Tak tahulah aku rasa gumbira betol hari ini. Lagi 5 hari maka genaplah umur aku yang amat aku geruni itu (tapi kenapa aku gembira ya?). Manakan tidak, aku telah terjanji dengan Mama untuk menjadi Puan pada umur ini. Tapi, bukan aku tidak mahu, cuma aku belum sampai seru.
Hmm...aku gumbira hari ini sebab aku baru saja lepas buat EIT Breast Health Screening Service, dan Alhamdulillah aku sihat.
Sebelum hari ini, cuaca emosi aku agak mendung dan kadangkala disulami dengan ribut petir, angin taufan dan hujan lebat. Mungkin kerana emosi aku yang sedikit kacau itu menjadikan aku kurang update blog. Kecewa kerana sesuatu kejadian, kecewa kerana Obit yang jauh dari pandangan, kecewa kerana mengapa sesetengah manusia yang suka benchmark diri mereka dengan sesuatu peristiwa yang kurang manis. Kenapa tak ambil iktibar? Dah besar panjang dan makan gaji sendiri maka secara automatis menjadikan seseorang itu lebih bijak (wise) kah daripada kedua org tua? maka tutur kata dan perilaku secara automatis lebih riak, bongkak dan sombong kah?
Ada lagi manusia durjana yang ego dan sangat self centred maka perasaan orang lain tidak perlu dia jaga, tidak perlu kisah akan hal orang lain melainkan keselesaan dia sendiri? Maka orang lain perlu membuat pengorbanan dan menghambakan diri kepada manusia durjana macam dia? Segala-galanya di dunia ini adalah untuk *dia*?
Ah! Persetankan saja golongan manusia seperti ini. telah tiba masa untuk mereka belajar bertatih atas dua kaki sendiri. Bukan lagi bertongkatkan manusia seperti aku. Bodohkan aku ini? Terlalu mengambil berat sehingga memperbodohkan diri sendiri. Aku kini hanya mahu tunggu dan lihat sampai bila mereka ini akan bertongkatkan manusia lain. SAMPAI BILA? Umur masing-masing dah semakin lanjut, otak bijak tapi akal takde.
Cukuplah. Penat aku bermonolog, penat aku makan hati, penat aku merasa. Cukuplah sekadar mendoakan mereka ini dapat mandiri dan menjadi manusia dengan belas kasih dan sayang. Yang penting, sementara aku masih lagi di bawah jagaan ibubapa, sementara ada orang yang memandang senget tentang kewujudan aku, semasa ada orang menuduh aku membuat sesuatu yang aku tidak lakukan dan sementara ada orang yang selalu misjudge dan tidak memahami sesuatu keadaan...biarlah aku maafkan saja manusia biadap seperti ini.
No comments:
Post a Comment