Pages

Sunday, February 10, 2008

+.. Susah Mahu Klimaks dan Tak Stim Lagi!!..+

Benci.

Tapi aku boleh lepak lagi, sambil sabar dengan anti-klimaks yang tiba-tiba menghantuiku. Penat aku nak teruja mencapai klimaks ajaib sampai bergegar seluruh anggota badanku. Penat aku bermain cinta dengannya sejak Rabu malam Khamis lagi. Memanaskan dia agar dia bisa teguh menongkah arus.

Tapi hampa.

Sudah habis RM800 duitku untuk mengujakan diri merembes keseorangan tanpa natijah kesedapan...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ah!
Kamu semua ni kenapa?
Kamu ingat aku melanggan pelacur lelaki kah?
Tsk tsk tsk...baik kamu mintak maaf dengan aku kerana suka buruk sangka...
Suka sangat cerita seksual ya?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku sibuk menceritakan bagaimana terujanya aku tatkala Obit dipakaikan tiga sepatu baru Goodyear.

Alkisah, satu sepatu depan yang baru saja aku tukar bulan 12 itu, ditikam dek seseorang dengan pisau. Begitu juga dengan sepatu belakang Obit. Kedua-duanya disebelah kiri. Tikaman itu pula di sebelah tepi dinding tayar, bukan di tengah. Jadi aku diharamkan daripada menampal tayar tersebut. Write off saja! Kejadian berlaku di Terminal Putra Gombak pada hari Selasa 5hb Februari, di tepian simpang yang tidak akan membenarkan sesebuah bas RAPID KL daripada merempit lipat baring di konar itu. Mereka kena bawak berhati-hati sikit. Aku memang pastikan itu! Padanlah hati rasa tidak sedap...

Sungguh lahanat mereka! Tapi aku salahkan diri aku dulu. Sebabnya, aku tidak memarkir lebih jauh dari rempitan baring bas-bas RAPID KL di Terminal Putra GOmbak. Lagipula, tempat parkir yang hanya RM2 itu, penuh ruangan parkirnya, sampai harus mereka yang datang lewat petang jam 4 itu, menduakan tempat parkir (Double Park). Keji. Memang keji.

Jadinya, petang itu aku menghabiskan masa di Kedai Tayar berdekatan. Itu pun, Kama sahabat daki gunungku yang membuka bengkel motor di tepi jalan, sudi membantuku. Dahlah jarang jumpa dia, tiba-tiba terus mahu minta bantuan. Tak malu betul aku ni.

Allah is Great. Setelah disiasat, rupanya penyerap hentakan belakang sudah bocor dan bush nya pula sudah koyak. Hmm...akibat mahukan kesedapan klimaks menyerang konar di pagi hari, makanya aku pun menukar kepada absorber gas nitrogen. Warna merah lagi. Ambik kau! Kalau aku tak klimaks ni, aku rasa aku bukan manusia.

Jadi untuk mencantikkan sepatu-sepatu Obit, aku tukar tiga biji Goodyear terus. Nak ambil Michelin, rasanya takde saiz Obit! Hahahah~@! Nafsu aku memang tinggi. Tidak cukup barang yang tipikal dan biasa. Aku harus mahu akan kelainan luar biasa...sekadar nafsu, tapi tak mampu.

Aku mahu segera klimaks. Aku memang kurang sabar. Kalau aku mahu, aku hendakkan ia di mana-mana sahaja hatta di jalan yang jam teruk selepas tol Gombak menghala ke Selayang melalui Batu Caves. Peduli apa aku?

Tapi aku masih belum mencapai klimaks yang diingini akibat jam yang teruk. Obit dipandu perlahan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sabtu

"Kenapa tayar kereta kamu kurang angin?"
"Hah?!"

"Kan baru tukar hari Selasa tu, kan?"

"Nantilah bah..."

Malam Sabtu.....

"Chee..tayar kamu dah flat..."
"Hmmm...dah malam dah ma...besok pagi lah.."
"yelah, malam bukan nampak apa pun..."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ahad

Adik aku menolong aku menukar tayar depan kanan Obit kepada tayar Obit sejak tahun 2001 yang masih kelihatan elok. Aku dapat agak, ini harus disebabkan injap angin tayar ni. Benci aku.

Walaupun stesen minyak berdekatan rumah aku hanya dalam sepelaung (3 minit) sahaja. Malah ada dua stesen di tempat itu tapi satu bijik pam angin pun tidak berfungsi. Akibat terlalu canggih agaknya, sampai manusia di sini tidak pandai menggunakannya. Apatah lagi, mat bangla dan mat myanmar haram tak tahu mengenai pengendalian dan penjagaan pam angin canggih itu.

Aku pergi ke stesen minyak ketiga, lebih kurang 5 minit dalam keadaan tayar yg semakin mencium tar. Hampa juga. Pam angin canggih yang kedua-duanya TIDAK mengeluarkan angin "whosshhhhhh" bak kata Mat Indon Basikal dan kakak Cina itu.

Jadi aku dengan perasaan hilang nafsu dan stim, sudah lupa akan hasrat menggapai klimaks baru. Terkedek-kedek aku menunggang Obit. 6 minit kemudian, aku tiba di Petronas. Nasib baik pam anginnya menggunakan teknologi lama. Kakak Cina tadi pun sudah tiba dahulu.

Oh! Dugaan...AlLah sentiasa mahu menguji aku. Kena sabar bak kata abah...hmm...sapalah aku tanpa abah dan mama? I am a nobody, man!

1 comment:

Anonymous said...

aku sungguh horny ketika membaca@!~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails