
Kami seperti biasa HARUS berada di rumah nenek untuk berbuka hari terakhir bulan Ramadhan dan bertakbir kemudiannya. Kali ni, cuma ada famili Uncle dan paklong je. Dalam jam 8pm lebih, abah sempat lagi jemaah di masjid kampung untuk Isya'. Nampak kereta yg dipandu Effi melimpas (cakap org Sabah- cakap KL, melepasi/ melewati) kereta Abah.
5 minit kemudian, muncul Abah dan kami pun hendak balik ke rumah. Sebaik belok ke kanan selepas traffic light ni, muncul 2 budak motor dari jalan yang sama tapi dari arah bertentangan dengan kereta kami. Dari gaya Abah bawak, macam tak nak stop. Tapi akhirnya Abah brek jugak.
Korang nak tahu?
Budak-budak rempit nih, dahlah pandu tak ikut lorong sebenar. Bila Abah tunjuk jalan macam ala-ala diorang kena pi sebelah sana, sorang yg agak notorious tu bising-bising sambil tak mau bagi laluan kat kereta Abah. Terus dibloknya sambil bercakap dengan nada kurang ajar.
Aku yg mamai dengan ubat pun terus segar n turunkan tingkap. "Sapa yg kurang ajar dgn bapak aku nih?" Masa ni, Abah dah bukak tali pinggang yg dia pakai. Aku pun macam nak bukak pintu, Abah keluar je, aku nak keluar. Tak kiralah, aku perempuan ke, sakit ke, pakai baju kurung ke... Pantang keturunan kepahlawanan famili aku ada orang mcm ni, lebih-lebih lagi dengan orang tua. (Mungkin aku protektif, ada lah ni cerita lain kali)
Dalam hal-hal manusia rempit yang kurang ajar ni, kita patut
Aku turunkan tingkap, aku tengok budak dua ekor tu. Satu macam muka mat addict yg tengah high, satu macam muka bohjan -baju converse (mungkin beli dari bundle), rantai berlapis-lapis ala bling tak mampu, rambut ala-ala mullet karat. seluar katok. (Dahlah malam raya, baju dah melambangkan tah hape-hape, menyusahkan orang pulak tu! Kalau ko susahkan rimau ke gajah kan bagus? Boleh kena ngap ke kena penyekkan ke?"
"Saya mintak maaf, bang ya...Memang salah kami..." Cakap budak rambut mullet karat tu kepada Abah. Memang tgh high lah ni, tak arak, dadah. Abah aku yg macam Datuk ni, dikatanya abang? Itupun selepas beberapa lama keadaan kami yang tak bergerak-gerak. Mungkin agaknya ada kereta lain yg "membenarkan" mereka membuat aksi bodoh macam ni, bawak motor laju-laju, beriring-iringan di lorong yg salah. Sikap "Tak apa", elakkan aje!" Sebab tu Mat Rempit ni berani nak mampos (pun intended)
Aku rasa macam kenal budak mat dadah tu, aku penah marah dia sebab sebok merakam (dengan kamera fon yg dia mampu) aksi budak darjah empat ke lima naik basikal rempit di lorong yg salah di kampung aku jugak. Dia berlagak seolah-olah macam Tok Guru Rempit, "Bagaimana mahu jadik Mat Rempit yg Berjaya Macam Abang".
Mungkin tahun lepas?
Aku berhenti, turunkan tingkap kereta and marah diorang,

Bagi aku, this is survival of the fittest. Lagi banyak budak kurang hajar ni mati, lagi bagos. Kurangkan pencemaran alam sekitar, kurangkan pencemaran bunyi, kurangkan gejala bohsia/bohjan, kurangkan budak yg IQ rendah dan biadap (kalau humble, bersopan takpe lagi!), kurangkan jenayah. So dunia ini akan menjadi lebih progresif, lebih berkualiti dari segi akhlak, manusia bertamadun dan kita hidup aman damai. Tak ada Mat Rempit bodoh lagi. Cuma The Fittest human je survive.
Hehehe. Tapi itu cuma angan-angan aku. Oh! I wish...
3 comments:
re: post comment kak naz..
kak naz, out of 5 pictures, yg itu the best everybody sengeh dan compositionnya ok. biasalah, kata digital...kita snap snap snap ajalah.
:)
get well soon.
Hmmm, Kat jalan depan akak dah jadi gelanggang budak2 rempit. Kiranya macam dia punya sekolah merempitlah. Malam2 dah start budak2 berkumpul. Sejak dari sekolah rendah dah cuba belajar buat pacak motor. Akak tensionnnn betul. Macam manalah mak-bapak dia org boleh kasik anak2 sekolah rendah main2 motor? Akak doakan biarlah dia org tergelincir ke, masuk longkang ke, motor terhumban & patah ke...etc. At least berhentilah seketika dia org dari belajar cara2 merempit kat depan jalan tu. Kalau tak, bila dia org dah confidnet, mesti dia org ber alih ke jalan raya besar. Ha! Kan dah bawa padah pd penunggang2 lain.
Akak nak kena bawak banyak2 bersabar...
Kak Ummu,
itulah yg sy tak faham tu, kadang2 famili diorang ni buat dekkk je. Yg palingbest tu ada sekolah cam kak Ummu cakap. "sekolah Rempit".
agaknya kena panggil TV3 atau Expose buat liputan. Panggil polis sekali. RT kat kampung pun bukan sibuk nak nasehat bebudak camni, tapi gi skodeng benda tah hape2...
dunia...dunia...
Post a Comment