Nampak gaya kamu ni kenal benar hati aku ya?
Alhamdulillah...tapi bolehkah kamu samakan kebolehan kamu menghakimi hati manusia lain berdasarkan luaran fizikal dan perbuatan aku yang dahulu (sebagai asbab untuk apa yang menjadikan aku sekarang) jika dibandingkan dengan Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang? Allah itu Maha Kaya, Maha Memberi Rahmat, dia tidak pernah lokek malah dia amat suka dan kasih akan hambanya yang meminta. Allah Maha Pengampun...malah Dia tidak pernah menghakimi manusia hina, kotor dan penuh noda seperti aku sebagai selamanya duduk dalam kekalutan fikiran dan keliru (serta degil).
Macam ni sajalah, aku terbuka untuk berjumpa dengan kamu. Secara Hudsonnya, muka ke muka. Kalau kamu seorang perempuan berhati mulia, (aku bayangkan kamu perempuan, kerana selalunya perempuan sahaja yang berperangai begini, maaflah kaum wanita semua...kalau lelaki, dia tak berapa hairan nak baling batu sembunyi tangan, terutama sekali kepada aku yang serba tak best dan tak signifikan di alam nyata ini. Kalau dia lelaki pun, dia lebih berperangai seperti seorang perempuan meroyan!) yang ikhlas mahu melihat aku berubah, yang ikhlas mahu aku menjadi lebih baik, tidak hipokrit (seperti yang kamu katakan itu), silalah hubungi aku, emel, sms dan YMlah. Kerana kalau melihat gaya komen kamu ini, kamu kenal benar akan dasar luaran aku? Maka tak salah kalau aku katakan, kamu juga ada cara menghubungi aku secara MULIA. Hubungi aku tanpa HIPOKRIT (like hello, kamu menyorok pun hipokrit jugalah! Macammana kamu ni? Tsk tsk tsk!)
Jadilah seorang sahabat yang boleh mendapat ganjaran pahala kerana membetulkan kemerengan aku, bukan mendapat dosa dengan menempelak aku tanpa nama kamu. Berani kerana benarlah wahai sahabat! Jadilah seorang sahabat yang menegur aku kerana cintakan Allah..bukan mengeji aku kerana sejarah aku. Jadilah seorqang sahabat yang mencintai Allah dan menegur aku secara bil hikmah... insyaAllah, asbab kamu menegur aku ke jalan yang lebih baik, menjadi Muslim yang lebih baik, menjadikan Allah redha dengan USAHA kamu dan IsyaAllah, dengan Redha Allah, kamu akan dikurniakan dengan rezeki yang melimpah dan hidup yang lebih tenang, aminn...
Antara Manusia yang masuk blog aku pada jam 11 malam, 24hb Februari 2008. Bila mana Guest meninggalkan maki hamunnya di shoutbox aku, pada jam 1119pm.
23:00 | Telekom Malaysia Berhad, Petaling Jaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia | ||
23:09 | TM, ADSL SERVICE PROVIDER, MALAYSIA, Shah Alam, Selangor, Malaysia | ||
23:21 | JARING Communications Sdn Bhd, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia |
4 comments:
Manusia yang namanya Guest di shoutbox aku masih tak berani sahut CABARAN aku nak jumpa face to face. Hmm...nak berdakwah dan betulkan aku tapi tak berani. Macam mana? Orang nya di Lembah Klang. Bunyi bahasanya aku cukup kenal. Tapi aku masih tunggu sapa yang kena ni. Heheheh..
Wahai manusia yang mengaku sahabat aku, yang cukup kenal akan dosa dosa aku. Aiyoh! Aku masih menunggu cabaran aku disahut!! Semoga kamu dirahmati Allah atas usaha kamu ke arah menyedarkan aku. Ya Allah, ampuni juga dosa manusia yang menyorokkan dirinya ini...semoga kau bukakan pintu hatinya untuk Mencintai Kau Ya Allah, dan semoga hidupnya lebih tenang selepas dia memaki aku. Aminnnn....Ya Robbal A'laminn...
hehehe.
taici-taici
hehe. aper laa... yg ko buat ni taichee?????
relex..relax...sabar..
aku tak nampak pun apa2 komen dari guest yg buat ko marah. kalau ko buat macam ni, lagi laaaa dia suka..
boleh aku tengok komen dia???
oklah.. ko copy atau co rephrase balik komen dia dan ko paste kan kat bahagian komen blog aku tu pada entry yang terkini.
saja aku nak nyibuk sebab bila aku baca entry ko kali ini...terfikir pulak aku... ABUSIVE sgt ker ayat dia tu?
he.he.he.
SALAM!!!
rilex sis, jgn dilayan org gitu. sbb kalo di layan lagi pjg cerita. Dia nk bukak aib org biar dia, nanti tgk la janji Allah akan bukak 10 aib dia balik.
Alah kita manusia biasa tak lari dari kesilapan lah. Soal pahala dan dosa tu soal esok kita sendiri akan kena jawab dgn Allah Ta'ala. Apa yg perlu kita teruskan ialah kita teruskan mencari keredhaan.. ayuh... :) ukhwah fillah...
gaya lelaki macam perempuan meroyan tu camna? hehe
Post a Comment