Pages

Monday, October 15, 2007

Tentang Rohaidah

Aku rasa dah lama nak buat entry ni. Tapi selalu aje tergendala. Disebabkan Hani Sumayyah dah tutup blognya yg penuh dengan warna warni poligami itu, maka aku terpanggil untuk menulis entry ni. Tentang kisah poligami sahabat aku, Rohaidah.

Tahun ni, aku cukup happy dengan Rohaidah.

Rohaidah berkahwin dengan Abg Harun di utara tanahair pada tahun 2004. Baru tahun ni suami dia, Abg Harun dapat beraya dengan dia. Alhamdulillah! So happy for her. She is the second wife, successful Admin Manager dengan one private company, ada rumah, ada Beemer. Baru je keguguran anak beberapa bulan lepas. She is another example seorang perempuan tabah. Baru kahwin pada umur dia 40 tahun sbb family yg terlalu memilih. "Kena kahwin ngan royal blood jugak" kata mereka, agar darah keturunan mereka tak pupus.

Semenjak umur Rohaidah 23 sehinggalah 40 tahun, dari yg ada title Tengku, Syed, Raja, Sheikh, semua mak dia tak berkenan. "Tak berkenan langsung pada perangai mereka" kata Mak Engku. Itu tak termasuk pilihan hatinya sendiri, yang takde title apa-apa. Tapi biasalah Melayu kan, bila perempuannya pulak ada title "keturunan darah suci" akan keluar pula kata-kata begini, "Rohaidah itu perempuan kerabat. Kita tidak layak berkeluargakan dia..." Padahal sedikit pun tak terlintas di hati Rohaidah untuk memilih rupa atau harta. Jauh sekali keturunan kerabat-kerabat. Tidak. Rohaidah seorang perempuan Melayu yang tidak tipikal.

Tapi Alhamdulillah. Rohaidah, wanita yang aku kenal seorang yg cukup independent dan kesabaran dia dengan karenah isteri pertama suaminya (Read: Madunya) cukup tinggi. Tidak. Bukan dia yang sengaja-sengaja pilih untuk menjadi isteri kedua. Pada umurnya yang begitu ada lagi ke lelaki single? Lagipun, dia memilih untuk menamatkan zaman bujangnya kerana ingin melepaskan tanggungjawab ayahnya (yg ketika itu sedang tenat, kanser otak). "I tak mahu membebankan my father dengan dosa-dosa I. I kesian dengan dia..." Kata Rohaidah ketika Pak Engku masih bernafas, tapi terlantar berdekatan ruang tamu rumah di Bandar Utama.

Pak Engku ketika itu dibelai dan dijagai secara bergilir-gilir, dia dan adik beradiknya yang sembilan orang. Rohaidah pun bukannya seorang yang sihat sangat. Sejak umurnya menjangkau 30 an, dia disahkan menghidap jangkitan jantung. Kemudian ada slip disc yang menyukarkan dia mengangkat benda berat. Walaupun demikian, Pak Engku dipapah untuk dimandikan dan disalinkan lampinnya (kerana pergerakan motor seperti tangan kaki dan segalanya telah hilang setelah kepalanya dibedah). Aku masih ingat keletah Pak Engku ketika dia agak sihat. Kelakar orangnya. Aku dan Sal selalu mengusik Pak Engku dan Mak Engku.

Rohaidah adalah anak kedua terakhir. Abangnya lagi seorang juga merupakan bujang terlajak. Sifat Rohaidah yang humble, soft spoken dan lady like tu merapatkan lagi hubungan aku dengannya (melalui hubungan baikku dengan Sal). Walaupun dia jauh lebih tua dari aku, tapi dia insist memanggilnya Rohaidah saja. Orangnya simple, ada kelas, taste memang tinggi dari segi kualiti dan kebersihan. Dia tidak suka mengumpat dan mendengar umpatan. Ada ketika jika aku dan Sal mengumpat, dia akan cepat-cepat alihkan topik. Itulah Rohaidah yang aku kenal. Dia sukakan jenaka dan jika kami ada bersama (aku, Sal dan dia) selalunya tak pernah kering gusi.

Kami sukakan adventure dan selalu travel bersama-sama, terutama di hujung tahun. Ada duit ke takde duit ke, janji, redah! Aku suka peribadi Rohaidah. No nonsense, positive thinker, pandai have fun (kalau masa riang ria bujang dulu, kami selalu ronda-ronda KL, carik tempat makan dan cuci mata dengan gelagat orang. Kadang-kadang akibat dicucuk oleh kawan-kawan seperti aku atau Sal, Rohaidah akan pandu keretanya dengan laju untuk berlumba suka-suka dengan Mat kereta sebelah). Saiznya yg paling kecil antara kami menyebabkan dia kadang-kadang dibuli hehhee...Kadang-kadang ketika aku dan Sal nak beli korset kecikkan pinggang dan perut, kami turut menggesa Rohaidah membelinya sekali. Sungguhpun Rohaidah mempunyai perut yg leper. Itu belum beli susu Herbalife yang dibeli Sal. Heheh nakal sungguh adik-adik Rohaidah (kami lah tu).

Aku pulak belajar self grooming dari Rohaidahlah. Dia akan bawa aku ke butik untuk memilih suit pejabat "yang dipakai oleh orang-orang TV3". Walaupun sedar gaji aku tak sebesar gajinya, tapi memandangkan baju aku yg cap keluar universiti tak begitu sesuai dengai environ kerja maka aku pun belilah. Tak kisahlah harga seribu satu set. Suit kerja paling mahal aku pernah beli hingga kini, hehehe. Aku akan selalu tanya pendapatnya tentang baju-baju kerja aku. She is the conventional smart type of lady. Tudung dia mesti dengan brooch yg cantik-cantik. Ikatan tudung pula bukan style "toncet" macam kakak-kakak dan makcik-makcik di pejabatku. Ada corporate look, stylish. Kasut pasti kilat (tak pernah kasut yang nampak kaki, mesti pakai socks). Nasihat dia dalam. Cakap dia perlahan. Bukan style aku dan Sal, cakap macam bullet train dan kuat. Orangnya lemah lembut tapi she is very strong inside. Mentally strong.

Even though dia mengalami masalah jantung, tapi if she wants to do things, she will! Macam kes dia naik Gunung Kinabalu dan water rafting. Cuma dia kalah if nak naik roller coaster atau ada benda yg berbunyi kuat berdegar-degar. Sebab tu dia jarang tengok movie. Hehehe...Dia penggemar ambience aman damai seperti Mama aku. Lagu pun aman damai. Dia tak sukakan kekecohan dan keributan. Kalau pergi restoran yg upscale sikit, pasti ambience ala-ala Bora Ombak jadi pilihan. Masa get together meraikan perkahwinan dia dengan Abg Harun, kami makan dimsum di Sheraton. Oh iya! Bab cuba makan-makan ni, Rohaidahlah yg ajar. Dia tak pernah look down on people. Bila bab makan pun, "yang penting kebersihan, ok!" Tak kisahlah dari segi rupa bentuk kedai, kat mana atau macam mana pelayan dia. Asalkan kemas.

Dia seorang yang baik budi pekerti. Tak pernah mencarut macam aku dan Sal. Dia seorang yang baik hati dan pemurah. Tak pernah berkira. Selalu cakap macam ni kat aku, "Naz, cuba you jadi pompan pompan sikit" masa aku tutup pintu umah GEDEGANG! dulu. Hehhehe..Aku cuma tersengih-sengih aje, maklumlah aku memang tomboy sedari kecik. Susah nak Un-Me.

Rohaidah juga jarang melenting dan marah-marah. Boleh dikira ngan jari ni bila dia betul-betul marah. Dia cool. Tapi jangan cuba buat dia marah. Cos if she gets angry, dia akan jadi tsunami. Quite but dangerous. Dia susah nak marah sebab tu agaknya if sekali dia marah, dia marah habis-habisan. But that's it. Dia takkan ungkit lagi lepas tu. If apa-apahal berlaku masa kami bersama, kebetulan ada orang yg layak dimarahi, macam pakcik motor naik Batu Feringgi, langgar kereta Rohaidah sambil marah-marah sebab kereta dia bagi laluan kat lori yg ambik corner, yg pasti menjadi bouncer ialah Sal dan aku. Rohaidah hanya duduk diam di kereta.

Aku rasa aku dah rindu kat dia. Aku rindu kat Sal. Insya-Allah aku sambung balik cerita dia. Nak pi beraya rumah dia tapi siBoe tak telefon lagi. Kang orang pegi sengsorang kang kecik hati, membelakangkan boipren la apa. Susah betol!


4 comments:

HazuraHamzah said...

salam....

kat kg aku ada sorang cam dia, smpai skang tak kawin2...cian..

Taichee~@! said...

Salaam Hazura,

jodoh dan maut tu rezeki memasing. aku lagi kesian yg kawin makan puluh ribu, then cerai...

yg penting gumbire dan bahagia..kan?

Cool said...

haih the book is freaking me out..kesimpulan yg aku dpt.... suma benda kena sabar..allah akan tunjukan jalan bagi orang yg sabar. bila kau baca buku tu.. aku nampak bertapa lengkap nya agama kita..... omputeh puas la nak kaji itu ini.. padahal suma dah ada dlm kitab..haih

Taichee~@! said...

jiji:

heh. see what i mean?
but the book DID help kan?
amacam raye?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails