Pages

Monday, January 28, 2008

+..Debat Spesis Apa Neh?..+

[AMARAN: Aku dah penat mo defend dia lagi di alam maya dan depan kawan-kawan...jadi blog aku ini sebagai luahan rasa aku yang telah dipijak bak tahi dan diludah bak pengemis hina. ini adalah jawapan kepada soalan-soalan kenapa aku TETAP defend perilaku dia terhadap aku di Rumah yang aku singgah dahulu, AKU DAH TAK LARAT!!!]

Oh. Yeh. Anyway, entry ini juga ditujukan kepada DSS di amnet dan semua yg mempunyai tanggapan senget. Ha. Ha. Ha.

Ok.

Aku nak cerita pasal Debat. Apa itu debat?
Kalau mengikut Kamus Dewan:-

Prolog:

Debat bermaksud,
/débat/ 1. perbincangan mengenai sesuatu hal dgn saling memberikan alasan utk mempertahankan hujahnya.

Okay ini mengikut tafsiran Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bab 1 (bukan khinzir ye, sila tengok betul betul)

So apa relevan perkataan berpuaka ini dalam blog kali ini?

Hmm...ini semua gara-gara Debat Syok Sendiri (DSS) yang berlaku malam tadi...Debat ini, walau macam mana sekalipun kita layan/ tak layan...orang yang DSS ini Mesti MAHU MENANG. Tak kira apa cara. Kita senyap, dikatakan inilah cara kita mengelakkan daripada menyelesaikan masalah. Kalau kita cuba pertahankan apa yang kita buat, atau bertanyakan lebih lanjut, apa yg DSS tidak berpuas hati itu, dia pun turut membebel dan membebel tanpa MAHU MENDENGAR pihak yang dia maki dan caci itu...Mak'ananya, bak kata Abah aku, Debat Orang Hilang Akal...Aku Cakap tapi Kau Juga Mahu Cakap.

Kemudian, jika orang yang dimaki itu, buat tak tahu, dengan cara mendengar lagu yang kebetulan ada di depannya masa itu, DSS akan menempelak dengan cara lain berkenaan LIRIK lagu yang BERKAITAN konon-kononnya dengan KEHIDUPAN si orang yang kena maki...

Wakakakaka...sungguh menggelikan usus aku ketika aku fikir kembali malam tadi. Jadi, daripada aku fikir BAGAIMANA hujah ini boleh berlaku (mungkin pada DSS, aku telah memprovokasi kehidupannya yang banyak bergantung kepada talian maya = Internet), lebih baik aku anggap, dia sekadar bencikan kehidupan mayanya yang *dirompak* oleh aku.

Aku telah merampok majoriti hidupnya yang bergantung kepada Internet, tempat dia meluah perasaan, luahan *intelek* dia, mendengar kata majoritas orang, meletakkan tanggapan (adus penat aku bicara soal TANGGAPAN) terhadap aku, yang disimpulkan daripada sebuah kehidupan *maya* atau dalam Bahasa Penjajahnya, Virtual Reality. Aku tahu, sebab itu jugalah yang menjadi perbalahan sebelum ini...mati-mati dia mempertahankan kabel putih ke komputernya menggunakan kaki busuk tatkala aku mahu menggunakan. Soalnya: Kenapa DSS ini tidak menggunapakai kebebasan mengguna Internet tanpa gangguan sejak aku sibuk mengemas rumah dan sebagainya dari sepanjang pagi, dan kemudiannya tiada di rumah mencari duit lebih untuk poket kering ku pada jam 2 petang sehingga jam 945 malam? Hmm...menarik ni. Orang yang tidak pandai mencari peluang tetapi sebaliknya suka akan mencari kesalahan dan *alasan* demi *alasan*. Maka dengan *alasan* yang digali dan didendami selama 6 - 18 tahun dulu, dipergunakan, akibat *tak tahan* dengan perangai aku. Ya.. Kenapa selama ini, semasa sesi bermaaf-maafan setahun sekali, tidak kau luahkan? Dan kenapa masa aku mahu bagi WANG sebagai gantian DVD-DVD dia yang memang salah aku dok bawak semasa Game Night ke rumah Azura, dia tidak mahu terima? Katanya: Tak sama!

Jadi: Kemana arah simpulan perdebatan Hilang Akal ini? Ke longkang? Atau ke kubur?

Aku masih tidak faham tujuan DSS ini diadakan...Mungkin sekadar mahu membuatkan aku kelihatan bodoh pada mata dan tafsiran sempitnya sebagai seorang yang masih belum mampu menggarap kehidupan sebenar pencari nafkah dan pembayar hutang seperti aku.

Aku perhatikan, memang di forum aku lepak dulu, aku sering dimaki DSS dengan menggunakan kata-kata (quotes) aku serta menunjuk arah meletakkan link (linking) ke benang (thread) aku di satu laman yang aku gemar melepak dulu. Cara dia menunjuk arah (pin pointing) itu sungguh mulia...kemudian dengan maki gembira (insult happy) berdesup-desup pertahankan apa hubungkait benang (dalam forum, thread ini dikatakan benang, benarkah?) aku dengan apa yang DIA PERTAHANKAN, iaitu Trolling ( Satu makhluk comel di alam forum sahaja). Emmm...padahalnya dia juga ada melakukan, dia BOLEH! (nyanyi ikut lagu Kau Boleh!)

Tapi dia gagal melihat apa tujuan benang aku itu diadakan...Malah dia jelik melihat jika ada orang yang pertahankan apa yang aku buat di Bod Bengang perihal boss aku itu. Lalu memberikan satu *alasan* bahawa sesiapa yang pertahankan aku di situ, adalah terdiri dari kawan-kawan aku. Padahalnya, dia juga gagal melihat, tak semua orang di alam maya ini, telah berjumpa dan mengenali aku secara mesra alam. Orang yang sudah berjumpa denganku melalui forum juga tak semestinya cukup mengenali aku (Malah aku tidak hairan ada diantara mereka sudah tidak mahu menegur aku seperti selalu kerana TANGGAPAN, again!) sebagaimana kenalnya Sutun, Vidz, Niza atau Jiji pada aku...Dia jelik jika ada orang pertahankan aku, malah dia jelik dan persoalkan kenapa aku dilantik sebentar dulu menjadi Ahli Kumpulan Sokongan Forum itu. Katanya, kerana aku sudah berjumpa rakan-rakan Otai, maka secara automatis, mereka sukakan aku sebab kronisma. Huhuhu, terasa hempedu aku digeletek maksima pula.

Apa kes?

Aku pelik, kenapa kehidupan orang itu terlalu bergantung kepada kehidupan maya ini? Mati macam kebuluran ke kalau tak dapat? Malah aku bertambah pelik jika ada orang yang cukup bijak bab bercakap, bak kata orang kampung, cakap berdegar degar, dok pertahankan polisi itu dan ini...dok kutuk orang lain hatta KELUARGA sendiri di khalayak ramai dan sebagainya. Orang yang sama begini, jarang aku lihat maju dari segi praktis. Cerita tentang Masjid dan Boleh menggunakan ayat2 Bible untuk tujuan baik walaupun seorang Islam(Astaghfirullah...). Dok maki dan hina tentang Orang Lain yang kononnya tidak boleh menerima kata-kata orang lain selain diri dia sendiri yang betul , tapi diri sendiri (DSS) marah jika kita persoalkan kata-kata dia.

Tapi dia cukup SUKA jika ada orang pertahankan dia atau sokong dia, tepuk tepuk dia, puji dia melambung, buat dia jadi Hero mengalahkan Superman. Ye. Dia CUKUP suka..tapi pada masa sama, dia jelik melihat orang lain lebih daripada dia...Dia sendiri pun, tak tentu berapa kali dalam sehari ke masjid tunaikan solat jemaah fardu? Kenapa tak mahu praktiskan apa yang dia kata memakmurkan masjid itu? Kenapa dok kompang tentang pertelagahan atau argumen yang tidak menuju ke arah kebaikan, tapi akhirnya dia sendiri yang terjerumus ke lembah tahi yang diberakkan tadi?

Buat penat aku mempertahankan dia sahaja di alam maya...tapi aku pula bagai melepaskan anjing terjepit je layaknya. Lagi teruk aku di sumpah seranah dan diberi pelbagai tanggapan negatif...Maklumlah, aku malas berdebat dengan orang yang tidak pandai berdebat cara Nabi ni...

Kalau ditanya, apa yang telah kuberi selama hidup aku ni, tak perlu. Tak perlu aku ungkit lagi. Sebab benda dah lepas, terpulang kepada AlLah nak terima ibadah aku padanya. Payahlah segala benda nak ungkit...sampai mampos esok pun tak tentu habis...

Sungguh aku tak faham orang yang tidak menggunakan cermin sebesar dirinya sendiri ini. Hanya mampu melihat dalam konteks dan kacamata seorang yang kehidupan dia terbelenggu di depan monitor PC, di dalam bilik yang gelap (dan kepam atau busuk, aku malas nak tahu). Tidak pernah mahu muhasabah, cakap dari konteks pandangan dan fikiran orang yang kurang ilmu dan pengalaman. Takpelah. Itu hak dia kan? Biarkan saja dia tenggelam dengan dunia nya.

pssst: aku pun kadang pakai cermin DiorSkin X3 Control...cometot je, deswai aku selalu tanya orang apa kelemahan aku, bagaimana aku boleh improve..tapi kena OPEN MIND la kan?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bab 2: - Debat Style Nabi

Apakah debat Cara Nabi itu?
Aku nak tepek nukilan Kereta Mayat.
Nak baca nukilan penuh, silalah klik pada link tu, ye!

ADAB PERTAMA BERDEBAT

[.... cara nabi SAW berdebat, releks dan mudah, korang yang tak puas hati bercakap dulu, nanti bila dah habis, aku tanya: dah habis ke? Lepas tu aku pulak cakap dan jangan menyampuk!! .., Penting!! Jangan menyampuk dan kalaulah mulut tu gatal sangat nak menyampuk, mintak izin!!!, , itupun kalau aku bagi izin, Kalau aku tak bagi, ustaz duduk diam diam, biar aku habiskan my explanation...]

ADAB KEDUA BERDEBAT

[
Ok, kita pergi pada tertib yang kedua dalam berdebat. Iaitu JANGAN MENYAMPUK ketika orang sedang bercakap, Hantu jembalang saja yang suka menyampuk manusia, oleh sebab korang adalah manusia, maka ikutlah etika seorang manusia iaitu jangan sesekali menyampuk.. Suka hati laki tiri belah nenek korang jer nak menyampuk…]

dan aku tepek lagi apa yang kereta mayat tulis

[...
Sebelum korang nak canggah aku, nak argue aku, nak kutuk aku, ada satu lagi peraturan yang paling penting dalam mempelajari seni teknik berdebat: iaitu:

KORANG KENA PAHAM APA YANG KORANG NAK ARGUE KAN…DAN PASTIKAN KORANG MENDENGAR APA YANG PIHAK SATU LAGI CUBA SAMPAIKAN.

Kepada yang berhujah, kalau apa yang korang hujahkan itu, 100% takde orang yang paham, maka korang tak payahlah nak berdebat, buat orang pening kepala sajer. , aku pun tak paham… baik balik kampong belajar seni berbahasa dan berbudi bahasa..]

[... korang kena BOLAYAN saje golongan ini, jangan nak bertekak dengan orang yang tak paham apa yang korang sampaikan, Nabi sendiri buat macam ni.., mana ada Nabi layan dengan orang yang tak paham macam abu jahal atau abu lahab, bolayan je.., buat habis beras sajer, ..( dan kering ayaq lioq ja)...]

[...Dalam dunia ini ramai manusia yang dia sangka dia paham dan bijak dalam ugama atau sesuatu perkara, baik politik, sosial atau sebagainya (perasan pandai), lalu nak bagitahu sesuatu untuk menyangkal pendapat orang tentang ugama atau apa sahaja, sedangkan dia tak pahampun ugama tapi dia sangka dialah yang terer ugama tapi hakikatnya jahil ugama…] ( Ini satu contoh ye, encik-encik dan cik puan cik puan)

[...(macam aku sendiri pulak..oh)...]

[...
maka PENDAPAT DIORANG ADALAH SAMPAH iaitu apa yang diorang cakap adalah setaraf dengan sayap nyamuk (tak bernilai)...]<----Klepap~@!

Maka di sinilah bermulanya segala KESILAPAN dalam berdebat...

[...dan Allah amat benci kepada golongan yang caci mencaci kerana mereka di ibaratkan sampah, bangkai dan najis!!!]

[... debat tu akhirnya jadi pertandingan : lawan siapa lebih pandai bercakap / siapa lagi kuat bersorak / siapa lagi pandai buat lawak atas kelemahan musuh, siapa lagi pandai rhetoric...last-last isu asal terus hilang...]

~~~~~~~~~~~~~
EPILOG:-

Maka, aku malas nak berdebat dengan manusia yang apa sahaja yang kita buat dimatanya, SEMUA tak betul hatta tersenyum simpul sekalipon, kerana padanya, senyuman itu palsu..(ini lagi satu benda yang menggeletek pankreasku).

Maklum, bak kata cerita seorang wali apabila ditanya seorang tua akan apakah keadaan burung di dalam genggaman tangannya?

"Jika aku mengatakan burung itu hidup, maka kau akan lemaskan ia supaya ia mati..."
"Tetapi jika aku kata burung itu mati, maka kau akan lepaskan ia terbang pergi"

Jadi, aku malas.
Sebab apa pun aku buat, dia yang mahukan jawapan ciptaannya sahaja. One sided. Nasib baik aku blah cepat-cepat (dan setelah campurtangan PBB), setelah puas aku tanya DSS, apa sebenarnya ISU dia nih? Apa kes? Tapi aku rasa dia tak puas hati tantang DVD dia...uik? Takkan tu sahaja? Sebab debatan dia lebih kepada menghina peribadi aku (tapi dia jugak yg champion jgn hina peribadi orang kalau berdebat di forum atau dengan awek dia tuh?) dan hina apa sahaja yang aku lakukan untuk buat dia tak wujud dok membebel cam laki meroyan tak dapat main ngan bini, makanya daripada aku tensi mendengar debatan tak berakal dia, elok aku mendengar bacaan ayat-ayat Ruqyah dan Syari'ah...(because this argument is like, talking to a retard...tak balik modal dan wajar di BOLAYAN)

Moga AlLah ampuni dosa-dosa aku dan dia...

Kesimpulan sementara aku:
Aku serahkan kes ini kat PBB dulu, sambil aku minta petunjuk, kenapa DSS ni, suka memetik atas aku (pick on me) atas banyak sebab, tak habes habes mahu menyakitkan hati aku dengan kata-kata dan perbuatan dia, di mana sahaja yang dia mampu. Apa agaknya aku dah buat selain DVD dia yg hilang itu? (sementel value kowt)...Entah, secara jujur dan telus, apa yang aku dah buat masa umur aku 14 tahun di Alor Setar tu pada dia? (Susah nak decipher Debat Syok Sendiri nilah...takde butir yang jelas)

Mungkin sebab kesalahan BESAR aku adalah, aku dilahirkan dulu? Sebab dari gayanya, memang dia rasa dia lebih tua dari aku. Haa...amiklah title tu, ingat senang ke nak pikul tanggungjawab? Amiklah, memang patut sebagai lelaki tunggal, kau patut jadik lapisan KHALIFAH muka bumi. Sayang, sayang, sayang...Aku tak nampak lagi.....Semoga dia berubah menjadi lebih matang dan lebih jauh melihat alam ini diluar kotak persegi dan alam maya...There's more to life ler...

Dan juga, bak kata seorang sahabat yang menyejukkan hati:-
Cinta dan Kebahagiaan milik AlLah, bukan milik kita. Masalah remeh sangat semua ni, ada orang lebih susah dari kita sebenarnya.

Syukran Jazillan, sahabat...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails