Pages

Saturday, March 01, 2008

+..PERANG POSTER..+

Memandangkan Bekas Kerajaan BN yang terus menerus menayangkan kempen pilihanraya mereka di TV dan Iklan iklan gergasi di seluruh negara (bayangkan betapa KAYANYA mereka, kan buat kempen juta juta) sampai aku muntah purple, maka aku pun mahu kempenkan Barisan Alternatif di blog aku SECARA PERCUMA dan TANPA disuruh.

Aku sudah muak dengan last minute pledging dan apa saja geng geng Pak Loh tido dan Najib Peluk Cium buat di TV. Aku sudah muak dengan taktik Zam dan mulut buruk lagi lancang Khairy Jamaluddin. Ah! Aku sudah muak dengan kononnya, mereka menjaga kebajikan rakyat secara total! Aku sudah muak dengan SKANDAL mereka, perangai BURUK, yang meluaskan lagi jurang prejudis setiap kaum di Malaysia atas dasar Dasar Ekonomi Baru, hak hak istimewa orang Melayu...padahalnya, Orang MELAYUlah yang paling tertindas oleh Kerajaan yang Diketuai UMNO, dan dimachai oleh MIC dan MCA.

PARTI PERKAUMAN TIDAK RELEVAN LAGI, BAIK UMNO, MCA, MIC atau yang seangkatan dengannya!! NOKTAH!! Ke arah Bangsa MALAYSIA, bukan lagi ke arah HIDUP MELAYU, HIDUP CINA atau HIDUP HINDRAF!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails