukan Allah dengan sesuatu (isyrak billah) dan berbuat derhaka kepada ibu bapa."
Ketika mengucapkan itu baginda berdiri sambil berpegang pada tongkatnya. Baginda lalu duduk kemudian melanjutkan: "Demikian juga perkataan palsu dan kesaksian palsu."
Saat baginda sedang mengulang kalimat tersebut kami (yang hadir) tergamam.
Mudah mudahan baginda diam." - diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim
Oh! terkedu aku.
a) Menyekutukan Allah dengan sesuatu...tidakkah kita kadang alpa akibat taksub kepada seseorang atau sesuatu? Terlalu taat pada kerja di pejabat sampai lupa solat? Terlalu menurut perintah Boss walaupun tidak mengikut syariat, takut lagi pada Boss (sebab takut kena buang kerja) lagi daripada takut murka Allah?
b. Derhaka kepada ibubapa? Kadang kita asyik menasihatkan orang lain tanpa kita cermin diri sendiri. Maklum salah orang kita nampak, tapi apa yang kita buat kadang tak sedar. Oh! Aku cuba sedaya usaha dan kudrat aku untuk kedua ibubapaku, kerana Allah Taala. Jangan lupa mendoakan kedua ibubapa setiap kali selepas solat dan setiap kali teringat akan mereka... Oh! syahdunya hati aku ni.
c. Kesaksian palsu. Sekarang ni bukankah sudah banyak perkara berlaku bagi melindungi orang orang tertentu atau memfitnah orang lain? Benda ini boleh dibuat manusia. Asbab apa yang mereka lakukan ini, maka kita secara jemaah lah yang terkena tempiasnya. Sebab Allah murka, maka datanglah pelbagai bencana dan mala petaka. Benda benda yang tak best pada semua kita, bukan seorang dua saja. Saja aku cakap secara general, supaya kita berfikir...
2. Larangan Mengungkit
Abu Dzar (al-Ghifariy) RA meriwayatkan sebuah hadis yang mengatakan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
Tiga (golongan) orang yang pada Hari Kiamat kelak Allah tidak sudi menyapa dan melihat kepada mereka, dan Allah juga tidak membersihkan mereka (daripada dosa) dan (ganjaran) bagi mereka adalah seksa yang amat pedih." Baginda mengucapkan kalimat tersebut tiga kali. Kemudian Abu Dzar bertanya: "Sia sia dan rugilah mereka. Siapakah mereka, Ya Rasulullah?" Baginda menjawab:"Orang yang lancang mulut, orang yang mengungkit ungkit (pemberiannya kepada orang lain) dan orang yang membelanjakan barang dagangannya disertai sumpah palsu."
Apa yang aku dengar di surau di Kampung Malaysia Tambahan, masa tengah tunggu Boe, Ustat tu pun ada menyatakan hal ungkit mengungkit ini hanya ada pada Allah supaya menjadi pengajaran, iktibar dan ingatan pada manusia yang lupa. Supaya manusia ini kembali mengingati asal dan tujuan mereka ke dunia ini. Bukan berseronok. Tapi untuk menjadi khalifah Allah. Manusia ini selalunya mengungkit, kemudian akan berdendam. Apa yang dia buat selama ini selayaknya tidak ikhlas di hati. Patutnya dapat pahala, tapi disebabkan dia mengungkit pemberian dan perbuatannya dulu, maka Allah tarik balik RedhaNya. Apa yang kita buat sesama makhluk adalah untuk mencari Redha Allah. Bukan untuk manusia.
Maka kita patut berfikir, patutkah ada orang mengungkit apa yang mereka lakukan pada kita 50 tahun dahulu? Selayaknya, kita hanya bersyukur kepada Allah Taala atas nikmat dan rahmat yang diberi.
3. Larangan Melaknat (Mengutuk)
Ini satu lagi adab manusia dalam menjaga lidah yang amat amat sukar aku nak buat. Mulut aku memang lepas bebas, lebih laju daripada Obit merempit tatkala ada benda benda tak best berlaku. Oh! Susahnya, Ya Allah!
Teringat aku akan satu cerita yang menemukan aku pada seseorang akibat kelancauan mulutku. Masa tu, aku dapat rasakan dia berkecil hati. Itu pada orang yang aku masih belum rapat. Apa lagi dengan orang yang paling rapat dengan kita, ibu bapa, adik beradik, keluarga, sahabat? Mungkin kita masih boleh minta maaf dengan mereka (selalunya pada hari raya je, kan?) Cuba kalau kita mengutuk orang yang kita tak pernah kenal dekat? Oh...macam mana kita nak minta maaf padanya? Sedangkan, berjumpa pun tak pernah. Ni selalu terjadi ketika kita menonton atau membaca gosip artis. Alasan yang diberikan acap kali terlalu remeh. Kerana mereka artis. Bukankah elok jika adik adik yang membaca gosip artis ini membaca bahan bahan bacaan yang menambah ilmu di dada? Banyak apa...tak pun, pergi tonton Discovery Channel ke, National Geographic ke...Anda mungkin akan terpaut dan terpana sebab apa yang mereka tayangkan itu, lebih mirip kepada penemuan sains berdasarkan Al-Quran, cuma mereka masih belum ISLAM saja lagi. Banyak apa saintis barat yang sudah mencintai Islam. Nanti aku cerita pasal penemuan bukti kewujudan dan ilmu Allah itu berpandukan Sains daripada Al Quran, InsyaAllah!
Sebab itu, Orang Melayu ni kebanyakannya masih jumud pemikiran, masih berperasaan hasad dengki, sebab mereka memang tak ada kerja lain yang berfaedah kecuali sibukkan hal manusia lain. Ya Allah! Bukakan pintu hati kami semua untuk menambah ilmu, Ya Allah, termasuklah aku.
Dalam sebuah hadis Abu Darda berkata bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
"Apabila seseorang hamba Allah melaknati sesuatu, laknatnya itu naik ke langit dan langit menutup rapat pintu pintunya pantang menerimanya. Kemudian laknat itu jatuh kembali ke bumi dan bumi pun menutup rapat pintu pintunya pantang menerimanya. Laknat itu lalu balik ke kanan dan ke kiri, apabila tidak menemukan jalan keluar maka ia kembali kepada pihak yang dilaknat jika ia patut menerimanya. Apabila tidak, maka laknat itu kembali kepada orang yang mengucapkannya." - Diriwayatkan oleh Abu Dawud
Seboleh bolehnya tahan lidah dari melaknat, sebab hanya Allah yang Maha Mengetahui siapa yang layak dilaknat. Seboleh bolehnya, kita cuba maafkan manusia itu. Doakan dia supaya terbuka hati untuk berubah dan sama sama mencari Redha Allah.
Pagi tadi, aku dan abah nonton Oprah (maklum la, yang seorang dah pencen, yang seorang lagi menunggu dengan harapan dan kesabaran). Aku kagum sebab sifat sifat yang sepatutnya seorang muslim buat dalam tajuk Forgiveness itu diamalkan di negara negara Barat oleh non muslim! Mereka bukan kena macam aku ni, ditekan dek Bos kerana kerja atau kerana dengki si Suren. Tapi lebih hebat dan lebih teruk lagi. Ada yang pernah ditembak di kepala sampai kena belajar balik bercakap, makan, telan, berjalan...Masya Allah...betapa kuatnya shero (she + hero) tu. Aku lupa pula nama perempuan pemaaf tu. Asbab dia maafkan pemuda yang menembaknya secara depan depan, maka pemuda tadi terus insaf dan berubah. Terus rasa ingin maju didunia dengan meningkatkan dirinya sendiri.
Ada juga perempuan yang terlibat dalam pengeboman bas double decker di London dan cedera parah. Tapi dia juga telah memaafkan si pengebom! Bayangkan encik encik dan cik puan cik puan semua...Sifat Pemaaf inilah yang patut kita amalkan sebagai seorang hamba yang sentiasa mencari Redha Allah. Tapi malangnya, orang Melayu di Malaysia ni, amat sedikit jumlahnya yang mengamalkan Forgiveness ini. Sebab itu, ada yang berdendam kesumat sampai hantar tuju tuju, ilmu sihir sebagai membalas dendam...
Ya Allah...ampuni aku...ampuni dosa dosaku yang secara sedar atau tidak melaknat manusia lain. Dan ampuni juga mereka yang melaknat dan mengeji aku. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
4. Dengan Siapa Anda Bersahabat?
Ini juga agak sukar untuk dilakukan sebab kawan kawan aku amat ramai. Sejak kecil, sekolah rendah, membawa ke sekolah menengah, dan seterusnya ke alam universiti dan pekerjaan. Alhamdulillah aku mudah bersahabat dengan ramai orang hatta tukang cuci ataupun tukang kebun.
Agak sukar juga menjaga hati manusia lain. Tapi kita harus tegas dalam soal menjauhi diri dari fitnah, daripada bahaya. Sebabnya kita tak dapat nak ukur tahap iman kita ni macam mana? Low? Medium? High? Agak agak? Sedang sedang? Susahnya laa...
Lelagi kawan kawan yang masih suka nak enjoy bercampur lelaki dan perempuan tanpa batas syariat. Kalau kita kuat, mungkin maksiat ini boleh dihindari. Tapi kan, amat jarang orang yang selamat apabila berani mendekati fitnah (Dzamul Hawa - ms 126)
Kalau kita cakap, "Takpe, mereka tu geng geng seIslam," Tapi kan, geng geng "Seislam" kita itu mungkin namanya saja Islam, tapi dari segi amalannya? Uish...Ampuni aku Ya Allah. Aku ni penuh dengan noda dan dosa!
Kalau benar kita rindu akan kawan kawan itu (kalau benar kawan, maka mereka akan mahu berjumpa kita, kan?). Bak kata Imam al Ghazaliy rahimahullah
"Ketahuilah bahawa ziarah (berkunjung) kepada saudara saudara seiman dan seagama merupakan salah satu intisari ibadah berbakti kepada Allah SWT. Tambahan pula manfaat dan perbaikan hati yang dapat diperolehi daripada ziarah seperti itu. Namun ada 2 syarat yang harus diendahkan.
1 - Ziarah hendaknya tidak terlalu sering dan tidak berlebih lebihan, kerana Rasullullah SQAS telah bersabda:
"Berkunjunglah selang waktu (yakni: jangan terlalu sering), kecintaan pasti akan bertambah"
2. Syarat yang kedua ialah anda harus menjaga baik kebenaran maksud kunjungan anda, iaitu menjauhkan diri daripada riak dan memuji muji diri, menghindari perbicaraan yang tidak berguna, tidak mengumpat orang dan sebagainya, agar anda dan saudara anda tidak terperosok ke dalam suasana yang tidak baik. - Minhajul 'Abidin, ms 108
Lagi hadis:
Dari Abu Hurairah RA yang mengatakan Rasulullah SAW telah bersabda: "Sepatah kata yang diucapkan hamba Allah yang di dalamnya tampak jelas menyeretnya ke dalam neraka, jauhilah sejauh jarak antara timur dan barat"- riwayat Tirmidzi (2319), Ibn Majah (3969), Ibn Habban (1576), Al-Hakim (I/435, 46). Tirmidzi menilainya sebagai hadis sahih.
Dari Abu Musa pula berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda mengigatkan kita
"Bergaullah dengan orang soleh dan bergaul dengan orang buruk (perangai) ibarat orang yang bergaul dengan pembawa minyak wangi dan orang yang meniup angin di dapur tukang besi. Pembawa minyak wangi akan memberikan contohnya kepadamu, atau engkau akan membeli daripadanya, atau engkau akan turut menghirup bau harumnya. Sedangkan peniup angin di dapur tukang besi akan mendatangkan percikan api yang membakar pakaianmu, atau engkau akan mencium baunya yang tidak sedap (busuk)" = Diriwayatkan Bukhari (577/9) dan Muslim (38/8)
Dalam zaman serba mencabar ni, memang sukar kita mengelak dari join perjumpaan atau gathering. Tak kesahlah, gath chat, gath forum, gath kelab, gath sekolah ke apa...asalkan jumpa kawan kawan lama (atau baru). Aku pernah apa join karaoke, makan makan, gi main bowling, games nite, camping, masuk hutan la apa...pendek kata, macam amacam adolah!
Al Khithabi rahimahullah berkata "Pada zaman sekarang ini sukar orang akan selamat daripada mengumpat, manakala orang yang bergaul dengan mereka adalah ahlus syar = orang yang suka buat keburukan. Kerana mereka itu satu sama lain berusaha saling jatuh menjatuh, saling mencari kepuasan sendiri. Mereka itu berkumur dengan menyebut cacat kekurangan orang lain, lahap menyantapnya dan menempuh pelbagai macam cara untuk memuja muja orang yang disukainya. Menghadapi mereka itu tidak ada pilihan lain kecuali; turut mengikuti dan membantu mereka dalam perbuatan dosa dan meninggalkan norma norma peradaban, atau menentang merekan dengan perasaan muak dan benci.
Sebab tu, manusia yang sangat fragile seperti aku amat rindukan seorang teman yang soleh dan solehah. Sebab bila aku lupa, mereka akan mengingatkan aku, bila bertemu mereka, kita bertambah aman, bila kita bicara soal yang tidak berguna dan lagha, mereka akan mengalihkan cakap cakap kosong kita dengan zikrullah, bila kita borak pasal sesuatu yang Allah tak suka pulak, mereka ni akan larang aku dan mengingatkan aku, bila mereka ingatkan aku mengenai sesuatu yang aku tidak tahu dan tidak boleh aku lakukan, aku akan segera menyesal dan bertaubat, dan jika aku tak mengerti tentang sesuatu yang tidak disukai Allah, mereka akan menunjuk ajarkan aku. So siapa yang untung? Akulah yang beruntung ada kawan seperti ini sebab aku dah tahu apa yang aku tak tahu sebelumnya, termasuk dosa kesalahan yang aku lakukan, kemudia akan selalu berhati hati menghadapi hiasan dan cubaan dunia kepada aku.
Aku juga punya kewajipan untuk menegur secara bil hikmah. Mengingatkan kawan kawan dan orang lain yang aku sayang, meluruskan yang mereng. Banyak cara, tapi tulah, susah kalau nak menegur orang ni. Lebih lebih kita ni hanya tahu sedikit perkara. Pulak tu, nak menegur orang yang lebih dewasa. Silap cakap nanti, kita bercakap macam kita ni riak dan bongkak (sebab kita lagi tahu dari dia, kununnya - padahal dia mungkin dah tahu), silap cakap lagi, hatinya terguris - berdosa kita, silap cakap lagi...aduss! Tu yang sampai tak bertegur, ada yang saling berbunuh bunuh tu!
Nak cakap dan menegur ni pun kena ada ilmu. Bukan langgar tembok aje nak cakap kita macam bagus bangat! Lagi pula ilmu yang sedikit tu, ditokok tambah dengan hal ungkit mengungkit, tambah lagi dengan menggunakan nama orang kedua atau ketiga...peh! Tak parah perasaan orang yang ditegur? Kang elok elok niat nak perbetulkan orang, lagi teruk orang tu jadinya. Tak sampai niat, lagi bertambah murka Allah, entah! Oh!Susah betul...Kerdilnya aku di sisi Allah! Aku harap Allah tunjukkan jalan pada aku untuk mengajak orang lain mencintaiMu ya Allah!
Banyak lagi hadis berkenaan menjaga lidah ni. Tak larat pulak aku nak cerita. Paling best sekali korang semua kena tanyakan ustaz, biar ustat hurai dan kupas satu satu macam kelopak mawar (mawar sebab dia wangi). Ada pulak ustat yang selang seli dok cerita yang mencuit ulu hati aku ni. Apa yang aku tahu, aku kongsi. Mana tahu asbab aku blog pasal ni, maka ada manusia yang hendak tahu lagi, lepas tu, dia akan menjaga lidahnya pulak!InsyaAllah...
Apa yang aku tahu, pahala ibadah kita boleh hilang dan rosak sebab sebahagian besar disebabkan oleh lidah seperti borak borak kosong, puji diri sendiri, mengumpat orang lain etc etc...Mungkin apa yang kita usahakan selama satu tahun? 5 tahun? Lenyap punah sekejap je sebab tak jaga lidah.
Orang yang tidak menjaga lidah dan suka cakap banyak, tidak mustahil akan membicarakan kecacatan dan kekurangan orang lain. Orang seperti itu pada hari kiamat, datang membawa pahala kebajikan sebesar gunung, tetapi dihancurlumatkan oleh lidahnya sendiri. Sebaliknya, orang yang datang membawa membawa dosa kesalahan sebesar gunung, akan menyaksikan semua dosanya dihancurluluhkan oleh banyaknya berzikir dan bertasbih dan hubungannya yang terus menerus dengan Allah.
Aku akan cuba tahan lidah dari banyak berkata kata. Lagipun, banyak borak ni, kering la air liur! Nasibbaik dalam ni, aku pakai jari je.
Hehehehe. Apa yang tak best dan buruk tu semua aku yang punya, tapi apa yang indah dan cantik itu, datang dari Allah semata. Kalau ada apa yang aku cakap ni, tak betul, sila perbetulkan, ya!
2 comments:
hi kak naz!
aku rasa macam boleh rasa lak perubahan kak naz sekarang ni...alhamdulillah...ke arah yg lebih baik!
insaf aku baca tulisan ni. Harap aku pun dapat berubah ke arah tu jugak dan yg penting, nak mencari ilmu utk memper'elok'kan lagi diri aku yg hina ni....insyaAllah.
penah ke blog ni x:
http://www.satuhala.blogspot.com/
i think it's a very good blog utk tambah ilmu.
kak naz,
macam gi ceramah DSAI, apa komen DSAI
"Depa kata kalau guna ink melibatkan isu keselamatan negara. India yg rakyatnya 1 billion boleh ja guna, begitu juga Turki dan Indonesia. Apa, bila kita guna di Malaysia, celup ink jari boleh meletup ke?"
SPR ingat populasi rakyat mesia nih IQ bwh paras 15 ke..tak mampu pikir!
Post a Comment