Pages

Friday, May 08, 2009

SWEET SANGAT~@!

{listening to can't take my eyes off of you}

Dah dua hari aku di KL ni.

Malas nak berblog sebab aku banyak benda nak buat kat KL.
Masa touch down KL on the 6th, tepat 6pm, aku pun berjumpa dengan dia.

Penat bermesej tanya dia tunggu kat mana. Risau gak kot la semua sekadar janji manis dan kata kata. Sebelum keluar dari tempat beg, aku masuk tandas dulu, buat apapa patut, cek baju, touch up mekap, betulkan tudung semua dan berdebar debar.

Aku keluar dan menunggu beg bagak aku di conveyor. Jantung sakit. Tapi kenapa aku terasa ramai orang dok pandang aku dan senyum senyum, terutamanya lelaki. Tak kira tua atau muda. Dari penumpang MH tu sampailah ke orang KLIA sampailah ke Polis KLIA. Aku ni mudah perasan sungguh!

Dari jauh kelihatan Kelisa Merah yang femes itu (sebab dah tengok masa Modjo send file). Amat mudah dikenali sebab warnanya memang merah bangat. Aku terus ke keretanya sambil mengheret beg yang bagak itu. Polis KLIA di tiang berdekatan kereta itu tersengih sengih saja lagaknya. Tetiba diorang dah berada di belakangku. Sebuk nak borak. Aku buat tak peduli dan terus bersalam, memeluk dan mencium pipi orang yang telah menunggu ketibaan aku semenjak 5hb lagi.

Lama ke Ella tunggu Kak Naz?
Takdelah, baru je lam 10 minit.
Oh...sori beg ni tak dapat masuk belakang la Ella.
(pastu polis KLIA tu sebuk nak tolong angkat beg)
Kaknaz letak kat dalam ni jelah ye sambil menunjuk ke arah kerusi belakang keretanya.
Ha...okeh!

Di dalam kereta Ella tu, aku berborak macam macam. Aku tanya dia, Achik mintak tolong Ella ambik Kaknaz kan? Dia angguk angguk dan tersenyum sehingga sepet matanya. Ella, orangnya comel, rambut panjang dan cerah kulitnya.

Ella bertanyakan aku dari mana. Masa nilah dia mahu kenali aku. Masa itu jugalah aku boleh mengenali dia dan Achik (Modjo ku) secara lebih personal. Hehehe.. Aku tau di saat ini, Modjo sibuk dengan projeknya di KL. Macam macam kami bercerita. Ella pun agak peramah orangnya, sungguhpun kelihatan malu malu juga awalnya. Maklum pertama kali berjumpa kan? Ella kata, muka aku dari tepi sebijik macam kakak dia. Sebab tu mungkin dia rasa senang nak warm up to me.

Sejam lebih kemudian, aku sampai ke rumah dengan bantuan Ella. Kebetulan Ella mahu ke Kg Baru ketika itu dan puaslah aku melukis peta ke sana dari rumahku. Aku bekalkan dia dengan Kek Lapis Sarawak dan sedikit upah minyak dan tol dia. Maklum dia kan student lagi? Aku dah anggap dia adik adik aku jugak.

Puas dia kata taknak. Ape ni? Ape ni? Kaknaz...Ella tak boleh terima duit ni..
Aku cakap, alaa..takpelah Ella, jauh Ella travel nak hantar Kaknaz. Tu semua kira cover balik la. Jgn bgtau Achik tau! Ni rahsia kita dua orang... Lagipun aku kata, Ella tak mahu singgah rumah Kaknaz, sapa suruh? Haa..ni denda tak mau masuk umah Kaknaz.

Aku mesej Modjo yang aku dah selamat sampai. Kira kira jam 9 lebih masa aku nak keluar dengan Piko makan dimsum, baru dia call aku cakap dia baru nak balik rumah. Sibuk nak tau update aku dan adik saudara yang paling rapat dengannya tu. Modjo kata, sebelum dia call aku, dia call Ella dulu. Dia kata, Ella sibuk cakap

Waaa...Achik! Lawa betul gelfren Achik ye?
(Modjo dok senyum senyum<--------ni dia kata lam fon la)
{aku ni biasa je rasanya, tak rasa spesel pun}
Tapi kan, Achik ni kenapa nak carik yang muda muda je?
Muda muda?
Yelah mcm umur akak Ella tu je! Tak ada ke yang baya baya Achik?
Ya Allah...Kaknaz tu baya Achikla tuh!
Tipu! Dia macam 25/26 tahun je...
(dan Modjo sungguh bengang dengan kenyataan ini, muahahaha)

Aku terkesima buat kesekian kalinya.
He just seems to amazed me time and time again.
Sepanjang 33 tahun aku hidup ni, tak pernah ada lelaki yang bukan famili yang nak aku kenal famili dia macam Modjoku. Cara dia memang sangat unik.

So, korang tanya lagi, is Modjo for real?
Biarkan persoalan itu membelenggu korang semua.

Apa aku rasa, aku terharu dengan Modjo. Cara ini lebih terkesan dalam hati aku sebab dia nak aku terlibat dengan famili dia. Mungkin orang biasa akan suka boifren dia yang amik dia dari epot kan? Tapi just imagine, Modjo nak adik sedara dia yang aku tak pernah jumpa, amik aku dari KLIA dan terus hantar aku ke rumah dalam jarak masa sejam lebih?

Aku sangat hargai usaha Modjo. Nampak sangat dia betul betul sayangkan aku.
InsyaAllah...satu hari nanti kalau ada rezeki Modjo akan berjumpa dengan famili aku pulak. Aku nak famili aku pun sayang dia, seperti mana famili dia dah sayang aku...

2 comments:

Anonymous said...

mmg sgt sweet la chee...

Taichee~@! said...

Huhu..

Thankful sgt dia nak kat Chee yg mereng ni..

Macam rasa tak layak je dpt dia..

He's too good to be true~@!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails