C'est la vie~@!
Baru ni, aku gaduh ngan sorang yang agak suka tanya khabar aku di ym. Tiba-tiba dahlah aku jarang online ym, boleh dikatanya yang aku ni kes mengaruk? WTF la weiii...Aku punya status dipertikaikan. Ye, status di YM yang dihubungkan dengan status sebenar aku, yang masih belum berkahwin. Dia gelar andartu. Lepas tu dia gelak gelakkan aku sebab tak mahu melayan karenah dia. Biarkan. Tak rugi aku pun.
Hehehe...
Tipikalnya orang-orang Melayu yang memandang orang yang masih belum bersuami lewat usia seperti aku sebagai penyakit kan? Tapi aku rasa lagi berpenyakit kalau orang yang dah kahwin, tapi tak berperangai seperti orang yang dah berkahwin. Tak kisahlah lelaki ke perempuan ke. Amat mudah memberikan hukuman dan keadilan selagi ia bernama manusia. Ye, memang ada sesetengah kamu yang begitu mudah melepaskan hukuman atas tanggapan sendiri. Padahalnya, kamu belum tentu kenal benar dengan orang itu, pandai mulut dan emosi kamu sahaja mahu persoalkan apa yang dia lakukan.
Macam akulah. Sudah ada orang yang melampiaskan tanggapan yang macam-macam sampai aku tergelak dengan kebodohan mereka. Tadi siang, aku sengaja menjauhkan diri aku dari kelompok makcik-makcik semasa menghadiri perkahwinan sepupu ku yang cantik manis. Cara aku mudah, aku menjadi fotografer majlis yang sederhana itu. Tak sempat pulak nak mengorat kameraman yang menggunakan DSLR itu. Yelah tu, macam aku betul betul nak mengorat.
Tapi, belum sempat aku berbuat apa-apa, datang seorang pakcik, "Heh! Angin dah kuat ni, tak bergoyang ke?" Perli dia tentang perkahwinan Anis kepadaku. Nasib baik aku pura-pura tak dengar. Kalau aku jawab nanti, mahu luka makan dalam itu orang tua. Baik aku diam.
~~~~~~~~
PART 1
Sebenarnya tidak mudah mengubah tanggapan orang. Lelebih lagi jika ia melibatkan tanggapan orang Melayu yang sangat sangat tipikal. Sudah lewat 30-an dikatakan macam-macam. Tidak mengikut arus seperti binatang lemming itu juga dikatakan ekstrim. Macam mana? Aku sedari kecil sukakan rebel, kelainan, keunikan. Aku tidak suka disamakan. Mungkin berkat nama aku yang lain daripada orang itu agaknya.
Mungkin disebabkan perkara seperti ini yang membuatkan aku begitu rapat jiwa dan raga dengan Boe. Ye. Apa yang difikirkan dia, sudah terfikir dibenakku. Kerana itu I'm two steps ahead of what he wants me to do. Sebab aku boleh membaca manusia. Kadang kadang, Boe kata, aku tak perlu berfikir jauh sangat ke depan. Tak perlu 100 km, 20 km pun dah rasa jauh, katanya...He really appreciated my help masa kami menjadi organizer treasure hunt Selia Group. Sebab aku ubah set soalan mengikut pemikiran aku yang gila masa tu. Aku juga suka double triple check kerana aku tidak percaya dengan orang, not even Boe.
~~~~~~~~~~~
MEANWHILE...
Ye. Aku mungkin masih belum punya suami atau isteri seperti kamu yang membaca blog aku sekarang. Tapi aku tahu erti berkongsi, beralah dan memahami Boe. Mungkin kekurangan aku ialah aku tidak boleh punya anak lagi sekarang kerana terbatas dek akad nikah. Tapi untuk memahami perangai Boe, bagaimana menyayangi dia itu, aku tahu bagaimana...Itu semua juga kerana kesabaran dia dengan karenah aku yang bermacam-macam setelah hampir 2 tahun kami mengenali satu sama lain. Kalau masih punya jodoh, maka adalah. Kalau tiada, maka bermula lah episod pencarian kekasih baru aku. Aku takkan menyerah selagi aku rasa memang mudah aku menarik perhatian orang lelaki lagi...yang sukar ialah mencari suami, bukan lelaki.
Tapi sudah kukatakan pada Boe. Bahawa, jodoh itu ketentuan Tuhan. Jika benar pemergian ku ke diizinkan AlLah, aku tidak pasti lagi, adakah jodoh aku akan kekal dengannya? Telah aku izinkan dia mencari kekasih lain, supaya aku tidak terkejut sangat jika benar dia sudah punya yang lain. Akhirnya, aku juga yang merajuk sendiri sendiri...padanlah dengan muka aku.
~~~~~~~~~~~
PART TWO
Sebelum kamu pass judgement terhadap diri aku ini, silalah menghadap ke cermin yang paling besar di hadapan kamu. Adakah kamu cukup sempurna sifat sebagai suami/ isteri/ ayah dan bapa? Adakah kamu berperangai seperti sepatutnya? Kalau yang Muslim, jangan lupa benchmark pula diri kamu dengan seorang suami isteri yang soleh/ solehah...
Adakah semua ini telah disempurnakan dahulu sebelum kamu mahu pass judgement? Buat masa ini, aku tidak peduli tentang tanggapan. Tak kisahlah apa sahaja tanggapan orang terhadap aku. Aku tak peduli pun. Mahu kata aku hipokrit? Silakan. Itu tanggapan kamu. Itu mulut kamu. Tapi apa yang pasti, itu urusan aku dengan yang Rabb...
No comments:
Post a Comment