Pages

Friday, June 26, 2009

CINTA: Adakah Aku Layak?


Aku menangis lagi.

Kali ini berderai laju airmataku. Berkali kali dia bertanya tentang mereka mereka yang meninggalkan aku. Aku sakit. Hati aku terguris tiap kali terkenangkan mereka. Bagai toksik yang membakar kulit hingga reput ke tulang temulang. Itu yang aku rasa. Mereka itu toksid. Aku cakap, tolonglah..aku tidak mahu mengingati mereka. Mereka itu cuma satu sejarah yang aku tidak mahu ingat. Kalau boleh aku mahu ia padam selamanya. Tapi aku tidak mampu.

Bukan. Aku menangis bukan kerana disakiti dia. Aku menangis kerana memikirkan betapa teruknya keadaan aku ketika dia menjumpai aku. Bagai anak kucing yang luka parah, tak bermaya dan mahu mati dilanggar tayar lori saja gamaknya. Itu yang aku rasa. Tidak ada mata yang sudi melihat aku. Mengambil aku dan menjagai aku dengan kasih sayang. Itulah aku. Ditendang ke sana sini saja lagaknya. Tidak bernilai.

Tapi dia?

Dia membersihkan aku dan menerima keadaan aku seadanya. Aku yang rapuh dan semakin jauh dari apa yang aku cita citakan. Dia terima aku dengan kasih sayang. Tulus. Ikhlas. Penuh kelembutan. Dia penuh kesabaran. Dia cinta. Dialah lelaki pertama yang aku rasa tidak mungkin wujud di dunia ini. Dia buat semua orang ragu ragu akan hatinya. Kerana dia, semua orang begitu mengambil berat tentang aku. Takut aku kembali pecah berderai. Takut aku jatuh dan tidak akan bangkit kembali. Orang kata dia terlalu too good to be true.. sampai ada yang mahu menyiasat latar belakangnya dengan teliti.

Tapi dia bukan Johar yang penuh tipudaya. Hati aku yakin. Tapi bukankah aku sudah jatuh berderai banyak kali? Aku tahu lelaki itu bagaimana jika dia benar benar ikhlas mencintai aku atau sekadar pura pura. Aku tahu lelaki penipu dan lelaki pengikis. Aku tahu benar bagaimana lelaki yang sudah beristeri atau bujang. Aku tahu permainan lelaki lelaki yang tidak ikhlas. Aku tahu benar kerana pengalaman pengalaman aku selama ini. Aku juga yang menempahnya, kerana aku fikir itu sajalah lelaki yang selayaknya untukku. Aku fikir kerana umurku, kerana diriku ini. Semakin jauh dari apa yang lelaki lelaki biasa mahu. Lelaki bayaku kebanyakannya sudah berkeluarga. Tapi aku? Kerana itu dulu aku terima sesiapa saja hatta suami orang atau lelaki saiko atau lelaki semuda 23 tahun. Ya. Aku tidak malu mengaku itu. Sebab itu aku tahu bagaimana permainan kata dan tingkah laku mereka. Tahu sangat! Terkejutkah? Jangan. Terima kasih juga dengan pengalaman pahit aku, aku tahu menilai hati budi lelaki dan apa yang mereka fikirkan. Aku tidak bangga dengan pengalaman aku dan kisah cinta pahitku.

Mungkin orang sudah mulai kata aku terdesak. Iya. Mungkin. Aku juga kepingin punya suami dan anak sendiri. Umur begini, aku terpaksa berfikiran terbuka dan terima segala. Jangan terlalu memilih mereka kata. Tapi soal berpoligami mereka keji. Bagaimana pula jika lelaki itu penagih dadah? Berperangai tidak senonoh? Minum arak? Kaki betina? Tidak tahu agama langsung? Sekalipun mereka bujang?

Aku menangis lagi..

Aku merasakan aku tidak layak untuk dirinya yang sempurna. Dialah lelaki bujang untukku yang punya ciri ciri yang aku idamkan dan aku tulis didalam diari burukku, setiap kali aku putus cinta. Dia sempurna untukku yang serba kekurangan dalam banyak segi. Aku rasa aku tidak layak untuk lelaki sebaik dan sesempurna Modjo. Dia begitu sempurna dihatiku. Aku sayang dia tidak seperti mereka mereka yang terdahulu. Kali ini aku sayang dengan sepenuh hatiku. Dengan keyakinan hatiku.

Aku benar benar terasa kini untuk pertama kalinya, aku menjadi keutamaan seorang lelaki. Dunia seorang lelaki. Aku tidak pernah merasa aku menjadi nombor satu pada sesiapa pun kecuali pada dia. Selama ini, aku jatuh nombor ke belakang. Belakang karier, belakang ibubapa, belakang sepupu, belakang kawan kawan, belakang tipu helah, belakang bini, belakang mata duitan. Pendek kata, aku bukan keutamaan dan tidak pernah merasa sebegitu penting dalam hidup seseorang.

Baru sekarang aku benar benar faham apa maksud lagu When A Man Loves a Woman dendangan Michael Bolton. Kerana aku tidak pernah faham bagaimana rasanya. Terima kasih sayang kerana sudi menyintai perempuan pecah seribu ini. Terima kasih kerana tidak bertanya dan memaksa aku mengimbau kenangan pahit itu. Cukuplah hanya kau dihatiku. Cukuplah hanya memori kau dan aku saja.

Terima kasih Tuhan, kerana menemukan aku dengan Modjoku. Kerana Engkaulah wahai Tuhan, aku sangat sangat bahagia. Semoga Engkau satukan aku dan dia, dalam satu ikatan penuh rahmah dan mawaddah, Ya Allah. Sesungguhnya biarlah aku tidak ketemu dgn Modjoku selagi tiada ikatan yang sah antara aku dan dia. Biarlah aku sandarkan cintaku padaMu Ya Allah. Kerana hanya dengan cinta padaMu, maka datanglah cinta itu padaku.

Dan aku turut menitiskan airmataku untuk entah keberapa kalinya...

Untuk Modjoku (aku tahu kau takkan baca blog ini): Sesungguhnya kau begitu istimewa. Semoga engkau terus menduduki carta hatiku di tempat juara, yang terbaik dari ladang. Hikhikhik. Aku shayg Modjoku sangat sangat~@!

Modjo shayg, terima kasih untuk video ini (untuk aku yang menyanyikannya untuk kau dahulu).
Aku dah tukar formatnya daripada wmv-mp4-mp3. Video yang sengaja aku tidak mahu tunjuk kepada sebarangan manusia. Hanya yang terdekat sahaja, sebab Modjoku itu sangat "mahal".


Modjo_sings_Halo.mp3 -

Kerana emosi mendalam aku malam tadi, semasa dia tahu aku menangis, mesej ini pun keluarlah di E75 aku:

B Shayg, 948pm, June 25 (Thu): Pape ntah, tutup kes! Im truly in love wif u! Cant stop thnkg bout u every day...

Dan disebabkan mesej ini, aku berblog panjang dengan entri begini...

7 comments:

♥ Miz Izzy ♥ said...

my dear kaknaz,
everyone deserves a happy ending.
;)

Taichee~@! said...

Lil dearest,

InsyaAllah..
Emosi mendak bak kata kak Jiji..
Kasik can la jiwangz skets

Cool said...

best best kalo hati berbunga bunga..

chee.. handpon aku kena blog.. aku nak msg hang tanya khabar .. tp takbleh..
ko okeh kaa chee??

Taichee~@! said...

Aku rendu kat dia la ji...

hf ko kena blocked sbb tak topap ke? Hehehe bukan blog kowt?

Alhamdulillah so far aku okeh. cuma emosi mendak jok.

Maia said...

adooiii.. sedih aku pagi2 (pagi?) bace citer nih... itu semuakan namanya jodoh.. ahh.. aku doakan ko bahagia dunia akhirat...

Anasfadilah said...

at first adik pun skeptic dgn Modjo

apa-apa pun Kaknaz our prayer are always with u

mendoakan kaknaz bertemu jodoh yg serasi yang sempurna dan saling lengkap melengkapi

semua org layak untuk bahagia

semua org layak diberi peluang tak kisahlah kedua ketiga atau seterusnya

p/s::adik pernha sembang dgn modjo kat FB :P,jgn marah tau..saja je tanya khabar dgn bakal abg ipo,InsyaAllah :)

p/p/s::period ke?hahaha

Taichee~@! said...

Komaya:

Mekasih Mai. Biasalah aku kan kalau dok dendiam cenggini salu emo.

Dilot:Hapeeee? Bila masanya korang borak nih? Nape kaknaz xtau enh? xmarah pun. tekezut jok.

Thanks for your prayers adik.

p/s: maybe kowt? tapi baru pas dpt pe? salahkan kuarantin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails